Wednesday, November 9, 2011

Rahsia tulisan jiwa 30

Pejam celik, dah 20 hari berpuasa. Rasa baru je start puasa hari tu. Leesya dah pelik sebab untuk bulan ni dia tak datang bulan lagi. Leesya hanya sedapkan hati yang period dia kadang tak stabil. Tapi bila mama cerita yang bila kita dah kahwin period kita akan stabil. Leesya jangan fikir bukan-bukan boleh tak?

“Leesya are you oke?”

“hah?” fuhh terkejut aku.

“maaf terkejutkan awak.”

“eh, tak terkejut pun.”

“awak oke tak ni?” tanya Encik Qaiser yang ternampak Leesya termenung di mejanya.

“saya oke je, bila encik Qaiser masuk?”

“dari dulu sampai sekarang berencik dengan saya, dah banyak kali saya ketuk pintu awak tak ada respond tu saya masuk takut awak pengsan ke apa.”

“tak dengar pula bunyi ada orang ketuk.” Ucap Leesya.

“tu lah berangan sampai oversea ke, tapi you look so pale.”

“yeke? Biasa je saya rasa.”

“puasa tak hari ni?kalau tak sihat ambil MC.”

“ish mestilah puasa,saya nak ambil MC memang tak lah.”

“kuat sangat bekerja, cuba bawa berehat.”

“saya kalau MC pun buat apa dekat rumah.”

“banyak je alasan kamu.” Geleng encik Qaiser.

“hehe.” Tersengih Leesya.

Asal bos aku cakap aku nampak pucat? Biasa je aku rasa. Ke aku tak ingat nak pakai bedak hari ni? Pakai je aku rasa.

Would you dance if I asked you to dance? 
Would you run and never look back 
Would you cry if you saw me crying 
Would you save my soul tonight? 

Would you tremble if I touched your lips? 
Would you laugh oh please tell me these 
Now would you die for the one you love? 
Hold me in your arms tonight? 

“siapa pula yang call ni?” tergopoh Leesya cari handphonenya dalam handbag.

“hello sayang.” Bicara suara sebelah sana.

“waalaikumsalam.”

“err assalamualaikum.” Kan aku kena balik.

“ingat tak reti bagi salam dah.” Perli Leesya.

“ingat je, balik nanti tunggu abang tao.”

“mestilah, tak kan nak tunggu encik Qaiser pula.”

“main-mainkan.”

“saya tengah kerja, bila pula saya main.”

“eee, sayang laparlah.”

“apa cakap macam tu, makruh puasa.”

“abang sahur sikit je pagi tadi.”

“mengada-ngada, suh makan banyak tak nak, tak lalulah itulah inilah.” Membebel Leesya.

“k lah sayang got to go, meeting dah nak start.”

“bye, assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.” Jawab suara sebelah sana.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Leesya dah resah tunggu Qee dekat bahagian lobby pejabat. Mana dia ni, cakap nak ambil time balik, dahlah tak bagi bawa kereta tah kenapa.

Pinnn

pencemaran bunyi.” Leesya dah sumpah seranah siapa yang suka hati je nak hon.

“sayangg.” Qee dah turunkan tingkap sambil jerit panggil isterinya.

“eee, dia ke yang hon?”

“jum.” Qee keluar juga dari kereta tengok muka Leesya yang dah masam cemberut.

“huh.” Leesya jalan menonong ke kereta Qee.

“merajuklah tu.” Qee geleng kepala tengok muka Leesya,comel.

“balik terus.”

“sayang, maaflah”

“maaf? For what?”

“amboi, speaking hah.”

“do I care?”

“maaf sebab lambat sampai, tadi jalan stuck depan office, ada kemalangan, biasalah rakyat Malaysia, excident kecil je tapi semua nak perlahankan kereta nak tengok apa yang berlaku.”

“oke.”

“oke je?”

“ko.”

“eee, abang serious ni.”

“saya tengah bergurau ke?” tanya Leesya tanpa perasaan.

“maafkan abang?”

“maaf diterima.” Leesya senang memaafkan orang.

“sekarang pukul berapa sayang?” tanya Qee, malas nak tengok jam dekat tangan.

“5.30 petang, kenapa?”

“kita pergi bazar nak?” Qee dah lama tak pergi bazar, rasanya dah bertahun tak pergi, macam menipu tu lah kenyataannya.

“bazar? Saya nak balik tolong mama masaklah.”

“alaa kejap je kita pergi, bolehlah sayang.”

“malas.”

“sayang please.”

“oke, tapi kejap je.” Leesya duk mencongak, ada apa dekat bazar tu eh? Dah lama juga aku tak pergi bazar.

Cupp

“batal puasa.” Terjerit Leesya.

“kat pipi je pon.”

Bazar Ramadhan.

Walaupun tienya sudah dibuka dan butang baju kemeja terbuka satu di bahagian atas, Qee masih segak. Dah kenapa aku ni duk usha suami aku? Jemari Leesya kemas dalam genggaman tangan Qee. Leesya hanya berkemeja ikut badan dan seluar slack, walaupun simple tapi masih menarik perhatian.

“ni tak suka ni.”

“abang ni kenapa?” berkerut dahi Leesya.

“suka-suka je tengok bini abang.”

“eee, ingat kan apa.”

“jum balik.” Qee banyak kali perasan, banyak mata yang lihat Leesya, dan mata tu semuanya mata lelaki.

“habis dia tu, tak ada orang tengoklah?”

“mana ada.”

“tah pape, abang nak beli apa?” dan Leesya terdengar ada suara yang berbunyi di belakangnya.

Mengada, macam dia sorang ada boyfriend pegang tangan 24 jam. Mungkin Qee pun turut dengar dan menyebabkan Qee berhenti secara mengejut. Betul-betul depan perempuan tu Qee dan Leesya berhenti dan..

“isteri abang yang tercinta ni nak makan apa?” haa ni bini akulah, bulan-bulan puasa nak mengumpat memang pantanglah suami moyang aku. Habis makin jem bazar ramadhan.

“ish abang kenapa berhenti ni?” Leesya dah malu dengan aksi Qee yang tiba berhenti dan cakap kuat. Dua perempuan yang mengumpat tadi terdiam.

“saja, ermm nak makan apa eh.” Qee macam tak bersalah dan terus sambung perjalanan seperti biasa.

“abang ni tak malu ke?”

“abang pakai baju, buat apa nak malu? Sayang nak makan apa?” Qee terliur tengok martabak ayam.

“ermm, ikot abanglah.”

“sayang jum beli martabak tu.” Menonong Qee jalan sambil tangan menarik tangan Leesya.

“mari doh hok lawa, adik lawa nok murtabak gapo?” tanya penjual martabak tersebut, duk sengih-sengih.

“bagi saya martabak ayam 2.” Qee mencelah sambil rangkul pinggang Leesya.

“abang, depan orang ramai ni.”

“biarlah isteri abang.” Qee saja kuatkan suara dan penjual martabak itu buat-buat tak dengar. Dah kahwin rupanya awek cun ni.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“untuk tahun ni mama nak tema baju raya warna hitam.”

“awak ni macam nak berkabung je saya rasa warna tu.” Menyampuk Datuk Musa.

“abang ni ke situ pula.”

“ke ada cadangan warna lain?”

“warna kelabu nak maa?” tanya Qee.

“tak naklah mama, dari warna kelabu baik warna hitam.”

“oke, hujung minggu kita pergi shopping.”

“dia yang semangat nak shopping.” Sindir Leesya.

“memanglah, first time raya dengan isteri tercinta.” Bilang Qee.

“tah pape, macam budak-budak.” Bilang Leesya dengan nada suaranya yang perlahan.

“sayang cakap apa?”

“lama tak makan kuih badak.”

“kuih badak?”

“haah, tak pernah dengar?”

“tak pon.”

“tulah, orang bandar sangat.” Leesya bangun untuk ke dapur, lepas solat terawih berjemaah semua bersantai di ruang tamu.

“sayang nak ke mana tu?” tanya Qee.

“nak ke KLCC.”

“dekat ke ikut dapur tu?” jerit Qee.

“dah tahu Leesya nak ke mana lagi di tanya.” Perli Datin Jane sambil tersengih tengok gelagat anak menantunya.

“biarlah.” Qee cari channel yang diminatinya.

“kamu berdua nak tidur pukul berapa ni?” tanya Datin Jane.

“malam masih remajalah mama.”

“ish kamu ni.”

“betol lah mama, lambat lagi kot.”

“ikut kamulah, mata mama dah berat rasanya ni.” Datin Jane bangun untuk naik ke tingkat atas.

“selamat malam mama, bagi kiss Qee dekat papa tao.”

“ya tuhan, perangai macam budak-budak.” Datin Jane dah geleng kepala lalu menapak untuk naik ke tingkat atas.

“mama mana abang?” tanya Leesya sambil mengunyah kerepek ubi, di tangannya ada aiskrim haagen dazs dan balang berisi kerepek ubi.

“mama dah naik tidur.” Jawab Qee tak pandang pon ke arah Leesya.

“cerita apa tu?” kerja aku makan, hidup aku makan nasib tidur pun tak makan sekali.

“mr and mrs smith.” Jawab Qee lalu mengambil balang di tangan Leesya.

“best ke?” aku tak pernah tengok eh? Rasa macam pernah tengok, tapi tak ingat yang mana satu.

“best gilew.” Asal bini aku ni kuat makan.

“gilew macam mana tuew?” perli Leesya.

“abang tengok sayang sekarang ni kuat makan.”

“so?”

“sotong.”

“heee.” Aku yang kena balik, geram Leesya lalu merampas semula balang berisi kerepek ubi.

“dia pula yang tak puas hati.”

"mana ada."

“yelah, dia tu makan macam ada 2 perut je.” Cerita ni baru start, kalau dah tengah jalan memang aku off terus.

“kalau ada dua tiga perut pun saya tak boleh makan ke?” asal aku nak terasa sangat ni, Leesya come on lah.

“tak adalah, abang tanya je sayang.” Kuat touching pula bini aku hari ni, period ke?

“oke.”

“tengok tu.”



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Leesya tak ke pejabat hari ni. Katanya tidak larat. Qee risau dengan keadaan isterinya. Lagi seminggu nak raya dah, cepatlah pula masa berlalu. Persiapan raya sudah dilakukan. Baju raya yang tak beli lagi masalah sekarang ni.

“kenapa aku tak larat ni.” Leesya hanya terbaring lesu, Qee dah ke pejabat.

“asal tekak aku ni.” Dan selepas itu Leesya berlari masuk ke dalam toilet untuk menghamburkan semuanya dan akibat lari Leesya tergelincir.

“maaaa.”

“encik Baihaqee ada panggilan di talian.” Bicara setiausahanya.

“oke sambungkan.”

“hello Qee.”

“mama, kenapa ni?” terkejut Qee tiba-tiba mamanya menjerit.

“Leesya jatuh, mama on the way ke hospital.”

“hah?” ya Allah, apa semua ini.

“Qee datang hospital ye sayang, mama tunggu dekat sana.” Datina Jane dah teresak-esak dalam panggilan.

Tutt tutt. Tanpa salam Qee terus letak panggilan. Sampai sahaja di hospital Qee bergegas ke ruangan emergency.

“tumpang tanya, pesakit nama Ku Aina Aleesya ada?”

“sebentar ye encik.”  Nurse di bahagian pertanyaan mula mencari di dalam perisian maklumat.

“oke.”

“ada, pesakit sudah di pindahkan ke wad biasa.”

“bilik no berapa?”

“A101 encik.”

“oke terima kasih.”

Qee berlari, sungguh kerisauannya dah tak tahu tahap apa. Ya tuhan janganlah jadi apa-apa dekat isteriku. Sampai sahaja depan pintu, Qee terus masuk.

“sayang?” Qee terus panggil isterinya yang tercinta itu.

“shh, Leesya baru je tidur.” Datin Jane yang berada di sisi Leesya beritahu.

“mama, apa dah jadi?” sungguh mata Qee dah berkaca bila lihat keadaan isterinya yang pucat.

“Encik Baihaqee sila ikut saya, ada hal penting yang ingin saya beritahu.” Bilang Doktor Khairul.

“oke, maa anything panggil Qee.” Dicium dahi isterinya itu sebelum berlalu keluar.

“encik Baihaqee.” Panggil doktor tersebut apabila mereka sudah keluar dari bilik.

“ye saya.”

“encik tahu isteri encik mengandung?”

“what? Mengandung?”

“ye, Puan Aleesya mengandung.”

“ya Tuhan, alhamdulillah.”

“tapi puan Aleesya keguguran akibat terjatuh di ruang bilik air.”

“ya Allah, apa semua ni?” berita gembira hanya seketika, ya hanya beberapa saat, Qee dah terduduk di kerusi yang terletak di hadapan bilik tersebut.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’

Leesya dibenarkan pulang ke rumah selepas 2 hari di tahan di wad. Leesya dinasihatkan agar tidak banyak bergerak. Mungkin Leesya perlukan kekuatan untuk bangun dari ini semua. Peranan Qee amat penting tapi lain jadinya.

“kenapa Leesya perlu rahsia dari abang tentang semua ini?” tanya Qee tapi Leesya masih diam di balkoni.

“apa abang tak perlu tahu tentang berita yang Leesya mengandung?”

“abang ni siapa pada Leesya?”Qee terus keluar dari bilik dan Leesya teresak-esak menangis di balkoni.

“Laaa terkejut mama ingatkan siapa tadi.” Datin Jane ke dapur untuk ambil segelas air suam untuk suaminya.

“emm mama tak tidur lagi?” Qee betulkan suara sebelum tanya Datin Jane, mungkin ini saat sedih bagi Qee sampai berkaca matanya.

“tak, papa suruh ambilkan air, Leesya dah tidur?”

“dah kot.”

“mungkin bukan rezeki kamu dan Leesya, ada hikmah dari semua ini.”

“haah.”

“Bila mama cerita yang Leesya keguguran, dia terkejut sebab Leesya tak tahu pun yang dia mengandung.”

“Leesya tak tahu yang dia mengandung?” Qee terkejut dengar penjelasan dari mamanya, ya Allah apa aku dah buat dekat Leesya ni.

“tak, dan lepas tu dia terus menangis, dia cakap kalau dia tahu mengandung dia akan hati-hati tapi semua tu suratan takdir kan.”

“entahlah mama, Qee tak tahu nak cakap apa dah.”

“peranan kamu sangat penting dalam situasi ini, Qee kena bagi kekuatan dekat Leesya, bila seorang perempuan keguguran susah baginya untuk melupakan tentang kehilangan bayi itu.” Nasihat Datin Jane.

“Qee pun tak kuat mama.” Suara Qee sudah lari-lari, mungkin sebak.

“mama nak Qee kuat, Qee tak boleh lemah dengan semua ini.” Datin Jane menggosok bahu anaknya untuk alirkan kekuatan, siapa sangka anaknya diduga sebegitu rupa.

“maa.”

“ye sayang.”

“Leesya boleh mengandung lagi?”

“mestilah boleh.”

“oke, Qee nak pergi buat anak lagi.”

“ya tuhan, tak senonoh.” Ditampar bahu anaknya itu.

“Qee naik dululah maa.”

“oke.”

Qee sedar akan kesalahannya, dia ingatkan Leesya yang tidak mahu bagi tahu berita tentang kehamilannya, rupanya Leesya sendiri tidak tahu yang dia sedang hamil. Maafkan abang sayang. Abang tak dapat kawal kemarahan abang. Sampai sahaja di tingkat atas, dipulas tombol pintu kamarnya perlahan. Dalam samar cahaya, kelihatan Leesya sudah nyenyak tidur. Perlahan-lahan Qee naik atas katil lalu dipeluk isterinya dari belakang.

“maafkan abang sayang.” Perlahan Qee bisik di telinga isterinya, dan perlahan mutiara jernih mengalir di pipi itu tanpa Qee sedar.

Dan sahur pagi itu, Leesya kejut Qee seperti biasa. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Itulah Leesya menahan rasa, bagi dia menahan rasa dah cukup sinonim dengan dirinya. Leesya nampak sahaja luarannya tabah, tapi dalaman rapuh.

“awak.” Kejut Leesya.

“hmm.”

“abang bangunlah sahur.”

“hmm.” Qee kalau nak kejut dia memakan masa yang agak lama.

Selepas beberapa minit barulah si Qee ni betul-betul sedar di dunia yang nyata.

“bangunlah cepat, tinggal berapa minit je lagi nak imsak.” Perlahan suara Leesya.

“bangunlah ni.”

“oke.”

“sayang.”

“tengok tu boleh baring lagi.” Leesya dah nak bangun dari sisi Qee, tapi tangannya cepat ditarik.

“abang minta maaf.”

“maaf apa pula?”

“abang minta maaf pasal semalam.”

“dahlah, kita lupakan.”

“abang tak tahu pun yang Leesya sendiri tak tahu.”

“dah jum sahur.” Bagi Leesya ubah topik adalah penting saat ini, bayi itu dah tak ada dalam perut ini ya tuhan.

“abang minta maaf sayang.” Ditariknya Leesya ke dalam pelukan, dan saat itu Leesya hanya kaku, tubir matanya sudah mula hangat.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Baju raya Leesya dibelikan oleh Qee. Leesya tak boleh banyak bergerak kata doktor. Mungkin Qee murung sedih tapi digagahkan dirinya juga supaya dia tidak kelihatan lemah di mata Leesya. Skrin Blackberrynya disentuh.

“sayang.” Qee saja menampakkan suaranya gembira.

“saya.”

“baju sayang size apa selalunya?” tanya Qee di sebalik handphone.

“abang nak buat apa?”

“nak beli baju rayalah.”

“Leesya ada jelah baju kurung yang tak pakai lagi.”

“alaa mama nak warna hitam, kenalah ikut tema.”

“ermm pandai-pandailah abang, tak nak bagi tahu.”

“alaa, mana boleh macam tu.”

“boleh je.”

“bagilah tahu.” Pekerja dalam butik tu dah tersenyum, dah kenapa perempuan ni.

“tak nak, kalau besar atau tak muat siaplah abang.”

Sejam Qee duduk dalam butik tersebut, nak cari warnalah, cari size, cari yang sedondon dengan baju melayu dialah. Lelaki kalau shopping mengalahkan perempuan. Leesya yang dekat rumah masih termenung di balkoni.

Would you dance if I asked you to dance? 
Would you run and never look back 
Would you cry if you saw me crying 
Would you save my soul tonight? 

Would you tremble if I touched your lips? 
Would you laugh oh please tell me these 
Now would you die for the one you love? 
Hold me in your arms tonight? 

“hello assalamualaikum.”

“waalaikumsalam, babe aku rindu kat hang.” Jerit suara di sebelah sana.

“Ain?”

“ye aku ni.”

“aku rindu kau.” Sebak Leesya, terus dia teringat akan kehilangan yang dirasainya.

“weyh kau kenapa ni?” Ain syak ada something terjadi.

“Ain.”

“Leesya, kau relax oke aku dengan Nia on the way datang rumah kau.” Ain dapat rasa ada benda yang terjadi, itu dia tiba-tiba nak datang rumah Leesya.

Sampai sahaja Nia dan Ain, terus dipeluk oleh Leesya dan depan pintu juga Leesya menangis tersedu-sedu. Bagi Leesya dia tak kisah menangis depan Nia dan Ain. Puan Roselee ingin menjaga Leesya tetapi takut menyusahkan Qee untuk ulang alik datang ke rumah mentua. Satu persatu Leesya cerita.

“babe aku nak kau tabah, mungkin bukan rezeki kau dan Qee.” Dipeloknya Leesya, ya Allah sungguh besar dugaanMu untuk kawanku, tabah sayangku.

“Aku tak kuat weyh, aku tak pernah rasa kehilangan sampai macam ni sekali.” Tersedu-sedu Leesya.

“Leesya, kalau kau menangis macam mana sekalipun, masa tetap tak boleh dipusingkan kembali.” Nia tahan rasa ingin menangisnya, dia tak nak kelihatan lemah depan Leesya.

Sampai sahaja di rumah, kelihatan kereta kawan Leesya, bila diaorang sampai? Qee terus masuk ke dalam banglo keluarganya. Qee terkejut tengok Leesya dah tersedu-sedu dalam pelukan Nia.

“sayang kenapa ni?” 










catatan* maaf lama tak updated, final exam.huhu. Next episode akan dimasukkan cepat. :D

2 comments:

K said...

at last ada entry baru...
thanks cik writer...

teruska b'karya... ;)

Fiza said...

dh lme tggu sambungannye.. keep writing.. :D