Tuesday, February 22, 2011

Rahsia tulisan jiwa 10


Lepas Nia dan Ain pulang, aku sempat updated blog. Untuk blog yang memang ramai tahu aku pemiliknya, aku hanya updated yang aku berjaya selesaikan kes dan untuk blog 'tulisan jiwa' itu 

Monday, February 21, 2011

Maaf kerana aku pejam

mata yang terkatup
tak betah untuk tahan
pedih

cinta
sayang
benci

penderaan jiwa yang macam 
digilis
dan biarkan rasa itu
pergi dalam mimpi


Mungkin aku dah tak mampu untuk ada cinta lagi, tapi bagaimana untuk sang suami ini? Tuhan ampunkanlah hambamu ini. Cambahkanlah benih cinta untuk si dia yang halal disisiku ini. Lepas aku updated blog 'tulisan jiwa' ni, aku terus keluar dari restoran Pak Tam kopitiam. Tiba-tiba..

 "Leesya! is it you?" siapa ni, suka-suka je rentap tangan aku. tangan kasar pula tu. Lepas je aku pusing belakang dan nak tengok siapa yang tarik tangan.

 "You?" Zakuan. kecilnya dunia. Aku ingat kita dah tak akan jumpa.

 "Yes, it's me. Zakuan. Your boyfriend."

"Maaf, saya pergi dulu." aku perlu blah cepat. Asal jantan ni, boleh tak lepaskan tangan aku.

" Tunggulah, I miss you, Leesya."  Zakuan dah tarik tangan Leesya untuk peluk.

 "awak nak buat apa ni? suka-suka je nak peluk orang." Leesya dah tolak badan Zakuan sekuat mungkin dan nak lari dari Zakuan.

 "alaa, you kan girlfriend I." suka-suka je nak mengaku aku awex kau, tolonglah Zakuan. Kita dah tak ada apa-apa hubungan dan Leesya tak perasan ada mata yang memandang aksi mereka berdua. 

 "siapa girlfriend you, hah? tolonglah Zakuan dan untuk pengetahuan you I adalah isteri orang dan I dah berkahwin."

 "bila masa you kahwin?" owhh patutlah you tinggalkan I kan?" Zakuan dah naik angin, rupa-rupanya betina ni main kayu tiga time kau masih girlfriend aku.

 "none of your business!" jerit Leesya sambil berlalu dan ternyata menitis juga air mata Leesya.

Air matanya menitis kerana melihat ke dalam anak mata orang yang dia cintai selama ini bukan kerana ditengking atau dimarah.


Syarikat Marine Gold.

Perghhh, kau pergi jumpa lelaki lain apa. Dah ada suami boleh main pegang-pegang tangan. Aku ni siapa hah? Bila aku pegang tangan tahu nak tarik balik dan terkejut. Lelaki tu boleh pula.

 "Suria! batalkan semua appoinment saya hari ini. Saya nak balik." Qee tekan interkom dengan kuat dan bagi pesanan kepada setausahanya, Suria.

"baik bos." asal bos ni. Datang bulan apa?tiba-tiba nak tengking orang. Aku tak pekak lagilah.



 '''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


Mama dan papa pergi bercuti dekat australia sambil jenguk abang Qee yang tengah uruskan syarikat papa dekat sana. Sekarang tinggal aku dengan Qee je dalam rumah banglo ni. Nak masak apa ye malam ni? Ermmm, nasi lemaklah. nasib aku balik awal dan dah mandi semua.

 "1 labu bawang putih, 10 ulas bawang merah, 1 biji bawang besar, santan dan macam-macam ada." leesya dah cakap sorang-sorang dekat dapur sambil sediakan bahan-bahan untuk buat nasi lemak.

"buat apa tu?" tanya Qee tanpa bagi salam dengan baju kemejanya yang dah terbuka butang atas, dah terkeluar dari seluar.

"ishh, terkejut saya."

"saya tanya buat apa tu? tak reti nak jawab ke??" asal Qee ni, nak marah-marah. Tanya elok-elok tak boleh ke.

"kenapa dengan awak ni? asal nak marah-marah?" 

"saya tanya jawablah!' Qee dah tengking Leesya. Sumpah mata nak berair dah.

"nasi lemaklah." 

"dari tadi jawab tak boleh ke?" tanya Qee dan terus berlalu untuk naik ke tingkat atas.

 Leesya stop crying ok. Dia tengah penat tu. Tadi telefon pejabat dia, setiausaha dia cakap Qee balik awal. Tapi kenapa dia sampai rumah macam waktu biasa habis kerja. Dia ada hal lah tu. Leesya kenapa tiba-tiba cepat tacing dengan Qee ni?

 "maaa, pedihnya." Leesya dah jerit sorang-sorang kat dapur. Tangan tu gedik sangat genyeh mata time potong bawang merah tu kenapa?

 "asal dengan Leesya tu?" Qee pula cakap sorang-sorang kat ruang tamu. Lepas siap mandi dan solat dia terus turun bawah tengok tv. Qee dah berlari ke dapur.

"pedih-pedih. maaa." Leesya dah nak menangis sebab pedih sangat mata dia. Bahan lain dah siap cuma sambal je. Kena masukkan bawang merah. 

 "jangan genyeh mata tu, nanti makin pedih." qee dah tarik Leesya ke sinki untuk basuh mata Leesya.

"pedih genyehlah." sempat lagi bertekak padahal mata tu dah tak boleh buka.

"rendam mata dalam air ni." Qee pegang bekas berisi air dan pegang tangan Leesya.

"dah, tiupkan." Leesya dah dongakkan kepala ke arah Qee sambil terkebil-kebil matanya sebab masih pedih. 

Leesya maafkan abang sebab tengking Leesya tadi. Kenapa tiba-tiba ber'abang ni Qee. Lawanya dia malam ni. Sedikit goyah imannya malam ini. Even lihat Leesya berpakaian satu set pakaian tidur baju dan seluar, dia nampak lawa malam ni. Bukan Leesya memang lawa ke Qee? Kenapa ada debaran dan ada rasa cemburu bila lihat Leesya dipegang oleh lelaki lain? 

"bukalah mata tu. macam mana nak tiup kalau mata tu tertutup." eeee, dah bukalah ni.

"dah bukalah ni. Pedih tahu tak?"

"tahu. fuhh, fuhh." jawab Qee sambil tiup mata Leesya.



''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


"awak keluar dengan siapa tengahari tadi?" tanya Qee sambil tarik comforter dan lihat Leesya yang tengah sapu lotion dekat lehernya. Putihnya leher dia..

"keluar dengan Ain dan Nia." tipu! ingat aku tak nampak kau keluar dengan lelaki lain.

"yelah tu. Ke keluar dengan jantan?" tanya Qee agak kasar.

"awak ni kenapa? saya cakap saya keluar dengan Ain dan Nia. Ikut awaklah nak percaya atau tak." Qee ni kenapa. Aku memang keluar dengan Ain dan Nia.

"yang awak dah gelabah ni kenapa? saya tanya je kan." 

"ikut awaklah Qee nak percaya ke tak, tuhan tahu saya jujur atau menipu."

"owhh, dah pandai main tuhan sekarang kan. Ke memang betul awak keluar dengan lelaki?" Qee dah mendekati Leesya yang tengah duduk di hadapan meja solek.

"saya keluar dengan Ain dan Nialah. Tak percaya pergi call diaorang." Leesya dah bangun untuk jauh dari Qee. Asal Qee ni, marah-marah orang dari balik kerja tadi.

"tak perlu! saya tanya awak." Qee dah tolak Leesya ke katil.

"kenapa awak ni?"

"kenapa apa hah? owhh lelaki tu boleh main pegang-pegang." nafsu marah Qee dah melebihi tahap kewarasannya.

"Qee, awak buat apa ni. jangan buat saya macam ni. Saya tak suka." menitis air mata Leesya dan takut apa akan berlaku seterusnya. Dia tak nak mereka lakukan apa-apa tanpa ada rasa cinta dan kehendak masing-masing.

 Baihqee! stop doing like that. Jangan buat tanpa kerelaan Leesya. Ya Allah apa aku dah buat ni. Istighfar Qee!

"astaghfirullah..maaf.” Qee minta maaf dan terus keluar dari bilik. Ya Allah apa aku dah buat ni. Maafkan abang Leesya. Abang tak bermaksud pun nak buat Leesya macam tu. Mungkin aku patut biarkan dia bersendirian malam ini dan aku tidur di bilik lain. Nasib aku hanya tolak dia atas katil.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“kau ni asal Qee? Serabut je aku tengok.” Tanya Rizal sambil minum hot coffe. Mereka lunch di One cafe.

“entah, aku bersalah sangat dengan Leesya semalam.” Jawab Qee perlahan sambil raup mukanya dengan kedua tapak tangan.

“bersalah apa pula ni? Kau buat apa dekat Leesya semalam?” bersalah pula dah. Pelik-pelik je Qee ni.

“aku tuduh dia bukan-bukan dan aku buat bukan-bukan dekat dia.” Qee rasa bersalah sangat dengan apa yang dia buat terhadap Leesya. Itu bukan caranya Qee.

“kau tuduh apa pula?”

“aku tuduh dia keluar dengan lelaki, tapi masalahnya berlaku depan mata aku.” Ya aku nampak dengan mata kepala aku.

“kau tak boleh tuduh tanpa usul periksa Qee, mesra ke diaorang time ku nampak tu?” Qee ni kalau dah marah main tuduh je dia.

“aku tengok muka Leesya time tu tengah marah, tapi asal pegang-pegang tangan?”

“aikk, cemburu kaa?”

“kau ni, aku tengah serius.”

“ye kau tengah serius, tapi kau tak boleh main tuduh je. Buatnya lelaki tu dia tak kenal.”

“tu aku rasa bersalah dengan dia.”

“Then, kau cakap kau buat bukan-bukan kat dia. Kau buat apa?”

“Nafsu marah aku melebihi tahap kewarasan akal aku, nasib tak jadi malam pertama tanpa kerelaan dia semalam.” Menyesalnya aku.

“Ya tuhan, kau ni. Agak-agaklah. Janganlah campur nafsu marah sekali. Kau ni, gelojoh habis. Kau dah jatuh cinta dekat dia?” terkejut Rizal dengar penjelasan Qee. Gelojoh juga kawan aku ni. Yelah kucing kalau dapat ikan tak kan nak biarkan je. Tapi masalahnya tu bukan ikan, tu bini kau. Hishh Qee ni, tu pun nak kena ajar.

“entahlah, Zal. Tapi aku tak boleh tengok lelaki lain pegang dia.”

“biasalah tu, bini kita tak kan nak biarkan lelaki lain touch-touch kan. Kau rasa dia dah jatuh cinta dekat kau?” tanya Rizal sambil membuang pandangan ke sekeliling ruang One Cafe itu.

“aku pun tak tahu. Tengok dia biasa je.” Sambil minum hot chocolate dan layan lagu ‘hoobastank-the reason’ yang diputarkan di corong radio One Cafe.

“ehh, tu bukan kawan Leesya ke?” tanya Rizal dekat Qee sambil tunjuk ke arah tempat Nia dan Ain duduk. Rizal kenal kawan Leesya sebab pernah nampak diaorang datang time wedding Leesya dan Qee pun pernah bagi tahu.

“haah. Kawan Leesya. Tak silap aku semalam Leesya cakap dia keluar dengan Nia dan Ain tu lah.” Lepas pandang ke arah yang ditunjukkan oleh Rizal, Qee teringat pasal semalam.

“kau tak percaya sangat kan, kau pergilah tanya diaorang tu. Bini cakap tak nak percaya. Pergilah tanya.” Suruh Rizal. Ain dan Nia dah bangun nak ke kaunter untuk buat pembayaran.

“eh, Qee. Baru aku perasan kau dekat sini.” Cakap Ain sambil memasukkan pursenya ke dalam handbag.

“aku dah lama perasan kau dengan Nia. Saja tak nak ganggu.” Nak tanya ke tak nak, nak tak nak.

“Qee nak tanya something ni.” Slumber je Rizal cakap tanpa pandang muka Ain. Perghh mamat ni, tak pandang aku langsung. Sombong ya amat.

“kau nak tanya apa Qee?” Ain dah pandang Qee yang baru sahaja meletakkan cup ke atas meja.

“Ain, aku pergi start enjen kereta dululah.” Nia dah bergerak nak keluar dari cafe tersebut.

“haa, oke-oke.”

“tak, tak ada apa-apa.” Jawab Qee perlahan.

“laaa, tadi kawan kau cakap kau nak tanya something.” Pelik tengok gelagat Qee ni, macam ada masalah je.

“ermm, semalam kau ada keluar dengan Leesya?” akhirnya tanya juga.

“ada. Laa Leesya tak bagi tahu kau ke? Semalam kitaorang lunch sama-sama. Aku, Nia dan Leesya lunch dekat Pak Tam Kopitiam. Kenapa?” Betullah semalam aku nampak Leesya depan Pak Tam kopitiam.

“owhh, tak ada pape. Saja tanya sebab aku nampak Leesya je semalam.”
“aku dengan Nia balik dulu lepas lunch dengan Leesya. Kitaorang ada hal urgent. Eh Qee aku dah nak start kerja ni, kau tak apalah bos. Bila-bila boleh masuk.” Ain dah minta diri sebab waktu kerja dah nak start.

“haaa,oke-oke. Aku pun nak masuk office dah ni. Zal, jum blah.” Qee bangun untuk ke kaunter pembayaran.

“oke, aku pergi dulu.” Lepas minta diri Ain keluar dari cafe tersebut dan pergi ke tempat parking kereta. Asal Qee tanya. Macam ada something je. Baik aku call Leesya.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Would you dance if I asked you to dance?
Would you run and never look back
Would you cry if you saw me crying...

Siapa call ni? Owhh Ain. Leesya tekan butang earphone sebab dia tengah drive.

“assalamualaikum.” Jawab Leesya

“waalaikumsalam.” Jawab suara di sebelah sana.

“aikk, macam pelik je kau call aku, Ain”

“nak call pun tak boleh, sampai hati kau Leesya.”

“haha, bukan tak boleh call. Tapi macam pelik sebab selalunya aku yang call kau. Asal kau call aku ni.”

“saja rindu, tu aku call kau.” Aku kena tanya juga dekat Leesya.

“cetss, dan-dan.” Leesya dah gelak sambil membuat corner untuk masuk ke kawasan rumah banglo family Qee.

“semalam aku jumpa Qee.” Cakap Ain tapi cukup membuatkan Leesya terkejut.

“hah? Kau jumpa Qee. Kat mana?” tanya Leesya cepat.

“aku jumpa kat One Cafe, time tu aku tengah lunch dengan Nia. Dia lunch dengan kawan dia, alaa kawan dia yang time wedding kau dia datang juga tu.” Aku tak ingatlah pula nama apa kawan Qee tu.

“owhh, Rizal. Then kenapa?”

“Qee tanya aku betul ke aku keluar dengan kau semalam. Asal dia tanya? Kau tak bagi tahu dia ke yang kau keluar dengan aku dan Nia?” tanya Ain dan dia bertambah pelik.

“dah aku ada bagi tahu dia tapi malam tu baru aku bagi tahu. Ermm.” Leesya hanya berhenti depan banglo tapi tak masuk parking dalam rumah sebab nak habiskan perbualan dengan Ain.

“kau ni kenapa Leesya?ada apa-apa berlaku ke?”

“lepas kau dengan Nia blah, aku terserempak dengan Zakuan. Mungkin time tu kot Qee nampak aku.” Leesya cerita perkara sebenar dekat Ain.

“hah? Kau terserempak dengan Zakuan?Then apa jadi?” patutlah Qee tanya aku betul tak Leesya keluar dengan aku.

“nothing serious. Ermm nantilah aku cerita. Aku dah sampai rumah ni. Nak masuk dah.”

“oke, kau kalau ada masalah cerita dekat aku tau. Jangan pendam sorang-sorang, aku tak suka.” Ain tak suka Leesya pendam masalah dan berahsia dengan dia.

“oke, insyaallah. K lah bye Ain. Assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.” Tuttt

7 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

ketuk qee ni kang.
haissyhh.
next2.

zura asyfar said...

tu la sekeh kepala budak Qee ni kan saje je benjol..haha

Anor said...

nak lagi...hai qee dh mula jatuh cinta pada leesya ke? kalau ye
baguslah...

farah manaf said...

sebuk je zakuan 2....huh

PENULISJIWA said...

keSENGALan teserlah..
tah.rasa nak ketuk je kan
hehe

zura asyfar
haha

Anor
qee dah ada rasa kot

farah manaf
tu lah
haha

aFaiSh said...

hehehehe

PENULISJIWA said...

aFaiSh
hehe