Sunday, February 13, 2011

Rahsia tulisan jiwa 1


“Nyah oi.Mata tu cuba kau pandang atas.Aku nak touch up kat bahagian bawah mata. Salah touch up nanti burok upenya” start dah nok ni membebel. 

Dulu aku tak pernah sangka aku jadi model sambilan. Saja nak cari duit sementara nak tunggu hari grad aku menjelma.

“Nok!” sergah sotong lembik keras tang mana aku tak tahu.

“Ya. Aku dah pandang ataslah ni, cuba kau jangan jerit.Suara dah macam halilintar. Boleh retak gegendang telinga aku macam ni”. Nyah ni kalau menjerit kalah ning baizura.

“Sampai hati kau nok.Aku suruh pandang atas je kau marah aku.” mula dah drama king nyah ni. Ya tuhan kalah perempuan melayu terakhir kalau macam ni.Aku rasa mulut dia lagi banyak bekerja dari tangan dia.Bila masa nak siap make up.Krem dah muka badan aku kalau duduk statik berjam-jam.

“Nok.Kau punya hari konvokesyen bila?Nyah nak make up kan kau tau.Nanti aku panggil kawan aku shooting gambar hari konvo kau, free of charge punya”

Kalau tidur sedap juga aku rasa ni.

“Nok!” 

“Hah?”

“opocot mak kau kawen lagi” haa kan dah melatah.Tu lah jerit lagi mengalahkan halilintar. Duk jerit nok nok. Terkejut aku. Aku ada nama panggil nok.

“Nama aku Aina Aleesya, yang kau panggil nok tu kenapa? Penat mak aku belek buku nama-nama bayi cari nama aku.” 

“Alaa nok. Nyah dah biasa nak buat lagu mana”

“Lagu mana, lagu mana.Lagu apa?” 

Konvokesyen? Shooting free? Macam berbaloi aku rasa. Tak silap aku hari tu Nia dengan Ain duk bising nak pergi shooting gambar lepas konvo.Nyah ni berguna juga.

‘1jam selepas bergambar’

Lantaklah orang nak sembur aku selekeh ka. Sakai ka. Janji aku selesa berbaju kurung cotton pakai spek bingkai bawa beg laptop sebelah sanggul rambut guna batang pensel.Aku peduli apa.Macam student padahal dah nak konvo. Laptop macam kekasih aku pergi mana mesti bawa. Mungkin sebab aku blogger tegar.

“Nok. Aku tengok lepas je bergambar kau mesti simple.Dah lawa-lawa duk remove make up tu kenapa?penat tangan aku duk menenyeh make up tau”

“Alaa. Aku rimas juga pakai make up. Natural lagi best.Ringan je muka aku ni” 

“Apa-apalah nok.”

“ apa nok-nok? Kau ingat aku nie tenuk ke nyah? Sampai hati. Muka macam ni kau panggil tenuk”

“Nok. Eh silap Leesyaku. Bukan begitu maksudku. Nyah dah biasa panggil begitu. Maafkan nyah ye.” Sambil mengambil tisu untuk mengelap air matanya.

“Nyah yang kau nak tetacing lebih ni asal? Kunk aku tacing sebab kau panggil aku tenuk baru padan muka. Tak tidurlah kau nak memujuk aku nyah”

“eh tak-tak. Aku kan gentlman”sambil tunjuk gaya tunjuk muscle di lengannya.

“Keluar pula suara gentle kau nyah?”

“alaa nok. Aku masih sedar aku lelaki.Cuma aku ni hah bilalah nak jadi yang seasli-aslinya”  terfikir bilalah nak jadi lelaki tulen sambil mengemas barang make up dan pakaian shooting.

“nanti kau dah jadi gentle kawen dengan aku tau nyah?” sambil gelak menekan perut.

“nok jangan main-main, nanti nyah berubah betul-betul terbeliak biji mata nok sebab tengok kehandsomeman nyah tao.huh” sambil buat muka menyampah.

“alaa nyah ni. Aku gurau je pon”

“Nok dengan Zakuan macam mana?Lama nyah tak nampak dia datang ke studio ni ambil nok”

“Nyah aku balik dululah tao. Nanti jam pula jalan. Aku kan boleh jadi singa kalau duduk dalam jam” sambil memikul beg packnya.

“ishh nok ni. Nyah tanya lain dia jawab lain. Nak larilah tu.”

“hehe. No lah nyah. Aku nak cepat nie.Lain kali aku cerita tau” sambil berlalu dan melambaikan tangan tanda ‘bye’.

Bahagia ke aku dengan Zakuan sekarang?hubungan aku dengan dia sepertu dahulu ke yang gelak ketawa bersama selalu.

No comments: