Wednesday, May 18, 2011

Rahsia tulisan jiwa 26


“mama nak kamu kahwin dengan Melor tu.” Arah Datin Jane.

“kenapa pula mama, Qee tak cinta pun perempuan tu.” Qee dah terkejut dengan keputusan mendadak mamanya.

“mama nak zuriat yang mewarisi dari keluarga kita, bila Leesya tu nak mengandung? Kamu berdua dah kahwin lama tapi tak ada tanda pun.” Datin Jane dah jeling ke arah Leesya yang diam tak berkutik di sofa bertentangan dengannya.

“mama, itu semua rezeki tuhan dan kami pun dah cuba sedaya upaya.” Qee genggam tangan Leesya yang sudah berkaca matanya.

“mama tak kira, esok mama dengan papa akan hantar rombongan ke rumah keluarga Dato’ Ghazali.” Datin Jane dah berlalu ke dapur.

“mama!” laung Qee.

Astaghfirullah. Aku mimpi rupanya. Leesya meraup mukanya yang berpeluh. Ya Allah apa tanda mimpi ni semua? Tak kan hubungan aku degan Qee berakhir macam ni. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Leesya dah jatuh cinta ke? Kalau mimpi tu semua akan jadi kenyataan macam mana? Kau nak ke bermadu? Madu adalah perkara yang paling wanita tak suka. Mesti penat sangat tu dapat mimpi bukan-bukan. Simpang malaikat 44.

“erk.” Leesya terkejut sebab alih je muka ke kiri ada wajah yang membuat jantungnya berdebar. Macam mana aku nak bangun ni, confirm dia tersedar kalau aku bergerak.

“awak bangunlah.” Leesya dah sentuh pipi Qee dengan jari telunjuknya. Liatnya dia ni.

“Qee.” Leesya dah buat suara menggoda. Hish tak bangun juga. Agak-agak kalau aku tiup mata dia sedar tak?

“fuhh.” Cetss tak bangun juga. Bukan dia geli dekat leher ke, haha nak buat-buat tidur konon.

Alamak dia macam tahu je kelemahan aku. Qee kau nak buat-buat tidur lagi or buat-buat menggeliat bangun. Qee cepat ke nak terkencing dekat sini.

“buat-buat tidur konon.” Leesya cakap dalam suara perlahan sambil sentuh belakang leher Qee. Kalau tak ada halangan nak bangun dah lama aku biarkan je dari tadi tapi aku nak bangun macam mana tangan dia ni tak nak angkat dari tadi. Sedap je tersadai melingkar.

“huarghhh.” Qee buat-buat menggeliat.

“baru bangun ke?”

“eh sayang tahu mana?”

“Apa eh eh, padahal dah bangun dari tadi kan?”

“mana ada, baru bangun je ni.”

“tok sah nak nipulah.”

“sayang tunggu abang ke or nak mandi sekali?” Qee dah mula nak tarik sengih.

“perasan sungguh, ni tangan ni tak boleh nak alih ke? Awak tu peluk saya macam mana nak bangunnya?” Leesya dah buat muka supaya Qee alihkan tangan dia.

“siapa yang peluk siapa ni?” Qee dah angkat kening.

“hah?” Leesya mula analisis aku ke peluk dia.

“ni tangan sayang ni duk melingkar kat pinggang abang then dia tidur atas lengan, lenguh tau.” Qee dah buat muka tanda tangan dia lenguh.

“erk.” Leesya sumpah kau malukan diri sendiri tau, mana dia tak peluk kau dah kau peluk dia dan terpaksalah dia mengiring ke arah kau.

“sekarang kena tidur atas lengan abang kan, baru lena kan?”

“perasan.”

“elehh, ngaku jelah.”

“heee.” Leesya lepaskan rangkulan di pinggang Qee dan cuba untuk bangun tapi dia tak sedar tangan Qee masih peluknya dan..

Cupp. Qee sempat bagi morning kiss dekat pipi Leesya.

“heeee, gigi tak berus suka-suka je cium orang.” Leesya dah lap pipinya.

“hmmm, yelah maaf.” Qee dah bangun dari katil.

“awak.” Aduhh saja gurau je pun, lelaki memang kuat touching apa?

“ye.”

“saya gurau jelah.”

“tak pe, salah saya.” Qee dah berjalan ke arah balkoni.

“tak, bukan salah awak.” Leesya dah garu kepalanya yang tak gatal.

“dahlah pergi mandi nanti acara dah nak start.” Qee hirup udara segar.

“awakkk.” Amboi panjangnya, dulu mana aku amik course memujuk orang, so memang ternyata failed, aduh macam mana ni?

“ye, pergilah mandi, tak dengar ke.” Dengar je Qee cakap macam tu Leesya tiba-tiba rasa nak teriak. Tulah kau mula dulu kan.

“abang.” Leesya ke yang panggil?

“saya cakap pergi mandi tak dengar ke?” dia panggil aku abang ke? Yelah tu, bukan dia cakap tergeliat lidah ke nak panggil aku dengan panggilan macam tu.

“awak.” Leesya dah berada betul-betul belakang Qee.

“kan saya cakap..” belum sempat Qee habiskan ayatnya. Leesya dah peluk Qee dari belakang.

“saya minta maaf.” Leesya ucap dalam suara yang serak, Leesya nangis ke?



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Hari ni aktiviti terakhir diadakan, esok semua boleh lakukan aktiviti bebas, nak pusing satu pulau Bali ke nak shopping ke tak kisah. Qee masih dengan egonya, Leesya yang dari tadi memujuk tak menjadi langsung. Qee terkejut actually sebab Leesya ke yang datang peluk dia dari belakang tu? Ke aku mimpi? Ada sesiapa boleh tolong sedarkan aku?

“awak.” Panggil Leesya sambil ikat rambutnya sebab dah berpeluh bagai join diorang buat poco-poco untuk senaman pagi. Aku kalau orang ajak poco jangan harap nak menolak.

“ye.” Jawab Qee acuh tak acuh, Qee naiklah lagi ego kau, kang kejap lagi dia buat perangai ajak balik KL terus padan muka, tak dapat buat anak. Amboii kemain, dekat mana-mana boleh.

“jumlah masuk acara tu.” Leesya dah tunjuk ke arah tempat berlangsungnya aktiviti.

“acara apa tu?” tanya Qee sambil pandang ke tempat Leesya tunjuk.

“tarik pelepah kelapa.”

“menatang apa tu?”

“bukan binatanglah, pelepah kelapalah.” Leesya dah nak tergelak tapi Qee masih dengan muka serious.

“malaslah masuk.” Qee sambung layan tengok gambar dalam cameranya.

“jumlah masuk awak.” Leesya ajak lagi sekali.

“saya cakap tak nak, tak naklah.”

“hmmm tak pelah, saya masuk dengan Qaiser je.” Leesya dah mulakan langkah.

“dah jum masuk.” Qee jalan menonong, tahu pun tak nak bagi bini kau masuk dengan Qaiser.

“tadi cakap tak nak masuk.” Leesya dah buat macam-macam gaya muka dari belakang Qee.

“tak baik kutuk suami dari belakang.”

“erk.”

Habis sahaja acara tarik pelepah Qee dan Leesya hanya dapat tempat ke-2. Ok lah tu dari kalah tanpa bertanding kan. Agak penatlah juga, jauh tu aku ingat dekat je. Boleh tertarik urat kentut aku menarik haa.

“kenapa awak lambat? Tengok dapat nombor dua.” Leesya tarik muncung.

“amboii kita menarik dia atas tu dah macam nak tertarik urat kentut ni ha.” Qee lap peluh di dahinya.

“bukannya berat pun saya.” Leesya nak sangat dapat hadiah juara iaitu teddy bear besar tu.

“tak berat awak cakap? Ya tuhan awak makan apa? Sekor kambing apa?” Qee togok air mineral.

“lebih ah tu sekor kambing.” Leesya makin geram dengan Qee, dahlah tak dapat nombor 1 then cakap kita makan sekor kambing.

“okelah tu dapat nombor dua, tak reti bersyukur ke? Kenapa awak tak tarik saya? Tengok yang dapat nombor 1 tu isteri dia yang tarik suami dia.” Qee jeling ke arah pasangan yang dari tadi sengih sebab dapat nombor 1, kang terkoyak juga bibir tu kang dah-dah lah tu.

“tadi saya nak tarik awak tak bagi kan? Kalau saya tarik dah lama dapat nombor 1 saya rasa.” Leesya megah diri.

“ada hati nak tarik saya, larat ke?”

“dahlah, pergi ambil hadiah tu.” Pemenang ke dua dapat set blander. Haha boleh terbelit urat perut aku. Leesya cuba bersyukur. Taklah nombor 1 dapat bear besar buatlah pemenang ke 2 dapat bear kecik sikit.

“nak ambillah ni.” Qee mendekati ke arah pentas.

Acara penyampaian hadiah berlangsung sekali gus acara penutup. Nia dengan Ain kemain sakan suka. Hadiah yang diorang dapat semuanya tip-top. Aku nak masuk acara yang tak perlukan pasangan ditentang habis-habisan. Rasa nak nangis. Nia dapat bantal love besar, Ain pula dapat bear. Aku? Set blander. Memang aku nak sangat blander. Leesya makan hati nampak.Haha

“dah jum balik bilik.” Qee mula balik mood merajuknya, mana tahu Leesya peluk lagi ke.

“awak pergilah dulu.” Leesya masih tak puas hati sebab tak dapat bear tu. Besar kot bear tu.

“nak saya tarik ke?”

“awak ni kenapa?” Leesya tengok muka Qee, kan dah minta maaf dalam bilik tadi.

“balik bilik, cepat.”

“japlah.” Leesya ambil kasut sukannya, berkaki ayam sebab kaki panas, lantaklah orang nak pandang pelik pon. Kaki wa dah sakit woo.

“buat kerja tu cepat sikit boleh tak?”

“hmmmm.”



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“pergilah mandi.” Masuk je bilik kau marah-marah ni kenapa Qee.

“awak kenapa? Dari tadi nak marah saya je.” Leesya tak boleh orang naik suara, rasa nak terkeluar air mata.

“bila pula saya marah?” Qee dah melabuhkan punggung atas katil.

“saya ada buat salah lagi ke?” Leesya sabar seboleh yang kau mampu.

“ada rasa buat salah ke?”

“kalau pasal pagi tadi saya dah minta maaf kan.”

“dahlah lupakan, pergilah mandi.”

Masuk je toilet, Leesya hamburkan semuanya. Lama juga dia menangis. Leesya tak boleh kalau orang naik suara dengan dia. Mungkin familynya tak pernah nak naik suara dengan dia. Leesya pun tak pernah lakukan benda yang menyebabkan abah dan mamanya marah. Leesya mungkin ada yang kau buat salah di mata dia. Minta maaf lagi ok?

“awak pergilah mandi.” Seusai sahaja mandi Leesya mendekati Qee yang berada di balkoni sambil pegang tuala untuk Qee.

“jap lagi saya mandilah.”

“zohor dah nak habis ni.” Leesya hanya dapat lihat wajah Qee dari sisi.

“oke.” Qee memulakan langkah untuk masuk dalam bilik.

“awak tuala.” Leesya hulur tuala ke arah Qee.

“tengs.” Qee tak pandang pun muka Leesya. Kau ni dah-dah lah tu nak merajuk. Hasut diri Qee.

“abang, kalau saya ada buat salah saya minta maaf.” Leesya asal rasa sebak ni. Tahan, jangan bagi pecah. Qee tak jadi nak mulakan langkah.

“lupekan je.” Qee terus berlalu selepas itu, dan Leesya statik di balkoni sambil meraup mukanya untuk hapuskan air mata.

 

Tuesday, May 17, 2011

Mencanting bicara


Mencanting rasa di dada langit
Rentapan rasa
Menguji cinta buatmu

Sungguh tebarkan cintaku
Sedalam laut seindah bicara
buatmu

Leesya sempat melawat blognya yang sudah lama ditinggalkan. Mungkin rasa bahagia yang membuatkan dia tidak menulis dan menconteng rasa di dada blog. Leesya kau dah bahagia? Dengar sahaja pintu bilik air terbuka Leesya terus sambung menyisir rambut di depan cermin. Qee berlalu ke ruang solat untuk menunaikan solat zohor.

“maaf.” Leesya mendongak ke arah datangnya suara itu.

“hah?” ternyata Leesya terkejut sebab Qee betul-betul membelakanginya.

“saya minta maaf.”

“kenapa awak minta maaf?”

“merajuk tak tentu pasal.”

“bila awak merajuk?” Leesya kau saja nak mulakan balik or memang tak tahu.

“tak tahu ke or buat-buat tak tahu?” tanya Qee.

“tahulah.” Leesya terus pusing mengadap ke arah Qee dan mendongak sikit sebab Qee tengah berdiri.

“dah tu saja nak mulakan balik?”

“besar-besar pun nak merajuk.”

“yelah lain kali tak merajuk dah.”

“baguslah kalau macam tu, sebab senang tak payah nak pujuk dah.”

“sampainya hati.”

“bawah dari hati apa?”

“perut, kenapa?”

“perut pun sampai.”

“hee, sanggup buat kat suami macam tu, nak dapat dosa free ke?”

“janganlah cakap macam tu.”

“tahu takut.”

“siapa tak takut, hee sakit kepala saya asyik dongak.” Leesya urut belakang lehernya.

“nak peluk boleh?” Amboi Qee dah berani eh sekarang minta bukan-bukan.

“kalau tak boleh macam mana?”

“tak pelah kalau macam tu.” Qee dah pusing ke belakang.

“haa merajuk balik, sinilah.” Aikk Leesya makin berani juga ni.

“tengs.” Qee terus peluk Leesya, ya tuhan sungguh indah rasa ini. Bahagia tao.

“untuk apa?” Leesya balas pelukan Qee.

“jadi isteri saya.”

“no needlah.”

“needlah.”

“eee.”

“saya bahagia.” Qee rengangkan pelukan dan tengok mata Leesya.

“awak bahagia?”

“cuba panggil abang.”

“tak biasalah.”

“tadi boleh je.”

“certain time je boleh, hehe.” Leesya dah tarik bibir.

“macam tu pula.” Qee mula dekatkan wajahnya ke muka Leesya.

Leesya asal rate jantung kau macam dah over dos je ni. Asal rasa berdebar ni. Leesya teringat Nia kata, orang yang buat kita berdebar tulah cinta kita. Ini bermakna? Tak sempat nak cari makna dah. Akhirnya bibir Qee dan Leesya bersatu.

“boleh abang dapatkan hak abang dari Leesya?” bisik Qee dengan matanya yang masih tertutup.

“maaf saya period.” Jawab Leesya perlahan.

Gedegangg. Qee ke Leesya yang malu? Entah tak tahu siapa yang malu. Masing-masing masih dibuai perasaan indah.

“lain kali boleh?” tanya Qee nakal.

“mengada.” Muka Leesya masih merah.

“biarlah, dengan isteri saya je.” Qee sekarang ni petang. Tak elok kau tahu bermadu kasih waktu sekarang. Perghh wa tak ingat lah.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Hari ni waktu melakukan aktiviti bebas. Shoppinglah gamaknya. Leesya dah bersiap dengan seluar jeans dan tshirt polo warna biru, ni Qee lah ni suruh lagi. Asyik nak baju sama je. Bila masa ada baju sama? Qee yang belikan. Masa bila? Entah aku pun tak tahu.

“awak cepatlah bersiap.” Leesya geram tengok Qee yang masih berlingkar dalam comforter. Teringat dulu ada kubu pertahanan antara mereka, sekarang tak dah.

“erkk give me 5 minutes.” Qee sambung tidur.

“no more 5 minutes.” Kalau tunggu dia bersiap aku rasa sempat juga ayam bertelur 5 biji.

“alaa.”

“apa ala-ala.” Ni tak boleh jadi ni, macam mana nak bagi dia segar-bugar ni?

Cupp. Ternyata terus celik mata Qee. Amboi kemain segar dapat cium haa.

“mengada kan?” Leesya geram dengan Qee sebab bagi cium baru nak segar macam itik pergi panaskan telur. Leesya cium kat pipi je.

“sayang ni tahu-tahu je abang segar kalau dapat cium.” Qee menggeliat sambil menguap.

“perghh busuk wa cakap lu.”

“wangilah wa cakap lu nak bau?” Qee dekatkan diri ke arah Leesya.

“beranilah dekat, pergilah mandi berbau mulut.” Leesya dah tutup hidung tanda berbau.

“haiyakk.” Qee masih betulkan urat.

“ya tuhan, boleh  tak buat kerja tu cepat sikit.”

“amboii peghli apa?” dah keluar loghat utara dia haa.

“terasa ke?”

“daq eh, ceq tak teghasa pon.”

“sayang nak pergi mana cepat-cepat ni?”

“nak pergi shoppinglah.”

“shopping apa?”

“beli sekor kambing.”

“ceq tak teghasa pon.” Qee tahu Leesya perli dia lagi, Qee tengok badan Leesya yang pakai baju polo, kalau tak nak pakai baju sama siaplah. Nasib dia pakai baju sama sebab baju yang bawa semuanya sama. Huhu.

“awak cepatlah, diorang dah tunggu tu.”

“diorang tu sapa?”

“Nia dengan Ainlah.”

“biarlah diorang tunggu.”

“kalau tak saya pergi dengan diorang je.”

“japlah, tunggu saya bersiap.” Qee turun dari katil.

Ting tong ting tong. See aku dah cakap dekat pengusaha hotel ni jangan buat loceng sebab nanti jahanam kalau ada penginap hotel macam Nia dengan Ain. Memang tak lepaskan peluang nak menekannya. Tapi nak buat macam mana pengusaha hotel tu tak nak dengar cakap aku.

“kejap-kejap.” Jerit Leesya, diorang dengar ke? Leesya buka pintu biliknya.

“woi lambatnya bila nak gerak?” Suara siapa? Semestinya Ain.

“waalaikumsalam.” Jawab Leesya.

“see, kan aku dah suruh kau bagi salam kau main terjah je.” Nia tahu dah perangai Leesya suka memerli.

“aku islam lagi.” Balas Ain pendek.

“senang, tak payah aku ulang lagi.” Leesya dah sengih.

“tak pe, aku dah hafal skrip dialog kau.”

“masuklah dulu, aku tunggu Qee ni dia bersiap kalah ayam nak mengawan.”

“amboii, kemain kutuk orang.” Ain dah nak gelak.

“sayang siapa datang.” Qee main peluk Leesya dari belakang dengan masih bertuala paras pinggang ke lutut.

“wa tak bayar tiket 18xs.” Cakap Ain tanpa tapis.

“hehe, sorry.” Qee dah lepaskan pelukannya di pinggang Leesya.

“tak tahu malu apa?” Leesya dah cubit pinggang Qee.

“ouchh.” Qee dah menyeringai.

“pergilah bersiap cepat.”

“oke-oke.” Qee berlalu ke wardrobe untuk bersiap.

“eh masuklah dulu.” Pelawa Leesya, kau nak suruh diorang tengok Qee bersiap apa?

“aku dengan Ain tunggu bawah jelah.” Nia dari tadi dengan handphone, dia mesej dengan siapa? Ni aku curious ni.

“haah, kitorang tunggu korang dekat lobby.”

“oke, nanti aku dengan Qee turun.”

“oke.”

“eh kawan Qee si Rizal tu nak join kita sekali tao.” Leesya baru ingat Qee pesan kat dia semalam yang Rizal nak join sekali.

“hah?”

“apa hah-hah”

“tak de pape.” Ain kalau dengan Rizal tak boleh borak, nanti keluarlah taring nak gaduh.

“oke, tunggu tao.”



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Sekarang on the way balik Malaysia, mungkin sekejap lagi kapal terbang mendarat. Leesya tersenyum ingat peristiwa di Bali. Sudah waktunya menganyam cinta dengan si suami yang halal di sisi. Betul kata Nia, jodoh aku memang dengan Qee. Leesya terlentok bila dah habis senyum mengingati peristiwa di Bali. Sempat kot lelap sekejap.

“sayang bangun.” Qee dah sentuh pipi Leesya.

“ermmm.” Leesya betulkan posisi.

“makin tidur pula.” Qee geram tengok muka Leesya tengah tidur.

“dah sampai ke?” tanya Leesya masih dalam keadaan mamai dan mata masih tertutup.

“dah sayang.” Orang cakap nak tengok kecantikan asli perempuan tengok time dia tengah tidur, dah dia memang lawa nak buat macam mano haa.

“kejut saya dah sampai.”

“hah?” Qee terjerit.

“hah?” oke Leesya dah segar-bugar.

“tahu pun terkejut.” Qee tersengih.

“hee suka buat saya terkejut.

“saya dah cakap kita dah sampai, dia boleh cakap kejut saya dah sampai, mana tak ter’hah” ajuk Qee.

Lepas je ambil beg, Qee dan Leesya jalan beriringan. Makin romantik haa. Ain dan Nia dah lama berdengkur dekat rumah kot. Pelik sebab orang lain penerbangan awal, aku dengan Qee penerbangan delay. Apa ni?

“kenapa kita punya flight delay?” tanya Leesya.

“sebab delaylah.” Jawab Qee.

“betul-betullah.”

“betul lah.”

“kenapa?”

“sebab abang delaykan.”

“kenapa buat macam tu?”

“suka hatilah.”

“heee mengada.”

“sebab nanti ada orang usha bini abang.”

“siapa?”

“Qaiser.”

“rugi tak naik fight dengan Qaiser tadi.”

“kenapa?”

“bagi dia usha saya.”

“mengada.”

“biarlah.”

“sayang, malam ni tao.”

“malam ni apa?” Leesya tak dapat tangkap lagi.

“alaa buat-tak tahu pula.”

“heeeeeee.” Leesya dah cubit perut Qee.

“bila masa belajar jadi mak ketam ni?” semua pandang ke arah mereka berdua, ada tersengih ada menyampah sebab jeles kot.

11 comments:

itu_aku +_^zue said...

sambung la cpt
suka ngan diorg ni..

Anonymous said...

best2...sambung la cepat...

keSENGALan teserlah.. said...

hahaa. next2.

cAhAyA said...

hahaha..sweet sungguh..:))

yana said...

so sweet.chaiyok2..

ceritaku MEMORIKU said...
This comment has been removed by the author.
PENULISJIWA said...

itu_aku +_^zue

hehe
otw sambung

PENULISJIWA said...

Anon

hehe tengs
sambung dah

PENULISJIWA said...

keSENGALan teserlah..

sambung dah
:D

PENULISJIWA said...

cAhAyA

hehe
tengs

PENULISJIWA said...

yana

:D