Friday, July 15, 2011

Rahsia tulisan jiwa 28


Akhirnya dapat juga post new n3, maaf kalian. Baru perasan tak update sebulan, ya tuhan cepatnya masa berlalu. Bulan 6, ‘sibuk’ tu dah jadi macam awex bopren dah melekat je. Haru sungguh. Sibuk buat cover booklet dan brochure antologi puisi untuk dihantar. Bulan 7 aku dah minta putus dengan ‘sibuk’ kalau aku tak minta putus aku rasa tak update langsung. Maaf kalian. Aku rasa macam terupdate panjang. Macam tak best kali ni. Adoyaii hehe.


‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’



“yang kau duk belek leher dari tadi asal?” tanya Rizal yang perasaan Qee tengah usha dalam cermin tengok leher.

“tak de papelah.”

“kalau tak ada pape kau tak belek leher kau tu.”

“betollah tak de pape.”

“satgi kalau aku tertampaq muka hang jangan tanya pasaipa.” Amboi keluar dah loghat utara.

“hang ni pasaipa? Balaq liat bin ketegaq sungguh, ceq kata tak da pape tak de papelah.”

“oke faham.”

“tahu pun.”

“aku tahu pasaipa.”

“sebab apa?”

“lebat.”

“menatang apa tu?”

“acehh, tak faham konon.”

“betollah aku tak faham, kepala aku jem hari ni semua tak masuk dalam kepala.” Qee pun tak tahu sebab apa, ni mesti penangan isterinya.

“kau nak tengok ada love bite ke tak kan?”

“dahlah jum lunch.” Qee saja nak ubah topik, segan eh.

“eh dah masuk waktu lunch ke?” Rizal belek jam tangannya.

“sebab dah masuklah aku ajak, kalau tak tak ada maknanya.”

“asal aku rasa cepat masa berlalu?”

“yeke cepat?” aku rasa lambat adalah, tak sabar nak balik rumah.

“dah jumlah.” Rizal bangun dari duduknya.

“kau bila nak kahwin?” aku dah kahwin, Rizal ni bila lah agaknya.

“tunggu orang datang meminang aku.”

“hah?”

“kau ni dah pekak ke?”

“kau ni dah hilang adat ke? Tak kan perempuan hantar rombongan.”

“tu lah pasal, entah aku pun tak tahu bila, kau carilah bini untuk aku.” Rizal teringat panggilan maknya.

“mak kau tak cakap pape ke?”

“bukan cakap dah, siap nyanyi untuk aku.”

“main-main pula kau, aku sekeh kunk.”

“laa masalahnya betul.”

“aku tengok kau handsome je, bukan kau ramai aweksss ke?”

“tak kan aku nak bawa perempuan tak cukup kain jumpa mak aku, kang kena kejar dengan senduk suh pi pakai telekung terus.” Semua kawan perempuan dia agak seksi, nak buat bini ke lagu tu? Asal aku teringat Ain ni. Shuh pergi keluaq dari fikiran.

“dah tu, pergi berkawan dengan awek tak cukup kain tu pasaipa?”kawan Rizal ni semuanya boleh tahan, orang bawa motor pon boleh berhenti kejap nak usha sapa punya peha tu. Ke situ pula, tipu-tipu.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Asal Qee balik je aku rasa segan ni? Aduhai bukan tak pernah jumpa pon. Leesya rasa macam semua benda dia buat tak kena. Asal rasa pinggan ni degil sangat kekotorannya. Yang kau rasa gelabah semacam ni kenapa?

“sayang ni kenapa? Macam nak lari dari abang je.” Qee dah rangkul pinggang Leesya dari belakang.”

“erk.”

“tengok tu.”

“ish awak ni, nanti orang nampaklah.”

“kalau orang tak nampak bolehlah?” tanya Qee sambil dekatkan wajahnya ke arah leher Leesya.

“boleh, eh tak.” Aduh makin menjadi-jadi suami aku ni.

“ya tuhan drama free apa?” oke suara siapa agaknya?

“eh papa.” Leesya dah rasa macam nak tumbang, sebab papanya yang nampak aksi 18 ke atas, kalau cerita lain mak mentua yang nampak.

“yang kamu ni Qee tak reti pergi mandi ke?” Datuk Musa pergi ke dapur untuk cari isteri kesayangannya, pergi mana tah rindu pula. Ish tak padan dengan dah berumur sikit.

“kejap lagilah papa, rindu dekat isteri Qee ni.” Qee bukan nak lepaskan rangkulan di pinggang Leesya.

“samalah papa, cari mama kamu tah ke mana dia, rindu pula dekat mama.”

“mama naik atas Leesya rasa.” Bapak borek anak rintik.

“oke, sambunglah papa nak cari mama.”

“sayang jumlah naik atas.”

“heee, nampak tak pinggan dalam sinki ni?”

“tak nampak.” Qee dah sentuh leher Leesya dengan bibirnya.

“abang pergilah naik dulu.” Leesya dah tak selesa, kejap abang kejap awak mana satu ni.

“sayang pun kena naik juga.” Qee dah rasa lain macam, muka Leesya pun sama.

“eeee abang kentut eh?”

“hehe.” Qee sengih, sumpah tak boleh blah hancur keromantikan aku.

“busuklah.” Dah kembang kempis hidung.

“abang naik dulu.” Qee dah nak blah dari dapur sebab nak pergi membuang.

“alaa nak naik dah ke?” tadi aku  suruh naik tak nak naik, tengoklah apa aku buat.

“haah, tak tahan dah ni.”

“tadi saya suruh naik abang tak nak naik.”

“alaa tu tadi, abang naik dulu eh.”

“kejaplah, tadi nak saya naik sekali.”

“sayang, abang naik dulu dah kat hujung pangkal dah ni.”

Macam dah dekat hujung pangkal dah aku rasa. Ni pun dah terkepit-kepit. Perghh pengotor gila kau Qee.

“alaa tunggulah saya.”

“tak boleh.”

“alaa tunggulah nak siap dah ni, tak sayang saya ke?” Leesya saja nak kenakan Qee, tadi aku suruh naik dulu tak nak, sekarang rasakan.

“sayang, abang tak tahan dah ni.” Qee dah jalan dengan tangan di belakang, macam apa je aku tengok.

“kalau abang naik, mean tak sayang saya.”

“sayang, kenapa cakap macam tu?” ya tuhan berikanlah aku kekuatan untuk tahan rasa nak terkeluar ni, Qee tak ada doa lain ke kau nak minta?

“hurm, naiklah dulu.” Leesya, kau saja nak buat touching, kemain dah pandai touching bagai ni.

“alaa, janganlah macam ni.” Oke sumpah memang dah keluar aku rasa.

“bau apa ni?” hidung Leesya dah kembang kempis.

“I have to go.” Qee dah berlari naik ke tingkat atas, apa lagi membuang ah.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“weyh envelope untuk kau.” Rizal campak envelope bersaiz A4 di atas meja Qee.

“asal kau tak campak dekat muka aku terus?” Qee saja nak perli Rizal.

“laa, awat tak cakap awal-awal, lain kali aku campak dekat muka kau tau.” Rizal tarik sengih.

“tak boleh harap langsung, siapa bagi?” Qee tengok depan belakang envelope untuknya itu.

“mak aku.” Jawab Rizal pendek.

“main-main.”

“manalah aku tahu.” Soalan Qee ni memang anak aku pun boleh jawab, bila masa aku ada anak?kahwin pun tak lagi.

“tak pernah aku dapat envelope tanpa nama pengirim.” Qee dah pelik.

“weyh, bila kau nak dapat anak?” tanya Rizal.

“esok.”

“serious?” Rizal excited habis.

“malam ni aku usahakan.”

“cetss, cerita dalam bilik pun nak cerita dekat aku.” Rizal dah pandang lain, sebab yang mendengar pula segan.

“dah kau tu tanya soalan macam tah pape.” Qee pun dah naik segan.

“apa dalam envelope tu?” tanya Rizal sambil terjengah kepalanya ke arah sampul di tangan Qee itu.

Muka Qee dah macam tak berdarah tengok kertas yang baru dibacanya. Rizal lagilah makin pelik tengok muka kawannya yang sorang tu.

“weyh, kau ni asal?” Rizal risau tengok Qee.

“siapa hantar ni?” macam nak tak nak keluar suara Qee.

“mana aku tahu, aku bertembung dengan pa kau then aku tolong bagi dekat kau.” Berkerut dahi Rizal sambil lihat isi kandungan surat itu.

“surat ugutan, siapa dalang semua ni?” Qee teringat apa yang penah berlaku pada isterinya.

“hah?” terjerit Rizal.

Rizal turut baca isi kandungan surat tersebut. Qee makin risau dengan keadaan isterinya. Ingatkan kes Leesya dah berakhir tapi sampai ke hari ini. Ya Allah apa semua ini? Time tengah bahagialah datang cubaan macam ni. Surat ugutan yang menyatakan kalau Qee sayang Leesya, ceraikan Leesya dengan talak 3 tanpa ada zuriat dari benih Qee. Ada sahaja benih yang bersenyawa dalam rahim Leesya kemungkinan tidak akan bertahan lama. Kalau tidak berlaku penceraian kemungkinan nyawa antara salah seorang akan tergadai. Apa semua ni?

“aku rasa kelibat dalam semak depan banglo kau tu orang yang buat semua ni.” Rizal teringat kelibat yang dia nampak dalam semak bertentangan dengan rumah Qee.

“kau nampak muka orang tu?” Qee dah tak senang duduk.

“tak nampak, aku rasa baik kau report polis.” Rizal bagi cadangan.

“kau tak nampak ke dia tulis kalau aku nak benda makin rumit reportlah polis.”

“then kau nak buat apa?ceraikan bini kau? “

“kau gila, aku sayang bini aku dan aku tak akan ceraikan dia.” Qee nak lurut rambutnya yang dah serabai itu.

“dah tu kau nak orang tu bertindak dulu?”

“zal.”

“kau nak aku buat apa?” tanya Rizal.

“kalau aku tak ada kau tolong jaga bini aku boleh?” itu sahaja yang terlintas dalam fikiran Qee buat masa ini, dan mungkin dia akan bertindak seorang diri tanpa semua orang tahu.

“apa kau merepek ni Qee?kau nak pergi mana?”

“aku tak pergi mana-mana pun, aku gurau jelah.”

“kau time ni juga nak bergurau, memang nak tertampaq apa?”

“yelah mana tahu aku mati esok lusa, hidup mati di tangan tuhan kan.” Qee saja berlagak cool.

“kau salah telan ubat apa pagi tadi?”

“yekot.”

“ubat apa?”tanya Rizal excited.

“ubat hapuskan dosa.”

“haishh, memang mulut tak ada penapis sungguh, nak sangat mati ke?”



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“babe, aku rasa macam aku diperhatikan je dari tadi.” Ngadu Leesya dekat teman-temannya.

“perasan, ingat kau artis apa?” Ain dah buat mulut gaya meluat.

“agaklah, huh.” Dari tadi Leesya rasa macam diperhati oleh seseorang, tapi bila lemparkan pandangan ke semua ruang dalam restoran itu tak adalah pula, masing-masing busy mengisi perot.

“bukan kau blogger nak kata hebat, hebatlah juga so no wonderlah ada orang nak usha kau.” Sampuk Nia pula sambil gerakkan crusor, tak boleh tinggal laptopnya.

“aku dah lama tak update blog, bukan setakat berhabuk dah aku rasa dah bersemak samun dah blog aku tu.” Leesya teringat blognya yang agak lama tak update entry.

“asal kau tak update?” tanya Ain.

“mode aku swing macam angin sepoi-sepoi bahasa, so tak ada benda nak tulis lagipun busy lately ni.” Balas Leesya sambil tengok di hujung restoran.

“tak pasal-pasal orang sound kau nanti sebab lama tak update.”

“lumrah seorang blogger, kena sound, kena caci maki, kena kutuk, kena apa lagi kau nak? semua tu lumrah seorang blogger.” Bicara Leesya.

“kena tuduh.”

“thats right, aku pernah rasa macam-macam, siap diorang letak link blog aku lagi tu dan kau orang pun tahu kisah apa kan, tapi nasib baik ada orang betulkan semua keadaan.”

“siapa lagi kalau bukan aku kan.” Nia dah angkat keningnya sebelah.

“perlu ke?” Ain dah buat muka pelik.

“perlulah.” Nia dah sengih.

“tapi aku tak faham apa motif Melor tu burukkan nama kau?” Ain masih tak dapat jawapan.

“dia tak fikir panjang, kalau orang ada iman tak buat benda nak burukkan orang ni.” Nia yang tolong jawabkan dan Leesya hanya mendengar sebab bagi dia tak perlu nak bercerita lagi.

“agaklah weyh, aku rasa kalau orang tak kenal Leesya pun boleh cakap si Leesya ni baik, penyabar dan so on.” Ain dah mula geram bila teringat apa yang pernah Melor buat pada Leesya.

“itulah aku cakap orang tak ada iman, aku tak pernah weyh jumpa orang sesabar Leesya ni, kalau aku dah pergi ganyang perempuan tu tapi tulah aku cakap je tak pernah pula nak pergi buat.” Nia sempat lagi melawak.

“aku tahu sangat kau, mulut je cakap macam berani habis tapi buatnya idak.” Ain dah faham sangat dengan si Nia ni.

“kau sabar tao Leesya, nanti dia dapatlah balasan tak dekat dunia dekat akhirat nanti.”

“korang bila nak kahwin eh?” Leesya saja ubah topik.

“esok.”

“aku tanya betol-betollah.”

“best tak kahwin?” tanya Nia.

“ada ke tanya macam tu, best apa kau maksudkan?” tanya Leesya.

“yelah, dah tidur sekatil dengan lelaki pula tu mana aku biasa.” Balas Nia.

“habis tu kau nak kahwin dengan perempuan?” tanya Ain.

“idaklah teman nak kahwin dengan puannya, teman kaborkan je.” Nia saja keluar loghat lain pula.

“aku ingat tak nak kahwin dengan lelaki dah.”

“then bila korang nak kahwinnya, aku tanya bukan jawapan yang aku dapat.”

“aku tidur dengan korang pun kaki boleh mendarat atas badan korang ni kan nak kahwin malu weyh dengan husband aku, kang esok kahwin lusa cerai.” Nia tarik sengih bila terfikir jadi macam tu.

“bakal husband kau kena terima seadanya sifat kau luar dan dalam.” Cerita Leesya lalu teringat Qee yang makin hari perasaan sayangnya dah makin bertambah.

“aku tunggu kau dapat anak, baru aku kahwin.” Sampuk Ain, perghh berani mati aku ni.

“haa Leesya, bila kau nak bagi kitorang anak buah tak sabar dah ni.” Ambik kau excited nyah.

“apa korang merepek ke situ pula, aku tak ready lagi nak jadi mak.”

“nak anak kau panggil kau mak ke? Perghh retro habis.” Ain dah gelak.

“taklah, ibu ok?” tanya Leesya, teringat pula dekat anak buah Qee.

“tak sesuai, aku rasa kau dengan Qee sesuai dengan panggilan papa dan mama, baru moden sikit tak kisahlah orang nak geli tekak ke tapi korang sesuai dengan panggilan tu.” Balas Nia.

Tiba-tiba Leesya berangan ada anak,mungkin anak sulung Leesya nak anak lelaki. Sebab nanti biar jadi abang. Berangan tak habis. Reti ke pakaikan pampers buatkan susu, sanggup ke jaga time malam kalau baby merengek?



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“sayang tak nak baby?” tanya Qee sambil meniarap mengadap Leesya yang tengah lipat kain.

“hah?”

“jum buat baby?”

“heeee merepek.”

“dengar pula.”

“awak cakap apa?”

“apa awak-awak?”

“err abang cakap apa?” lidah tolonglah jangan keras time sebut abang tu.

“sayang tak nak baby?”

“ermm saya tak bersedia lagilah.”

“kalau sayang mengandung?”

“kalau dah rezeki terimalah dan time mengandung tu saya belajarlah macam mana nak jadi ibu.”

“sayang nak ke jadi ibu?”

“teringin nak baby lelaki.” Tiba pula kau ni kenapa Leesya?

“ingatkan tak nak baby tadi.”

“kalau baby lelaki tu ikut muka Leesya mesti handsome kan sebab jambu habis.”

“apa ikut muka sayang pula, muka abanglah confirm handsome sebab papanya dah handsome kan.”

“perghh.”

“kenapa?”Qee buat muka pelik.

“habis perasanlah nie?”

“agaklah.”

“nanti baby nangis abang bangun tao buatkan susu.”

“alaa sayang bagilah susu dada kat baby senang tak payah nak bangun buat susu.”

“senangnya cakap, awaklah bagi susu awak kat baby.”

“amboii, kemain hah.”

“agaklah.”

Mungkin dari penglihatan Leesya, Qee bahagia bercerita tentang baby tapi dalaman tiada siapa yang tahu. Qee perlu buat tindakan dengan segera sebelum apa-apa jadi pada Leesya. Qee tak mampu bayangkan hidup tanpa Leesya, baginya Leesya adalah segala-galanya. Siapa yang berani sentuh isteri aku? Sentuhlah kalau kau nak makan pakai straw.

“papp!”

“opocot.”

“berangn kahwin lagi satu ke?” tanya Leesya lepas baling bantal ke muka Qee.

“sayang bagi ke?”

“boleh je, then saya pun kahwin lagi satu.” Jawab Leesya selamba

“dah ada calon ke?” tanya Qee sambil lihat mata Leesya.

“tak ada pun.”

“dah tu yang nak kahwin juga tu kenapa?”

“eh sukalah, lelaki boleh kahwin ramai tak kan saya nak melongo je?”

“tak belajar agama ke?”

“belajar.”

“dah tu?”

“time belajar pasal kahwin saya tengah mengumpat kat belakang.”

“abang time tu excited belajar.”

“menggatalnya.”

“agaklah.” Qee dah duduk betul-betul belakang Leesya sambil tangannya melingkar di pinggang Leesya.

“awak, gelilah.” Leesya dah tak selesa.

“pinggang pun geli.” Seterusnya leher Leesya jadi sasaran.

“awak..” dua-dua hanyut melayari malam indah, bukan malam pertama dah kedua ketiga keempat dah.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Macam mana aku nak pergi office kalau macam ni? Ganas habis bini aku. Selalunya bini yang dapat kesan ni aku. Qee duk belek lehernya depan cermin dalam bilik tidurnya. Plaster? Berguna ke nak tutup? Macam lagi kena perli je nanti. Think think, aku dah tak dapat berfikir dah ni.

“jum turun sarapan.” Ajak Leesya yang dah bersiap dengan kemeja dan seluarnya, rambutnya dilepaskan begitu sahaja.

“sayang tengok ni.” Qee tunjuk lehernya ke arah Leesya.

“hah?”

“apa hah-hah?”

“apa tu?”

“ni? Gigi orang.”

“gigi siapa?” tanya Leesya yang masih blur-blur tersumbat air. Yelah pagilah katakan.

“gigi sayanglah.”

“saya pula, gigi saya dalam mulut sayalah, huh.” Leesya sempat usha penampilannya dalam cermin.

“sayang yang buat boleh tak mengaku.” Qee dah cari plaster dalam kotak first aid.

“bila masa saya buat?” malunya, Leesya dah mula ingat sesuatu.

“tak mengakulah, berdosa tao.”

“maaf.” Suara Leesya dah mengendur, asal pula aku yang nak touching ni.

“dah kenapa sayang ni? Sayang kenapa lawa sangat hari ni? Kalau tak biasa je dia ke office.”


Syarikat Marine Gold.

“untunglah pakai plaster.” Rizal tiba bersuara perlahan di sebelah Qee. Yelah dalam bilik meeting katakan.

“kau cakap apa?” bisik Qee pula.

“untunglah plaster tu tolong kau.”

“hah?” aku dah agak dah Rizal ni dapat detect, mata apa dia ni?

“untunglah ada bini.”

“kau ni kenapa? Dari tadi untung-untung.”

“untunglah.”

“untunglah tak ada lebat kat leher.” Kan aku pula yang cakap untung.

“aikk, kau tutup lebat guna plaster? Aku tak tahu pula tu lebat.” Senang je nak suruh Qee ni bercerita.

“excuse me.” Qee dah berlalu keluar dari bilik meeting, perghh aku yang katoikan diri sendiri.


Ruang pejabat.

“aku nak kahwin.” Dia ni kenapa rempuh bilik aku tiba jerit cakap nak kahwin.

“kau ni kenapa zal? Tak makan ubat sawan ke semalam?” Qee dah pelik tengok kawannya yang seorang itu.

“tak.”

“padanlah.”

“aku keluar dulu.”

“perghh, masuk jerit nak kahwin then blah macam tu je.” Qee dah geleng kepala.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Bukk

“maaa.”

“aku memang suka, orang langgar kereta aku suka sangat tahap dewa-dewi.” Suara dalam kereta yang kena langgar pula bersuara.

Siapa cakap yang menjerit maa tu suara perempuan? Suara yang menjerit maa tulah suara Rizal dan suara yang cakap ‘aku memang suka’ tu adalah suara si Ain. Biasalah Ain benda yang tak suka dia akan cakap suka.

“aku langgar kereta kau ke?” tanya Rizal bila kenal pemilik kereta di hadapannya.

“eh tak, mana ada kau langgar.” Sekali lagi ayat best keluar.

“weyh, aku tengah jawab panggilan tadi, sorry sorry.”

“eh kenapa minta maaf pula, tak apa.” One more.

“aku kena bayar ganti rugi ke?”

“eh tak payah, free je lain kali langgarlah lagi sebab aku memang suka main kereta langgar-langgar ni.” Kau tak rasa aku keluar ayat perli ke?

“serious lah weyh.”

“laa, kita kan tengah berlawak dari tadi.” Tahap kesabaran Ain dah habis, bukan minimum tapi zero dah.

“Ain sorrylah.”

“aku nak kau bayar ganti rugi, aku nak kereta mini copp aku ni balik keadaan asal, aku nak duit tunai, aku cakap sekali je tak ada repeat-repeat.” Dengan satu nafas je Ain cakap dan terus masuk ke dalam keretanya tanpa salam bagai.

“maaaa.” See memang Rizal begitu kan.

Itu cerita Rizal sekarang hero dan heroin pula. Sampai sahaja di rumah keluarganya, Puan Roselee dah tersenyum sampai ke telinga. Yelah Leesya dan Qee lama tak datang. Leesya pergi rumah mamanya pun melawa bukan main, padahal Qee hanya bert-shirt polo dan berseluar pendek sahaja. Si Leesya ni dengan t-shirt polo dan seluar jeans. Dah kenapa dengan bini aku ni? Selalunya pakai seluar tidur kotak-kotak je kalau nak pergi tidur rumah mamanya.

“sayang ni kenapa melawa bukan main? Kita pergi rumah mama je kan?”

“mana ada lawa, biasa je.”

“tak payahlah nak rendah diri pula.”

“haah, mama tengok Leesya lawa bukan main, kejap lagi nak keluar dinner ke? Mama dah masak banyak lauk dah.” Puan Roselee setuju dengan pandangan menantunya.

“mana ada, Leesya biasa jelah.”

“biasa apa dengan seluar jeans bagai.”

“pergi rumah mama je pon bukan nak pergi KLCC.” Perli Qee.

“suka hati sayalah nak pakai baju apa pon.” Leesya dah merajuk dan terus berlalu ke tingkat atas untuk ke biliknya.


Bilik Leesya.

Nak pakai itu tak boleh ini tak boleh, kang tak pakai baju lagi haru. Apa semua ni, aku pakai baju macam biasa yang aku  pakailah. Saja nak buat aku marahkan.

“sayang kenapa ni?” Qee dah masuk ke bilik tidur Leesya, eh sekarang dah jadi bilik tidurnya juga.

“tak de pape.”

“kenapa ni sayang? Abang salah cakap ke?” tanya Qee lembut sambil ramas tangan Leesya.

“tak.”

“then? Kenapa Leesya macam ni?”

“saya pakai biasa je, tak lawa pon.”

“ye sayang biasa je.” Qee,kau layan kan je kang tak pasal-pasal dia merajuk seminggu.

5 comments:

Anonymous said...

hope leessya n qee epy n bahagia...hope selalu de n3 baru...

cAhAyA said...

best..:))

korro suffian said...

leesya dah mengandung kot agaknya.. akhirnya.. lama sgt tau tertunggu-tunggu new n3.... bestlah citer nie... harap2 rancangan jahat orang tu gagal... mudah-mudahan...

Noor Affiqah said...

hahahaha...comel je rizal...
cpt smbng next n3...

PENULISJIWA said...

Anonymous
hehe, maaf tak dapat update selalu. Akan diusahakan.

cAhAyA
tengs

korro suffian
rancangan jahat tak jadi? betol ke? hehe. maaf tak dapat update selalu.

Noor Affiqah
Hehe, otw new n3.