Saturday, February 26, 2011

Rahsia tulisan jiwa 13

Maaf kerana semalam tak update sebab, sebab, sebab, sebab entry dah tulis then tak save laptop mati macam tu je. Nak ingat balik entry 13 boleh ter ter tak tahu. Kepala dah senak nak ingat balik entry yang tulis dan kena buat cerpen untuk mak penulisjiwa nak letak dalam assignment. Maaf tau kalian. hehe


_________________________________________________________________________


Pagi tadi masing-masing pergi kerja macam biasa. Leesya mimpi dia dicium oleh Qee. Uihhh kau ni Leesya, mimpi bukan-bukan. Leesya sibuk uruskan kes yang baru dia dapat. Qee pula awal ke kerja hari ni, tak sempat dia nak salam semua. Turun nak breakfast, mama cakap Qee dah pergi kerja.

“sekejap je masa berlalu. Sekarang dah lunch time. Nak makan apa ni?” Leesya cakap sorang-sorang dalam pejabatnya. Leesya punya tangan dah vibrate sebab kalau lambat je makan confirm dia vibrate.

“Leesya, jum pergi lunch.” Tiba-tiba Encik Qaiser pulas tombol pintu dan terjengul mukanya sahaja.

“erkk, haa. Oke juga, saya pun nak pergi lunch ni.” Jawab Leesya sambil ambil handbagnya dalam laci.

“oke.”


Office CEO, Marine Gold.

“Qee, aku dengar kau kena pergi Australia, nak tolong abang kau urus syarikat papa kau dekat  sana. Betul ke?” tanya Rizal sambil tengok Qee tengah kemas atas mejanya.

“haah, ada masalah sedikit. Ada penyelewengan.” Cerita Qee.

“owhh, berapa lama kau duduk sana?” tanya Rizal

“ermm, tak pastilah. Dalam 2-3 minggu. Kalau tak selesai juga sebulan, maybe.”

“lamanya kau duduk sana. Isteri kau macam mana?”

“Leesya? Kenapa dengan dia?” dia harap kali ini pemergian dia ke sana dapatlah Leesya belajar apa itu rindu. Ya dia nak Leesya rindukan dia.

“laaa, tak kan kau nak tinggalkan dia?” asal Qee ni semacam je tengok.

“dah tu. Tak kan aku nak bawa dia sekali pula? Dia kan kerja, seorang peguam bela. Banyak orang yang dia perlu tolong.” Jawab Qee pula, dia pegang gambar dia dan Leesya ketika bersanding lalu diletak di dalam kotak.

“haah, kan. Tak ingat aku. Bila kau bertolak ke sana?” aduh, nanti confirm aku rindu dekat Qee.

“esok pagi aku bertolak.”

“siapa hantar kau?”

“naik teksi kot.”

“kau ni. Asal tak suruh Leesya hantar pergi KLIA?” tanya Rizal sambil bangun sebab dah habis waktu kerja, Qee pun dah angkat kotak yang dia letak file.

“dia kerjalah. Kan aku dah cakap.”

“kalau macam tu, biar akulah hantar kau pergi KLIA.”

“haaa, oke juga tu. Hahah jadi driver aku untuk kali terakhir.” Qee dah gelak sambil tutup pintu pejabatnya.

“kau ni, asal banyak merepek hari ni hah? Aku pang kunk” Rizal rasa perangai Qee sangat pelik hari ni.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“awak, tolong kemaskan beg saya.” Pinta Qee sambil tersengih kerang busuk.

“kemas beg? Awak nak pergi mana?” tanya Leesya sambil bangun dari meja solek untuk ambil bagasi dekat wardrobe.

“saya nak pergi melancong.” Jawab Qee. Sampai hati pergi melancong tak bawa aku.

“pergi melancong?” soal Leesya.

“hahaha, taklah, nak persi aussy, tolong abang dekat sana. Ada penyelewengan berlaku. Saya kena pergi selesaikan, sebab saya dah biasa uruskan hal macam tu.” Jawab Qee sambil bangun untuk duduk di sisi Leesya yang tengah bersila depan wardrobe.

“owhh, berapa lama awak pergi sana?” asal rasa macam sedih je ni. Leesya kau kenapa ni?

“ermm, tak pastilah sayang. Kalau cepat 2-3 minggu kot, kalau tak selesai juga mungkin sebulan macam tu.” Lamanya dia pergi sana.

“owhh, baju apa nak saya masukkan ni?” tanya Leesya. Leesya asal kau buat cool je? Dia nak tinggalkan kau tu.

“ermm, masukkan baju kemeja, seluar khaki, seluar slack dan semualah dalam tu.” Jawab Qee sambil bangun untuk ambil beberapa mafla untuk dibawa sekali.

“oke.”

Lepas je makan malam, semua berkumpul dekat ruang santai depan air terjun, tapi bukan luar rumah, dalam rumah. Lepas makan, mesti semua duduk situ sebab sambil tu makan pencuci mulut yang Datin Jane buat.

“Qee, esok bertolak pukul berapa?” tanya Datin Jane sambil hulurkan cup aiskrim kepada suaminya, Datuk Musa.

“ermm, pukul 10 pagi maa. Awak tolong saya suapkan saya buah tu.” Tunjuk Qee buah anggur dalam bowl tu. Leesya dah buat mata tak-reti-nak-ambil-sendiri?

“nah.” Leesya bagi satu tangkai grapes yang tergantung beberapa biji buah anggur.

“eeee, perli ke? Nak dua tiga biji je.” Qee tak ambil, dia buat ak tahu. Leesya buat mulut, tapi dapat tangkap apa mulut dia bebel ‘mengada huh’.

“eee, orang bagi tak nak. Ambil sendiri.huh”

“Leesya, tak nak ikut Qee sekali pergi aussy? Sambil tu boleh honeymoon sekali.” soal Datuk Musa.

“Leesya tengah uruskan satu keslah paa. Tak boleh nak pergi mana-mana.” Jawab Leesya. Dahlah aku tak pernah pergi oversea, tengok dah melepas kali ni.

“owhh, tak apalah lain kalilah pergi honeymoon.” Menyampuk Datin Jane pula.

“awakkk, nak aiskrim tu pula.” Qee asal kau mengada sangat malam ni? Biarlah dengan bini aku je pon.

“nah!” Leesya bagi satu bekas besar baskin roobins.

“eeee, maa tengok Leesya ni. Dari tadi duk perli bagi banyak-banyak.”

“yang kamu tu mengada kenapa? Tangan ada ambillah sendiri.” Leesya dah tersengih. Diaorang dah lawan mata elehh-nak-mengadu-dekat-mama-konon.

“eee, biarlah. Qee mengada dengan isteri Qee, kan paa.”

“yangg, ambilkan abang buah tu.”

“hee, bapa anak sama je mengada. Huh.” Datin Jane dah cubit paha suaminya.

“maa, paa. Leesya naik atas dululah.” Leesya dah bangun dari kerusi rehat sambil berlalu ke dapur untuk basuh tangan.

“haa, oke-oke.” Jawab Datin Jane dan sambung balik perbualannya dengan suami dan anaknya.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Leesya dah baring atas katil, lampu dah tertutup, Qee tak naik lagi sebab tengah rancak borak dengan mama dan papanya. Tiba-tiba Leesya rasa ada lembaga hitam besar berubulu lalu dekat wardrobe. Sekarang dah pukul 2 pagi. Bulu romanya dah tegak. Leesya teringat kisahnya kena kacau dengan makhluk halus dan sangat menakutkan.

“awakk.” Leesya dah berair mata sambil panggil Qee, even dia tahu Qee tak akan dengar sebab Qee dekat bawah.

“Qee, sayaa ttakut.” Leesya nak bangun untuk keluar dari bilik itu tapi dia memang tak berani untuk jalan ke arah pintu dalam keadaan gelap. Dahinya dah berpeluh.

“ehekk. Awakk.” Leesya dah menangis. See, even dah besar panjang tapi still menangis.

Dia tak sedar Qee dah masuk sebab dia tutup telinga dengan tangan sambil pejam mata dan panggil Qee. Bila dia buka mata lembaga tu ada kat depan mata.

“mamaaa. Jangan gangg sayaa. Awakkk.” Leesya dah meracau.

“Leesya, kenapa ni? Ni sayalah.” Qee dan tarik tangan Leesya yang tengah menggigil dan tutup muka. Dia dah risau tengok keadaan Leesya yang dah lenjun dengan air mata.

“awakk, saya takut.” Leesya tiba-tiba peluk Qee.

“shhh, kenapa ni? Tak ada apa-apalah.” Pujuk Qee sambil belai rambut isterinya.

“tadi saya nnampa.” Leesya nak bercerita tapi Qee dah menyampuk.

“awak tak nampak apa-apa. Bayangan awak je tu. Mungkin sayang penat sangat ni.” Qee tengok ke dalam anak mata Leesya yang berair tu.

“awakk, jjaangan tinggalkan ssayaa.” Tersedu-sedu Leesya cakap.

“tak sayangg.” Anak mata Qee dah jatuh di bibir Leesya yang merah tu. Qee tahan Qee. Tapi bila tengok mata Leesya yang tiba-tiba pejam dengan perlahan itu membuatkan nafsu lelakinya naik dan akhirnya bibir Qee menyentuh bibir Leesya dengan perlahan.

Qee stop! Jangan buat tanpa ada rasa cinta dalam hati Leesya tu dekat kau. Qee baru tersedar dan terus tolak badan Leesya dengan perlahan.

“kita tidurlah.” Cakap Qee perlahan sambil berlalu ke ruang tidurnya.

Bangun je pagi, tengok Qee dah tak ada atas katil. Awalnya dia bangun. Leesya nak bangun untuk solat dan hari ini dia masuk lambat sedikit sebab Qee pun dah nak bertolak pergi Australia. Leesya senangnya kau bagi Qee cium bibir kau. Hey, dia tu suami kau dan dia ada hak.

“dah turun pun anak mama ni.” Tersenyum Datin Jane tengok menantunya. Teringat dia zaman muda, persis Leesya. Leesya dah cakap dia masuk office lambat sedikit hari ni. Leesya pakai baju kurung cotton, comel sangat dia.

“pagi mama. Papa dengan Qee mana?” tanya Leesya sambil duduk di sebelah Datin Jane.

“ada, diaorang tengah berenang dekat kolam belakang tu.” Jawab Datin Jane sambil letak dua gelas jus oren untuk anak dan suaminya, Datuk Musa dalam dulang.

“owhh.”

“jumlah, kita breakfasf dekat kolam. Letak scrambel egg, piring dengan jag dalam dulang.” Suruh Datin Jane.

“baik maa.” Leesya pun berlalu ke dapur untuk ambil dulang.


Di kolam renang.

“dah-dah la tu berenang, nanti bekulah dalam tu.” Datin Jane dah ambilkan tuala untuk suaminya.

“Leesya tolong ambilkan saya tuala atas kerusi tu.” Suruh Qee. Leesya pun dah bangun dari kerusi dan mendekati Qee untuk bagi tuala.

“tolong tarik.” Qee dah hulur tangan ke arah Leesya untuk keluar dari kolam, dia ada agenda sebenarnya.

“huh, tak nak. Ingat saya tak tahu dalam kepala awak ada rancangan jahat nak suruh saya masuk dalam kolam kan.”

“elehhh biarlah. Alaa jumlah mandi sekali.” Dongak Qee ke arah Leesya.

“eee, saya baru je lepas mandi tahu. Malas nak mandi lagi.”

“tahu sangat, awak mana suka mandikan.”

“huh, biarlah. Tu tangga ada naiklah guna tangga.” Leesya dah muncungkan mulutnya ke arah tangga.

“amboii, sebijik dah haaa.”

“sebijik apa?” tanya Leesya geram.

“mulut tu haa, macam itik dah.”

“eeee, ada ke samakan saya dengan itik.” Leesya dah berlalu ke arah mama dan papa.

“Qee, bila nak bersiap? Pukul berapa dah ni?” soal Datin Jane sambil makan scrambel egg.

“alaaa, ma. Sekarang baru pukul 8, pukul 9 nanti Rizal datang ambil, dia hantarkan pergi KLIA.” Jawab Qee sambil teguk air jus oren dalam gelas.

“Leesya nak ke mana tu?” soal Datin Jane bila tengok Leesya dah bangun dari kerusi.

“nak pergi dapur, ma. Ambil gelas, terlupa nak bawa gelas sekali tadi.”

“alaaa, guna je lah gelas Qee tu.” Erkkk Leesya dah tergamam.

“nah!” Qee dah bagi gelasnya kepada Leesya.

Macam-macam dibualkan oleh keluarga itu. Dari cerita lama sampailah pasal anak. Mama tak habis-habis tanya bila nak bagi dia cucu. Mama ni lawaklah pula. Ingat macam baking cake apa.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“jum, turun bawah.” Ajak Qee sambil tarik bagasinya. Leesya pula dah bersiap untuk ke office. Handsomenya dia, pakai kemeja light grey dengan seluar jeans butang kemeja terbuka atas menampakkan dadanya dan lengan dilipat sampai siku. Leesya stop!

“oke, jum” Leesya pun dah sembur perfume vanilla dekat bajunya. Wanginya bau dia. I’ll miss you sayang. Qee pun turut ikut Leesya dari belakang.

“haa tu pun dia. Qee, Rizal dah sampai ni.” Datin Jane tengah borak dengan Rizal. Dia dah kenal lama dengan Rizal dan dah anggap Rizal tu macam anak dia je.

“Zal, oke jum gerak.” Qee dah berpusing untuk tengok Leesya.

“Leesya dah nak pergi office?” tanya Datin Jane.

“haah, maa.”

“awak, saya pergi dulu tau, jaga diri, jaga kesihatan. Jangan rindu saya kalau saya tak ada.” Qee dah gelak. Leesya asal rasa nak nangis je ni.

“oke, awak pun sama.” Leesya pandang ke dalam anak mata Qee.

“salam pat.” Qee dah hulur tangan ke arah Leesya. Erkk. Leesya pun sambut tangan Qee lalu menciumnya. Qee pula kiss pipi dan dahi Leesya, Cuma dekat dahi tu lama sedikit dan rasa tak nak pergi je Australia.


Lunch hour.

“kau ni asal Leesya?” tanya Nia. Dah lama tak lepak dengan diaorang. Nasib hari ini semua ada masa nak lunch sama-sama.

“tah, aku tengok termenung je dari tadi.” Ain menyampuk pula.

“kenapa apa pula?” Leesya soal balik.

“rindu suami ke?elehh balik nanti jumpalah. Dia tengah kerja. Kau ni suami dekat office je. Bukan pergi mana pun.” Nia pula saja nak legakan hati aku. Masalahnya dia bukan dekat Malaysia sekarang.

“dia tak ada.”

“hah??” serentak Nia dan Ain jerit.

korang ni agak-agaklah nak jerit. Slow-slow dah lah.” Hampeh sungguh kawan-kawan aku ni.

“dah kau cakap tak ada. Terkejutlah. Qee pergi mana?” soal Nia sambil menyedut air jus apple dengan straw.

“dia pergi Australia.” Jawab Leesya pendek.

“padanlah termenung je tadi. Amboi dah pandai rindulah ni?” Ain dah gelak tengok gelagat Leesya. Kantoi tengah rindu.

“bila dia pergi?” soal Nia pula.

“baru je pagi tadi.”

“amboi, baru je pergi dah rindu, makan tak lalu haaaa.” Ain saja buat-buat tengok pinggan Leesya, padahal dah licin pun.

“agak-agaklah.” Kau ni asal Leesya. Entah, aku rasa tak sedap hati. Leesya bermonolog.

“nanti kau balik, dah mandi kau telefon aku. Aku nak tahu kau mandi basah tak. Bhahaha.” Gelak Nia menampakkan bracesnya. Entah bila dia nak buka. Aku rasa aku dah tak nak tanya bila dia nak buka sebab dah lama dia pakai. Gigi dia pun dah tersusun cantik je.

“lebih ah tu.huh.” Leesya dah bangun untuk pergi buat pembayaran.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Abanggggg

Leesa, tersedar dari tidur. Dia mimpi ada benda buruk berlaku dekat Qee. Ya Allah betul ke semua mimpi tu? Leesya asal kau panggil dia abang pula? Tiba-tiba Leesya rasa takut untuk kehilangan Qee. Leesya turun dari katil, ni mungkin sebab dia terlupa solat isya’ nasib baik sekarang baru pukul 3. Leesya mimpi Qee kemalangan jalan raya dan lepas je Qee sampai Australia sampai sekarang dia tak dapat panggilan dari Qee.

“Leesya.” Datin Jane panggil menantunya yang tengah khusyuk potong limau sunkist.

“Leesyaaaa.” Panggil Datin Jane lagi sekali. Leesya punya fikiran dah melayang sampai ke mana tah. Mungkin teringat pasal mimpi pagi tadi.

“Leesya mama panggil ni.” Datin Jane dah sentuh bahu menantunya itu.

“ehh mama, mama tanya apa?”

“bila pula mama tanya sayang?” Datin Jane tahu menantunya tengah rindukan anaknya.

“tadi bukan mama tanya?”

“mana ada. Rindu dekat Qee ke?” soal Datin Jane.

“eh mana adalah.” Leesya dah tersenyum sambil berlalu ke ruang makan untuk letak di atas meja. Hari sabtu dan Leesya pun tak tahu nak buat apa.

“jumlah ke depan.” Ajak Datin Jane.

Would you dance if I asked you to dance?
Would you run and never look back
Would you cry if you saw me crying
Would you save my soul tonight?

Would you tremble if I touched your lips?
Would you laugh oh please tell me these
Now would you die for the one you love?
Hold me in your arms tonight?

I can be you hero baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away

“hello.”

“waalaikumsalam.”

“perghh, aku terasa siot.” Jawab Ain di sebelah sana.

“assalamualaikum.”

"waalaikumsalam. ada apa cik Ain?" tanya Nia.

“jum, keluar tengok wayang,shopping main bowling, karok.” Ajak Ain

“bila?” tanya Leesya.

“pukul 5 kita jumpa dekat KLCC.” Jawab Ain.

“situ mana ada tempat karok semua.”

“apa guna kereta? Lepas tengok wayang movelah tempat lain. Aduhh kau ni asal lampi sangat?”

“owhh.oke.” Leesya tak tahu asal fikiran dia lambat sangat.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Ain dengan Nia suka main teka-teki. Tapi Leesya still tak gelak sebab fikiran dia tak tahu tengah fikir apa. Berbual sambil makan di signature KLCC, tapi Leesya tak tumpukan perhatian dekat Ain dan Nia.

“Ain, aku ada teka-teki untuk kau.” Cakap Nia sambil lap mulutnya dengan tisu.

“apa dia? Aku confirm boleh jawab.”

“dalam banyak-banyak huruf jawi, huruf jawi apa banyak angin?” tanya Nia sambil tersengeh-sengeh.

“soalan senang macam telan air liur..” megah Ain.

“amboii, dah tukar dah. Bukan ‘senang kacang goreng’ dah.”

“yelah, alaf baru.”

“apa dia jawapannya?” tanya Nia.

“huruf ‘ha’.” Ain dah gelak sebab yakin dengan jawapannya.

“asal pula huruf ‘ha’?” tanya Nia balik.

“sebab cuba kau sebut huruf ‘ha’. Banyakkan keluar angin.” Ain dah buat gaya angkat kening, sebab yakin dengan jawapan dia.

“salah.”

“betullah tu.”

“salaahhhh cik Ain.”

“dah tu apa dia?” tanya Ain.

“huruf ‘ta’ dengan ‘ya’.” Jawab Nia.

“asal pula?”

“sebab ‘tayar’ kan banyak angin.”

“kurang hasssa. Oke next question.” Ain dah fade up.

“asal dengan Nia tu? Macam tak focus dengan kita pun.” Tanya Nia sambil tengok ke arah wajah Leesya.

“ehhh, tu Baihaqee kan?” Ain saja nak tengok reaksi Nia sambil buat lakonan sampai berdiri nak tunjuk arah yang tak ada orang.

“mana-mana?” Leesya dah bangun sekali untuk tengok arah yang Ain tunjukkan.

“dekat Australia.” Jawab Nia sambil gelak.

“sah.” Serentak Ain dan Nia cakap.

“sah apa?” oke Leesya dah tumpu dekat mereka berdua.

“sah, tengah rindu-angau dengan suami kau.”

“mana ada.” Dalih Leesya. Aku rindu dekat Qee ke?

5 comments:

Qwerty said...

rasa macam akan ada something happen to qee.
hurrmmm

Shamien said...

hurm...best2...sy skip ni, terus jump kt 13...bru bce smpai 4 tadi!!tapi takbe, esok sy smbg!!

Nak AG!!hak3...

zura asyfar said...

qwerty : my instict pon rase cm tu..hmmm

awin : ketinggalan keretapi dia ni..hehe

Anor said...

jgnlah ape yg dimimpikan oleh
leesya menjadi kenyataan. hendaknya
qee sentiasa dlm keadaan selamat..
nk lagi.

Anonymous said...

jgn jadi apa-apa dkt qee ye..pleasseeee