Sunday, May 8, 2011

Rahsia tulisan jiwa 25


“biar saya je yang kemaskan.” Leesya dah menghalau Qee keluar dari bilik tidur mereka.

“eh suka hati sayalah, baju saya.” Qee pelik dengan Leesya.

“tak apa awak rehat je biar saya yang kemas.” Ahh sudah kalau dia ada sekali macam mana aku nak kemas, masak macam ni.

“tak nak.”

“alaa bolehlah.”

“yang sayang ni kenapa? Saya nak tolong kemas tak bagi pelik dah ni.” Qee duk memikir asallah bini dia tak nak bagi aku tolong kemas sekali.

“heee, saya cakap saya nak kemas sayalah kemas.”

“nak juga kemas.” Qee dah tahu sebab apa Leesya tak nak dia join ngemas, ni mesti sebab segan dengan aku. Cehh dengan suami sendiri nak segan.

“heeee, mengada.”

“kita pula yang mengada.”Qee follow Leesya dari belakang pergi ke ruang wardrobe.

“ambil beg atas tu.” Leesya dah tunjuk bahagian atas wardrobe.

“nak ambillah ni.”

“pergilah ambil baju masuk sendiri dalam beg.” Leesya dah mengarah.

“nak ambillah ni.” Qee buka pintu wardrobe dan ambil beberapa helai tshirt dan seluar pendek. Bilalah dia nak ngemas ni, aku nak usha. Huhu.

Leesya dah teragak-agak nak ambil pakaian dalamanya, baju yang lain dah masukkan tinggal baju kecik-kecik je belum. Heee yang dia ni asyik usha aku kenapa?

“sayang cepatlah kemas, petang nanti kita kena berkumpul dekat lobby office.” Qee lagi nak suruh Leesya menggelabah.

“heee, cepat dah ni.” Leesya dia suami kau, nak segan apa lagi?

“cepat!”

“ye.” Arhh gasaklah Leesya, nak malu apanya. Leesya buka laci wardrobe dan ambil baju-baju keciknya. Aduhh sumpah segan, yelah sebab baju keciknya warna yang agak malaslah aku nak cakap.

“cepatlah.” Qee actually tengah usha, mak aihh warna tak menahan merah you. Qee gatal nampak?

“heee, cepatlah ni.”

“nak letak mana tu.”

“suka hatilah nak letak dekat mana.”

“tak boleh suka hati.” Qee saja nak menyakat. Owhh nak sorok dari aku konon, jangan haraplah sebab beg share. Huhu.

“dah siap dah.” Muka aku rasa macam kena bakar pun ada. Nak buat macam mana dah aku suka warna merah.

“dah cakap dengan Ain dan Nia suruh tunggu dekat lobby?” tanya Qee lalu zipkan beg.

“dah cakap dah.”

“ada lagi barang yang tak masukkan?” tanya Qee lagi sebelum letak beg dalam bonet.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Bila dah sampai sahaja Bali, mak aihh jakun tak terkata. Yelah first time sampai bali siapa tak jadi macam rusa masuk kampung. Ain dengan Nia masing-masing sibuk ambil gambar. Leesya dah macam bukan bini orang. Suami ditinggalkan. Sampai hati bini aku ni.

“cik Nia dan Ain satu bilik, ni kadnya.” Setiausaha Qee hulurkan kad kepada Ain.

“saya bilik dengan siapa?” Leesya dah pelik sebab nama dia tak disebut.

“puan Leesya dengan encik Qeelah.” Suria dah buat muka pelik.

“saya nak sebilik dengan dorang.”

“awak tu bini orang, tak ingat ada suami ke?” Qee dah mula menyampuk.

“weyh aku bilik dengan siapa?” tanya Rizal.

“tanyalah Suria.” Qee bagi senyuman dekat pekerja perempuan yang asyik usha ke arahnya. Mungkin pekerja bahagian depart lain.

“Encik Rizal sebilik dengan encik Qaiser.”

“eh Qaiser pun ada sekali?” tanya Leesya. Leesya dah meluat tengok Qee yang asyik sengih, macam nak terkoyak dah mulut tu haa aku tengok.

“ada, kejap lagi sampailah tu.” Jawab Suria dengan pertanyaan isteri bosnya.

“owhh, sampai bila nak sengih ni?” Leesya peli suaminya.

“sengih pon tak boleh.” Qee masih membalas senyuman, Leesya dah memulakan langkah.

“menggatal.” Walaupun perlahan suara Leesya tapi masih didengari oleh Qee.

“apa?”

“tak ada pape.” Leesya dah menyampah.

“cemburu ke?”

“tak ada masa.” Jawab Leesya.

“alaa, cemburulah tu.”

“heee, tolonglah nak cemburu tak ada masa dan membuang masa.” Leesya kau cemburukan sebenarnya? Yang kau tak admit tu kenapa? Eh aku nak cemburu? Tolonglah. Orang kalau cemburu memang tak akan mengaku dengan mulut.

“alaaa sayang janganlah merajuk.” Qee dah rangkul pinggang Leesya.

“heee, tak malu ke?” Leesya dah segan sebab Qee peluk pinggangnya depan orang ramai, habis semua pekerja Marine Gold tengok ke arah mereka berdua, yelah siapa tak nak tengok Qee, bos yang selalu digosipkan.

Siapa yang tak nak tengok Qee, semua tengok ke arahnya, bukan sekarang je malah dari berkumpul dekat lobby office lagi. Qee dengan memakai tshirt polo warna hitam dan berseluar jeans, memang semua akan berhenti dan usha kejap. Spect mata hitamnya masih melekat dekat muka. Leesya pun pakai baju polo sebab Qee yang paksa suruh pakai.

“hye Qee.” Macam aku kenal suara perempuan ni. Leesya pusing ke belakang untuk tengok suara ala-ala macam sotong layu.

“eh Melor Amelyn.” Qee actually nak buat muka pelik sebab tengok Cik Melor ada sekali.

“hye sayang.” Suka-suka kau je panggil suami aku sayang.

“You buat apa dekat sini?” tanya Qee sambil hulur tangan dekat melor untuk bersalam.

“I saja bercuti you pula?” tanya Melor sambil betulkan kaca mata hitamnya yang nak terjatuh.

“owhh, I bercuti juga, ulangtahun syarikat I.” Leesya buat slumber badak air dan nak mulakan langkah dah.

“sayang kejaplah.” Qee tarik pergelangan tangan Leesya.

Melor Amelyn, jodoh kita ketemu lagikan. Leesya teringat peristiwa yang membuatkan jiwanya nanar. Leesya bukan jenis orang yang menyimpan dendam. Pass is pass, dan bagi dia itu semua takdir dalam hidupnya.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“kau ni tak ingat ada suami ke?” Ain dah landing atas katil.

“ingat, saja datang lepak bilik korang.” Leesya pula join sekaki landing atas katil bersaiz king itu.

“perghh macam mimpi aku sampai Bali, cuba sedarkan aku.” Nia tak habis-habis ambil gambar. Gambar dalam toilet pun nak ambil macam putus angin je aku tengok kawan aku sorang ni.

“meyh sini aku tampar kau.” Ain dah berura nak bangun.

“agak-agaklah nak tampar aku.”

“dah tadi suruh sedarkan kau kan?”

“malam nanti ada acara apa Leesya?” tanya Nia sambil buka selendangnya yang berbelit tu.

“ermm entah aku pun tak tahu.”

“cetss kau ni, tak boleh harap langsung.”

“aku rasa ada dinner dengan acara apa entah, malam nanti pakai lawa-lawa sebab ada anugerah.”

“tema apa malam nanti?” tanya Nia macam dah excited.

“ya ali arabic kot.”

“mak aihhh, aku mana bawa jubah semua.” Ain dah pening nak pakai baju apa malam nanti.

“kau ingat aku bawalah jubah, sebab aku ingat pergi makan angn je.” Leesya tengah ingat baju apa yang dia bawa.

“jum pergi buat kuat lentang, mandi kolam nak?”

“aku tak reti berenanglah.” Nia pula bagi alasan.

“alaa kau duduk tepi tangga je.”

“haha, cantik sungguh idea kau.” Leesya dah gelak.

“dah jum-jum pergi berenang.”

Nasib baik bilik aku dengan dorang selang satu bilik je, bilik tengah-tengah ni bilik Rizal tak silap. Alaa baru nak merasa bujang sekejap. Ingat dapat bilik sekali dengan dorang. Baru nak bergosip sampai pagi. Last-last kena tidur juga dengan Qee. Haru sungguh tak dapat nak enjoy.

“sayang nak pergi mana?” tanya Qee yang tengah layan tv.

“nak pergi mandi kolam.” Leesya tengah selerakkan baju atas katil, aku rasa aku dah masukkan pakaian kecik khas untuk mandi kolam. Asal tak ada ni?

“nak join.” Qee dah bangun dari sofa.

“heee, duduk jelah dalam bilik diam-diam.” Leesya dah serabut sebab tak jumpa apa yang dicari.

“sayang cari apa tu?” tanya Qee sambil grab seluar pendeknya untuk turut sekali mandi kolam.

“adalah.”

“yelah apa dia, mana tahu saya boleh tolong cari.”

“heee, saya rasa saya dah masukkan.”

“apa yang sayang dah masukkan?”

“adalah.”

“sayang cari ni ke?” Qee kau ni memang tak ada perasaan malu ke?

“heee, sorokkan ke?”

“tak ada masa.” Qee masih pegang.

“bagilah sini.”

“cium dulu kat sini.” Qee pandai sekarang ugut Leesya kan? Qee tunjuk ke arah pipinya.

“baklah sini.” Leesya macam mana kau boleh tak perasan or dia yang sorokkan.

“sayang nak mandi kolam kan?”

“dah tu tak kan nak pergi mandi lombong kot?”

“amboii gurau kasar nampak?”

“dah tu boleh tanya lagi.”

“kalau sayang nak pergi mandi, jangan pakai seksi-seksi.” Depan aku pun tak seksi ni depan orang lain, memang tak bolehlah.

“suka hati sayalah.”

“sayang, dosa tahu.”

“heee, saya tahulah, tak pernah pun mandi kolam pakai bikini.” Leesya dah grab pakaiannya di tangan Qee dan terus masuk ke dalam toilet.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Lepas sahaja mandi kolam terjerit sana sini sebab Nia punya pasallah. Suruh aku dengan Ain ajarkan dia cara berenang. Nia punya suara boleh tahan juga. Boleh tuli telinga aku. Nak dekat magrib baru naik dari kolam. Berkedut habis tangan sebab berendam terlalu lama. Leesya tak ingat yang dia tak boleh kena air teerlalu lama nanti badan dia vibrate satu badan dan hidung akan bleeding.

“Leesya kau oke tak ni? Asal ketaq dari tadi?” tanya Ain sambil tekan butang lif untuk naik ke tingkat ats.

“oke lah, dah berendam dalam air mestilah sejuk.” Leesya dah tiup tangannya sambil gosok.

“yelah kau, aku dah reti berenang weyh.” Nia dah excited sebab dah reeti berenang. Kau ni lawak sungguh.

“kau ni lambat, kitorang dari kecik lagi reti berenang.” Pintu lif dah terbuka.

“tahulah korang dari dulu lagi reti berenang.” Nia follow Ain dari belakang.

“j..jumpa malam nanti weyh.” Leesya dah berlalu untuk ke bilik dia dan Qee.

Leesya kau tak ingat ke yang kau tak boleh berendam dalam air lama-lama, nanti kau shaking satu badan. Jap aku tak bawa kad ke sebelum keluar dari bilik tadi? Leesya dah raba dalam poket seluarnya. Bila masa pula aku bawa? Tadi aku turun melenggang je haa. Leesya dah tekan button loceng bilik.

“awak bukalah pintu.” Asal dekat laluan depan bilik ni ada aircond juga, boleh mati beku aku macam ni. Leesya masih tekan button loceng.

“awwak.” Makin lemah dah aku ni. Aku rasa aku dengar ada orang tekan loceng. Qee sedap berendam dalam tab mandi. Bolah tahan besar juga tab mandi dalam bilik air ni, yelah tak dapat follow Leesya pergi mandi kolam dalam bilik air pun jadilah.

“siapa tu?” Qee usha dari lubang pintu untuk tengok siapa yang tiba-tiba tekan loceng dekat-dekat magrib ni, tak pergi masjid apa? Ada masjid ke dekat sini?”

“aikk tak ada orang, siapa pula main-main dengan aku ni?” Qee dah naik seram, tadi Rizal cerita tempat ni pernah berlaku benda tak diingini. Qee buka pintu perlahan-lahan.

“Leesya!” rasa macam berhenti jantung sebab tengok Leesya dah terduduk sandar dekat dinding muka pucat tak terkata.

“sayang buka mata.” Qee dah tak tahu nak buat apa dan terus dukung Leesya masuk ke dalam bilik.

“ya Allah sejuknya.” Qee pegang tangan dan pipi Leesya, sejuk macam ais batu dah. Qee terus bukakan baju basah Leesya dan terus ke toilet untuk ambil air panas.

“sayang bangunlah, buka mata.” Siapa tak risau tengok isteri dalam keadaan macam tu, kalau demam tak apa. Ni Qee pun tak tahu kenapa dengan Leesya. Qee terus ambil handphonenya dan telefon mak mentuanya.

Habis sahaja perbualannya dengan mak mentua, barulah Qee tahu yang Leesya tak boleh berendam lama sangat dalam air nanti sarafnya kejang dan akan vibrate satu badan. Puan Roselee pesan suruh panaskan badan Leesya, alirkan haba ke badan Leesya. Nanti dia akan sedar kalau suhu badannya dah capai tahap normal.

“awak maaf saya buat macam ni.” Qee dah peluk badan Leesya.

“awak bangunlah, jangan buat saya risau.” Qee risau Leesya tak bangun sebab dah nak dekat sejam. Makan malam akan bermula sejam lagi.

“sejuknya bibir dia.” Macam mana nak panaskan bibir dia? Kalau cium bibir akan panas ke? Weyh mana aku tahu, panas kot? Ahh gasaklah. Qee dah dekatkan bibirnya ke bibir Leesya.

Tersentuh sahaja bibir Qee dan Leesya, badan Leesya dah bergerak sikit-sikit. Qee tak sedar yang Leesya dah mula gerakkan badan. Hidung siapa dekat hidung aku ni? Tahulah hidung mancung. Jap siapa suka-suki sentuh bibir aku ni? Leesya buka mata sikit-sikit dan ternyata terkejut. Akibat terkejut Leesya tergigit bibir Qee.

“arghhh.” Siapa yang jerit agak-agak?



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“weyh.” Rizal dah tepuk bahu Qee.

“apa?” tanya Qee.

“asal dengan bibir kau tu?” tanya Rizal.

“kenapa apa?”

“jangan tanya balik boleh tak?aku tak buta lagi.” Rizal dah usha dekat bibir Qee.

“tak ada papelah.” Qee malas nak jawab.

“ganas juga bini kau.” Rizal dah nak sengih.

“tengoklah suami dia siapa? Eh jap aku tak faham.” Kau ni belum pape dah jawab macam tu.

“buat-buat tak faham konon, asal dengan bibir kau?”

“aku tergigitlah eh tak aku kurang minum air.” Kau ni memang saja nak mengantoikan diri apa?

“tergigit ke or ada orang gigitkan?” tanya Rizal lagi.

Itu perbualan antara Rizal dengan Qee, cuba dengar perbualan antara Leesya, Ain dan Nia pula yang duduk bertentangan dengan Qee dan Rizal.

“Leesya.” Panggil Nia.

“apa?” tanya Leesya sambil usha ke seluruh dewan.

“aku tak tahu pula kau ganas.” Ain pula yang tanya.

“ganas apa pula?” Leesya tak faham lagi.

“acehhh.”

“kau nak pergi aceh apa?” Leesya dah main pelik dan dia masih tak sedar lagi.

“tak, aku tak tahu pula yang kau ni ganas.”

“cuba straight to the point, aku malas nak berfikir dan janganlah berkias.”

“tu bibir suami kau tu, kerja kau kan?”

“dah tu siapa punya kerja.” Leesya kau ni fikir tak sebelum nak jawab?

“hah?” serentak Ain dan Nia tengok Leesya.

“eh tak, kau tanya apa tadi.” Kan dah gabra nak cover balik jawapan.

“cetsss, buat tak dengar apa? Bukan tadi dah jawab ke?” Nia dah nak gelak.

“tu haa bibir suami kau tu, kerja kau kan?” Ain tanya balik.

“bibir dia? Tanyalah dia, kenapa tanya aku pula.” Leesya jeling ke arah Qee, memang ketara bibir Qee lebam, sebab tadi berdarah sikit, then lepas tu mestilah lebam kan. Tu lah siapa suruh sesuka hati cium bibir aku.

“acehhh, tak nak mengaku konon, kau kan yang kerjakan?”

“tak ada masa dan buang masa aku nak kerjakan bibir dia.” Pernah rasa bibir tergigit? Sakitkan, dan jeritan tadi tu mestilah jeritan dari mulut Qee.

“sayang, jum pergi ambil makanan.” Qee dah bangun lalu tarik tangan Leesya.

“erk,aku pergi ambil makanan dulu.” Leesya ikut Qee.

“sayang ganas juga kan?” Qee bisik di telinga Leesya sambil berjalan ke arah tempat makanan dihidangankan, makan buffet.

“ganas apa?”

“habis semua tengok bibir saya.”

“kenapa dengan bibir awak?” Leesya kau buat-buat tanya or apa ni?

“elehh, buat-buat tanya pula.”

“padan muka, siapa suruh sesuka hati cium bibir saya.” Leesya dah jelir ke arah Qee.

“malam nanti turn sayalah pula.” Qee balas senyuman ke arah perkerjanya.

“hah?”

“eh bos, puan Leesya.” Leesya dan Qee bertembung dengan setiausahanya.

“Suria bila acara nak mula?” tanya Qee.

“kejap lagi startlah ni, kenapa dengan bibir bos?” Suria ni memang tak tahu malu, main redah je tanya.

“tanyalah isteri saya.”

“erk.” Leesya dah terkejut.

“kenapa dengan bibir encik Qee, puan Leesya?” Suria kau ni macam tak faham pula.

“entah, tanyalah bos awak sendiri.”

“kenapa bos?”

“Puan Leesya gigit.” Qee slumber jawab dan terus berlalu dari situ sambil tarik tangan Leesya.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Hari kedua berada di Bali, pagi ni start aktiviti mengeluarkan peluh, macam aktiviti hari keluarga pun ada. Masing-masing siap berpakaian sukan.Nak warm up dorang pergi pasang lagu poco-poco, lama tak berpoco haa, suka je bila berpoco. Qee memang tak payah cakaplah hancur je gaya poco, dah macam bersilat pun ada. Buat jatuh kemachoan je. Aktiviti yang pertama adalah untuk pasangan suami isteri sahaja, kepit epal guna mulut. Si isteri dan suami perlu bekerjasama bawa epal guna mulut tak boleh guna tangan, antara bibir suami dan isteri ada epal.

“sayang buat elok-elok tao, kalah siaplah.” Qee dah bersedia di garisan mula.

“siap nak pergi mana?” Leesya pegang epal yang digunakan sambil tengok pasangan-pasangan lain.

“main-main.” Qee dah jegilkan mata.

“laa sekarang kan tengah main ni.”

“kalah buat malu je tao.” Dalam semua pasangan Qee dengan Leesya pasangan paling sweet dan pengantin baru, baru ke? Baru perasan diorang pakai baju warna sama.

“semua pasangan bersedia.” MC dah menjerit dan semua pasangan dah letak epal antara mulut mereka. Qee sempat kenyit mata dekat Leesya.

“1,2, mula!” Qee dan Leesya dah memulakan langkah, memang dorang jalan mengiring sebab berpandangan antara satu sama lain. Nampak gaya ada orang dah memotong. Kerjasama diperlukan supaya epal tidak jatuh, tolak antara satu sama lain guna bibir.

Qee dah buat mata sayang-cepat-nak-sampai-dah. Leesya pun buat mata lambat-asalkan-selamat. Qee buat mata lagi sekarang-bukan-masa-bergurau. Leesya balas tak-larinya-garisan-penamat-tu. Mungkin kerana main mata dan mereka tak sedar yang mereka makin laju dan akhirnya.

“tempat pertama encik Baihaqee dan isterinya.” Mungkin sebab terkejut or excited, Qee dan Leesya tercengang dan terlepas epal di mulut mereka dan menyebabkan..

Cuppp

“amboii menang terus cium tak tahan, lama pula tu.” Nia terus snap gambar dan mulalah dengar perbalahan antara pasangan.

“abang ni tengok dorang dah menang.”

“awak tengok, kalau tak kita dah menang.”

“nak buat macam mana dah terlepas.”

“saya merajuk dengan awak.”

“tanak masuk acara dah.”

“kita pula yang salah.”

“acara seterusnya ikat kaki, peserta tak kisah lain jantina atau sama.” MC bagi arahan.

“10pasangan diperlukan.”

“sayang jom.” Qee tarikk tangan Leesya.

“heee, tak penat ke? Dahlah bibir saya masih lenguh ni.” Leesya buka penutup botol mineral dan togok air.

“Nia jum masuk.” Ain dah excited sebab berpeluang masuk.

“kau masuklah, aku nak ambil gambar.”

“aku nak jalan sorang-sorang ke? Or ikat kaki dua-dua sendiri?” Ain saja perli.

“Rizal kau masuk dengan Ain.” Nia dah menyuruh Rizal kawan Qee masuk.

“kau gila apa?bukan muhrim.”

“you masuklah, biar I ambilkan gambar korang.” Rizal dah hulur tangan untuk ambil kamera Nia. Yang Qee dengan Leesya pula bergaduh tak nak masuk.

“sayang cepatlah, nanti dah penuh.” Qee dah tarik tangan Leesya.

“tak nak masuk.”

“alaa, cepatlah, tak masuk awak tak sayang saye.” Dan automatik Leesya bangun maknanya?

Semua aktiviti habis pukul 2 petang, nasib baik cuaca tak panas, dan semuanya berjalan dengan lancar. Memang agak memenatkan. Masih ada 2 hari mereka semua di Bali. Leesya tersenyum mengingatkan acara yang mereka masuk.

“sayang penatnya.” Qee dah rebahkan badan atas katil bersaiz king itu, lepas sahaja solat zohor berjemaah dengan Leesya masing-masing landing.

“haah penatnya, terlakar tadi Rizal jadi mumia.” Leesya dah sengih apabila teringat Rizal jadi mumia, lama gila terus krem lepas tu.

“terlakar?” tanya Qee pelik.

“haah terlakar.”

“bukan kelakar ke?”

“biarlah, saya punya mulut ikut sayalah nak sebut apa.”

“rosakkan bahasa.” Qee dah pejam mata.

“huh.” Dan Leesya turut terlelap. Qee dah rapatkan badannya ke arah Leesya, dan Leesya tidur dalam pelukan Qee. Nasib dia tak ngamuk, mungkin sebab terlampau penat dan Leesya selesa dalam keadaan begitu. Leesya teringat satu quotes yang dibacanya.

True love stories never have endings -Richard Bach

12 comments:

Anonymous said...

waaaaaaaaaa...comey nye qee dgn leesya ni...nex ntry plez ^_^

Anonymous said...

kuikuikui.. lwk la qee... mel0r tu menyebok je! bakor kang

cAhAyA said...

sweet sgt.........hehe

Noor Affiqah said...

alalalala sweet nye....sambung la lg cpt...hehe

kak long said...

Bila nak sambung nih...:(

Dla Fazilah said...

comei nyer dierowg nie...suker sgt...nak lagi....

PENULISJIWA said...

Anon

hehe
dah sambung yang

PENULISJIWA said...

Anon

haha, tulah
melor tu nyibuk je

PENULISJIWA said...

cAhAyA

sweet?hehe
tengs

PENULISJIWA said...

Noor Affiqah

hehe
dah sambung dah

PENULISJIWA said...

kak long

dah sambung dah
hehe

PENULISJIWA said...

DIa Fazilah

hehe
dorang dah dtg
n3 26