Sudah sebulan raya puasa berlalu, Qee dan Leesya masing-masing sibuk dengan kerja. Leesya dengan kes yang perlu dihadap dan Qee pula sibuk dengan projek baru. Masing-masing balik kerja dah lewat malam, tak sempat nak luangkan masa bersama. Namun ada sesuatu yang Leesya perasan sejak dua menjak ini. Leesya rasa perubahan sikap Qee. Qee dah tak macam sebulan yang lalu, mungkin Leesya yang terlebih stress memikirkan kerja.
"Abang, lama kita tak keluar dating, hujung minggu ni kita pergi dating sambil shopping barang dapur nak?." Tanya Leesya sambil keringkan rambut lalu bersimpuh di atas katil sebelah Qee yang sedang menaip sesuatu di komputer ribanya.
"Dating?." Segera Qee memangkah laman sesawang yang dibukanya.
"Aah, dating."
"Abang hujung minggu ni kena pergi site lah sayang."
"Tak pernah-pernah abang kena pergi site hujung minggu, kenapa tetiba kena pergi site ?." Leesya dengan dahinya berkerut sambil jeling apa yang Qee tengah tengok di komputer riba.
"Abang pon tak dapat elak, memang pihak perkapalan Penang tu nak jumpa abang hujung minggu ni." Qee sudah shutt down komputer ribanya.
"Okelah macam tu, Leesya pergi dengan Ain tak pun Nialah beli barang dapur." Leesya dah jauh hati.
"Hah, oke juga tu, minta tolong diorang temankan, sayang tolong tutupkan lampu abang dah ngantuk. Suruh Qee lalu diletak komputer ribanya di meja sisi katil.
"Oke." Leesya berlalu lalu buka pintu bilik untuk turun ke bawah.
"Sayang nak ke mana tu? Tak nak tidur ke?" Qee tak jadi baring.
"Nak turun bawah, minum air kejap saya rasa dahaga pula." Jawab Leesya bersahaja.
"Owhh oke." Qee terus baringkan badan dan tarik comforter sampai ke dada.
Leesya turun ke bawah, dia makin pelik dengan Qee. Kalau dulu nak turun bawah mesti temankan. Tak sanggup berenggang tak pun turun bawah ambilkan air untuk Leesya.
"Kenapa tak sedap badan ni." Leesya bercakap seorang diri di dapur.
"Rasa nak muntah lah pula." Berlari terus ke singki habis keluar semua makanan yang dimakan Leesya tadi.
"Kenapa ni? Janganlah demam. Please badan." Leesya tak sanggup nak demam dengan Qee yang buat tak endah pasal Leesya sejak dua menjak ni.
"Uwekkk." Lagi sekali dan untuk yang ke berapa kali Leesya muntah.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Hujung minggu tu, Leesya hanya keluar seorang diri beli barang dapur. Ain dengan Nia balik rumah
keluarga masing-masing. Selepas masukkan barang yang dibeli dalam kereta, Leesya terus ke klinik yang selalu keluarga Leesya dapatkan rawatan. Dia yakin dia dah mengandung sebab semalam dah cek dengan pregnancy test yang dibelinya. Sampai sahaja di parking klinik, Leesya terus park keretanya dan berjalan agak jauh sedikit. Lalu sahaja di depan cafe The Only Love berdekatan dengan klinik yang ingin dituju, Leesya ternampak Qee lepak dengan kawan-kawan satu Universitinya, Rizal sudah semestinya ada dan seorang perempuan. Leesya kenal perempuan tu. Qee pernah menyebutnya. Kata Qee tu kawan rapatnya semasa di Universiti.
"Siap bertepuk tampar, gelak dengan gembiranya." Sebaknya ya Allah, saya ajak abang pergi beli barang macam-macam alasan abang bagi, Leesya rasa macam nak pitam dia macam nak capai
seseorang dihadapannya.
"Abang isteri abang nak pengsan tu." Tegur seorang perempuan.
"Hah?" Qaiser yang tengah sibuk cari kunci kereta dalam clutch begnya terkejut di tegur perempuan yang lalu di sebelahnya, lalu toleh ke belakang.
"Eh Leesya, awak oke tak ni?" Nasib baik Qaiser sempat begang bahu Leesya kalau tak dah jatuh ke lantai rasanya.
"Abang?" Leesya dah start merapu.
"Hah abang? Leesya ni saya ni." Qaiser goyangkan sedikit bahu Leesya sambil perhati kawasan sekeliling.
"Hantu punya Qee, bini kau macam ni kau sedap bergelak dalam cafe." Qaiser cempung Leesya lalu
segera ke klinik yang berdekatan. Dah tak ambil tahu pasal Qee.
Sampai sahaja di klinik.
"Nurse, nurse! Tolong saya ambilkan wheelchair." Qaiser terus menjerit lepas ditolaknya pintu klinik.
"Encik-encik terus bawa ke bilik kecemasan." Nurse tersebut tunjukkan arah bilik kecemasan.
"Encik tunggu diluar ya." Arah nurse yang bernama Atikah itu selepas Qaiser meletakkan Leesya di
atas katil rawatan.
"Tapi..."
"Encik tunggu diluar sambil isi borang pesakit." Arah nurse tersebut sekali lagi sambil hulurkan borang kepada Qaiser.
15 minit berlalu..
"Suami puan Aleesya sila masuk ke bilik rawatan 3." Panggil nurse yang bernama Atikah itu.
"Hah?" Qaiser terkejut dan terbangun dari kerusi yang diduduknya.
"Encik, boleh jumpa isteri encik dalam bilik rawatan dan doktor ada pesanan untuk encik." Tersenyum nurse tersebut.
"Erk, saya.." Qaiser masuk ke bilik rawatan tersebut.
"Sila duduk, encik??" Tanya doktor perempuan dalam linkungan 40 an umurnya itu.
"Qaiser..qaiser." Hentam jelah qaiser.
"Ya encik Qaiser sila duduk, isteri awak tak ada apa-apa cuma.." Doktor yang baru sahaja selak kain pemidang yang menutupi katil itu sambung bicara sambil menarik stetoskop di telinganya. Leesya baru sahaja butang baju. Qaiser terkejut lalu alihkan pandangannya ke arah lain.
"Ermm saya sebenarnya."
"Ya saya tahu awak sebenarnya tak tahu yang isteri awak dah mengandung 4 minggu kan?" Tanya doktor tersebut lalu duduk di kerusinya.
"Hah?" Qaiser lagi terkejut. Leesya yang masa tu nak turun dari katil sambil sarungkan tudung cepat-cepat sebab ada encik Qaiser terpijak kasutnya yang dibuka tadi, terus disambut oleh Qaiser.
"Puan Leesya awak kena hati-hati, kandungan awak tu baru lagi." Doktor tu pun terbangun dari kerusinya sebab tengok Leesya yang hampir terjatuh.
"Leesya slow-slow, jangan jalan laju saya ada je ni." Ucap Qaiser lalu dipapahnya Leesya dan Qaiser nampak mata Leesya berkaca.
"Encik Qaiser, dalam usia kandungan puan Leesya yang baru 4 minggu ni awak kena betul-betul ada di samping isteri awak sepanjang masa, jangan bagi dia buat kerja berat, pastikan dia makan dengan
cukup, beli susu untuk isteri awak nanti saya senaraikan nama susu yang awak perlu beli." Ucap doktor tersebut panjang lebar sambil menulis.
"Baik doktor, saya akan selalu ada disamping isteri saya." Berlakon Qaiser.
"Puan Leesya, pastikan dalam handbag awak ada coklat saya tengok muka awak pucat sangat."
"Baik doktor." Ucap Leesya perlahan, sambil lap air matanya. Doktor ni tak tahu Leesya pernah gugur sekali sebab waktu keguguran sebelum ni Leesya terus dihantar ke hospital besar.
"Dah-dah jangan nangis, happy sangatlah tu tahu berita ni." Menyampuk doktor tersebut.
"Ada apa-apa lagi doktor?. Tanya Qaiser, qaiser tahu air mata Leesya tu tanda apa dan dia nampak semuanya di cafe tadi.
"Tak ada apa-apa, nanti ambil ubat dan senarai susu dekat kaunter farmasi."
"Oke, saya keluar dulu." Qaiser bangun lalu dipapahnya Leesya.
"Encik Qaiser." Ucap Leesya perlahan yang hanya didengari antara Leesya dan Qaiser. Leesya tak mahu encik Qaiser pegang bahunya.
"Oh sebelum saya terlupa, encik qaiser ambil sekali buku rawatan ibu mengandung di kaunter ya." Arah doktor tersebut.
"Baik doktor, terima kasih." Dipapah juga Leesya.
"Terima kasih doktor." Ucap Leesya perlahan, dibiarkan encik Qaiser papahnya, dia tahu dia mungkin akan jatuh sebab pening dikepalanya belum hilang.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
"Leesya, biar saya hantar awak guna kereta awak." Qaiser dah pegangkan handbag dan plastik yang berisi ubat di tangan kirinya, tangan kanannya tolak wheelchair yang diduduki Leesya ke arah tempat parking kerete Leesya. Mungkin wheelchair ni akan dihantarnya kembali di klinik.
"Saya boleh balik sendiri encik Qaiser." Leesya dah ura-ura nak bangun dari wheelchair bila wheelchair yang ditolak Qaiser sudah berada di tepi kereta Leesya.
"Aleesya! Boleh tak dengar cakap saya sekali je." Pinta Qaiser.
"Huh." Tubir mata Leesya dah dipenuhi air mata semula, kenapa bukan abang yang buat semua ni dekat Leesya.
"Aleesya sorry sorry, saya tak bermaksud pon nak marah." Qaiser dah gelabah tengok mata Leesya dah berkaca balik.
"Dont call me that name." Nama tu suami saya je boleh panggil, sambung Leesya dalam hati.
"Oke..oke sorry again." Qaiser dah ura-ura nak cempung Leesya.
"Saya boleh bangun sendiri." Leesya bangun lalu duduk di bahagian penumpang sebelah tempat pemandu.
"Oke, awak tunggu kejap saya nak hantar wheelchair ni balik." Qaiser dah pusing untuk kembali ke klinik.
"Handbag saya." Terjerit Leesya.
"Nope, saya bagi nanti awak akan cari kunci kereta dan drive sendiri kan? Ingat saya tak boleh baca fikiran awak?" Qaiser letak handbag Leesya di bahu dia dan plastik ubat diletak bahagian seat belakang.
"Huh." Dengus Leesya.
"Apa huh-huh? Ingat comel lah tu." Qaiser terus tolak wheelchair ke arah klinik tadi.
Selepas dipulangkan wheelchair klinik, Qaiser memandu kereta Leesya. Keretanya ditinggalkan nanti datang balik dengan teksi. Leesya termenung, apa yang ditanya Qaiser tak didengarinya. Mungkin sebak dan terfikir kenapa perlakuan Qaiser mengingatkan suaminya yang dulu. Abang, Leesya rindu abang yang dulu, yang selalu ambil hati Leesya. Kenapa abang tipu Leesya.
"Leesya saya tanya ni." Qaiser dah naikkan suaranya, dia tahu Leesya termenung.
"Hah?"
"Saya tanya Qee tahu tak yang awak mengandung ni."
"Tak." Balas Leesya sepatah.
"Hah? Qee tak tahu? Awak tak bagi tahu ke?." Qaiser dah terkejut.
"Tolong rahsiakan tentang semua yang berlaku hari ni." Lain yang ditanya lain yang dijawab oleh Leesya.
"Mana boleh, Qee patut tahu."
"Kalau encik Qaiser bagi tahu, saya berhenti kerja."
"Ugut saya? Please stop call me encik Qaiser, kita dekat luar dari pejabat kan."
"I will stop and please jangan bagi tahu Qee tentang saya mengandung."
Thursday, September 10, 2015
Monday, April 13, 2015
Kalian
Maaf beribu maaf kalian, begitu lama tinggalkan dunia penulisan. 3 tahun tinggal tanpa jejak. Semuanya berlaku secara drastik. Insyaallah semuanya akan disambung dalam masa terdekat. Cerita tentang Aleesya, Qee dan Zakuan akan disambung dalam waktu terdekat.
Tuesday, November 6, 2012
Rahsia tulisan jiwa 33
“suami
Leesya mano? Dari tadi mek tok napok pong.” Yelah orang lain semua nampak, si
Qee ni dari tadi tak nampak batang hidung.
“ado kak
keto kot, duk angkat bare.” Leesya masih reti bercakap dalam loghat Kelantan.
“pah-pah
ni boleh angkat, suh gak berehat dulu.” Mek bergerak ke pintu masuk.
“Qee,
masuk gak dulu, pah-pah ni pong bole angkat bare.” Qee dah terpinga-pinga.
“apa
mek?” aku rasa mek panggil nama aku tadi, tapi dia cakap apa tadi. Bare? Apa
tu? Sayang tolonglah abang, Qee dah garu kepalanya padahal tak gatal pon.
“masuk
gak dulu.” Mek dah turun beberapa anak tangga, yelah first time mek dapat orang
luar excited kejap, maksudnya menantu dia cucu dia yang lain, semuanya kahwin
dengan orang Kelantan juga.
“masuk?”
haa tu faham.
“holah,
masuk dulu.”
“ye mek,
Qee masuk ni.” Qee berjalan ke arah tangga rumah sambil tarik dua buah luggage.
Riuh je rumah, ada orang datang beraya ke?
“Qee g
lah berehak nuh, g masuk bilik.”
“abang
angkat beg kenapa?kejap lagi kan nak balik rumah mama kat alik hilir.” Leesya
buat muka pelik.
“alik
hilir?” mane pula tu.
“rumah
mamalah.” Habis tetamu tengok mereka berdrama dekat pintu.
“owhh,
memang panggil alik hilir eh?” Qee perasan ada seorang tetamu yang dari tadi
duk perhatikan dia.
“masuklah,
letak dulu luggage kat dalam bilik tetamu.” Anak dara siapa pula tu duk tengok
suami orang macam nak terkam.
“tunjukkan,
abang tak tahu.” Qee saja kuatkan perkataan abang tu.
“apa
cakap kuat-kuat ni.” Leesya jalan beriringan dengan Qee melalui ruang tamu yang
separuh sudah penuh tetamu.
“biarlah,
semua tu siapa?” Qee tanya sambil pusing ke belakang tengok tetamu di ruang
tamu yang sedang rancak borak.
“saudara
nenek, adik beradik, anak saudara semua adalah.” Balas Leesya.
“bila nak
pergi rumah mama?”
“malam
nantilah, abang dah tidur dalam bilik tu, penat sangat kot.” Leesya buka pintu
bilik yang selalu mama dan abah tidur, tapi kali ini untuk mereka berdua.
“ni bilik
siapa?” aku rasa macam banyak pula aku tanya.
“bilik
mama dengan abah sayangku, tapi rehatlah dulu sementara tunggu malam, saya nak
pergi buat air untuk tetamu.”
“tak
apalah, nak kenal juga dengan tetamu.” Qee letak luggage dalam bilik then teros
pergi ke ruang tamu.
“rehatlah
dulu, malam nanti mama cakap nak pergi beraya rumah mak saudara dulu baru balik
rumah.”
“tak
apalah, kejap je.”
“kang
awak tak faham diorang borak apa macam mana?”
“sengih
jelah.” Qee tayang giginya.
“eee,
macam tu pula.” Leesya berlalu ke dapur.
Sampai je ruang tamu, Qee bersalaman dengan
tetamu lelaki. Tak kan nak bersalam dengan perempuan pula. Abah dengan mama
rancak berborak. Aku sengih jelah mampu. Eh asal dengan sorang ni, duk tengok
je kat aku dari tadi. Tahulah aku handsome, ya Allah perasannya aku. Qee duduk
dekat kerusi berangkai tiga, sebelah abah.
“hok ni
lah natu sayo, mok ngoh.” Mama introduce menantunya.
“hok ni
koo? Semark sungguh, berutong Leesya, mok ngoh tok dapak gi maso sanding, mok
ngoh gi umroh maso tu.”
“mok ngoh
ni adik nenek.” Terang abah dekat Qee, Qee mengangguk je mampu.
“owh, mak
ngah duk mana?” tanya Qee, tetamu lain pakat pandang dia, yelah orang luar dah
bersuara, mana orang lain tak pandang.
“oghe
luar sunggoh, mok ngoh nok panggil gapo ni?” tanya Mak Ngah.
“panggil
Qee je mak ngah.” Perempuan tu anak mak ngah.
“owhh
Qee, pelik sunggoh namo, ni anok bongsu mok ngoh.” Bersungguh Mak ngah
perkenalkan anak perempuannya.
“hai,
Tia.” Tersengih-sengih macam kerang sembelit pon ada aku rasa.
“jemput
minom semua.” Leesya sampai ruang tamu dengan dulang berisi air satu jag, makanan
memang sudah dihidang, mek buat nasi dagang raya tahun ni.
“sapa
doh, pengantin baru.” Pak ngah menyakat.
“pengantin
basi doh pok ngoh.” Leesya sengih sambil melabuhkan punggung sebelah Qee,
sebelum sampai kota Bharu sempat singgah RnR tukar baju kurung dan baju Melayu,
yelah masih hari raya kan.
“tahu
doh, bilo nyo nok berisi?” tanya mak ngah, lalu teguk air dari gelas.
“belom
ado rezeki mok ngoh.” Macam anak mak ngah yang dekat sebelah tu, kenapa dia
pandang aku macam nak telan, aku pakai kain dekat badan ke.
“esok
luso adolah tu.”
“amin,
hehe, mok ngoh dari mano?” Leesya kerling Qee dekat sebelah yang
diam-beku-tak-faham-lah-tu. Baju kurung moden Leesya biru turquoise, Qee pula
berbaju melayu cekak musang warna yang sama, mesti orang ingat mereka belum
kahwin tengok gelagat yang tak macam suami isteri.
“mok long
mari sini teruh, holah mari hok dekat dulu pah tu baru gi hok jauh sikit.”
Kalau Qee ni menantu aku lagi sesuai rasanya. Inilah mak long punya perangai
yang sebenarnya.
“assalamualaikum,
eh mok ngoh pon ado sekali?” haa orang baru bangun tidur dah mai, kejap pula
abang tidur. Selalunya tak sah kalau tak berjam.
“aik,
baru napok bate hidong.”
“hehe,
rehat meta tadi, sakit urat mok ngoh.” Abang senyum tak ikhlas, dia mana gemar
sangat dengan mak ngah ni.
“padelah
mok ngoh kelih dari tadi tok napok.”
“Leesya
jum ambil gambar dekat luar kejap.” Abang dah start nak larilah tu.
“apa
abang ni, tunggu orang baliklah.” Leesya tahu abangnya tak berapa suka dengan
mak ngah dan anak bongsunya itu.
“sekaranglah,
cuaca tengah lawa ni.” Zaki dah siap sedia dengan kamera hitamnya itu, Qee
memang join sekaki masuk bilik nak pergi ambil juga yang dia punya sebab nenek yang izinkan tu dia join sekaki.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Lepas beraya dekat rumah mek dan rumah saudara
barulah balik rumah mama. Actually dekat je rumah mama dengan rumah mek. Arwah
ayah tok beli tanah untuk bagi dekat anak-anak, arwah beli dekat dengan rumah
mek je. Leesya rindu dengan ayah tok, sebab cucu paling rapat dengan arwah
ialah Leesya. Abang dia rapat dengan mek sejak lahir. Setiap kali balik kampung
mesti arwah akan bawa Leesya jalan-jalan pusing kampung. Tapi semua tu dah tak
akan berulang lagi.
“cupp!”
“opocot.”
Tulah termenung lagi Leesya.
“eh
melatah rupanya.”
“terkejut
saya, suka-suka je cium pipi orang.”
“memanglah
kena suka, tak kan tak suka baru cium.” Qee dah golek-golekkan badannya atas
katil, Leesya masih dengan tualanya untuk keringkan rambutnya.
“eee, ada
je menjawab abang nak pergi mana?”
“pergi
mana apa?” tanya Qee dengan kering terangkat sebelah.
“pakai
handsome-handsome ni.”
“abang
handsome eh?”
“perasan.”
“laa tadi
dia yang cakap, abang baru je korek teling tak pekak lagi.” Qee dah mengengsot
dekatkan badan dengan Leesya.
“abang
salah dengar kot, nak pergi mana?” dah kenapa makin dekat ni.
“salah dengar?
Yeke?” Qee dah betul-betul dekat belakang Leesya.
“abang
nak pergi mana?
“cium
dulu, baru abang bagi tahu.” Qee tunjuk ke arah pipinya.
“eeee,
tak kuasa.”
“yelah
dengan abang je tak kuasa.” Qee dah mula melingkarkan tangannya dekat pinggang Leesya.
“saya
tanya tak nak jawab.” Leesya nak bangun dari katil, tiba dia rasa berdebar,
lama Qee tak layan dia macam tu.
“sayang
nak pergi mana?”
“nak
pergi sidai tuala.”
“sidai
kejap lagilah.”
“nak
sidai sekarang.” Leesya dah terkunci dalam lingkaran lengan Qee.
“jum
keluar.”
“nak
pergi mana?”
“saja
jalan-jalan.”
“malaslah.”
Asal dup-dap-dup-dap ni Leesya.
“abang
pon dah malas sebenarnya.” Wanginya dia, Qee rindu belaian dari isterinya.
“pula
dah.”
“nak
sayang boleh?”
“hah?nak
saya? Nak buat apa?” Leesya dah makin berdebar.
“sayang
rasa abang nak buat apa dengan Leesya.” Qee dah cium bahu Leesya yang terdedah,
Leesya dengan baju tidurnya yang agak luas bahagian leher.
“mana lah
saya tahu.” Leesya terbuai dengan sentuhan lembut dari Qee.
“nak
tutup lampu boleh?” dia rindu bau Leesya.
“abang
nak buat apa tutup lampu?” Leesya terlepas dari dakapan Qee, dia bangun untuk
larikan diri.
“biarlah
nak buat apa pun, nak ke mana pula tu?” Qee ikut je Leesya ke tempat sidai
tuala.
“yang
abang ikut Leesya ni kenapa?” Leesya dah terkunci dengan Qee dekat depan, dekat
belakang dinding.
“biarlah
nak ikut je pon.”
“dari
tadi biarlah, tah kenapa dengan abang.” Leesya cuba gerakkan sedikit badannya,
berharap dapat lepas dari Qee.
“nak goda
abang eh?”
“bila
masa tah.”
“habis tu
pakai baju macam ni.” Lama Qee tengok bibir Leesya.
“kenapa
dengan baju saya?”
“luas
sangat leher dia.” Qee dah rapatkan badannya dengan badan Leesya.
“nak buat
macam mana, dah orang tu design macam ni.” Leesya terbuai dengan bau wangian
datang dari badan Qee.
“sayang.”
“hmm.”
“apa
hmm?”
“biarlah.”
“cupp.”
Dari dahi Qee cium Leesya, kemudian turun ke
hidung dan seterusnya turun ke bibir Leesya, lama. Leesya perlahan-lahan
merangkul pinggang Qee. Akhirnya terlerai rindu terhadap masing-masing. Layanan
dari seorang isteri yang Qee rindukan.
‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’
“sayang buat eh?” Qee sakat Leesya sambil belek lehernya.
“mana ada.”
“dah tu siapa yang buat? Hantu? Ganas juga isteri abang
ni.” Qee sarung baju melayu teluk belanganya.
“mana ada.” Sumpah rasa macam hangat-hangat je muka ni.
“elehh, malulah tu, sini tutup muka sini.” Qee tarik muka
Leesya ke arah dadanya.
“eeee, saya dah pakai tudung elok-elok, habis penyek
tudung.”
“alahh penyek-penyek pon lawa je isteri abang ni.”
Sungguh bahagia tu rasa sampai tak terungkap.
“eee, dahlah tu tapi mesti orang nampak kan nanti,
malunya.”
“orang tanya abang cakaplah Leesya yang buat, tak pon
abang cakap tanya isteri saye dia buat apa dekat saya, jawapan real habis kan.”
Qee dah nak gelak tengok muka Leesya yang merah semacam.
“eee, janganlah cakap macam tu, malulah saya.”
“laaa dah orang tanya, abang jawablah tak kan nak
menipu.”
“eee, malas cakap.” Leesya ke meja make up untuk ambil
hand bagnya.
“nak ke mana tu?”
“sibuk je.”
“sibuk dengan isteri tersayang je.” Qee tersenyum, masih
malu juga Leesya ni.
Thursday, June 7, 2012
Rahsia tulisan jiwa 32
Bab 32
Raya
pertama tulah rasa gembira tak terkata, lagi-lagi kali pertama beraya bersama
isteri dan keluarga mertua. Sebelum ni bangun je raya pergi solat raya, balik
then pergi rumah kawan balik tidur. Tapi tahun ni Qee rasa kelainannya. Puan
Roselee mencadangkan Qee dan Leesya ikut mereka pulang ke kampung halaman yang
terletak di Kota Bharu, Kelantan. Selepas sahaja beraya di rumah Dato’ Ghazali
Qee dan Leesya pulang ke rumah mentuanya.
“Qee pernah beraya di Kelantan?” tanya Puan Roselee pada
menantunya.
“hah?Kelantan? tak pernah ma, Qee beraya dekat KL je
selama ni.” Jawab Qee sambil mengunyah biskut raya, Qee suka biskut Almond
London yang dibuat oleh mak mentuanya.
“apa kata esok Qee beraya dekat kampung Leesya, dua tiga
hari dekat sana, rasalah beraya di Kelantan pula.” Cadang Puan Roselee.
“boleh juga, Qee tak pernah lagi pergi Kelantan, mama
asal Kelantan ke?”
“Leesya tak cerita? Mama Qee pun?” tanya Puan rosele lalu
dikerling anak perempuannya yang sedang khusyuk menguyah biskut tart nanas.
“tak pun.”
“Mama asal Kelantan, samalah dengan abah kamu.”
“Kelantan dekat mana?” kenapa sedap sangatlah pula biskut
ni, kang habis satu balang jangan tanya aku kenapa.
“Mama asal Pasir Mas tapi duduk dekat Kota Bharu.”
Teringat
perbualannya dengan Rizal. Rizal cakap orang Pasir Mas ni lawa-lawa dan kacak.
Patutlah isterinya boleh tahan. Amboi kemain kau Qee. Qee kerling isterinya
yang khusyuk borak dengan Zaki.
“Tak silap mama, Qee bukan ada kampung dekat Johor ke?”
“ada, tapi mama dah lama tak balik kampung, sebab mama
cakap dah tak ada saudara dekat sana, balik pun sebab nak ziarah kubur arwah.”
Qee dah tak ingat macam mana kampungnya di Johor. Mungkin sebab dah terlalu
lama tak balik kampung.
“dah, pergi naik tidur semua, esok pagi lepas subuh kita
semua kena bertolak dah sebab nak elak dari sesak.” Puan Roselee sudah bangkit
dari sofa berangkai tiga
“hah? Esok balik kampung maa?” Leesya terkejut dan terus
dipandang Puan Roselee.
“iye, setiap tahun kan kita balik kampung tak kan tahun
ni tiba-tiba tak balik.”
“mama tak cakap pun.” Mak aihh banyaknya aku makan biskut
tart ni, ketagih seyh, mama letak apa dalam biskut ni.
“laa tadi mama baru je cakap.”
“owhh.”
“bolehlah Qee kenal dengan saudara-mara kita dekat sana
kan abang.” Abahnya dah tidur ke, dikerling suaminya di sebelah.
“awak pernah pergi Kelantan?” tanya Leesya.
“nope.”
“sekali pun tak pernah?”
“tak nope never ever.”
“kesiannya, ish ish.”
“abang, mama cakap abang nak bawa calon menantu untuk
mama, siapakah gerangannya?” tanya Leesya excited.
“huh?” Zaki rewind balik apa yang dicakapkan oleh adiknya
dalam kepala. Menantu?
“huh pula, betul-betullah siapa gerangan bakal kakak ipar
Leesya tu?”
“bila pula abang nak bawa balik kakak ipar Leesya?”
“tak tahu, sebab tulah Leesya tanay.”
“siapa cakap?”
“mamalah.”
“maa, bila pula abang cakap nak balik menantu untuk
mama?” tanya Zaki pada Puan Roselee yang sedang kemaskan balang biskut yang
hendak di bawa ke kampung esok.
“sayang ngantok.” Qee bisik dekat telinga Leesya.
“laa hari tu abang cakap dengan mama, kejut abah kamu
masuk tidur dalam bilik.”
“abang cakap kawan abang nak datang beraya mana ada abang
cakap nak bawa balik bakal menantu untuk mama.”
“sayang ngantok.” Dibisiknya sekali lagi, sampai hati tak
layan aku, kepala Qee sudah makin menyenget dan akhirnya jatuh di bahu Leesya.
“yelah, nanti bawa balik jangan lupa bagi tahu Leesya.”
Leesya bangun dari sofa dan tidak sedar kepala Qee dibahunya.
“sayang ngantok. Huh?” akibat terkejut habis kuat
suaranya.
‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’
“meriah dia borak.” Qee dah nguap kali ke berapa entah,
rasa nak koyak rabak dah mulutnya.
“tak meriah pun.” Leesya dah lipat separuh baju untuk
bawa ke kampung esok.
“abang cakap ngantok pun dia tak dengar.” Qee betulkan
letak bantal.
“bila masa abang cakap?”
“see, sebab tulah abang cakap meriah, sebab abang cakap
dia tak dengar.” Awal awal sangat aku dah nguap ni, apa aku buat hari ni.
“maaf tak dengar.”
Leesya bergerak ke katil.
“tak apa.”
“awak dah gosok gigi belum? Tadi semangat makan biskut.”
Asallah perkataan abang tu susah nak melekat dekat bibir ni,hehh.
“hmmm.”
“abang?”
“hmmm.”
“Syed Baihaqee.” Haa kan dah keluar nama penuhnya.
“esok saya sain, letak je dekat situ.” Kalau dah tahap
mengigau kan, tahu-tahu jelah sebab apa.
“sain guna berus gigi?”
“yea berus gigi, hah?” oke aku rasa aku mengigau sekejap,
nak sengih ke tak.
“apa sengih-sengih?”
“abang ngigau, comelkan?” Qee bangun untuk ke toilet.
“jangan nak masuk bakul angkat sendiri boleh?” aku pun tak gosok gigi lagi rasanya.
“elehh.” Qee lap mulutnya guna tuala kecil.
“abang tolong Leesya kemas baju.” Leesya dah keluarkan
sedikit baju suaminya.
“alaa, Leesya kemaskanlah.” Qee dah mendekati katil.
“abang nak balik ke tak nak?”
“mestilah nak.”
“dah tu tolonglah kemas, tolong ambilkan beg lagi satu
dekat atas almari tu.” Leesya tunjuk ke arah atas almari.
“abang ngantoklah.”
“oke Leesya ambil semdiri.” Leesya pergi ke meja mak up
untuk ambil kerusi, belum sempat sampai di wardrobe, Qee sudah turunkan beg
tersebut.
“boleh pon nak tolong.”
“bisa ajaa dong.” Saja nak usha Leesya ni ngemas,
agak-agak segan lagi tak dengan aku.
“masukkan dalam beg tu.” Leesya tak perasan dia terbagi
pakaian dalamnya sekali. Dia tak tahu kenapa perasaan segan tu tak hilang lagi.
“oke dah.” Qee susun cantik-cantik, dan semuanya di
bahagian atas. Leesya pandang je ke arah Qee..
“erk.” Oke dah berbahang je aku rasa.
“sayang kenapa?” tanya Qee.
“tak ada pape, dahlah pergilah tidur esok awak kan nak
kena drive, bukannya dekat Kelantan tu.” Leesya dah menghalau Qee, kan makin
masak aku duk sini.
“aik tadi suruh abang kemas, then suruh tidur pula mana
satu ni sayang.” Qee tahu Leesya dah malu, tak hilang lagi malu dia rupanya.
Nak
dekat sejam jugalah Leesya ngemas. Qee dah lama hanyut ke dunia mimpi. Tak
apalah esok bukan aku pun yang drive. Macam manalah nak teman encik suami kalau
masuk je kereta terus tidur. Tak boleh harap langsung nak jadi peneman. Leesya
dah nguap, maknanya mata suruh tidurlah apa lagi.
“Leesya Qee, bangun.” Puan Roselee dah ketuk pintu bilik
tidur anak menantunya.
“Leesya we have to make a move right now.” Tambah lagi
satu.
“Bangun anak-anakku, nanti jem dekat karak.”
“hmm.” Qee lagi makin melingkar dalam comforter, Leesya
pula makin merapatkan badannya dekat badan Qee.
“awak bukalah pintu tu.”
“siapa pula ketuk malam-malam ni.”
“buka jelah.”
“hmm.” Dengan seluar pendeknya tak berrbaju, rambut
serabai, mata masih tertutup Qee melangkah ke arah pintu.
“ye ada apa?” Qee menyoal tanpa membuka mata.
“Ya Allah ya tuhanku, tak bangun lagi?” dengan suara
tinggi-terkejut-geram Puan Roselee menggeleng lalu masuk ke bilik tersebut.
“hah?” Qee dah terkejut lalu kedua-dua tangannya
menyilang menutup bahagian dadanya, malu weyh, siapa tak malu cuba cakap dekat
aku. Even dah jadi mak mentua tapi aurat babe.
“ya tuhan, Leesya!” Puan Roselee jerit.
“oh mak kau.” K siapa cakap Leesya tak melatah, boleh
terbelit urat jantung aku pagi-pagi ni.
“pukul berapa dah ni, tak bersiap lagi?” memang baru je
lepas subuh, sebab itulah yang dirancang nak bertolak lepas subuh.
“pukul berapa dah ma?” tanya Leesya kelam kabut, yang Qee
masih terkejut dekat pintu tak bersuara.
“pukul 6 lebih, cepat bersiap abah dan abang dah siap
letak beg dalam kereta dah.”
“oke, yang awak kenapa berdiri dekat situ?” Leesya dah
pelik tengok suaminya berdiri tak bergerak dekat pintu.
‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’
“ada lagi beg nak letak?” Qee dengan kemeja dan seluar
jeans dengan speck matanya dah siap letakkan semua beg dalam bonet.
“tak ada.” Leesya pun berkemeja, eh janji apa?
“betul tak ada yang tertinggal dah?” tanya Qee ingin
kepastian, comel dia eh dia lipat seluar dengan kasut sebago. Kenapa comel pula
aku tengok dia hari ni.
“betullah.” Leesya ambil handbagnya, abang dah tunggu
dalam kereta tapi sibuk tengah jawab call, agaknya dari siapa yea.
“Qee, kamu ikut dari belakang, Leesya temankan suami kamu
jangan bagi dia ngantok.” Pesan Ku Yusri.
“ya abah.” Sambil sengih, sebab aku ni memang pantang
masuk kereta.
“dah jum bang.” Puan Roselee dah siap dengan bakul bekal
makanan, pergi mana-mana mesti bawa makanan, hari ni nasi lemak.
“jum.” Sambil sarung kasut lalu kunci pintu rumah.
Start
perjalanan Leesya masih segar bugar percayalah. Cuba tengok lepas sejam
perjalanan confirm dah lentok habis. Leesya cuba celik matanya seluas yang
mungkin supaya dapat teman Qee drive.
“sayang dah kenapa celik mata luas-luas?kang terkeluar
juga biji mata tu.” Qee dah kerut dahi, pelik sebab tengok Leesya yang dari
tadi celik mata luas-luas.
“nak tidur tu celik mata luas-luas.”
“nak tidur tutup mata bukan celik mata.”
“dah tahu lagi tanya, nak hilangkan ngantoklah.” Leesya
cuba cari gula-gula dalam handbagnya.
“sayang cari apa pula tu?” tanya Qee, ada je yang dia nak
buat.
“cari kucing.”
“eee, main-main.”
“bila pula saya main?saya dalam kereta ni kan tengah
duduk.” Asal ngantok aku dah makin menebal ni.
“oke carilah kucing sampai dapat.”
“haaa dah dapat.” Jumpalah juga sebiji gula-gula kopiko
ni.
“cari apa?”
“ni haa.” Leesya tunjuk dekat Qee hasil yang
diperolehinya.
“nak satu, abang ngantoklah.” Qee pon dah nguap sekali.
“hah?” dia ngantok aku pon ngantok, aku ke patot makan
atau dia? Mestilah dia bolah tanya lagi.
“nah.” Leesya hulur dan lepas tu terus nguap.
“bukakan, abang tengah drive ni.” Mana petronas ni.
“mengada.”
“apa?”
“mengada.”
“yelah abang mengada.”
“memang pon.”
“ngantoklah pula.” Qee nguap kali ke berapa entah.
“ngantok?” Leesya terus urut bahagian leher Qee.
“sayang, jangan.” Oke, jangan tanya kenapa kalau lelaki
sensitif bahagian leher, dahlah tangan Leesya ni lembut.
“kenapa pula?” Leesya urut perlahan, tangan Qee dari tadi
duk halang tangan Leesya dari teruskan mengurut.
“abang cakap jangan janganlah.” Oke suara Qee dah
berubah.
“urut leher boleh hilangkan ngantoklah.”
“tapi abang bukan hilang ngantok.”aku dahlah sensitif
bahagian leher, fakta mengatakan leher tu boleh menyebabkan lelaki, oke dah aku
tak nak sambung.
“eee, saye nak hilangkan ngantok dia tak bagi.”
“abang nak berhenti ke tu?” Qee tengok kereta yang dibawa
Zaki masuk Petronas.
“yelah tu, nak berhenti rehat dulu kot.” Lega aku
bolehlah juga lelapkan mata.
“teman abang pergi beli air dengan makanan.” Qee membelok
ke arah perhentian Petronas, ramai seyh. Yelah musim raya.
“abang pergilah.”
“nak sayang ikut.”
“tu abang nak pergi beli juga tu, awak ikutlah abang.”
Leesya tengok abangnya dah keluar dari kereta.
“malasnya dia nak temankan abang.”
“bukan malas, tapi ngantok bagilah saya lelapkan mata
sekejap.”
“oke, nak apa-apa tak?”
“ermm, nak chocolate biskut yang sneakers tu picnic lagi
toblerone.”
“abang beli je, salah tak tahu.”
“alaa cari jelah, ada tulis namakan.”
“salah tak tahu.” Qee dah buka pintu kereta.
“yelah-yelah saya ikut.” Lama tak makan
toblerone,mengidamlah pula.
“haaa, nak juga ikut.”
“biarlah.” Leesya betulkan kemejanya yang dah terlipat
bahagian bawah akibat duduk.
“jum.” Qee tarik perlahan tangan Leesya.
“eee, apa pegang orang ramailah.”
“peduli apa abang." Qee pegang sebab nak orang tahu
yang perempuan cantik ni isteri tercinta dia.
Macam-macam
dibeli oleh Leesya. Nak pergi picnic
apa. Twistieslah , jackerlah, mr. Potato, crunchie, sneakers, picnic dan macam-macamlah.
‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’
Lepas
4 jam perjalanan baru sampai Gua Musang, berhenti kawasan rehat sebab abah
whatsapp nak berhenti makan nasi lemak mama buat. Oke memang lapar sangat. Tak
nak makan dari rumah sebab takut driver ni semua ngantok. Memang nasi lemak
mengantukkan pon.
“awak ambilkan ikan bilis tu.” Leesya tunjuk ke arah
tupperware yang ada ikan bilis.
“nah.”
“lapar sangat ke?” Semangat Qee ni makan.
“mestilah.” Jawab Qee sambil meneruskan suapannya.
“dah baca bismillah belom?”
“dah, maa sedaplah mama masak, lama tak makan nasi
lemak.” Mama pun selalu juga buat nasi lemak tapi dah lama tak buat sejak
kebelakangan ni.
Leesya
terperasan ada pasangan muda yang sedang bergurau dengan anaknya yang masih
kecil. Mungkin dia rasa sedih, tapi dia tak boleh tunjuk. Dia perlu kuat.
“sayang dah habis makan ke? Sikitnya makan.” Qee perasan
Leesya termenung.
“hah? Dah-dah.” Leesya tutup tupperware yang masih ada
lauk, semua orang dah siap makan.
“ada siapa nak pergi toilet tak?” tanya Puan Roselee.
“Leesya nak pergi.”
“Qee temankan Leesya, mama papa semua tunggu dekat
kereta.” Puan Roselee sudah masukkan bekal makanan dalam bakul.
“oke, sayang jum.”
“jum.”
“abang nak pergi toilet juga.” Zaki follow adik iparnya
sekali. Zaki perasan Leesya termenung dari tadi, dia tahu apa adiknya sedang
fikirkan.
“sayang tunggu abang tao.” Qee hantar pandangan ke arah
Leesya.
Kenapa
pergi mana-mana nampak anak kecil. Ya Allah kuatkanlah hambaMu ini. Leesya kau
mesti kena face semua ni. Mungkin sekarang bukan rezeki kau dengan Qee. Awak
maafkan saya. Leesya basuh mukanya untuk hapuskan air matanya.
“sayang kenapa ni?”
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
“hello
assalamualaikum.” Leesya jawab panggilan dari Ain. Tak sempat jawab soalan Qee.
“waalaikumsalam,
kau kat mana?” tanya Ain, beraya bersama itulah yang sering dilakukan mereka
bertiga.
“aku on
the way balik kelantan.”
“laaa,
ingat kau dekat sini.” Berubah nada suara Ain, ingatkan Leesya dekat KL.
“tak pon,
aku setiap tahun kan mesti beraya dekat Kelantan.” Leesya mengikut Qee dan
abangnya dari belakang untuk ke kereta.
“bila kau
balik KL semula?” tanya Ain yang sedang belek dirinya depan cermin besar.
“tak sure
lagi, selalunya aku balik Kelantan seminggu, tak pon 5 hari je sebab bos aku
bagi cuti seminggu je.” Leesya duk menghitung hari, kalau balik Kelantan
seminggu macam mana nak beraya dengan diorang, balik 5 hari jelah.
“baliklah
awal sikit, kitorang cadang nak pergi beraya dekat rumah-rumah member lama,
diorang buat reunion.”
“oke, aku
akan usahakan untuk balik cepat.”
“mana
hubby kau?”
“ada
dekat depan.”
“hah?kau
jadi mem apa sampai die jadi driver?” kemain kawan aku sorang ni.
“tak
adalah, aku tengah jalan ni, nak pergi ke kereta tak habis cakap lagi kau dah
menyampuk.” Kelihatan Qee khusyuk berborak dengan abangnya.
“owhh
yeke, haha.” Ain tergelak di hujung talian.
“k lah
nanti aku call kau balik bila dah sampai.” Leesya mahu mempercepatkan
langkahnya.
“ok,
kirim salam dekat semua.”
“oke,
assalamualaikum.”
“waalaikumsalam.”
“siapa
call?” tanya Qee sambil buka pintu pemandu.
“kekasih
hati saya.” Jawab Leesya sambil buka pintu juga.
“hah?”oke
lari sekejap landasan degupan.
“kekasih
hati saya.”
“siapa?”
tanya Qee mendatar.
“Ainlah.”
Asal kau nakal ni Leesya.
“owh.”
“apa
owh-owh?”
“biarlah
nak owh ke ahh.” Qee, kau ni suka fikir bukan-bukan.
Selepas 3 jam sampailah di Kota Bharu, lama juga
perjalanan nak ke timur. Dekat 7 jam lebih juga. First time wa pergi timur, wa
tak pernah pergi sini, Pahang pernahlah wa pergi. Apa wa-wa ni.
note: benda ni dah tersimpan lama. Maaf semua ya. Sekarang dah boleh focus semula. insyaallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
