Monday, May 30, 2011

Rahsia tulisan jiwa 27

“berapa lama kau nak ambil masa pergi ngintip hah?” suara tengkingan itu mengejutkan beberapa pelanggan yang turut menjamah selera di restoran itu.

“ko ingat senang nak cari masa sesuai? Rumah tu kawalan ketat walaupun tak ada guard. Kau ni tak reti sabar ke?”

“I nak dalam minggu ni juga you mulakan langkah.” Sudah berbalik semula sifat Melor Amelyn.

“aku tahulah, kau ni tak reti sabar ke?”

“nak I kurangkan ke duit tu?”

“kau nak ngugut aku? Ke kau nak aku report yang kau upah aku?”

“alaa I gurau jelah.” Melor menyendeng badannya ke badan sasa itu.

Habis sahaja pertemuannya dengan orang upahannya, Melor dah gelak sorang-sorang macam dah kena rasuk pun ada. Gila apa gelak sorang-sorang? Al- maklumlah laki dah kahwin. Leesya-Leesya, selagi aku berdendam sampai mati pun aku punya dendam tak akan hilang. Get ready Aina Aleesya, kau akan rasa semuanya.

Banglo kediaman.

“tadi mama tanya abang.” Sampai je rumah mama tanya bukan-bukan. Bukan aku boleh mengandung pun. Tak ke pelik. Qee pelik bila teringat mamanya.

“emm.”

“sayang dengar tak ni?” Qee dah geram sebab Leesya lebih focus lipat baju.

“dengarlah, tak nampak ke telinga saya ni?”

“mama tanya abang berusaha keras tak.”

“berusaha keras apa?”

“dapatkan anak.” Jawap Qee pendek.

“owhh.”

“abang cakap dah mama, dah berusaha keras sampai Leesya lembik.”

“owhh.. hahh?” Leesya kau punya tahap loading, asal aku rasa makin merisaukan.

“haah, then mama sengih kat abang pastu mama cakap jap lagi confirm Leesya mengandung.” Qee pun buat gaya mamanya semula.

“heee, apa cakap macam tu?” Leesya asal muka kau merah semacam, entah asal eh.

“laa, dah tu saya nak cakap apa? Cakap ermm yang..”

“diam jelah.” Leesya terus menyampuk.

Dah lama mereka berkahwin, mungkin dah hilang title pengantin baru tapi Qee masih lagi belum dapat haknya sebagai seorang suami. Aku rasa kalau suami lain talak empat terus, ada ke talak empat? Mengarut. Tapi itulah orang cakap susah nak jumpa lelaki macam Qee, tahap kesabarannya masih lagi tinggi. Qee hormat Leesya, tapi sampai bila semua ini? Memang perasaan masing-masing sudah diluah tapi semua tu tak berjalan juga. Mungkin sebab tak focus time kursus kahwin? Aku pergi weyh kursus kahwin tapi otak time tu berfikir benda lain.

“abang tak nak orang lain fikir ada antara kita mandul.”

“siapa cakap saya mandul?” terus ditanya soalan kepada Qee.

“saya cakap je kan.”

“jangan main cakap je kalau tak tahu apa-apa.” Leesya geram.

“then kita buktikan sekarang.” Qee dah tarik bibir.

“saja nak perangkap saya kan.” Leesya terus rebahkan badannya atas katil.

“bila masa tah nak perangkap, perasan.” Qee pun turut  baring.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“woii!” jerit Rizal.

“ishh, kau ni besar kecik je aku nampak, terkejut tahu tak?” Qee kau berangan ke mana tadi?

“yang kau ni dah kenapa? Lenguh tangan aku ketuk pintu lenguh mulut aku bagi salam kau dah pekak apa?” Rizal geram actually dengan Qee. Aku ketuk pintu bilik dia tak ada respond langsung, ingat dah jalan. Ish mulut aku ni macam dah habis tamat tempoh insurans je.

“aku tak dengarlah sorry.” Qee meraup rambutnya ke belakang. Habis serabai.

“sorry naik vanlah, kau ni asal? Serabut je aku tengok macam bini minta kahwin lain.” Ada ke bini minta kahwin lain? Hentam jelah Rizal.

“mulut kau ni dah habis tamat tempoh insurans ke?” Qee tutup fail yang sudah disignnya.

“kau ni tahu-tahu je, aku tanya ni kau asal?”

“entahlah.”

“entah pula, cuba cerita dekat aku.”

“masalah aku tak ada jalan penyelesaian.”

“semua masalah ada jalan penyelesaian.” Cakap Rizal, macam pakar motivasi pula.

“mama aku tanya bila nak bagi dia cucu.” Terang Qee perkara sebenar.

“dah tu bagi jelah.”

“amboii, kau ingat bagi cucu macam nak bagi hadiah hari jadi?”

“eh taklah, maksud aku bagilah ke kau mandul?”

“agak-agaklah aku mandul, kesihatan aku oke je sebelum aku kahwin hari tu aku dah cek.”

“dah tu?heee aku tengok tak ada masalah pon.”

“ermmm.”

“dah kenapa kau ni?” Rizal angkat kening.

“tak de papelah.”

“jangan cakap dekat aku yang kau dengan Leesya belum buat apa-apa.”

“kalau betul?”

“kau nak tipu aku kan?”

“masalah betullah, buat apa aku nak tipu?”

“ya tuhan, kau dah kahwin punyalah lama bro, tak kan kau tak sentuh lagi bini kau?”

“tak.” Pendek jawapan Qee.

“kau dengan Leesya gaduh ke?”

“tak pon.”

“dah tu?”

“aku tak kan sentuh dia tanpa kerelaan dia dan tanpa ada perasaan cinta dia kat aku.” Ya, itu yang Qee mahu. Dia nak Leesya betul-betul cintakan dia bukan hanya semata-mata hak seorang suami dari seorang isteri.

“kau sayang dia?”

“aku sayang dan cinta aku dah berputik sejak aku bertemu dia masa kali pertama aku jumpa dia.”

“Leesya pula?”

“hmm, entahlah aku pun tak tahu.”

“kau kena tanya.”

“tak kan aku kena tanya.”

“hey bro, jangan tinggi sangat ego tu, tak ke mana pun kalau ego tinggi menggunung.”

“kalau aku ego, mean aku lelaki kau tak ada ego? Kunsa apa?”

“agak-agaklah.” Aku ada ego jugalah Qee, tapi kau je tak nampak sebab aku mana ada kekasih hati. Tapi itu semua hanya terluah dalam hati tak terluah di bibir.

“tahu pun.”

“susahlah macam ni, kau kena buat dia rindu kat kau.”

“aku dah banyak kali pergi outstation tapi tak ada pula dia cakap dia rindu.”

“susah juga Leesya ni, kau guna kuasa veto kaulah.”

“kalau kuasa veto dari dulu aku dah guna, tapi macam yang aku cakap tadi aku nak dia betul-betul sayang aku.”



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Kalau mama suruh Qee kahwin lain untuk dapatkan zuriat macam mana? Kalau mimpi aku tu jadi kenyataan macam mana? Dari tadi kalau, aku sepak nak? Leesya dah serabut memikirkan halnya yang satu itu. Kalau Qee minta cerai macam mana? Kalau Qee tinggalkan kau macam mana? Kau sayang Qee tak?

“mestilah aku sayang Qee.” Jawab Leesya, eh jap.

“kau ni dah kenapa?”

“hah?”

“aku tanya lain kau jawab kau sayang Qee, telinga tu ke mana?” Ain dah pelik tengok reaksi Leesya macam baru sedar di alam nyata.

“kau tanya apa?”

“aku tak tanya.”

“then?”

“tu suami kau kat sebelah, dari tadi panggil kau.” Ain menjuihkan bibirnya ke arah Qee, Qee hanya tunjuk gigi.

“hah?” Leesya terus toleh sebelah.

“hye sayang.” Qee terus cium dahi Leesya.

“heee tak malu ke?”

“tak.” Jawab Qee pendek. Ya tuhan rasa macam kembang kempis dada sebab dengar sendiri dari mulut Leesya tadi. Takdir dia nampak Leesya tengah lunch dengan Ain dan dengar apa yang hendak didengarinya selama ini.

“buat apa dekat sini?” tanya Leesya. Agak-agak dia dengar tak apa aku cakap tadi?

“meeting.”

“hah?”

“nak makanlah, dah namanya ni restoran.” Qee angkat kening kat Ain sebab Ain dah gelak.

“kenapa makan dekat sini?”

“saja, hati tergerak nak datang sini.”

“jawapan tah pape.”

“soalan sayang tu tah pape, boleh tanya kenapa makan dekat sini, tak kan nak makan dekat kedai motor.”

“kau asal dari tadi usha aku?” kan dah keluar suara Ain.

“bila masa aku usha kau?” Rizal dah pelik tengok Ain.

“kau jangan ingat aku tak nampak, mata aku ada dekat sebelah kepala so aku nampak.”

“jangan perasan boleh tak? Aku usha awex sana hah.” Rizal geram dengan Ain, asyik jumpa je bertekak. Kalau dengan Nia cool je.

“jangan nak buat onar dengan akulah.” Ain geram.

“kau nak tengking-tengking ni asal?”

“korang ni kenapa?” haa kan yang sorang ni dah ngamuk.

“entah dia ni.” Ain dah bagi jelingan.

“yang kau pun kenapa?” Leesya dah geram dengar dorang bertekek, dahlah aku tengah serabut fikir si Qee ni dengar ke tak apa aku terlepas cakap tadi.

“aku pula?”

“sayang ni kenapa? Biarlah dorang bertekak, nak merapatkan hubungan silaturrahim orang tua cakap.” Qee dah tarik sengih.

“kau jangan bukan-bukan boleh tak?” serentak Ain dengan Rizal cakap dekat Qee.

“yelah.” Qee buat gaya surrender angkat kedua belah tangan.

“awak tak nak lunch ke? Saya dah nak balik office ni.” Leesya dah masukkan handphonenya ke dalam handbag dan cari pursenya.

“alaa nak masuk office dah ke?”

“yelah cik abang, dah nak habis waktu lunch dan saya bukan big boss yang boleh sesuka hati mak tiri belah anak saudara nak masuk office.” Leesya dah geram sebenarnya sebab boleh tanya nak masuk dah ke.

“tah kau ni, tahulah kau boss.” Ain pula nyampuk.

“oke, jumpa kat rumah.”



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’



Leesya baru je lepas mandi dan boleh pula ada masalah nak memilih pakaian tidur. Agak-agak best tak pakai baju tidur yang rasa macam baik tak payah pakai baju ni? Leesya terus sarungkan baju tidur yang jarang paras peha itu. Mesti pelik kan? Yes, sebab Qee pergi outstation, mama dan papa pergi rumah saudara dan tidur sana. Qee cakap mungkin balik esok so sebab tu aku berani mengada try baju ni. Baju yang mama hadiahkan dulu.

“kenapa rasa sunyi je ni?”

“online nak?

“bosan.”

“updated puisi?”

“mood oke”

“nak penampar?”

“tak habis-habis penampar.”

“cuba ayat lain pula.”

“asal tiba rasa tak sedap hati ni.” Leesya berjalan ke arah sliding door koridor.

“dah kunci.”

“ermm Qee baru je pergi kuantan pagi tadi tapi asal rasa macam dia dah pergi lama.”

“hishh tak boleh jadi ni, hati aku ni macam dah makin menjadi-jadi sekarang.”

“tidurlah.” Leesya usha jam di dinging biliknya, dah pukul 1.30 pagi.

“huarghh.”

Astaghfirullahalazim. Asal mimpi bukan-bukan ni. Leesya selak comforter dan turun dari katil. On the way nak pergi toilet Leesya perasan ada bayang-bayang dari arah corridor. Ya Allah. Leesya dah berundur. Mata dah berkaca sebab dah fikir bukan-bukan, dengan tak ada sesiapa dalam rumah ni.

“awak.” Leesya dah melajukan langkah ke arah pintu bilik tidur.

“awak, abang Leesya takut.” Leesya dah berlari turun ke tingkat bawah.

Mungkin sebab berlari dalam gelap dan tak nampak kaki meja sudut dan menyebabkan Leesya jatuh. Makin kuat Leesya punya suara. Leesya takut lembaga tu dapat masuk ke dalam biliknya seterusnya cari dia.

“ya Allah, sayang kenapa ni?” Qee terkejut tengok Leesya dah terduduk. Dengar bunyi ada orang jatuh Qee terus tersedar dari tidurnya dan tekan remote untuk nyalakan lampu utama.

“abangg.” Lagi menjadi-jadi tangisannya. Qee dah mendekati ke arah Leesya.

“ye sayang, abang ni.” Qee dukung Leesya dan mendekati sofa di ruang tamu lalu letak Leesya di situ.

“awakk.” Leesya masih tak dapat berbicara hanya memanggil Qee dari tadi. Macam kena santau pun ada.

“sayang kenapa ni? Cuba cerita kat abang, shhh.” Qee dah tak tahu nak buat macam mana lagi, dari tadi Leesya menangis. Qee dah rangkul Leesya dalam pelukan.

“jangan tinggalkan saya.”

“ye saya tahu, cuba cerita dekat abang kenapa sayang menangis ni?” tanya Qee lagi sekali, mungkin sebab tengok Leesya pun dah tenang sikit.

Habis je cerita semuanya, raut wajah Qee dah terpancar kerisauan. Qee teringat perbualannya dengan Rizal yang mengatakan dia nampak ada orang dalam semak di hadapan rumahnya. Ya Allah siapa yang buat semua ni.

“dahlah tu, abang ada ni.”

“hmm.”

“nak goda abang ke?” actually dari tadi Qee dah perasan baju tidur yang Leesya pakai cuma tak kan lah aku nak tanya tadi, memang makan penamporlah jawabnya.

“hah?” Leesya baru perasan baju tidur yang dia pakai.

“seksinya.” Kalau ikan tengok kucing tak kan dilepasnya eh silap kalau kucing tengok ikan habis disambarnya, kau ni kenapa Qee?

“cakap balik esok?” Leesya dah tarik kusyen bantal untuk menutupi pehanya, tapi macam baik tak payah je sebab bahagian atas kemain terdedah. Leesya usha jam dinding di ruang tamu, dah pukul 3 pagi. Tadi tertidur dalam pukul 1 lebih. Rasa macam lama dah tidur.

“habis petang so baik saya balik rumah terus, tak payah check in hotel.” Qee rasa macam panas pula, dia buka butang baju kemejanya bahagian atas.

“nak air? Saya buatkan.” Leesya saja nak lari tengok Qee buka butang baju.

“boleh juga panas pula, nak air sejuk kosong je.”

“oke.” Leesya kau fikir bukan-bukan, dia panaslah.

Leesya dah bangun untuk ke dapur. Macam dah goyah je iman Qee tengok keadaan Leesya macam tu. Dengan kain yang jarang, aduhh Qee iman kena kuat kalau kahwin dijodohkan ibu bapa ni. Memang kahwin dijodohkan mama dan papa tapi siapa cakap tak akan timbul perasaan sayang. Lama-lama akan hadir juga perasaan tu walau macam mana pun.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Dari kat ruang tamu sampailah masuk dalam bilik, masing-masing diam tak bersuara. Tadi Leesya ambilkan air punyalah lama. Qee bersuara baru Leesya keluar dari dapur. Tu pun pakai apron. Memasak apa? Malu ah tu. Owhh aku tak ada dekat rumah dia boleh pula pakai seksi.

“awak nak mandi ke?” Leesya dah segan-malu-rasa-nak-invisible.

“mandi? Ambilkan tuala abang.” Qee dah buka kemejanya.

“nah.” Leesya hulurkan tuala.

“tunggu abang.”

“hah?”

“tak ada pape.” Qee terus berlalu ke bilik air, lagi lama aku kat situ lagi nipis iman aku.

Leesya masih setia tunggu Qee habis mandi. Leesya tak tahu malam dia perlukan Qee sangat-sangat. Dengan mimpi dia yang bukan-bukan tadi, dengan bayang-bayang yang dia nampak dari arah koridor. Leesya kalih pandang ke arah koridor, macam ternampak bayang-bayang tu lagi. Then bunyi pintu bilik air dibuka.

“awak dah siap mandi?” Leesya betul-betul berada depan Qee, yang peliknya Qee masih depan pintu bilik air Leesya dah terjah. Mungkin trauma nampak bayang-bayang tadi.

“dah, sayang kenapa tak tidur lagi ni?” Qee tengok ke dalam anak mata Leesya.

“erm, saya takut.” Jujur Leesya.

“tak ada apa-apalah sayang, abang ada ni.” Qee tarik tangan Leesya lembut ke arah katil.

“ermm.”

“sayang kenapa ni?” Qee dudukkan Leesya di birai katil, mata Leesya dah berkaca semula.

“tak de pape.” Leesya dah peluk badan Qee, Qee yang masih bertuala.

“dah lah, abang ada ni.” Ya tuhan Kau kuatkanlah iman aku.

“maaf.”

“kenapa pula dah?”

“tak ada pape.” Makin kemas pelukan Leesya, Qee makin pelik tengok Leesya.

“dahlah, kita tidur tau.” Qee makin tidak keruan dengan hembusan nafas Leesya yang mengenai lehernya.

“ermm.” Leesya hanya diam dalam pelukan Qee.

“izinkan abang memiliki Leesya malam ini?” bisik Qee lembut sambil cium bahu Leesya yang terdedah itu. Seterusnya berlarutan ke arah leher Leesya. Qee sudah tidak mampu mengawal rasa.

Anggukan Leesya menandakan yang Leesya mengizinkan Qee memilikinya. Dengan lafaz bismillah akhirnya Leesya sah milik Qee secara zahir dan batin, dengan sentuhan dan belaian yang membuatkan kedua-duanya bahagia malayari malam pertama. Setiap sentuhan membuatkan Leesya makin selesa dan turut membalasnya.  




‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Qee tahu Leesya saja buat-buat tidur. Saja nak berlakonlah tu. Abang nak tengok sampai bila sayang nak berlakon tidur. Qee saja mendarat mukanya ke leher Leesya dan bisik sesuatu di telinga Leesya, terima kasih.

“bangunlah ni.” Leesya dah nak selak comforter, eh tak boleh.

“laa ingat sayang tidur lagi.”

“huh.”

“apa huh-huh?” Qee tiru gaya Leesya memuncungkan bibir.

“dah lah saya nak mandi.” Leesya tarik comforter untuk balut tubuhnya, biaq pilah dengan dia.

“sayang kenapa tarik comforter sekali?” Qee tahu pula kau nak gabra?

“suka hatilah.” Leesya dah berjaya tarik kesemua comforter.

“sayangg.” Oke sumpah aku dah rasa malu tahap melebihi muatan.

“apa?” Leesya kalih ke arah Qee.

Dann

“aaaaaaaaa.”

“yang sayang jerit kenapa?”

“tak malu ke?” tanya Leesya sambil pandang ke arah lain.

“dah tu sayang tarik comforter tu siapa suruh?” Qee ambil bantal dan pandai-pandailah korang fikir dia buat macam mana.

Selesai sahaja mandi Qee pula mandi. Hari ini untuk pertama kalinya solat subuh lambat sedikit dari kebiasaan. Leesya duduk depan cermin belek lehernya. Merahnya, kenapa baru perasan ni. MC lah hari ni, hari ni hari jumaat. Then terus sabtu ahad, bolehlah tu hilang kesan tiga hari. Nasib aku perasaan dari rumah, kalau orang lain tegur? Tak ke rasa nak invisible.

“sayang tak pergi kerja ke?” tanya Qee, sambil masukkan kemejanya dalam seluar slack.

“tak, tak sedap badan.” Alasan sungguh.

“sayang demam ke?” Qee terus jamah dahi Leesya.

“tak lah.” Tapi agak rasa tak sedap badan, rasa macam penat nak ke demam pun ada.

Hari ini mama dan papa balik dari rumah saudara, dan betullah jangkaan yang mamanya akan tegur kenapa leher merah? Nak jawab macam mana? Qee gigit? Memang tak malu muka. Hanya diam dan buat-buat tanya soalan lain.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Dalam meeting fikiran Qee melayang. Rizal yang duduk bertentangan dengan Qee rasa nak campak pen biar sedar dia dalam meeting bukan dalam bilik sesi goda-menggoda. Kalau Datuk Musa tanya masaklah kau Qee. Kau jawablah, aku rasa aku dah puas berdehem sampai nak tercabut anak tekak still tak sedar lagi.

“what’s you opinion, Qee?” kan aku dah agak, papa dia tanya.

“hah?”

“apa pendapat kamu Qee?” Datuk Musa dah pelik tengok anaknya.

Selesai meeting.

“padanlah muka hang, ceq dah berdehem banyak kali hang tu tak dengar.” Dah keluar dah loghat utara Rizal.

“kau asal tak panggil aku?”

“panggil apa? Kau depan aku nak panggil pergi mana? Kau tu asal macam berangan macam tak focus dari kita start meeting.”

“tak ada pape.”

“kau ni sihat ke tak? Aku rasa tadi kita dalam meeting, bukan dalam maharaja lawak, kau sengih semacam je aku tengok.” Geli aku tengok si Qee ni senyum.

“sihat je, asal?” Qee senyum,dari keluar bilik meeting sampai masuk biliknya.

“tak de pape, hari ni hari apa?” tanya Rizal.

“hari jumaatlah, kenapa?”

“malam tadi malam apa?”

“malam jumaatlah.” Jawab Qee.

“padanlah.”

“padan apa?”

“tak ada pape.” Rizal saja nak perangkap Qee, sebab selalunya Qee akan cakap fikir sendirilah.

Qee dah rasa macam nak invisible. Macam aku dikantoikan je. Sungguh dia teringat peristiwa dalam bilik. Aduhh sayang, rindunya. Dah kenapa pula ni? Semua kerja yang dibuatnya hari ni semua tak kena. Fikiran tu tak focus on kerja. Tangan je laju sign dokumen tapi fikiran bukan dekat paper tu. Qee baru nak belek lehernya bila terperasan cermin besar di ruang officenya. Nasib tak ada tanda.

“fuhh.” Qee lega.

“apa fuhh-fuhh.”

“ya tuhan.” Aku rasa macam kecik je aku nampak Rizal ni.




‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’

Luahan dari penaip : haha, sungguh aku rasa aku pula macam nak invisible. Rasa macam nak tumbang je aku buat entry kali ni. Sumpah segan pula menaip. Time nak taip ni dari meniarap ke duduk ke berdiri. Nak fikir apa yang perlu buat. Maaf tak best kali ini. Jum kita gelak ramai-ramai.

7 comments:

Anonymous said...

best ape.... i hope, leesya berubah lah panggilan nama tue. panggilan abng kan lebih mesra dan sedap didengar! kalau asyik saya awak tu kan tak romantik.. cehcehech..hehehe

Ema Emaharuka said...

Akhirnya~ ngeEe:-P
cepat pnya baby yea:-)

Anonymous said...

hbehehehhehehe

itu_aku +_^zue said...

akhirnya,
bbuke pose gak.
:)

cAhAyA said...

hahaha..
best ape..

Noor Affiqah said...

next n3 cpt!!!...hahaha...comel la qee n leesya...=>

nursya said...

lawakla note writ3r nie..
hahaha...
sabar2..
n3 nie best jer...
hik hik hik..