Thursday, April 7, 2011

Rahsia tulisan jiwa 22


Hari ni bukan 1 april ke? Mengucap Qee tak baik buat benda bukan-bukan. Tak baik untuk islam. Teringat kata-kata Rizal, buktikan yang dia dah jatuh sayang dekat kau. Qee dah mengelamun dalam pejabatnya. Bila tak sibuk mulalah kepala ni stock-stock berangan. Memang makan fail kalau papa nampak.

“aduh asal kepala pening ni?” aku rasa macam gempa bumi pun ada. Tu lah kalau niat nak buat april fool dekat orang memang kena betul-betul. Masin betul mulut aku, kesian bini aku kalau rasa kemasinan mulut aku.

“bos oke tak ni?” setiausaha Qee dah gabra semacam, bos aku ni dahlah handsome. Muka macam terkujat pun still macho lagi.

“ada gempa bumi apa?” tanya Qee sambil jalan nak ke sofa. Belum sempat sampai dia dah rebah di lantai. Harap nampak badan sasa tapi pengsan juga. Jatuh saham aku.

“Bos!” Suria dah menjerit sebab tengok bosnya dah terlentang atas karpet dalam office. Boleh cair tergeliat urat telinga dengar suara Suria ni. Suria bergegas ke mejanya untuk call Puan Leesy a.k.a isteri bosnya.

“hello puan Leesya.” Terus disergahnya Leesya.

“waalaikumsalam.” Kan dah kena perli.

“hah, eh assalamualikum puan Leesya.”

“siapa ni?”

“Suria.”

“Suria? Suria KLCC?”

“haah, eh tak Suria setiausaha bos.”

“bos celah mana pula.”

“Puan Leesya suami puan a.k.a Encik Baihaqee dah terlentang dalam office, pengsan bos ada penyakit serius ke?”

Tutt tuttt. Terus diletak handphonenya dan bergegas untuk ke office Qee. Leesya kenapa kau gabra semacam ni? Asal mata kau dah berkaca ni? Kenapa dia nak tinggalkan aku time aku dah.. dah. Leesya focus memandu! Jerit hatinya sambil mengelap tubir matanya.

“awak?” sampai sahaja bangunan Golden Marine Holdings Leesya terus ke tingkat bangunan terletaknya pejabat Qee dan sampai sahaja terus rempuh.

“hah Puan Leesya.” Suria dah bangun dari terus kipas Qee. Time lunch memang tak ada sesiapa.

“awak pergi ambil satu bekas air dan tuala.” Leesya dah gabra habis.

“hah baik puan Leesya.”

“awak bangunlah.” Leesya dah usap pipi Qee berharap agar Qee membuka mata.

“awak please bangun jangan buat macam ni, janganlah buat april fool dekat sini.” Leesya sempat-sempat kau nak gurau jadah macam ni tapi mata still keluarkan air mata.

“awak tak sayang saya ke?” Leesya dah cium dahi Qee untuk kesekian kalinya.

Aku rasa pening tadi then dah oke tapi siapa pula yang suka-suki cium dahi aku ni? Qee buka sedikit matanya dan ternyata dia terkejut bila lihat Leesya yang cium dahinya. Agak-agak oke tak kalau aku berlakon lama sikit?

“awak janganlah tinggalkan saya.” Makin menjadi-jadi tangisan Leesya. Leesya kau tak boleh hidup tanpa dia ke? Apa perasaan kau sekarang ni? Asal kau tak terus terang saja perasaan kau dekat dia?

“errrr.” Qee dah buka matanya.

“abang.” Leesya kau ke yang sebut tu?

“awak siapa?” tanya Qee.

“hah?” Leesya dah terkejut bila Qee tanya macam tu dekat dia.

“hehe.” Qee dah sengih, aku tak reti berlakonlah sumpah tak jadi. Kejap terus nak gelak. Kau ni hancur sungguh. Aku rasa kalau kau tersepak dek Leesya boleh senget rahang kau Qee.

“huh.” Leesya dah bangun dengan lajunya menyebabkan kepala Qee yang diribanya tadi terjatuh kena karpet.

“aduhh.” Qee dah mengaduh sakit sebab kena karpet. Actually tak sakit pun.

“awak?” Leesya nampak sangat kau risaukan Qee.

“Puan Leesya ni..” Suria dah rempuh masuk bila tengok Leesya dan dekat sangat dengan Qee.

“errrr maaf air tak ada eh kain tak ada eh saya keluar dulu.” Suria asal kau dah jadi gagap tegar ni? Kena kejutan apa? Drama romantik makkk, aku yang segan.

“berlakonlah lagi.” Leesya dah betulkan baju kemejanya yang dah berkedut akibat memangku kepala Qee.

“bila berlakon? Saya memang peninglah tadi mungkin sebab tak sarapan pagi.” Qee pula dah nak buka butang seluar nak masukkan kemeja, kau buat apa sampai kemeja terkeluar bagai ni? Hishh ada je setan nak masuk, dah aku terlentang then Leesya pangku aku habislah keluar.

“nak buat apa tu?” Leesya dah terjerit.

“hishh, jangan jerit boleh tak? Boleh krem saraf telinga abang ni, eh tadi sayang panggil ‘abang’ kan?” Qee dah tengok Leesya.

“memang betul pon saraf telinga awak tu dah krem, bila masa tah panggil dia abang, huh boleh tergeliat saraf lidah nak panggil.” Leesya kau memang panggil dia abangkan? Tak ya tak ya, kau memang nak nak rasa lempang ke?

“huh.” Qee dah masukkan kemejanya di dalam seluar.




‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Sekarang ni time kali lunch Leesya kena pergi office Qee untuk bawa bekalan lunch. Macam maid dah aku ni. Macam aku ni tak ada kerja. Leesya tak baik cakap macam tu dia suami kau. Leesya dah mengucap panjang. Mengumpat suami tak pasal tersedak dia.

“uhuk uhuk, ehekk.” See memang tersedak Qee, Leesya masuk je tengok Qee dah merah muka akibat tersedak.

“awak.” Leesya dah rasa bersalah.

“aduh sakit hidung dada semua ada.” Qee urut dada. Nasib aku minum air kosong je, kalau minum air kopi tak ke keluar air kopi ikut hidung, perit weyh.

“minum air tak baca bismillah ke?” tanya Leesya perlahan.

“dah baca, siap entah ngumpat sampai baca bismillah pun tersedak haa.” Qee lap mulutnya guna tisu yang ditarik dari kotak tisu.

Gedegangg

“erkk, bos saya dah halang dia dari masuk tapi mungkin telinga dia dah tersumbat tu tak dengar.” Suria dah tak tahu nak cakap apa dengan bos dia sebab Miss Melor overshadow ni main rempuh je. Dahlah tak buat appoinment, tak pasal-pasal aku dah cakap telinga kau tersumbat.

“its oke, kamu boleh keluar.” Qee dah arahkan setiausahanya keluar, Leesya pula dah terkejut tengok perempuan yang main rempuh masuk pejabat suaminya. Terkejut kerana perempuan itu adalah Melor Amelyn bekas kekasih hati Zakuan, perempuan yang burukkan namanya di blog dan perempuan itu juga yang hancurkan hubungan dia dan Zakuan.

“hye Qee.” Melor dah tergedik macam cacing kena bakar dengan skirt sendatnya yang macam tak boleh bernafas lurah baju yang aku rasa baik tak payah pakai baju, buat tambah dosa suami aku.

“boleh saya bantu Cik Melor? Bukan projek antara syarikat kita berdua dah selesai? Ada apa-apa lagi yang tak selesai ke?” tanya Qee dengan bahasa yang masih dijaga, Qee dalam hati memang rasa nak marah sebab main rempuh je, perempuan ni nak kata tahap miang tu boleh tergeliat bulu roma aku. Time kerjasama antara syarikat dia memang kalau boleh nak selesaikan secepat mungkin. Perempuan ni nak apa aku pun tak tahu.

“memanglah dah selesai tapi I ada projek baru yang nak dibincangkan.” Melor dah duduk di lengan kerusi sofa berangkai satu itu. Kalau muat aku rasa dia dah duduk sekali. Leesya hanya buat tak nampak dan berura-ura nak bangun. Bekalan yang di bawa hanya diletak di atas meja kaca itu.

“bila pula ada projek baru? I tak tahu pun dan I tak pernah nak ada urusan dengan pihak lain tanpa I sendiri yang usulkan semua itu.” Qee dah rimas dengan gelagat Melor yang saja nak geselkan badan dia dengan Qee.

“ermm, saya keluar dulu, awak makanlah makanan ni penat saya sediakan.” Leesya dah bangun sambil betulkan leather beltnya.

“sayang, saya nak makan dengan awak.” Qee pun turut bangun untuk halang Leesya dari balik tapi disebabkan tangan cik Melor yang tarik lengannya menyebabkan Qee jatuh terduduk atas sofa dan secara tak sengaja badan Melor melekat di dada Qee.

“assalamualikum, ermm Encik Baihaqee dan nama apa you? Melor Amelyn right Encik Baihaqee dah kahwin dan awak rasa patut ke berkelakuan seperti ini dengan suami orang?” Leesya terus sahaja keluar dari office Qee tanpa salam pun tangan suaminya. Leesya dah nekad dia bukan Leesya dulu yang senang ditindas oleh sesiapa, yang senang dijatuhkan sepertimana yang dilakukan oleh Melor.

Sepanjang pemanduannya, pemikiran dia banyak melayang dan seperti tidak tumpukan perhatian kepada pemanduannya. Teringat kisah lama, kisah di mana Melor Amelyn memburukkkan namanya di blog, kisah di mana Melor Amelyn menuduhnya seorang perampas. Leesya memang berkawan rapat dengan Zakuan, tapi disebabkan kawan rapat Leesya dituduh perampas. Leesya tak pernah terniat di hati untuk merosakkan hubungan seseorang tapi disebabkan dia berkawan dengan Zakuan dia dituduh perampas.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“babe kau terbang ke mana ni?” Ain dah tepuk peha Leesya, minah ni memang menguji tahap kesuburan aku eh salah kesabaran aku.

“hah?” Leesya baru kembali ke alam nyata.

“memang, kalau aku tersekeh kau jangan buat muka pula.” Nia pula menambah.

“kau tanya apa?” tanya Leesya sambil betulkan posisi duduknya di meja makan food court KLCC, tempat lepak dorang KLCC je, nak makan pun pergi situ.

“aku tanya kau pregnant ke?” Ain saja nak tambah garam.

“hah? Apa pula pregnant-pregnant ni, aku dengan Qee tak buat apa-apa pun.” Leesya tak sedar yang dia terlepas cakap.

“what?” serentak Nia dan Ain jerit.

“erkk, eh dah eh belum.” Leesya dah tutup mulutnya, tu lah orang tua-tua kata tak nak dengar terlajak perahu boleh undur terlajak kata tak boleh reverse dah, hentam je lah.

“tu lah bila aku cakap tak pasang telinga then tanya soalan lain tahu pula nak tergagap, kau ni kenapa? Melayang je fikiran.” Nia dah tengok ke arah muka Leesya.

“tadi aku jumpa Melor.” Jawab Leesya pendek.

“telor mana pula ni?” Ain memang saja nak tambah.

“Melor, bekas kekasih hati Zakuan.”

“wait a minute, Melor yang cari gaduh dengan kau? Yang burukkan nama kau? Yang..” Nia dah terkejut.

“kau ni memang makan buah seligi aku, dari tadi yang-yang.” Ain memang dah tunjuk gaya nak seligi orang.

“haah, Melor Amelyn.” Leesya dah tunduk ke bawah. Nama Melor sahaja mengingatkan peristiwa yang buat dia seperti nanar.

“macam mana kau boleh jumpa dia?” tanya Nia lagi.

“syarikat dia ada kerjasama dengan syarikat Qee, tadi bertembung dia dalam office Qee.” Cerita Leesya perihal sebenar.

“jangan cakap dekat aku yang Melor tu nak cari pasal dengan kau lagi.” Ain dah buat ayat yang sungguh tahap tak suka.

“dia nak apa lagi?”Nia pula tanya.

“jum kita pergi karok.” Leesya dah ubah tajuk, nampak sangat dia tak nak dah cerita perihal yang bersangkut paut dengan cerita lama, memang orang akan cakap dia macam tak ada perasaan tapi itulah tabahnya Ku Aina Aleesya Ku Yusri. Melor Amelyn itulah yang cakap Leesya seorang hipokrit sebab berlakon seorang yang tabah tapi itulah diri Leesya.

Even masing-masing dah ada lesen kereta, tapi malas nak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas yang boleh nak terberak-sakit jiwa dorang sanggup naik lrt nak pergi KLCC. Kalau naik train memang macam-macam kerenah. Cerita di stesen yang boleh tegeliat urat usus.

“eh tu bukan CCTV ke?” Nia dah tanya soalan budak tadika yang boleh jelir lidah dekat Nia. CCTV pun tak kenal memanglah.

“haah, kau ni tak pernah tengok apa?” Leesya dah buat muka pelik, Ain dah start buat gaya. Time nak naik excalator korang perasan tak ada CCTV, haa time naik tu lah dornag buat perangai tahap budak tengah menyusu lagi. Dorang dah on the way nak balik.

“buang tebiat apa?” Nia tengok Ain dengan kening angkat sebelah, confirm Ziana Zain nak buat contract dengan Nia.

“yelah sebab tak ada siapa nak ambilkan gambar, nak juga cari publisiti.” Jawab Ain dengan lagi bertambah gaya.

“macam best je aku tengok.” Leesya pula dah start.

“peace.”

“whats up.”

“arigator.”

“I love you!.” Habis gaya dorang buat sampai orang buat muka buang-tebiat-ada-saraf-terbelit-apa dengan pakaian kerja buat gaya macam tu. Dorang buat gaya sehingga sampai ke tingkat tunggu LRT.

“weyh train.” Nia jerit.

“tak payah dah bunyi tu, nanti tersepit.” Ain dah bersahaja sama dengan Leesya.

“sempat!.” Leesya jerit sambil buat gaya lari-semua!

“lari!” Semua berlari tapi Ain dan Leesya tak masuk hanya tunggu depan pintu, Nia dah masuk then keluar balik. Tapi Ain dan Leesya pula masuk (main ciku-cak apa) dan akhirnya...

“weyh Nia dekat luar.” Leesya dah bantai gelak bila pintu train dah tutup.

“haa, asal dia keluar balik.” Ain dah terduduk dekat lantai train.

“tu lah berdaulat lagi dengan CCTV kan dah kena tinggal.” Leesya dah merah muka akibat gelak tak ingat dunia, habis pakat semua tengok. Ada pak cik tu pun turut gelak tengok gelagat pekerja-separuh-umur.

“kita tunggu kat stesen je lah.” Leesya dah berair mata akibat gelak melampau.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“awak nak makan biskut creamo.” Leesya dah minta macam-macam.  Perihal semalam dia hanya lupakan begitu sahaja. Bagi Leesya dia tak tahu nak buat apa dan hati dia hanya dia sahaja yang tahu.

“hah? Cream muka?” Qee dah terjerit dari depan tv.

“nak biskut creamolah!” Leesya jerit. Asal rasa nak touching ni.

“pukul berapa dah ni, 3 pagi sayang.” Qee dah pelik, ngidam apa bini aku ni? Eh jap mana boleh mengidam! Sebab....

“7eleven ada.” Leesya dah jerit dari ruang makan, jauh tu.

“esoklah awak.” Qee malas dah nak keluar sebab tengah layan bola memang tak akan bergerak.

“nak air twister boleh?” Leesya minta benda lain pula, ni mesti kes bulan nak datang melawat ni.

“air fresh oren kan ada dalam peti ais tu.” Qee dah makin pelik.

“nak biskut mary.”

“lagi.”

“nak aiskrim cornetto.”

“lagi, sikit je baru tu.”

“nak kit kat.”

“listkan dalam kertas.”

Leesya dah berair mata sebab Qee hanya buat tak tahu. Bukan nak tolong belikan apa. Dia hanya khusyuk dengan perlawanan bola sepak tu. Tak ada kerja tengok bola, berebut satu bola. Leesya dah ugut nak keluar drive kereta sendiri. Nasib baik hari minggu kalau tak memang Qee dah tidur terus.

“dah tunggu dalam kereta, jangan pergi mana-mana, mana list yang nak tu?” Qee dah geram sebab pukul 3 pagi pergi kedai & eleven.

“nah.” Leesya hanya berbaju baby tee dan berseluar 3 suku warna putih, penggemar warna putihlah katakan.

“10 list? Asal sikit sangat?” Qee saja perli. Qee pun terus pergi masuk & eleven.

10 minit berlalu.

“awak kita pergi drive thru mcd boleh?”

“boleh sangat-sangat.” Nasib MCD area sini je, kalau tak memang tak pergilah jawabnya.

“one set big mac dan one set spicy my chicken.”

“kita nak pergi mana ni?” tanya Leesya sambil kunyah kentang goreng.

“pergilah mana-mana.”

Qee drive sehingga ke Tasik Titiwangsa. Melayan Leesya yang mengidam haru jadinya. Kenapa tah dia mengidam bukan-bukan. Tak kan pregnant. Hishh tak mungkin. Qee jangan fikir bukan-bukan.

“kenapa kita pergi sini?” Leesya pelik sebab sampai ke titiwangsa.

“saja mengidam nak pergi sini.”

“huh tak terasa pun.”

“bila pula saya perli.” Qee dah kunyah burgernya.

“dah habis.”

“makan ke melantak?” Qee terkejut tengok habis makan burger.

“telan tanpa kunyah.” Leesya lap mulutnya.

 Would you run, and never look back?
Would you cry, if you saw me crying?
And would you save my soul, tonight?

Would you tremble, if I touched your lips?
Would you laugh? Oh please tell me this
Now would you die, for the one you love?
Hold me in your arms, tonight

I can be your hero, baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away

“siapa pula call ni.” Leesya dah cari handphonenya.

Tukk tukk

“makk!.” Leesya dah jerit terdengar bunyi ketukan di cermin. Habis jatuh handphone aku.

Qee dan Leesya sama-sama tunduk nak cari handphone yang terjatuh. Hishh time ni juga aku rasa bulu roma naik. Siapa pula ketuk cermin tadi. Sama-sama tunduk dan akhirnya terhantuk sama sendiri.

Aduhhh.

“buka pintu sekarang.” Ada suara dari luar dan-dan nak suluh.

“hah?” serentak Qee dan Leesya jerit.

“buka pintu sekarang dan kamu berdua keluar.” Tok aji ni tak tidur apa? Tok aji buat apa time-time ni? Tak buat tahajjud apa? Leeya dah berlawak dalam hati.

“ye ada apa?” Qee keluar dari kereta.

“kami dari Jabatan Agama Islam Selangor.”

“owhh JAIS, kenapa?” Qee memang loading tahap kerbau apa.

“jangan banyak tanya, kamu berdua ditangkap.”

“apa hubungan kamu berdua?” sorang lagi jerkah mereka berdua.”

“eh adik beradik eh suami isteri.” Leesya kau ni memang saja cari balakan.

“dah-dah, tak payah nak buat alasan.”

“kami dah kahwinlah, kenapa tak percaya?” Qee pula dah naik darah, orang cakap tak nak percaya memang pantang keturunan opah aku.

“tu apa dekat seluar tu?” pekerja perempuan dari JAIS dah suluh ke arah seluar Leesya. Leesya pun usha seluar dia bahagian belakang.

“maaaaa!”



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’



Leesya dengan muka dah merah sebab time ni juga nak period. Lagi orang JAIS tu fikir bukan-bukan. Kepala manusia ni memang kuning habis-habis. Aku period nak buat macam mana. Leesya dah berdiri sebelah Qee. Qee dah ikatkan sweater yang dia pakai ke pinggang Leesya untuk tutup kesan darah di seluar. Nasib baik dia pakai t-shirt lain. Habis gentle lah tu.

“call parents masing-masing.” Jerkah pegawai JAIS.

“nak call buat apa?” Qee memang dah nyirap, aku pula pergi tiggal kad kahwin. Memang semuanya time ni. Time aku nak pergi titiwangsalah ada JAIS.

“perlu selesaikan semua dengan segera, perbuatan kamu berdua memang memalukan.”

“awak, telefonlah mama dan papa.” Leesya memang dah pucat sebab period pain dah menyerang. Masuk pula pegawai lain. Memang saja nak usha bini akulah tu.

“eh Qee right?” tanya lagi pegawai tersebut.

“eh Fiqri.” Qee pun turut angkat kening nak buat kepastian.

“laa kau buat apa dengan bini kau dekat sini?” tanya Fiqri lagi.

“kau kenal bini aku?” Qee dah nak melonjak sebab tak perlu nak call mama dan papa, takut menyusahkan mereka.

“laa asal tak kenal, aku tahu kau kahwin pun sebab tengok dalam majalah perniagaan, Syed Baihaqee Syed Musa langkah ke alam rumah tangga jap aku nak tahu kau buat apa dekat sini?” Fiqri dah macam berita.

“kena tangkap.” Jawab Qee sambil tekan ayat ‘tangkap’.

“hah?” memang terjerit habis.

“haah, aku dah cakap kahwin dorang tak percaya nak buat macam mana.” Qee saja nak buat pegawai JAIS yang muda itu tengok. Suka-suki kau tengking aku kan.

“dia kawan aku, tak kenal ke Syed Baihaqee Syed Musa? dan ni memang isteri dia.” Fiqri dah jelaskan macam-macam dekat pegawai JAIS yang muda itu sambil tunjuk ke arah Leesya.

“awak.” Leesya memang dah tak selesa habis dengan keadaan macam ni, kalau aku terpengsan jangan salahkan aku. Asal lama sangat nak lepas ni. Leesya dah bangun dari kerusi dalam pejabat JAIS itu.

“Leesya!” Qee dah terkejut tengok Leesya yang hampir jatuh cium lantai.

“eh, isteri kau ok tak ni?” Fiqri pula gelabah ayam.

“aku balik dulu.” Qee dah cempung badan Leesya sambil hulurkan tangan untuk salam.

“oke, aku wakil maaf dari pihak JAIS sebab menyusahkan korang.”

“tak apa, salah faham je ni kad aku dan apa-apa hal roger aku.” Qee sempat hulurkan kad businessnya, berat juga dia ni.

8 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

hhaahaa..
part LRT tak menahannn..

next2.
=)

itu_aku +_^zue said...

heehhee...
mest lessya sesungut ni..
hahaha..

Anonymous said...

hahaha..lawak gler...

sinichies_girl88 said...

kelakar la Lessya tuh hehee
touching je lebi..dah sayang tak nk ngaku lak hehehe
nak lagi
:)

PENULISJIWA said...

@keSENGALan teserlah..

haha tulah
part lrt banyak scene

PENULISJIWA said...

@itu_aku +_^zue

haha
period pain

PENULISJIWA said...

Anon

hehe
tq

PENULISJIWA said...

@sinichies_girl88

haha
tulah dah sayang tanak ngaku kan