Sunday, August 14, 2011

Rahsia tulisan jiwa 29

“kenapa mama tengok Leesya pelik je touching dia?” tanya Puan Roselee pada menantunya.

“entahlah mama, Qee pun rasa benda sama.” Jawab Qee sambil lihat gerak tubuh isterinya 
yang tengah basuh pinggan.

“mama tak pernah lagi tengok Leesya macam ni.”

“Qee pun.”

“kamu ada buat apa-apa dekat dia?”

“buat apa mama?” Qee dah risau.

“takut kamu yang buat dia jadi macam ni.”

“mama ni buat Qee risau pula, abah mana mama?”

“abah ke surau.”

“Qee rasa dia rindu abang dia kot.” Teka Qee.

“takkanlah, kalau rindu dia lain.”

“habis tu, mama rasa sebab apa?”

“manalah mama tahu, before ni kamu ada gaduh ke?”

“tak gaduh pun maa.”

“nantilah mama tanya dia kenapa.”

Mungkin semua perasan perubahan diri Leesya, tapi tuan empunya badan tak kan rasa sebab perubahan diri tak ada sesiapa nak mengaku sendiri kan.

“Leesya nak ke mana ni?” pagi-pagi buta dah melawa tapi dalam hati je Puan Roselee berkata yang selebih.

“mana ada pergi mana-mana.”

“lawa macam ni nak duk dalam rumah? Buat tebiat apa.”

“mana ada, biasa je Leesya rasa.” Mama nak  kutuk aku apa.

Cupp

“pagi sayang.”

“apa cium-cium?”

“aikk nak cium pun dah tak boleh?”

“dah mandi belum?”

“belum, eh dah.” Bini aku ni macam singa dah aku tengok.

“dah belum, mana satu?”

“minggu depan dah puasa, sekejap je masa berlalu mama rasa.” Cerita Puan Roselee bila 
tengok anak menantunya dah macam nak bertegang urat.

“haah, tahun first time Qee puasa dengan ada bini.” Qee dah tarik sengih.

“perlu ke?” Leesya ni serious semacam setiap hari.

“perlulah.”

“Leesya puasa pertama dapat cuti tak?” tanya Puan Roselee.

“tak tahu lagilah mama.”

“kenapa tak tahu pula?”

“Leesya tak tanya encik Qaiser lagi.”

“nanti abang tanyakan.”

“bos saya biar sayalah tanya.” Leesya dah mula dah.

“kawan abang biar abanglah tanya.”



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’



Seminggu tu berlalu sekejap je. Esok dah start puasa, see sekejap je kan. Qee excited nak puasa sebab first time puasa dengan isteri. Leesya dah oke sikit perangainya. Angin apa pun tak tahu. Datin Sofea pun turut sama excited sebab ada lagi seorang ahli bertambah bila sahur dan berbuka. Si Qee tu selalu je berbuka di luar.

“tahun ni mesti meriah puasa dan raya.” Bilang Datin Jane yang tengah kemas dapur.

“kenapa pula? Bukan setiap tahun meriah ke mama?” tanya Leesya pula.

“yelah, ada menantu dalam rumah ni.”

“Leesya ingatkan apalah tadi.”

“Leesya nak sahur apa je? Mama buatkan.” Semangat Datin Jane tanya apa yang diingini oleh Leesya.

“Leesya selalunya time sahur goreng nasi je masa duduk rumah sewa dulu.” Teringat zaman bujang dulu.

“mama buat nasi lemak nak?” tanya Datin Jane.

“Leesya tak kisah pun sahur apa, tapi sempat ke ma?”

“mama selalunya bangun sahur pukul 4.”

“awalnya ma, Leesya time tu berdengkur lagi, hehe.”

“ngumpat Qee eh.” Salam tak bagi terus menyampuk.

“perasan.”

“sebab kita ada perasaanlah tu perasan tu.” Jawab Qee.

“mama tanya Leesya sahur nak makan apa.”

“Qee mama tak tanya?”

“mama nak tanya menantu mama je.”

“sampai hati mama.”

“jantung pun sampai sayang.” Suka Datin Jane menyakat anak terunanya itu.

Bilik tidur.

“sahur nanti sayang kejut abang tau.” Pesan Qee.

“bangunlah sendiri.”

“nak sayang yang kejut.”

“kenapa nak saya pula?”

“sebab nak isteri tersayang yang kejut.”

“tengoklah macam mana.”

“tengok?”

“ye tengok.”

“terima kasih.” Tiba Qee ucap terima kasih lalu kucup dahi isterinya.

“kenapa terima kasih?”

“untuk semuanya?”

“semuanya?”

“sebab sudi jadi isteri abang.”

“owh.” Tiba Leesya terharu dengan sikap Qee terhadapnya, kau tak pernah beromantik pun dengan Qee, selalu kasar je sikap kau kat dia.

“owh je?”

“nanti awak nak sahur apa je, saya buatkan.” Mungkin sebab terharu mata Leesya berkaca.

“sayang, kenapa ni?” Qee dah risau tengok mata Leesya dah berair.

“tak ada papelah, abang nak sahur apa je?”

“ermm, tak kisah apa-apa janji dapat alas perut.” Boleh ke aku hidup tanpa Leesya satu hari nanti?



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Bunyi jam loceng masih tak sedarkan pasangan bahagia itu. Excited kunci jam nak bangun pukul 4. Dengan Qee yang masih melingkar tangannya di pinggang Leesya, Leesya pula lena berbantalkan lengan Qee. Kenapa jadi begini? Ada apa-apa terjadi ke sebelum tidur malam tadi? Tak ada apa-apa pun, biasalah first sahur selalu terlajak.

Tukk tukk

“Leesya, Qee bangun.”

“hah?” kalau dah terkejut mesti terus terduduk atas katil.

“ya tuhan, dah pukul berapa ni?” Leesya belek handphonenya di meja sisi.

“pukul 5?”

“ya  Allah, menantu ke hantu aku ni?” Leesya terus ke pintu bilik tidur lalu buka.

“bangun pun, ingatkan tak nak sahur.” Datin Jane dah tersenyum di depan pintu.

“ya Allah, ma Leesya tak sedar langsung.”

“mama tahu dan mama pun tak nak kejut Leesya bangun awal.”

“ma Leesy minta maaf.”

“ish ke situ pula, dah kejut Qee sahur, makanan dah siap.”

“oke ma.” Lepas je tutup semula pintu Leesya terus masuk toilet basuh muka gosok gigi.

“Ya Allah suami aku ni.”

“abang bangunlah.” Leesya tolak perlahan tubuh suaminya.

“bangunlah dah pukul berapa ni.”

“tak nak sahur ke?” apa perasaan kalau cakap sorang-sorang dan tiada respon sikit pon?

“tak nak bangun dah.”

“cium dulu.” Sempat tangan Qee tarik tangan Leesya.

“owh, dah bangun rupanya.”

“tak, baru je bangun.”

“tak nak sahur ke? Dah nak imsak dah.”

Ruang dapur.

“sayang nak tu.”

“nah.”

“sayang nak yang tu pula.”

“nah.” Ya tuhan menguji sungguh suami aku ni, macam-macam dia nak.

“ya tuhan Qee, dah nak imsak ni.” Datin Jane dah geleng tengok anak terunanya itu.

“alaahh, lambat lagi.”

“lambat apanya, lagi 10 minit.” Jawab papanya.

“10 minit, sempat masak nasi goreng lah pa, kan sayang.”

“hurm.” See pendek je jawapannya,menandakan?

“kamu wakil papa meeting dengan Datuk Ghazali.”

“abang, apa ni dekat rumah hal rumahlah.” Itulah Datin Jane, dia kurang gemar kalau suaminya bicara tentang pejabat di rumah.

“maaf awak.” Pandai sahaja Datuk Musa ambil hati Datin Jane.

“apa awak-awak?” Datin Jane segan dengan panggilan yang digunakan.

Habis sahaja sahur, masing-masing berkumpul di ruang tamu, Datuk Musa ajak berjemaah solat subuh katanya. Leesya yang sudah bertelekung menolong Datin Jane hampar sejadah. Qee buat apa entah.

“ya Allah, abang bangunglah.” Leesya dah terjerit dengan suara halusnya.

“errr.” Qee terpisat-pisat.

“bangunlah, ambil wuduk cepat.”

“ngantuklah sayang.”

“jangan sentuh.”

“dah tak boleh sentuh dah?”

“saya dah ambil wuduk dan bertelekung dah.” Aku dahlah jenis malas tahap pertama, ya tuhan dah jadi bini orang pun malas lagi.

“nak pegang tangan je pun.”

“tak boleh.”

“opss.” Itulah Qee lagi dibuatnya.

“ya Allah.” Leesya dah bulatkan matanya tanda geram.

“comel.” Qee dah berlari ke bilik air.

“sabar wahai Leesya.” Leesya buka telekungnya semula.

“Leesya nak ke mana?” tanya Datin Jane.

“nak pergi ambil wuduk ma.”

“Leesya tak ambil wuduk lagi dah bertelekung?”

“dah ambil, abang yang saja batalkan.”

“ya tuhan Qee ni.”

“Leesya pergi ambil wuduk kejap.”



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“saya setuju dan setkan tarikh untuk annual tersebut.” Bilang Datuk Ghazali.

“Baik Datuk, saya minta diri dulu.” Qee dah nak bangun dari kerusi.

“pa, why not kita ajak dia berbuka di rumah kita?” Melor Amelyn bersuara.

“tanyalah tuan punya badan.”

“Qee?” tanya Amelyn.

“ermm maaf, I berbuka dengan isteri dan family I.” Jawab Qee ringkas.

“tak salah saya, kamu baru kahwin last year right?” tanya Datuk Ghazali.

“betul Datuk, dan kali ni berbuka ada orang tersayang.” Qee tak perasan gelagat dan muka Melor Amelyn yang buat muka menyampah.

“baguslah kalau begitu, semoga bahagia hingga akhir hayat.”

“terima kasih Datuk, saya minta diri dulu.”

Syarikat Marine Gold, Office.

“jum berbuka dengan aku.” Ajak Rizal yang tengah duduk bertentangan dengan Qee.

“kau rasa aku dah kahwin belum?” tanya Qee pula.

“kau dah kahwin belum?” saja Rizal tanya balik.

“ada juga minta penampor dengan aku.”

“yelah, dengan aku penampor.”

“alaa omel-omel nye ajuk.” Qee ke ni?

“erk?” Rizal angkat kening sebelah.

“aku ke ni?” tanya Qee.

“haaa, baru aku nak tanya kau dah kenapa? Geli aku.”

“tahu tak apa, tak pasal-pasal.”

“aku bukan bini kau eh nak manja geli weyh.”

“rindu kat bini aku, tu jadi macam ni.”

“untunglah ada bini.”

“untungkan, first time berbuka ada orang tersayang.”

“untunglah.”

“tak payah nak untung sangatlah kan, aku bosan dengar ayat untung-untung kang ada juga rentung kang.”

“yelah dah bosan dengan aku.”

“dah kenapa dengan kau ni?”

“tak ada apa-apa.”

“jum berbuka dekat rumah aku.”

“tak nak aku, aku sorang orang luar.”

“tak lah, ada orang lain juga.” Leesya ajak kawan dia, aku pun nak ajak kawan aku.

“siapa lagi kau ajak?” Tanya Rizal, makan free cepat aja.

“tak tahulah, mama aku suruh ajak so aku ajaklah.”

“betul ada orang lain?” kepastian amat diperlukan, aku ni jenis anak teruna segan weyh.

“tak nak dah.”

“aku tak cakap pun tak nak kan?”

“dah banyak soal sangat.”

“oke-oke, pukul berapa?”

“9.”

“agak-agaklah, buka puasa 7.30 kot.”

“dah tu mestilah sebelum berbuka, soalan tah pape.”

“yelah, kang aku datang awal buat malu pula.”

“lepas habis kerja follow ah terus.”

“oke, set.” Yuhuu makan free.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


+ jum dtg umah aku, kta b’buka ramai2. Terus tekan keypad handphonenya.

-serious?

+seriouslah, igt aku main2?

-pukul bape?

+dah nama buka puasa dtg b4 tulah.

-hehe, oke insyaallah aku dtg.

Leesya semangat balik office awal sebab nak tolong mak mentuanya masak. Tak cadang pun nak ajak kawan-kawan datang berbuka sekali, tapi alang-alang masak banyak mak mentuanya bagi cadangan untuk ajak kawan-kawan.

“assalamualaikum untie.” Salam diberi, itu penting.

“Rizal, lama tak datang rumah, tak sudi datang rumah untie ke?” saja gurau Datin Jane.

“ke situ pula untie ni, saya busy kebelakangan ni.”

“owhh, jemputlah masuk.”

“ingat untie tak nak bagi Rizal masuk.”

“laa untie ingat Rizal nak berbuka depan pintu gerbang ni.”

“sekali-sekala macam best juga kan untie?”

“ish kamu ni, makin melalut.” Tersenyum lawa Datin Jane, walaupun makin meningkat usia tapi kecantikan wajahnya masih kekal.

“untie masak apa je?”

“adalah.”

“Untie ajak siapa lagi? Mcam ramai je.” Tanya Rizal ramah.

“kawan-kawan Leesya dengan Qee je.”

“owhh, hah?”

“ya tuhan, kamu ni kenapa terjerit?”

“Tak ada apalah untie, terkejut ni mesti ada musuh nak sampai dah.”

“siapa pula musuh kamu?”

“saya pun tak tahu, hehe.” Rizal ni main dia lagi banyak.

“broo, lama dah sampai?” Qee baru sahaja lepas mandi.

“waalaikumsalam.”

“terasa habis.” Qee tahu Rizal perli dia.

“assalamualaikum sayang.”Qee saja panggil Rizal sayang, Leesya yang tengah hidang kuih terdengar dirinya dipanggil terus ke ruang tamu.

“abang panggil saya?” tanya Leesya bila tiba di ruang tamu.

“hah?”

“tadi saya dengar abang panggil.”

“eh tak, abang cakap dengan Rizal ni.”

“eh Rizal, baru sampai?” tanya Leesya.

“haah.” Jawan Rizal sambil terangguk-angguk.

“k lah, nak sambung hidang.”

“oke sayang.”

“untunglah ada sayang baru.” Cakap Leesya perlahan.

“apa sayang?”

“selamat tahun baru.”

“kawan sayang bila sampai? Pukul 7 dah ni.”

“kejap lagi sampailah tu.”

“assalamualaikum.” Ada dua suara bagi salam.

“haaa panjang umur.” Leesya terus ke pintu gerbang.

“kau duduklah dulu Rizal, aku nak pergi tunjuk muka dekat tetamu yang baru sampai kejap.”

“oke.”

“buat macam rumah sendiri.”

“oke bro.”


‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’

Asal dia ni pakai baju sama warna dengan aku. Baju melayu pula tu aku pula baju kurung. Kang kalau aku cakap tiru cakap aku perasan lebih pula kan. Ain yang tengah duduk berhadapan dengan Rizal dah jeling-jeling. Yang seorang lagi pula. Asal dia ni jeling-jeling aku ni, aku pakai baju terbalik ke.

“jum berbuka, dah nak azan.” Ajak Qee.

“akhirnya tiba waktu berbuka.” Rizal dah bangun dari sofa.

“Ain jum.”

“oke.”

“Nia dengan Leesya mana?”

“dekat dapur kot.”

Masing-masing sudah duduk di kerusi, Leesya bersebelahan dengan Qee dan kebetulan Ain duduk bertentangan dengan Rizal. Tak rasa ada benda akan berlaku ke?

“Qee baca doa cepat.” Arah datuk Musa.                                

Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin.”

“sedapnya air ni, siapa buat?” tanya Rizal.

“Si Ainlah siapa lagi.” Jawab Datin Jane.

“tawarlah pula rasa.” Rizal, habislah kalau kau dah start.

“hah? Tawar? Untie rasa sedap je.”

“tah kau ni, sedap je aku rasa, lidah kau oke tak ni?” tanya Qee lepas je minum air lemonade yang Ain buat itu.

“oke eh? Entah lidah aku ni mengada sikit.”

“memang pon.” Nyampuk Ain.

“abang nak lauk apa?” tanya Leesya, actually kepala dia dari tadi berpusing. Tak tahu sebab apa.

“nak lauk ayam masak cili api tu.” Tunjuk Qee.

“nah.”

“Leesya oke tak ni?” tanya Datin Jane.

“oke je, kenapa mama?”

“you look so pale.” Jawab datin Jane.

“sayang oke tak ni?”

“weyh, bestnya jadi Leesya.” Bisik Nia di sebelah Ain.

“tahu tak pa.”

“aku nak kahwin.”

“aku pun nak kahwin.” Suara Ain terkuat sedikit.


“kau nak kahwin Ain?” tanya Leesya.

“hah?”

“tulah suara hang berbisik tu macam satu rumah ni kau nak bagi tahu.” Bisik Nia di sebelah Ain.

Habis sahaja berbuka puasa, mereka berjemaah ramai-ramai solat terawih. Datuk Musa yang menjadi imam. Selepas sahaja terawih 8 rakaat masing-masing berkumpul di ruang tamu. Datin Jane hidang pencuci mulut dan sedikit kerepek. Leesya bersungguh makan. Macam lapar balik gamaknya.

“sayang ni lapar ke?” tanya Qee sambil tarik perlahan bekas berisi kerepek di tangan Leesya.

“janganlah, saya nak makan lagi.”

“sayang dahlah tu.”

“Qee, kamu kenapa?” tanya Datin Jane.

“Leesya ni, bukan tadi baru je makan nasi.”

“Untie uncle duduklah rapat sikit, Qee Leesya cepat nak ambil gambar ni.” Nia dah bersedia dengan slrnya.

“ish, kamu ni segan untie.”

“alaa awak, meh lah rapat sini, ke nak duduk atas riba?” Datuk Musa memang sporting.

“ish, dah tua-tua tak malu abang nie.” Datin jane dah segan depan anak dan tetamunya.

“alaa, untie cepatlah, Ain amboi selang satu seat haa, duduk lah sebelah Rizal tu.” Nia dah menyuruh si Ain haa.

“kau duduk, aku ambilkan gambar.” Aku boleh naik angin kalau petik nama Rizal ni.

“bukan aku nak ambil, aku buat auto click dah tak payah mengada.”

“hishhh, saja je kau kan.”


‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’

Habis diajaknya Rizal, Ain dan Nia tidur di rumah. Katanya baru meriah time sahur nanti. Itulah datin Jane, suka ada orang ramai dalam rumahnya. Nasib esok cuti, itu pasal mereka semua setuju untuk menginap di banglo itu.

“abang pergi kejut Rizal.” Leesya dah bangun dari katil untuk ke toilet.

“errr.” Qee masih mamai. Leesya dah ke toilet untuk gosok gigi dan basuh muka.

“Rizal bangun.” Qee ni mamai dia boleh tahan.

“ya Allah, nak kena ni.” Leesya dah tarik comforter dan nak geletek kaki suaminya itu.

“maaa.” Terus terduduk Qee.

“senang pula, ingat susah tadi.” Leesya dah nak tergelak tengok muka Qee yang terpisat-pisat.

“kenapa geletek kaki?”

“dah tu susah sangat nak bangun, itulah caranya.”

“bukan nak bagi morning kiss ke apa.”

“tok sah nak mengada, pulun nak kiss pagi buta ni.”

“yelah.”

“bingkas cepat, pi kejut Rizal nuh.” Leesya dah tolak badan Qee, beratnya badan laki aku ni.

“sayang kejutlah.”

“oke saya kejut, kalau dia mengigau terpeluk saya macam mana?”

“heee, oke nak pergi kejutlah ni.” Qee terus bangun dari katil, peluk bini aku? Beranilah.

“ingatkan tak nak kejutkan, gosok gigi dululah.”

Qee pergi ke bilik tetamu bukannya kejut tapi sambung tidur tepi Rizal. Tak boleh jadi sungguh. Elok sangatlah tu lelaki pelok sama lelaki, dah buang tabiat dengan sorang yang dah beristeri. Memang terjeritlah Datin Jane.

“Ya Allah!”

“mama, apa ni jerit.” Lagi dieratnya pelukan.

“bangun! Apa ni peluk sama lelaki?”

“hah?” Rizal lagilah macam apa dah terkejut.

“Mama ni,sakit telinga.”

“woii, apa ni peluk aku?”

“cepat bangun dan turun sahur, mama kira samai 3.” Dah macam kejut budak sekolah je gamaknya. Tapi automatik dua-dua berdiri.

Habis dibukanya cerita Datin Jane dekat ruang meja makan. Sakan gelak semua. Ain lagilah dah terbahak bagai nak rak.

“dia dah pandai peluk orang lain dah.” Perli Leesya.

“mana ada.’

“yelah.”

“eee, betol lah sayang, abang tak sedar pon.”

“nabi tak mengaku umat tahu.”

“janganlah cakap macam tu sayang.”

“pergilah peluk Rizal tu.” Habis je hirup milo panas Leesya dah tergelak bila ingat cerita Datin Jane.

“dahlah tu.”

“kalau nak gelak, gelak jelah tak payah nak cover.” Keluar suara sarkastik Rizal.


“ehemm.” Ain betulkan suara.

“gelak je.”

“bila pula aku nak gelak?”tanya Ain.

“Nia jum naik sambung tidur.” Ajak Ain.

“abang, Leesya naik dulu.”

“oke sayang.”

Habis sahaja sahur Qee dengan Rizal lepak di gazebo. Borak kosong, lama tak lepak macam ni. Yelah sejak Qee dah kahwin jarang datang lepak dekat apartment Rizal.

“bro, kau bila nak kahwin?”

“aku dah agak soalan ni yang kau nak tanya.”

“dah tu soalan apa aku nak tanya? Bila kau nak ada anak?”

“haaa, aku pula, bila kau nak bagi aku anak buah?”

“tengah usahalah ni bro.”

“bulan-bulan puasa ni?”

“tak boleh ke?”

“siot kau ni, kau nak puasa 2 bulan berturut-turut ke?”

“dah kenapa?”

“sah tak tahu hukum agama.”

“sebab aku tak tahulah aku tanya.”

“tak ada apa-apa, kau pergilah baca hukum-hukum agama.”

“kau yang tak kahwin tahu, ni pelik ni.”

“haishh, ni kes perli ni.”

“dahlah aku nak naik, ngantuk.”

“ingatkan tak ngantuk.” Rizal dah menguap untuk kali ke berapa entah.

Qee masuk sahaja bilik Leesya sudah tidur. Mungkin sudah solat subuh barangkali. Qee duduk di birai katil dan buka lampu meja sisi. Bukan tergamam tapi tak tahu nak ungkap apa, tengok keadaan isterinya dalam keadaan yang boleh buat dia tergugat iman. Baju tidur Leesya yang sudah terselak sehingga menampakkan pehanya yang putih gebu itu. Mungkin dah berhari-hari dia tidak dilayan manja isterinya.

“Qee, bulan puasa ni.” Qee meraup mukanya tapi matanya masih lihat Leesya.

“sayang.” Qee sudah mendekati isterinya sambil bisik di telinga isterinya.


writer : kali ni panjang sikit. hoho

2 comments:

Kak Sue said...

Terima kasih sebab panjang dari selalu.... puas hati walaupun lama menanti... Pasangan bahagia.. mesti Leesya mengandung ni...

evy said...

best...jgn la ada apa2 yg b'laku dgn Leesya n Qee.dan rasa2nya mmg Leesya pregnant..hehehe