Saturday, February 19, 2011

Rahsia tulisan jiwa 7

Singgah rumah family dululah before balik rumah sewa. Rindu dengan masakan mama. Kalau dekat rumah sewa makanan semuanya barat. Yelah semua rajin masak makanan barat. Agak penatlah kerja hari ini.

“assalamualaikum..” aikk aku bagi salam tak jawab. Semua pergi mana ni. Sambil buka kasut Leesya bagi salam. Dah terbiasa dari kecil untuk bagi salam sebelum masuk rumah tak kira rumah sendiri atau rumah orang.

“Leesya..amboii baru nak singgah rumah. Nak makan masakan mama lah tu.” Tersenyum puan Roselee sambil peluk anak daranya yang seorang itu dan mungkin ini waktu terbaik untuk dia kenal lebih rapat dengan bakal suaminya itu.

“mama ni, tahu-tahu je apa motif Leesya singgah rumah. Haha dan Leesya rindu mama, abah dan abang. Mama masak apa hari ini?” tanya Leesya sambil duduk di sofa yang terletak di ruang tamu dan tekan remote air-cond disebabkan agak panas.

“mama masak ketam masak cili api, siakap tiga rasa dan udang celup tepung.” Roselee tahu itu semua masakan yang paling digemari oleh Leesya dan sanggup belajar darinya sendiri cara untuk memasaknya.

“wahhh. Kecur air liur. Nyum nyum sedap tu. Rezeki Leesya singgah dapat makan masakan favourite Leesya.” Sengih Leesya sambil letak kepala di bahu mamanya.

“Leesya, esok hari Sabtu dan Leesya tak kerjakan. Mama dah cakap dengan Untie Jane esok Leesya kena pergi jumpa dengan anak untie Jane tu. Kena kenal lebih rapat sebelum langkah seterusnya.

Agak-agak kalau aku buat-buat tidur ni mama melenting tak. Mama dah start buka topik kahwin ni yang buat aku lemah segala kepala ni.

“huarghh, ma bila nak makan ni?abang mana ma?.” Saja buat menguap dan buat-buat cari abangnya.

“Tukarlah topik, nanti makin mama cepatkan tarikh kahwin kamu nak?”

“uihhh.. mama sekarang dah pandai mengugut kan?Belajar dari mana ma?” bahaya betul mama sekarang. Dah pandai mengugut dah haa.

“tahu takut. Esok Leesya kena jumpa dengan anak untie Jane tu, ingat. Kamu buat lupa siaplah.” Tahu sangat dengan perangai anak dia ni, ada saja alasannya. Bak kata anak dara dia ‘hendak seribu daya, tak nak seribu dalih’.

“Yelah-yelah, ma Leesya rasa nak demamlah.” Rengek Leesya sambil jamah dahi dan lehernya.

“Iya? Esok confirm Leesya sihat punya.” See kan betul, dah start alasan dia yang munasabah dia tu.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“Qee, ni nombor Leesya anak kawan mama tu.” Hulur Datin Jane kertas yang tertulis nombor anak kawannya.

“Leesya mana pula ni mama? Tiba-tiba petik nama Leesya.” Aku duk syok main PS3 tengok habis mati. Even dah besar dan layak jadi bapa orang, tapi still main game mengalahkan budak darjah 3.

“Bakal isteri kamu.”

“erkk. Hah?” alahh aku ingat mama dah tak ingat nak jodohkan aku dengan anak kawan dia. Ingat lagi rupanya.

“Yelah, mama letak je situ nanti Qee savelah nombor dia.” Dengan harapan kertas tu terbang melayang dan aku tak perlu save dan mangambil langkah seterusnya.

“mama said now. Get your phone and call her now. Mama nak tengok Qee call dia depan mama sekarang. Cepat Baihaqee.” Arah Datin Jane dengan suara mengalahkan commander.

“yelah-yelah, mana nombornya.” Bangun Qee sambil mengambil HTC touch diamondnya.

“ni nombornya dan nama anak kawan mama tu Aina Aleesya.Cakap esok nak jumpa dengan dia”

Macam pernahku dengar nama ni. Tapi kat mana erk? Dah lah cepat aku call cepat aku sambung main game.

Tutt tutt..tutt tutt

Would you dance if I asked you to dance?
Would you run and never look back
Would you cry if you saw me crying
Would you save my soul tonight?

Would you tremble if I touched your lips?
Would you laugh oh please tell me these
Now would you die for the one you love?
Hold me in your arms tonight?

Suara Enrique Iglesis berkumandang. Leesya memang minat penyanyi itu dan sebab itu letak ringtone lagu tu.Siapa pula call malam-malam ni. Nasib aku tak tidur lagi.Kalau tak memang aku tekan off handphone je. Aikk nombor nak dekat dengan aku pula tu. Nombor aku 013-9876543 dia 013-8765432.

“hello.” Keluar suara gentle dari sebelah sana. Suami siapa yang call aku ni. Aikk suami juga kau petik ya Leesya.

“assalamualaikum.” Confirm kau terasa disindir kan.

“waalaikumsalam.” Ni nyindir aku apa? Tahulah aku start dengan hello. Terasa Qee disindir sebab dia mula percakapan dengan ‘hello’.

“siapa ni?”

“esok jumpa dekat secret recipe, KLCC pukul 4 petang. Assalamualaikum.” Terang Qee dengan laju dan terus letak.

“amboii, aku tak kenal siapa terus cakap jumpa dan terus letak. Kurang ajor punya orang. Ingat ceq ni apa.” Marah Leesya dan terus tekan keypad sebab nak hantar mesej.

+kau ni sape?blm pape cakap jumpa dan tempat sekali.

-aku Qee anak kawan mama kau, merangkap bakal husband kau.

+erkk.oke.bye

-esok. On time

+aku tahulah.


Secret Recipe, KLCC -1601

Cakap on time, aku sampai dulu tapi dia tah ke mana menghilang. Ni buat aku angin ni. Dah lah aku tak suka menunggu orang. Memang saja nak buat aku naik darah. Pernah tunggu orang 4jam dekat times square dan memang tak akan pergi times square. Kalau orang ajak pun memang banyak alasan yang aku bagi.

+mana? Salam tak bagi terus mesej mana.Kurang diajar betul.

-dekat secret recipelah

+baju warna apa?

-warna merah

Ohh tu ke? Yang pakai baju merah dan skirt bunga-bunga paras lutut. Saja kau mengadap arah bertentangan dari pintu kan.Nak main ciku-cak dengan aku ke. Elehh aku tak terkejut pon. Berjalan mendekati Leesya yang sedang menghirup jus oren.

“aku Baihaqee.” Sambil nak tarik kerusi untuk duduk dan mengangkat muka memandang Leesya.

bukk. See siapa yang terkejut sekarang ni? Bukan Leesya tapi Baihaqee. Terkejut sampai tak sempat duduk atas kerusi. Tapi terduduk ataas lantai.

“nak duduk atas lantai ke?” tanya Leesya sambil menyembunyikan senyumannya. Nak tergelak actually sebab tengok si lelaki ni terduduk atas lantai.

“haah, jumlah kita bersila atas lantai. Melayu sikit.” Aku tahulah kau nak gelak. Gelak je aku bagi peluang ni. Bengang Qee dan-dan nak duduk atas lantai time ni. Siapa tak terkejut sebab orang yang dia jumpa itu adalah orang yang rempuh dia tanpa had laju di Karambunai itu dan dia Aina Aleesya, top blogger itu juga.

“kau rupanya anak untie Jane. Aku tahulah kau terkejut agak-agaklah nak terkejut pun.”

“haah, aku anak untie Jane kawan mak kau tu, dan aku Syed Baihaqee Syed Musa.” Dengan bangga menyebut nama penuhnya. Tahulah ada syed kat pangkal nama tu.

“ada?” tanya Leesya

“ada apa?”

“ada aku tanya nama penuh kau?” pangg terasa sungguh Qee.

“perlu kee?” dengan gaya dan intonasi suara, Qee tanya macam tu. Padahal tak masuk topik pun. Qee memang suka cakap macam tu. Saja nak lari dari topik.

“perlu. Dah tamat perjumpaan kita.” Leesya dah nak bangun dari tempat duduk.

“agak-agaklah. Buatnya mama tanya aku nama penuh kau tanya warna tema baju kahwin kita. Aku nak jawab apa? “ Qee dah risau. Dia kenal sangat dengan mamanya. Confirm balik nanti dia akan tanya.

“haha. Takut juga kau dengan mama kau kan. Nama aku Ku Aina Aleesya Ku Yusri. Warna tema baju tu, aku tak tahulah. Kita kena pergi butiklah dan tak kan hari ni kita nak pergi. Dah pukul berapa ni. Confirm butik dah tutup. Esok je lah kita pergi tao-tao.” Leesya buat muka ala-ala nak kata comel tersimpang dah kot, sebab dia nak balik awal.

Aduhh, asal dia buat muka macam tu. Comellah pula dia ni. Kunk hari ni juga aku ajak kahwin. Amboii Qee menggatal nampak.

“oke, esok kita pergi butik.” Ucap Qee sambil bangun dari kerusi dan berlalu ke kaunter untuk bayar minuman semua. Berlagak gentle lah konon.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Z&CO Bridal Collections.

Sumpah aku tak percaya yang aku punya kaki sekarang dekat butik pengantin yang tersohorlah juga. Leesya cuba kau minta siapa-siapa tampar muka kau nak tengok kau mimpi ke tak ni.

“woii, yang kau duk tampar pipi tu kenapa?” pelik Qee dengan perangai Leesya ni, boleh tercegat dekat depan pintu Z&CO Bridal ni, sumpah malu aku.

“hah?” ok aku tak mimpi. Leesya kau sekarang di alam nyata dan bukan nightmare or whatsoever.

“I Zack, pemilik butik ini dan kali ini Datin Jane suruh I yang arrange semua tentang perkahwinan kamu berdua.” Dengan suara lemah-lembut gemalai kalah aku Zack ni bersuara. Muka punyalah boleh jual tapi lemah terlembutlah pula. Baru nak buat jadi suami aku. Ish ke situ pula Leesya.

“owh, saya Baihaqee dan ini bakal isteri saya, Aina Aleesya.” Ramah Qee memulakan bicara. Apasal pula minah ni boleh diam kat sebelah aku ni, Dah kena sampuk apa.

“Both of you sepadan, sama cantik sama padan. Cik abang ni handsome terlepas I kali ni. Ikut I, I nak tunjuk kat you all contoh baju dan set pelamin, contoh corak inai, dan kad wedding. Come.” Ya tuhan dia jalan lenggang lenggok macam nak lari dah pinggang dengan pinggul tu.

“errkk.” Terkedu Leesya sebab dia nak lelaki juga. Dunia akhir zaman sungguh.

“I suggest you all pakai baju pengantin warna grey coz sekarang ni warna grey yang selalu orang pakai dan you all pun berkulit cerah dan memang vog kalau pakai warna kelabu. You all pergi try baju ni dulu.” Nasihat Zack sambil ambil contoh baju warna kelabu.

“kau memang nak wana kelabu ke? Kalau tak nak kita change warna lain.” Tanya Qee sambil tengok Leesya yang tengah belek album contoh baju kahwin.

“untuk akad nikah aku rasa kita ambil warna putih mutiara dan untuk majlis resepsi dekat hotel kita ambil warna kelabulah.”

Selepas 1 jam bincang itu gaduh itu dan ini. Bertekak warna pelamin, bertekak design kad wedding akhirnya habis juga dan majlis itu tinggal masa lagi sebulan sahaja.

“you boleh tak duduk diam-diam. I nak buat corak kat tangan U ni Leesya oii. Nanti buruk tangan U.” Membebel pula si Zack ni. Aku rasa hari tu baru je pergi butik dia. Esok aku dah nak menikah dah. Haru sungguh. Nak je aku rasa stopkan masa dan biar semuanya beku tak bergerak.

“I dah duduk diamlah ni, you tu dari tadi duk borak. Mulut je berjalan tangan tu tak buat pon corak inai dari tadi.” Ada juga kena baling dengan kasut atas hantaran tu kunk.

Di rumah pengantin lelaki.

“ya tuhan, Qee boleh lagi kamu duk berlawan game dengan abang kamu tu.” Mula dah mama aku nak start membebel dia tu.

“alaa mama, inai ni dah keringlah. Qee rasa dah tak boleh nak tanggal dah ni.” Power tak aku main PS3 tanpa guna tiga jari yang dah ditampal dengan inai tu.

“dah, pergi basuh. Mama rasa inai tu dah merah dah. Hishh esok dah nak jadi suami orang boleh main game malam akad nikah.” Geleng kepala Datin Jane dengan kerenah anaknya yang seorang itu. Dah balik abangnya memang harulah. Kadang boleh tak tidur diorang berlawan main game.

“abang, bila pula kau nak kahwin? Macam aku dah langkah bendul je.” Tanya Qee sambil mengelap tangannya dengan kain lap tangan.

“Nantilah aku kahwin. Kalau aku jeles tengok kau ada bini, baru aku kahwin.” Terang Syed Ilyasa’ Syed Musa.

“cetsss, macam tu pula. Uihhh merahnya tangan aku. Maaa kenapa merah sangat ni? Macam tak lalu je nak makan nasi kalau macam ni.Adoii.” agak-agak lalu tak aku makan nasi dengan tangan merah macam ni?



 ‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Dengan 2 kali lafaz nikah, akhirnya Ku Aina Aleesya Binti Ku Yusri sah bergelar isteri kepada Syed Baihaqee Bin Syed Musa. Nak tahu sebab apa 2 kali lafaz? Sebab lelaki aku tu ingat aku ni lelaki, die pergi cakap bin Ku Yusri bukan ‘binti’. Confirm dia nervous.

“Leesya. Ingat pesan mama. Jangan melawan cakap suami dan semua yang mama pernah pesa tu dan jangan guna aku kau bila cakap dengan suami kita.” Kantoi mama tahu aku guna aku kau dengan Baihaqee. Macam sedihlah pula sebab nak berpisah dengan mama semua. Mama, abah dan abang nak pulang dah.

“insyaallah mama, Leesya ingat semua tu.” Leesya dah berair mata termasuk mama. Selepas memeluk abah dan mama, abang dah sakat aku. Sampai hati dia. Lepas semua dah balik sekarang turn nak lepak dengan Ain dan Nia.

“Leesya, warghh tinggal aku dengan Nia je kat rumah sewa tu. Terkejut aku kau nak kahwin dengan Baihaqee tu. Dia tu siapa tak kenal. Top blogger dan CEO syarikat perkapalan.” Ain dah nak berair mata sebab lepas ni kitorang dah tak dapat nak buat kerja gila dekat rumah sewa tu.

“laa cool la weyh. Nanti kalau aku gaduh dengan Qee aku larilah rumah sewa tu. Aku boleh rasa jadi anak dara balik.” Berlagak cool Leesya sambil memeluk Ain dan Nia di kawasan taman di halaman banglo kediaman Datin Jane dan Datuk Musa.

“kau jangan buat kerja gila Leesya. Aku tahu bila kau cakap kau akan buat.” Terkejut Nia dengan apa yang dicakapkan oleh Leesya. Leesya ni bukan boleh buat main. Apa dia cakap dia akan buat.

“wargghh.. nanti siapa lagi aku nak kejut bangun pagi.” Dah serak suara Ain. Tahulah Ain yang selalu kejut aku.

“dahlah tu weyh. Alaa nanti hujung minggu kita lepaklah lagi. Korang ni, aku bukan pergi pindah sampai oversea pon. Cerita macam aku pergi jauh je.” Leesya berlagak cool, padahal dah berair mata.

“ermm, kalau Qee buat macam-macam dekat kau, kau call je aku tau Leesya. Nanti aku sekeh dia sampai botak, tak pun bagi seligi.” Itulah Nia, tak habis-habis dengan sekeh dia. Padahal tak buat pun.

“haha. Korang pun sama, jaga diri tau. Jangan rindu aku. Kalau rindu kau orang call je aku tak pun kita webcam tau.” Pesan Leesya dekat Ain dan Nia sambil bangun sebab mereka dah nak pulang. Dah pukul 12 malam.

“k lah. Bye Leesya. Assalamualaikum. Qee, kau jaga Leesya kalau tak siap kau.” Pesan Ain dekat Baihaqee, rupa-rupanya Baihaqee ada bersama mereka dan Qee tahu mereka kawan rapat.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“awak, kita mandi dulu tahu, badan dah melekit macam gula dah ni.” Yes dah berubah panggilan mereka. Ke arah yang lebih baik-sopan-lembut sedikit.

“aikk, kau cakap dengan aku ke?” tanya Qee dan ternyata dia terkejut dengan bahasa yang digunakan oleh Leesya.

“hishh, mama suruhlah. Kalau tak cakap aku-kau je.huh.” menyampah Leesya dan terus masuk ke dalam bilik air.

“owhh,oke pergilah mandi dulu. Saya nak tolong orang-orang dekat bawah dan nak kemas sekali.” Sambil berlalu dan keluar dari kamarnya.

Yes dia dah keluar dari kamar maksudnya bolehlah aku landing-tertunggeng-terbalik dalam bilik ni. Ma.. haru sungguh tahu. Dan sekarang dalam bilik aku dah ada lelaki. Pembetulan bilik Baihaqee ya.

“perghh..lega hilang penat sedikit sebab dah manjakan badan dengan sabun maknanya aku dah mandi tahu.” Leesya dah pandai cakap sorang-sorang depan cermin sambil mengeringkan rambutnya.

“awak dah tidur?” tanya Qee sambil menutup pintu dah hendak pusing ke belakang.

Aku dah pakai baju belum ni?haa sudah.” Monolog Leesya sambil tengok badan dia. Huh selamat dah pakai baju. Bahaya oke.

“ermm, belum tidur lagi. Baru je lepas mandi ni.” Jawab Leesya dengan bersahaja sambil berlalu ke katil. Jap aku kena tidur atas katil dengan dia ke?

“hah? Baru lepas mandi? Lamanya awak mandi. Berendam apa dalam tab tu?” terkejut Qee, sebab setahu dia dah lama dia turun ke bawah nak tolong orang mengemas.

“tertidur dalam tab.” Ringkas dan padat jawapan Leesya.

“hah? Tidur? Dah tak ada katil ke dalam bilik ni sampai nak tidur dalam tab mandi tu?”

“suka hati lah kita nak tidur mana yang awak sibuk tu kenapa?” jawab nak tak nak je Leesya. Entah dia dengar ke tidak.

“huh. Dah lah saya nak mandi. Jap, awak nak buat apa tu letak bantal banyak-banyak dekat tengah katil tu?” amboi sampai macam tu sekali susun bantal.

“kubu pertahanan.” Even diorang kahwin bukan sama suka tapi tak lagi bergaduh pasal katil, sebab mama dah pesan awal-awal, jangan bergaduh bab nak tidur atas katil. Mama ni tahu-tahu je aku akan nak bergaduh pasal tidur.

“papelah.”


4 comments:

zura asyfar said...

bestttttt :)

Anor said...

best nak lagi...lucu juga perangai
dia org berdua ni ye?.....

PENULISJIWA said...

zura asyfar
tengs :)

Anor
haha
agaklah.
macam budak-budak even dah kahwin
:)

farah manaf said...

bes!!cepat sambung yee!!!hehe