Tuesday, February 15, 2011

Rahsia tulisan jiwa 4


Tak ada sesiapa yang tahu blog puisi ini penulisnya adalah Ku Aina Aleesya Ku Yusri. Mungkin blog yang lagi satu ramai yang kenal akulah pemiliknya. Tapi blog ini tak ada sesiapa yang tahu kecuali aku seorang sahaja. Blog ini adalah blog ‘tulisan jiwa’ aku melontar semua rasa melalui puisi. Ramai yang jadi pengikutnya dan ramai juga tertanya siapa penulisnya.

‘andai hidup ini bukan bulat
Tetapi segi empat
Pasti hidup akan sekata’

Sempat juga aku updated satu puisi. Semalam ramai juga mengomen dan ada juga soalan yang sama. Siapa pemilik ‘tulisan jiwa’ ini.

Tuk.tuk.tuk

“Masuk. Hah Suria bacakan jadual saya untuk hari ini” sempat juga aku baca blog ‘tulisan jiwa’ ni. Siapalah pemiliknya curious gila aku.Tapi puisi dia semuanya best dan aku tahu hidupnya sekarang tengah dilanda masalah.

“bos hari ini ada lunch dengan miss Melor Ameelyn a.k.a miss overshadow” belasah jelah Suria oi dan ceq memang tak suka sebab pakai shadow terlampau. Ambik kau.

“apa kamu panggil miss Melor tu Suria?” Suria ni tak suka juga Miss Melor tu ingatkan aku sorang je.

“erk..tak ada pape boss dan lepas lunch dengan miss Melor bos ada meeting dekat Hotel Grand Continental dengan Encik Alexander dari syarikat perkapalan New Zealand”

“ada pape lagi meeting selepas tu?”

“tak ada bos dan itu sahaja untuk hari ini.Kenapa bos? Nak pergi dating dengan saya ke?”

“perasan je kamu. Dah kamu boleh pergi saya ada kerja nak buat dan tolong buatkan saya white coffe kurang gula”

“baik bos. Ai ai sir”

Cepat je orang comment entry aku yang semalam. Even aku ceo syarikat Marine Gold tapi ada juga masa nak layan blog. Disebabkan dah tersenarai dalam list top blogger Malaysia kenalah selalu updated.

“Qee. Lunch jum dengan aku. Temankan aku makan Nandos aku belanja nak?” main redah masuk bilik temannya Syed Baihaqee Syed Musa.

“kau ni Zal main redah je masuk bilik aku buatnya aku tengah buka zip seluar tak ke malu aku nanti?”

“alaa kau ada aku pun ada Qee oii nak malu apanya. Ingat kau sorang je ada?”

“haisyhh. Ada juga makan pen aku ni. Tak bolehlah Zal aku ada lunch dengan Miss Melor a.k.a miss overshadow”

“bhahaha.miss ape? Miss overshadow? kau ni Qee tak baik doe. Perempuan tu punya cun kau panggil miss overshadow?asal kau lunch dengan dia pula? Kau ni curang dengan aku sampai hati u.huh” sambil buat muka dan main tangan Qee.

“ woi geli aku. Kau nak nabi tak mengaku umat ke. Dahlah same laki. Jangan nak ajak aku sekali. Aku lelaki sejati tau rebutan malaya ni. Aku terikut setiausaha aku. Dia panggil miss overshadow. Senak perut aku dia panggil macam tu. Siapa suruh minah tu pakai eyeshadow over.” Miss overshadow kelakar juga Suria ni boleh dia panggil macam tu dan tak pernah terpikir aku nak reka nama tu.

“hmmm tak apelah kalau macam tu.Nampaknya keseorangan lagilah hari ni. Dah lah awex semua lari, nak kata muka tak handsome ramai puji macam muka saif ali khan” cetss perasan kejap nak wat macam mana orang dah kata, kita cakaplah balik.

“loyer tekak aku Zal, nak puji diri sendiri buang karan je, jatuh saham doe kalau puji diri sendiri. Eh Zal kau kenal Encik Alexander pemilik syarikat perkapalan dari New Zealand tu?”

“kenal. Terkenal tu. Kau ni macam beruang bawah tempurung lah. Syarikat famous pun tak kenal. Aku dengar dia berminat nak bekerjasama dengan syarikat kita untuk adakan launcing kapal terbarunya dan perkenalkan kita sebagai syarikat kerjasamanya.”

“amboii samakan aku dengan beruang. Kurang handsome betul. Aku potong gaji kunk merana tak kawen nanti. Owh sebab aku ada meeting dengan dia nanti dekat hotel”

“k lah Qee. Aku nak pergi toilet nak berak. Sembelit pula aku lately ni” sambil bangun dari kerusi yang didudukinya di depan Baihaqee.

“hishh pengotor. Nak berak pun bagi tahu aku”

“alaaa Qee boxer berlubang kat depan kau pun kita kongsi pakai tu pun nak malu” kahkah gelak Rizal sambil keluar dari bilik teman rapatnya dari sekolah sains.

Rizal Hulaimi teman aku dari sekolah sains sampailah laa ni. Tak sangka minat sama sehingga kerja pun bawah satu bumbung.Minat dalam bidang perkapalan dan memang family aku ada syarikat perkapalan sendiri alhamdulillah senang kerja.Teringat perbualan dengan mama semalam....


'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

“Qee. Tahniah kerana kamu syarikat kita dapat bekerjasama dengan syarikat perkapalan New Zealand. Papa bangga dengan kamu. Papa cadangkan kamu bawa-bawalah bercuti. Dah lama kamu tak bercutikan. Ajaklah si Rizal sekali bercuti. Kamu dengan dia dah lama tak ambil cuti papa tengok. Eloklah projek dah berjalan dengan lancar, kamu bolehlah bercuti untuk beberapa hari.” Dato’ Musa bangga dengan anak keduanya ini kerana dapat menaikkan nama syarikat dan memang mereka sama dalam bidang perkapalan.

“Tengoklah macam mana pa. Nanti Qee fikirkan dan tak tahu nak bercuti dekat mana. Kalau bercuti dekat oversea malas pula. Nak kena duk lama-lama dalam flight. Boleh kematu punggung.” Aduh kat mana nak bercuti ni. Teringin juga bercuti buat masa ni. Fikirkan cadangan mama. Boleh ke aku dapat jawapan ketika cuti nanti.

“Papa cadangkan kamu pergi Karambunai Qee. Dulu papa pernah pergi dengan mama kamu. Tempatnya memang lawa dan tenang je pergi sana. Kalau kamu nak pergi sana papa boleh suruh orang uruskan.”

“alaa papa ni Qee bukan budak lagi. Qee retilah nak uruskan nanti. Nantilah Qee fikirkan nak pergi mana.” Alang-alang bercuti boleh aku cuci mata. Buat dosa kering banyak sangat ke pahala tu.

“Papa dengar mama kamu nak kamu kawen dengan anak kawannya. Betul ke? Papa dulu kawen pun bercinta zaman sekolah dengan mama. Kamu dijodohkan? Macam terbalik je dengan papa.Ha ha ha “

“haah terbalik. Sedap je perli. Alaa nak buat macam mana, anak papa ni bukannya handsome pun.”

“Macam cakap dekat papa balik je. Cuma satu je papa pesan, carilah bini yang boleh jadi pendamping kita ketika senang dan susah. Yang hormat orang tua”

Entahlah pa. Tak terfikir pun nak berkahwin dalam masa terdekat ni.Tapi itu semua hanya terlontar di hati.


'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


Nexus Resort, Karambunai.

“Huarghhhh akhirnya sampai juga kita di Karambunai. Aku pernah mimpi tao datang sini. Last-last dapat pergi juga.”

Amboi Nia agak-agaklah nak menjerit pun. Malu aku tau, semua tengok. Adoii kawan siapalah ni. Boleh menjerit time ramai pelancong tengah check in dekat lobby Nexus Resort. Punah sungguh Nia ni. Daripada sunyi terus riuh rendah.

“Miss, everything is oke? Hah kan aku dah cakap. Mat saleh tu confirm fikir bukan-bukan tengok gelagat kawan aku sorang ni.

“erkk.. oke.” dengan sengihan kerang ala-ala busuk, boleh buat slumber badak blah macam tu je. Macam tak buat sala langsung. Ain dah geleng kepala.

“hah..jeritlah lagi. Jerit biar sampai ada orang call hospital Teluk Rambutan pula, biar ada orang pick up kau.” Nia buat muka tak bersalah lagi. Aku hanya senyum dekat Mat saleh tadi sebagai memainkan peranan dan bagi signal bahawa everything-is-oke.

“Elehhh jeles ah tu aku dapat jerit kan kan? Ingat aku tak tahulah. Siapa suruh tak jerit sekali, kan dah rugi.”
“tak ada masa aku nak rasa rugi tak buat macam tu, aku rasa beruntung sebab tak adalah orang pandang pelik dan fikir dia-ni-sawan-air apa?”

Nia Ain. Ain Nia macam-macam kerenah diaorang ni. Telatah mereka boleh buat orang gelak sambil geleng kepala. Nak tunggu turn check in baik aku duduk kejap dekat ruang menunggu.Dan bila je aku nak pusing ke belakang...

“bukkk..” aku ke yang rempuh orang tadi.

“Mak datuk nenek sakit perut aku. Benda alah apa pula cium perut aku ni. Dahlah keras nak mati.” Boleh kena gastrik aku macam ni.Keras gila dahlah perut aku kosong.

“Oppss..maaf-maaf. Saya tak sengaja.” Adoii boleh pula aku buat u-turn tanpa toleh kiri-kanan-depan-belakang. Sumpah beg pack laptop aku ni keras. Beg yang kalis air tu. Kena perut orang tu ke?

“Apa maaf-maaf? Kau ingat perut aku ni kereta ke boleh rempuh then minta ganti rugi? Kalau kau rempuh kereta bolehlah minta ganti rugi. Ni masalah sekarang perut aku tahu tak. Buatnya perut aku ni melekuk ke dalam macam pusat tak ke cacat?” (ada ke macam tu) hentam je lah Qee. Sambil gosok perut dengan muka perempuan-ni-sekali-aku-telan juga kang.

Ni dah lebih ni. Aku dah minta maaf. Boleh tengking aku. Kau tengok semua dah tengok aku macam aku ni pesalah besar.

“Aku dah minta maafkan. Aku mana nampak. Dah kau main lalu je. Lain kali bagilah tahu yang kau nak lalu then tak adanya beg aku ni nak cium perut kau.”

“Qee. Dahlah tu, dia dah minta maaf dah tu. Jumlah check in.” Rizal seperti biasa memainkan peranan menenangkan mangsa keadaan akibat rempuhan tanpa had laju.

“Zal, masalah sekarang perut aku ni sakit. Macam orang nak beranak sakit.” Tak terasa over ke. Redah jelah. Perempuan ni bukan boleh lepaskan macam tu je.

“Syed Baihaqee Syed Musa. Kau nak sambung kau teruskan dan aku nak check in bilik. Aku nak rehat lagi bagus dari tengok kau perang saudara dekat sini. Letih aku tengok kau ni.”Rizal berlalu sambil menarik begnya dan pergi ke kaunter.

“Zal. Sampai hati kau. Tunggulah kejap.” Sambil pandang perempuan yang rempuh dia tadi dan masing-masing lawan mata seperti ada perbualan yang mengatakan ‘aku-lepas-kau-kali-ni-perempuan’ dan yang seorang lagi ‘ingat-aku-takut-ke’.


3 comments:

.:kiwi:. said...

haha.. kecoh sungguh la Qee ni... lek r... haha...

Qwerty said...

mengada tau Qee.
kena sikit dah kecoh sedunia.
isk2.

PENULISJIWA said...

kiwi
haha. tu lah. kecoh je qee ni.

Qwerty
mengada qee nie.
nak semua orang dengar.haha