Sunday, February 27, 2011

Rahsia tulisan jiwa 14

Entry kali ini agak tak tahulah nak cakap apa. Macam tak boleh nak taip sebab agak ke arah berlemak padahal main redah je taip. Sungguh macam segan nak menaip. Hope enjoy it. hehe.


________________________________________________________________________



“Roy, I nak you seksa dia betul-betul dan jangan pula dia mampus. I nak dia menderita.”

“baik, Mel. Aku akan buat kerja aku dengan elok, upahnya mana?” tanya Roy sambil ura-ura nak peluk tubuh yang agak menggiurkan itu.

“You ni asal? Nak upahnya!”

“elehh, Mel aku ingat kau tak tahu kau nak juga kan?” tanya Roy sambil tengok envelop yang tebal itu.

“dahlah I nak blah dulu.” Sambil cucuk puntung rokok ke dalam bekas abu rokok.

“Aina Aleesya. Lawa juga kau kan.” Roy tengok sekeping gambar yang ada di tangannya itu.


Di banglo kediaman Datin Jane dan Datuk Musa.

“mama, Leesya naik dululah. Ada kerja nak buat.” Leesya minta diri untuk naik ke tingkat atas. Hari ni kepala macam pusing je sebab nak tegakkan kebenaran dekat mahkamah. Peguam tu nampak sangat cuak sebab orang bersalah tu adalah client dia bukan client aku.

“Hari ni, dah masuk  2 minggu Qee pergi Australia. Tak dapat pun panggilan dari Qee. Awak busy sangat ke dekat sana?” Leesya dah cakap sorang-sorang dalam bilik tidurnya dengan Qee.

“eh ada pop-up chat dari Qee.” Leesya dah sengih macam kerang nak kata busuk-masam-tengik semua adalah. Gebang jugalah. Sejak hari Leesya updateed blog pasal kahwin mereka saling tukar email. Leesya macam manalah blog, aku rasa dah patut vacuum dah.

Syed-qee : imu :)

Kueesya : dandan

Syed-qee : tak rindu saya?

Kueesya : bila blik Malaysia?

Syed-qee : eh, rndulah tu.

Kueesya : mna ada. Bla saya cakap?

Syed-qee : tdi tu.

Kueesya : mna ada.

Syed-qee : knp tnya bla saya balik Malaysia?

Kueesya : sja. Tak boleh? Huh. b-(

Syed-qee : sakitlah. Asl sekeh?

Kueesya : elehh, bkan kna pon.

Syed-qee : wc jum. :D ( Qee terus tekan video call dan Leesya tak sedar yang dia tengah pakai singlet yang dia selalu buat tidur time sebelum kahwin dan Leesya terus tekan accept video call, mereka guna skype )

Kueesya : nape tiba-tiba nak wc? ( Leesya memang suka taip even dah pakai headphone dan dia masih tak sedar )

Syed-qee : amboi, seksinya :DD

Kueesya : hah? ( dan Leesya baru perasan yang dia tengah pakai singlet, tadi lepas masuk dalam bilik dia tukar dan terus tekan end call )

Syed-qee : alorr nape end cll?

Kueesya : nak wat kerja. Bye

Syed-qee : eleh, seganlah tu.

Kueesya : nak wat kerja!

Syed-qee : okelah, saya pn nak out ni.

Kueesya : bye

Syed-qee : bye and assalamualaikum ( tak sempat Leesya nak jawab status Qee dah offline, tiba-tiba dia rasa sedih sangat sebab Qee terus out macam tu je dan gerakkan crusor tengok album gambar kahwin dalam laptop. )



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Asal kereta belakang ni asyik follow kereta aku je dari tadi. Leesya dah cuak sebab tengok kereta wira belakang asyik follow kereta dia je, nak masuk selekoh pun ikut juga. Leesya bawa kereta laju dari biasa sebab nak sampai rumah cepat. Tapi bila masuk dalam pagar, nasib pagar automatik kereta tu straight je. Leesya perasan driver tu pakai spek warna hitam. Ya Allah asal aku rasa macam ada benda akan berlaku je ni.

“awakk, baliklah cepat. Saya rindu awak.” Leesya?kau ke yang cakap tu. Ya aku yang cakap. Puas hati? Ya dia dah mula pandai rasa apa itu rindu.

“ermm, saya tak sedap hati.” Leesya dah pandai cakap sorang-sorang dan memang betul lately ni, dia selalu rasa tak sedap hati.

“nak call ke tak nak, nak call ke tak nak.” Leesya dah tengok handphone dekat tapak tangan dan Cuma perlu tekan butang hijau je.

-hello ( jawab suara sebelah sana dalam keadaan mamai, sana pukul berapa? Entah )

+asalamualaikum.

-Leesya nape call ni? ( tak boleh ke nak call? Leesya tiba-tiba terasa dengan apa yang Qee cakap.

+maaf ganggu ( sebab sekarang pukul 0157 pagi sana pukul 0457, Leesya baru ingat dan tiba-tiba dia rasa nak nangis.

Tutt. Tutt

Aku rasa pagi tadi macam aku bercakap dengan Leesya ke aku mimpi? Dan Qee terus buka recieved calls. Leesya call lah. Tapi aku cakap apa dengan dia, ni mesti aku tak sedar time cakap dengan dia. Asal dia tiba-tiba call aku, Leesya dah rindu aku ke? Qee dah sengih sorang-sorang depan breakfast.

Pappp! Aduhh

“haaa, tu lah aku cakap buat tuli jee. Macam cakap dengan roti bakar tu je.” Syed Ilyasa’ dah ambil paper hari ni tepuk bahu dia.

“laaa, then roti bakar ni jawab tak?” tanya Qee macam orang bodoh.

“jawab!”

“dia jawab apa?”

“dia suruh sekeh kau, tapi aku baik sikit tak sekeh kau. Huh.” jawab Ilyasa’ sambil tuang susu segar dalam gelas, dah biasa duduk oversea minum susulah time breakfast.

“cetss, sampai hati.” Qee sambung balik sengeh sorang-sorang.

“kau nia asal?” pelik aku tengok adik aku ni, macam dah kena sawan babi-air-semua-ada. Jangan segan nak sebut binatang itu, kenapa perlu segan nak sebut binatang itu? Kesian dia sebab tak komersialkan nama binatang itu, sempat kau buat rancangan wild animal dekat sini.

“kenapa dengan aku?kau ni macam tak puas hati dengan aku je dari tadi.” Qee pula pelik dengan abang dia, padahal dia yang buat orang pelik dengan dia, jap aku tak faham apa aku cakap.

“dari tadi aku tengok kau sengeh macam sawan air-sawan sengeh kerang busuk, kau oke tak ni?” sambil jamah dahi adik dia, mana tahu demam panas, tapi sengeh memanjang.

“cetsss,aku tak demamlah. Aku sengeh pun tak boleh. Jeles? Huh.” Qee tepis tangan abang dia yang nak jamah dahi dia.

“kau bila nak balik Malaysia ni? Dah nak dekat 3 minggu kau dekat sini, setahu aku masalah syarikat dah lama selesai? Kesian dekat bini kau. Tak rindu dekat isteri ke?” tanya Ilyasa’. Kalau aku dapat bini macam Leesya susah kot nak berenggang, lawa kot adik ipar aku tu. Apa aku merepek ni.

“macam menghalau aku je.” Qee memang rindukan isteri dia, siapa yang tak rindu isteri sendiri, cuba cakap dekat aku face-to-face? Tu yang tak cinta isteri tu. Qee rindu Leesya sampai terbawa dalam mimpi, dan ada satu malam dia mimpi buruk tentang Leesya dan dia takut ada apa-apa berlaku dekat Leesya.

“tahu tak apa.” Ilyasa’ saja nak bergurau dengan adik dia.

“sampai hati menghalau aku.” Qee dah buat nada merajuk.

“tak adalah, kau ada bini, tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Kau nak ada apa-apa berlaku dengan Leesya baru kau nak ada di samping dia?” tanya Ilyasa’, dia tak bermaksud nak takutkan adiknya, Cuma itulah yang dia nak cakap, tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya.

“ermmm, tengoklah esok lusa. Aku pergilah beli tiket.” Jawab Qee sarkastik.

“yelah tu.” Ilyasa’ dah bangun dari kerusi untuk pergi dapur ambil telur masak separuh yang dia buat.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’



“maaa, Leesya tidur dengan mama boleh malam ni?” tanya Leesya dekat Puan Roselee. Dia tidur rumah mamanya malam ini, dia takut pula tidur sorang-sorang dalam bilik Qee yang besar tu.

“hishh, apa kamu merepek ni? Dah besar panjang nak tidur dengan mama.” Terkejut Puan Roselee.

“kau ni asal dik? Macam kena sampuk je aku tengok.” Zaki pelik tengok adik perempuan dia tu, yelah adik aku seorang ni je, mama ada nak tambah lain ke? Apa kau merepek ni Zaki pii.

“tak ada apa-apalah.” Leesya diamkan diri sambil makan milo dalam gelas yang berisi dengan air batu. Habit dia ratah milo dan dalam tu ada ais ketul. Pelik sungguh habit dia.

“Qee bila balik Malaysia?” tanya Zaki.

“tak tah.” Jawab Leesya pendek. Dia tak sedap hati, sebab sejak kebelakangan ini ada orang selalu ikut dia dari belakang dengan kereta, dan bila dia keluar dari bangunan, dia rasa ada orang tengah tengok dia dari jauh.

“Qee tak bagi tahu ke dia balik bila?” tanya Zaki lagi, sebenarnya dia tahu Qee dah sampai sini dan ada dalam rumah ni. Qee nyorok dalam bilik Leesya time Leesya masuk dapur.

“tak.” Leesya sebenarnya rindu sangat dekat Qee, sejak Qee tinggalkan dia, dia dah selalu tengok gambar Qee.

“yawww, bro iparku!” Qee dah duduk bertentangan dengan abang ipar dia. Dia turun dari mana ni? Zaki dah buat isyarat mata kau-cakap-nak-buat-surprise dan Qee hanya buat tak tahu.

“kau turun dari planet mana ni?” tanya Zaki sambil dah buat mata suruh tengok Leesya. Leesya hanya diam dari tadi tapi tengok muka dia macam dah nak keluar air mata sebab apa?

Hurmmm, sedihnya dia balik tak bagi tahu. Tak salam pun. Tak tegur aku dulu pun. Asal mood dah swing semacam je ni. Asal dia buat tak tahu je. Kenapa awak dera perasaan saya Qee. Ya dia dah tak pernah fikir nama Zakuan sejak Qee fly ke Australia.

“Eesya naik dulu.” Leesya tak letak pun gelas yang dia guna dekat dapur. Nama panggilan Leesya ke tu? ‘Eesya’ comelnya. Leesya sempat update blog ‘tulisan jiwa’.


Sunday, February 27, 2011

Puisi buatmu nama

Bila cinta semalam hapus dek
Tikaman
Bila cinta baru hidup dek
Rindu

Ini yang rasa.

“kau cakap nak buat surprise?” Zaki dah serang adik ipar dia lepas Leesya dah sampai tingkat atas.

 “aku tak jadi nak buat surprise, nak buat macam mana.” Qee jawab slumber dan tekan remote astro untuk cari channel.

“kau tengok muka Leesya tadi macam nak menangis tahu.”

“asal pula dia nak menangis?” tanya Qee macam orang tak belajar. Padahal belajar dah tinggi mana tah.

“kau ni, haishhh. Kau tak rasa ada bahang penumbuk nak singgah muka kau?” tanya Zaki.

“elehhh, relaxlah brooo. Aku gurau je pon. Dahlah aku nak naik atas. Nak tidur. Penat kot duduk dalam kapal terbang itu.” Dan ternyata tak ada apa-apa yang berlaku dekat Qee. Cuma Leesya. Ya Leesya dah ada orang  yang mula mengekorinya.

“Eesya.” Suka-suka kau je panggil dia ‘eesya’. Suka hati akulah mulut aku. Yelah aku ubah balik.

“Leesya dah tidur ke?” tanya Qee sambil sentuh bahu isterinya dan dia dengar ada esakan dari bibir yang tidur membelakangi dirinya. Asal Leesya menangis pula ni. Aduhh parah.

“sayang, kenapa ni?” tanya Qee sambil pusingkan badan Leesya supaya pandang muka dia.

“ssampai haati awak.” Leesya cakap sambil teresak-esak.

“sampai hati apa pula ni?” tanya Qee sambil tarik Leesya ke dalam pelukan. Dia tahu Leesya rindukan dia sebab mama bagi tahu Leesya macam tak ceria je bila dah berangkat ke Australia dan selalu termenung sorang-sorang.

“dahlah, kita tidur jum. Saya penatlah. Sampai dari KLIA terus pergi sini.” Leesya tak jawab pun dan hanya diamkan diri. Dia tak tahu asal sedih sangat bila Qee buat tak tahu dengan dia tadi. Leesya asal dengan kau ni?



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Leesya rasa tak sedap hati. Begitu juga Qee yang ada dekat office sekarang ni. Leesya tengah berjalan untuk pergi ke tempat parking kereta dan bila dia pusing ke belakang Leesya tengok ada seorang lelaki yang memakai serkup kepala hanya nampak mata sahaja. Leesya dah berlari ke tempat keretanya. Belum sempat nak buka pintu kereta lelaki itu dah tolak badan Leesya dan nak tutup mulutnya dengan kain yang ada chloroform. Belum sempat lelaki itu nak tutup muka lelaki itu ditumbuk oleh seseorang dan lelaki yang tumbuk itu adalah suaminya, Qee.

“awwakk.” Leesya dah menangis. Dia takut sangat dan nasib baik Qee datang tepat pada waktunya.

“shhhh.” Qee tenangkan Leesya lepas lelaki yang memakai serkup itu larikan diri. Qee dah peluk Leesya dan angkat Leesya masuk ke dalam keretanya. Dia rasa tak sedap hati lalu pergi ke office Leesya bila sampai guard cakap Leesya baru turun ke parking lot.


Di banglo kediaman.

“ya Allah! kenapa dengan Leesya ni?” tanya Datin Jane sebab tengok mata Leesya bengkak dan merah sekarang pun masih ada lagi sisa air mata.

“nanti Qee cerita. Qee nak mandi dulu dan bawa Leesya naik atas.” Qee dan pimpin Leesya sambil menaiki tangga untuk ke tingkat atas.

“sayang, dahlah tu. Saya ada dekat sini.” Qee tengok Leesya masih lagi menangis bila masuk bilik.

“sayya takutt. Siapa lelaki tu?” tanya Leesya dan sekarang dia rasa nak sangat peluk Qee.

“Qee tak tahu siapa lelaki tu, sebab tak sempat nak tarik serkup lelaki tu dah lari.” Asal guna nama pula ni.

“kenapa dia kejar saya?” Leesya dah macam anak-anak kecil yang takut akan sesuatu.

“dah la tu sayang, awak pergi mandi.” Qee peluk Leesya sambil usap belakang badan Leesya. Baju Leesya dah kotor mungkin bergelut dengan lelaki itu dan duduk atas lantai dekat parking lot. Baju yang Leesya pakai pun warna cream dan seluar slack warna putih.

“ermmm.” Leesya renung wajah Qee dengan mata yang masih ada sisa air mata.

“kenapa ni sayang?” Qee kawal diri kau. Dia tak boleh tengok Leesya dalam keadaan macam tu. Tiba-tiba tangan dia bergerak membuka butang baju kemeja Leesya. Ya Allah betul ke apa yang aku buat ni? Qee tanya diri sendiri sambil rapatkan bibir dia dengan bibir Leesya dan Leesya tidak menolak. Dah separuh butang Qee buka dia terus sedarkan diri.

“saya mandi dulu.” Qee dah bangun dari katil lalu masuk ke dalam bilik air.

Qee mandi agak lama. Tak tahulah dia mandi apa kan. Leesya dah terlelap di katil bila keluar dari bilik air. Lepas solat magrib sama-sama. Mereka turun ke bawah untuk makan malam.

“kenapa Leesya menangis tadi? Apa yang berlaku sebenarnya?” tanya Datin Jane sambil makan puding caramel yang dia buat. Sekarang semua berkumpul di ruang rehat lepas menjamu makan malam.

“Ada orang ikut Leesya time dekat parking lot.” Qee yang jawab sebab dia tengok Leesya hanya diamkan diri di sebelahnya.

“hah? Ya Allah then macam mana Leesya boleh balik dengan Qee?” ternyata apa yang diceritakan oleh Qee membuatkan Datin Jane terkejut.

“Qee dekat office lagi rasa tak sedap hati,maa. Then pergilah office Leesya, bila sampai guard cakap Leesya baru je turun parking lot. Qee pun pergi tempat parking lot tengok Leesya tengah lari nak pergi tempat kereta dia. Betul lah firasat Qee ada benda berlaku.”
Cerita Qee sambil tarik Leesya dekatkan dengannya.

“owhh, then dapat tangkap tak orang tu? Kereta Leesya dekat officelah ni? Kan mama cakap biar Qee je hantar dan jemput Leesya. Mama takut apa-apa berlaku dekat Leesya.” Datin Jane dah risau tengok keadaan menantunya yang dah berkaca mata. Leesya tak boleh ingat apa yang berlaku sebab nanti dia akan menangis.

“tak dapat tangkap, maa. Orang tu lari. Lelaki tu pakai serkup dekat muka. Tak dapat nak cam. Kalau buat report pun tak boleh nak bagi keterangan langsung. Haah, kereta Leesya dekat office. Tak kan nak suruh Leesya drive dalam keadaan dia dah menggigil dan menangis.” Qee tengok Leesya dah start nak menangis semula.

“Mama rasa ada orang tak puas hati dengan Leesyalah. Mama pun tak sedap hati sejak kebelakangan ni.” Datin Jane memang rasa tak sedap hati sejak kebelakangan ni.

“sayang, dah lah tu. Janganlah menangis, saya ada dekat sini.” Qee dah usap bahu Leesya, dia tahu Leesya masih dalam keadaan trauma dengan kejadian tadi. Siapa tak takut bila kena serang dan entah apa akan berlaku lepas tu.

“Kamu bawa Leesya naik atas. Leesya penat tu. Bawa naik segelas air suam untuk Leesya.” Arah Datin Jane.

“sayang, jum naik atas.” Qee dah bangun sambil pegang tangan Leesya. Leesya mula rasa yang dia makin sayang suaminya itu. Orang yang halal disisinya.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’



Hari ini Qee nak bawa Leesya pergi jalan-jalan. Leesya dah jadi pendiam. Mungkin sebab dengan kejadian semalam. Diaorang jalan-jalan dekat taman KLCC. Hari ni hari minggu, ramai keluarga yang datang bawa anak-anak datang bermain dan mandi-manda dekat sini.

“awak nak sikit mcflurry tu.” Qee dah nak ambil bekas mcflurry dekat tangan Leesya.

“mana boleh. Makanlah aiskrim tu.” Leesya dah larikan mcflurry di tangannya.

“kedekut. Tak baik kedekut dengan suami sendiri. Tuhan marah.” Qee saja nak buat Leesya takut.

“nah!.” Leesya dah bagi mcflurrynya sambil bangun.

“suapkanlah.” Qee dah mula mengadanya.

“tangan ada suaplah sendiri.”

“tak baik.” Belum sempat Qee nak buat ayat takutkan Leesya, Leesya dah suapkan Qee.

“haaa, macam tu lah.” Aiskrim Qee sekejap dah habis.

“huh.” Qee dan bangun untuk ambil gambar Leesya dengan kamera hitamnya itu. Pergi mana-mana mesti dia akan bawa.

“comelnya budak tu.” Cakap Qee sambil tunjuk ke arah anak mat salleh yang tengah main buaian itu.

“haah, rambut dia perang. Mata bulat warna hazzel.” Leesya tersenyum tengok muka budak itu.

“nanti, kalau anak kita mesti muka sama dengan papanya kan.” Qee dah pasang angan-angan.

“kenapa pula? Mana boleh.” Leesya tak setujut dengan apa yang Qee cakapkan.


Begitulah petang mereka. Bergaduh pasal nanti anak sama muka dengan siapa. Actually Leesya tak sedar yang perbualan mereka itu macam dia setuju nak bagi Qee seorang anak. Leesya apa perasaan kau sekarang dekat Qee? Jangan mainkan perasaan orang Leesya nanti sakit orang itu.

4 comments:

Qwerty said...

ni mesti org yang tak puas hati leesya menang dalam kes die ni.
omooo.

Anor said...

ini mesti mel punya kerjakan?
mel kan ada upah org suruh bunuh
leesya. jgnlh ada ape ape yg
berlaku keatas leesya ataupun
qee. semuga org yg nak buat
jahat pd leesya akan dpt dtangkap.
nak lagi....

farah manaf said...

sy nak lg!!haha

PENULISJIWA said...

Qwerty
hehe.
kita tengok dan lihat.

Anor
tu lah Mel yang upah orang jahat

farah manaf
hehe.
otw