Monday, March 28, 2011

Rahsia tulisan jiwa 21


“tie saya mana?”

“ada nampak scarf saya tak?”

“untie Eesya, Aiqal nak coco krunch.”

“sayang mana tie warna hitam saya?”

“nilah, confirm toyol sorok. Time kita nak tak ada, time tak nak ada je  bersepah depan mata.” Bebel Leesya lalu duduk di birai katil. Dah malas nak mencari. Leesya cool down.

“awak saya tanya ni.” Qee rambut kau dah serabai balik.

“kalau saya tahu dari tadi saya jawab.” Leesya jawab slumber.

“untie Eesya.”

“ye sayang, jum kita turun bawah breakfast.” Leesya dah dukung Haiqal. Actually lambat lagi masuk kerja. Saja nak memekak buat Qee makin serabut dalam bilik. Jahat sungguh, ni bukan isteri mithali.

“bukan nak tolong cari.”

“alaa papa cari sendirilah.” Haiqal makin pandai bercakap.

“dua-dua sama. Huh.” Qee dah geram tengok Leesya jelir lidah.


Ruang makan

“mama dengan papa sampai bila?” tanya Leesya dekat Qee sambil suapkan Haiqal bijirin dengan susu.

“jap lagi sampailah tu, awak masuk kerja pukul berapa?” tanya Qee sambil pakai stokin.

“mama sampai saya pergilah office.” Jawab Leesya sambil lap mulut Haiqal. Leesya tiba-tiba rasa nak anak sendiri. Leesya rasa seperti dia seorang ibu bila jaga Haiqal.

“awak pakaikan tie.” Qee dah hulur tie ke arah Leesya.

“heee, tak reti pakai tie lagi ke? Harap je dah besar panjang boleh jadi bapa orang tapi tie tak reti nak ikat sendiri.” Leesya dah bangun untuk ikatkan tie di leher Qee.

“memang nak jadi bapa orang tapi tak ada siapa pun nak jadi mak orang.”

“erk.”

“papa, kenapa tak reti ikat tie?”

“sebab tak retilah.”

“ada ke jawab dekat budak macam tu, cuba jawab bagi dia faham sikit.” Leesya dah jegilkan mata.

“sebab papa susah nak faham cara ikat tie.”

“owhh, daddy aiqal reti je ikat.”

“erk.”

“padan muka, kan dah kena perli.”

“papa memang tak nak reti pun ikat tie.”

“kenapa?” Haiqal dah turun dari kerusi.

“sebab papa nak untie Eesya yang ikatkan tie.”

“kesian untie Eesya.”

“haah kesian untiekan sayang.” Leesya dah sengih.

“papa tak baik tao.” Haiqal dah hulurkan tangan ke arah Leesya untuk didukung selepas selesai sahaja Leesya ikatkan tie.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Tiba-tiba aku rasa macam bosan pula bila tak ada kes yang perlu diadili. Leesya dah tanya Encik Qaiser dan dia bilang mungkin next week ada kes. Sakit kepala juga bila nak selesaikan kes tapi bila dah selesai memang lapang je rasa. Pernah sekali dapat kes masalah kasus perselingkuhan isteri. Ingatkan suami rupanya isteri yang curang.

“Encik Qaiser saya pergi lunch dulu.” Leesya kebetulan bertembung dengan Encik Qaiser di depan pintu biliknya.

“oke.”

“Encik Qaiser tak pergi lunch?” tanya Leesya. Saja nak berbasa-basi.

“sekejap lagi kot.”

“owhh, saya minta diri dulu.” Leesya dah berlalu.


Secret Recipe.

“hai sayang.”

“erk.” Siapa pula panggil aku sayang, tak kan Qee.

“seorang je?” tanya Zakuan. Untuk kesekian kalinya bertemu dengan Zakuan.

“hmm.” Leesya malas nak layan dan tak pandang pun Zakuan.

“boleh I duduk sini?” tanya Zakuan.

“dah duduk pun.”

“lama tak jumpa you, you sihat?”

“sihat.”

“you kerja apa sekarang?”

“lawyer.”

“oke, you makin lawa I tengok.”

“biasa je.”

“I nak minta maaf.”

“minta maaf? About what?”

“anything and everything.”

“just forget it, let past be the past.” Leesya dah tak rasa sedih malah lagi menyampah nak tengok muka bekas kekasih hatinya.

“I know, tapi maafkan I please.” Zakuan dah nak genggam tangan Leesya yang ada atas meja.

“apa ni, jangan pegang-pegang boleh tak?” Leesya terkejut dengan tindakan Zakuan.

“sayang tengah lunch?” Qee kebetulan nampak isterinya masa dia masuk secret recipe.

“awak buat apa ni?” Leesya dah hulur tangan nak salam. Dah terbiasa untuk salam dengan suami ikut pesanan mamanya.

“nak lunch. Siapa ni?” Qee dah cium dahi Leesya, tak kisahlah depan orang ramai dia peduli apa. Muka Leesya dah merah.

“Zakuan ni suami saya, awak ni Zakuan.” Leesya dah perkenalkan mereka berdua.

“Syed Baihaqee.” Qee dah shake hand dengan Zakuan tapi agak lama, Qee baru perasan lelaki yang dia salam itu adalah lelaki sama yang tarik tangan Leesya dan bermakna?

“Zakuan.” Jawab Zakuan pendek.

“abang nak lunch sekali boleh?” tanya Qee lalu melabuhkan punggung di sebelah Leesya.

“boleh je.”

“awak orderlah.”

“waiter.” Qee dah panggil pelayan di Secret Recipe tersebut.

“awak tak nak order Zakuan?” tanya Leesya.

“bagi saya Cafe Latte satu.” Zakuan dah terasa janggal bila ada Qee sekali. Ternyata suami Leesya yang terkenal itu mempunyai paras rupa yang ramai gadis boleh tertawan Qee pula memang saja nak lunch sekali apabila dia nampak ada lelaki yang duduk depan isterinya.

“you kawan Leesya?” tanya Qee, terbelit lidah aku guna I you dengan kaum sejenis aku.

“exboyfriend Leesya.” Amboi berani jawab, Qee sengaja dekatkan diri dia dengan Leesya.

Suasana makan antara Leesya, Qee dan Zakuan agak berbahang dengan Qee yang saja 
dekatkan diri dia dengan Leesya dengan si Zakuan yang tak lepas-lepas pandang Leesya. Qee memang control suhu, kalau tak memang hilang biji mata lelaki tu. Tempat awam bahaya nak tumbuk orang bagai. Agak-agaklah nak tengok bini aku macam tu.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Lepas sahaja solat berjemaah Qee terus naik atas katil. Buat muka tak serupa bikin. Muka merajuk ke? Aku tak reti memujuk. Kalau aku buat tak tahu boleh tak? Leesya dia tu suami kau. Berdosa tak ambil tahu pasal rajuk suami.

“awak.” Panggil Leesya sambil duduk di birai katil sebelah Qee.

“ya.” Jawab Qee pendek. Tak padan dengan lelaki merajuk kemain.

“amboii.” Leesya dah nak gelak.

“amboii apa?” tanya Qee bila pelik tengok Leesya dah sengih.

“kemain awak merajuk.”

“bila masa saya merajuk?”

“orang merajuk mana ada mengaku dia merajuk.”

“apa-apalah.” Qee dah buka laptopnya. Dah lama aku tak tengok perkembangan dunia laman sosial ni.

“ala bucuk-bucuk.”

“heee. Tah pape.” Qee pelik tengok Leesya.

“tahu tak apa. Naik bulu roma nak memujuk orang.”

“hmmm.”

“awak ni kenapa? Balik dari kerja terus stock moody je.” Leesya dah tarik laptop atas riba Qee supaya dia concentrate dengan apa yang dicakapkan.

“kenapa apa?”

“jangan tanya balik, saya nak jawapan.”

“saya tak ada kenapa dan oke je.”

“tak baik tipu dengan isteri.”

“hmmm.” Qee teringat pesan mamanya, bawa berbincang kalau ada masalah.

“tengok tu, tak jawab lagi.”

“lunch dengan saya tak boleh, dengan lelaki lain boleh.”

“laaa sebab tu ke?”

“hmm dahlah lupakan je.” Qee tiba-tiba terasa hati. Asal kau dah cepat terasa dan cemburu ni?

“saya tak lunch pun dengan dia, dia tiba-tiba duduk semeja dengan saya.”

“hmm yelah tu.”

“betullah.”

“awak masih sayang dia?” tiba-tiba Qee nak tahu apa perasaan Leesya terhadap Zakuan.

“awak tahukan apa hukum seorang isteri mencintai lelaki selain dari suaminya?” tanya  Leesya balik. Leesya tak nak bagi jawapan kepada soalan itu.

“tahu.” Qee tiba-tiba tersentuh dengan apa yang dicakapkan oleh Leesya.

“dah-dahlah merajuk.”                      

“bila masa merajuk?”

“dan-dan tak nak ngaku.” Leesya dah cucuk pinggang Qee.

“ouchh.” Qee dah menyeringai.

“sensitif ke?” Leesya lagi cucuk pinggang Qee.

Habis pakat geletek bagai. Sampai Leesya turut bergolek atas katil dengan suara Leesya yang boleh tuli telinga orang dengar. Qee boleh tahan juga menyakat orang. Tengok mereka berdua mesti ramai ingat mereka pasangan sedang hangat bercinta. Kisah mereka berdua tak ada siapa yang tahu. Geletek menyakat sampai Leesya...

Bukk

“erkk.”

“haa.”

“senakkk.” Qee dah senak sebab Leesya jatuh atas Qee. Tulah main bergurau tak bertempat.

“papa dengan untie Eesya buat apa tu?” Haiqal tiba-tiba buka pintu dan terkejut tengok papa dan untie Eesya.

“hahhh?” serentak mereka berdua jerit.

“kenapa untie Eesya duduk atas papa? Tak berat ke?” dengan apa yang dilihat itulah yang ditanya oleh Haiqal.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Rupa-rupanya Haiqal naik atas sebab nak panggil Qee dan Leesya untuk turun makan. Naik atas dengan Datin Jane tapi mama pergi bilik sebelah nak panggil suaminya. Kenapalah tak kunci pintu tadi? Habislah time makan nanti.

“Haiqal nak lauk apa?” tanya Datin Jane. Walaupun masih kecil tapi kepetahan bercakap kalah budak standard 3. Mungkin sebab sekolah dekat tadika international kot.

“nak chicken nak untie Eesya suapkan.”

“amboi nak dengan untie Eesya je, dengan nenek tak nak.” Datin Jane biasakan dirinya dengan panggilan nenek.

“papa.” Panggil Haiqal.

“ye sayang.” Jawab Qee sambil hirup sup.

“kenapa Untie Eesya baring atas papa? Mesti beratkan Untie Eesya?” tanya Haiqal sambil belek patung superman dia.

“uhukk uhukk.” Qee dah rasa macam telan batu. Tersekat-tersedak-tak-boleh-telan semua ada.

“Untie Eesya baring atas papa?” tanya Datin Jane untuk kepastian.

“haah nenek, tadi Aiqal nampak Untie Eesya baring atas papa lepas tu papa jerit.” Habis semua diceritanya oleh Haiqal. Muka Leesya dah merah macam udang yang ada dalam pinggan dia.

“erkk.” Leesya dah terkedu. Aduhh masaklah kau Leesya.

“kenapa tak dikunci pintu tu?” tanya Datuk Musa sambil pandang ke lain sebab segan nak cakap pasal tu.

“papa mama mana ada apa-apa.”

“ishh, tah kamu berdua tak kunci ke pintu?” Datin Jane pula yang segan.

“maa pa, Leesya jatuh atas Qee tadi.” Qee dah tak tahu macam mana nak terangkan.

“haah Leesya terjatuh tadi.” Leesya mengiakan apa yang dicakapkan oleh Qee.

Habis sahaja makan malam semua berkumpul di ruang rehat untuk menjamu desert pula. Itulah kebiasan yang dilakukan oleh keluarga Datuk Musa. Lepas sahaja makan mesti dijamu dengan pambasuh mulut. Qee dengan Leesya masih segan tahap dewa-nak pakai-paper-beg-tutup-muka.

“tak lama lagi mama dapat cucu.” Datin Jane dah suka.

“nenek cucu tu apa?” tanya Haiqal.

“kalau untie Eesya dapat baby tulah cucu nenek.”

“owhh.”

“mama ni ke situ pula.” Qee dah segan bila diungkit balik.

“lain kali kunci pintu tu.” Pesan Datin Jane.

“mama, time tu Leesya jatuh atas Qeelah.” Berapa kali daa nak jawab.

“haah.”

“yelah, tengok kan dah susah nak terangkan dekat Haiqal.” Datuk Musa pula dah menyampuk.

“malam ni Haiqal tidur dengan mama dan papa.”

“kenapa pula?”

“sambunglah yang tadi.”

“hah?” serentak Qee dengan Leesya angkat kepala.

“tak apalah biar Haiqal tidur dengan kitorang.” Leesya nak sangat Haiqal tidur dengan mereka berdua.

“kami naik dulu.” Qee dah bangun sambil dukung Haiqal yang dah tidur di riba Leesya.

“nak bawa ke mana Haiqal tu?” tanya Datuk Musa.

“alaa nak bawa dia tidur sekalilah.” Jawab Qee.

“tak apalah biar Haiqal tidur dengan papa dan mama.” Datuk Musa dah bangun nak ambil Haiqal dekat Qee.

“tak apalah biar dia tidur dengan Qee dan Leesya.”

Naik sahaja atas, dua-dua jadi patung depan pintu bilik. Haiqal dah diambil oleh papa. Aduh dan-dan time ni jadi bisu. Asal tak masuk lagi ni? Leesya kau masuk dulu nanti dia masuklah tu, Qee ladies first ok. Kalau macam ni sampai esoklah tak masuk bilik nampaknya.

“laaa asal tercegat dekat depan pintu ni?” tanya Datin Jane sambil bukakan pintu untuk Datuk Musa masuk.

“errr Aiqal nak tidur dengan papa dan untie Eesya.” Haiqal dah sedar mungkin sebab dengar suara Datin Jane.

“yes!” serentak cakap. Sumpah segan tak terkata. Ingatkan aku jerit dalam hati tadi.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Hari ini Qee dan Leesya cuti. Leesya cuti sebab dia rasa tak sedap badan. Nak kata demam tak lah pula. Saja mengada nak cuti mungkin sebab tak ada kes. Qee pula sebab minggu lepas dia tak cuti langsung siapkan projek dan lancarkan projek perkapalan baru ditubuh.

“Aiqal nak mandi dengan untie Eesya.”

“mana boleh, Aiqal kan lelaki kenalah mandi dengan papa.” Leesya dah buka baju tidur Haiqal.

“jum turun bawah tolong papa basuh kereta.” Qee dah dukung Haiqal yang hanya berseluar tidur.

“hee, saya nak mandikan dialah.” Leesya dah geram.

“jum tolong saya sekali basuh kereta.” Tangan kiri pula dah tarik tangan Leesya.


Halaman rumah.

Even rumah banglo dan berduit tapi Qee lebih suka basuh kereta sendiri sebab lagi puas hati basuh sendiri dari pergi car wash. Qee hanya berseluar track suit paras lutut dan bersinglet ikut badan.


“tolak sikit vacuum tu.” Qee dah jerit dari dalam kereta.

“dah.” Leesya jerit juga. Leesya hanya duduk di bangku dekat halaman rumah sambil tengok Haiqal yang tengah main air depan matanya. Leesya terfikir kenapa tiba-tiba Zakuan pergi minta maaf dekat dia dan rayu untuk dimaafkan.

“berangan je tahu.” Qee dah hulur vacuum ke arah Leesya sampai tersedut sedikit baju.

“maaaaa!” jerit Leesya. Leesya memang anti dengan semua jenis vacuum. Mesti kes trauma kain kena sedut vacuum.

“tu lah berangan lagi.” Qee dah gelak terbahak-bahak.

“boleh tak jangan buat macam tu lagi?” Leesya dah urut dada sebab terkejut.

“boleh sangat-sangat.”

“menyampah.” Leesya dah betulkan bajunya yang dah senget di bahagia leher. Qee dah sabunkan kereta Haiqal simbah air. Bila masa nak siap kalau macam tu.

“jangan simbah air sayang, papa nak sabun dulu.” Qee dah ambil getah paip di tangan Haiqal.

“Aiqal nak basuh juga.”

“pergi basuh untie Eesya.” Qee dah keluar tanduk, mungkin Qee tak perasan Leesya pakai baju warna putih, Leesya ni pelik sikit sebab tshirt kebanyakan warna putih.

“oke.” Haiqal pun hanya ikut sahaja apa yang disuruh.

“haiqal!! Habis basah untie Eesya.” Leesya terkejut sebab tiba-tiba terasa sejuk. Tu lah berangan lagi.

“papa yang suruh.” Haiqal dah lepaskan paip getah lalu cabut lari.

“nak kena ni.” Leesya dah tarik paip getah dan bersembunyi di sebalik kereta.

“1..2..3.”

“haaaa.” Qee dah jerit sebab tiba-tiba muka dia kena sembur dengan air. Qee terus kejar Leesya.

“buat jahat lagi dekat saya.” Leesya dah gelak bila dia dah tunjuk sign tangan tolong-berhenti-kejar.

“huh.” Qee dah peluk Leesya dari belakang cuma Leesya tak sedar. Paip getah tak keluar air tapi menghala dekat muka Leesya.

“aikk asal tak keluar air? Papa tak bayar bil apa?” Leesya dah pelik sambil tengok dalam batang paip. Macam orang tak belajar je.

Burrrr

“maaaa.” Terkejut Leesya tiba-tiba air keluar dan terpancut dekat muka Leesya. Rupanya tadi Haiqal terpijak paip getah.

“bhahaha.” Qee dah gelak sambil tunjuk ke arah Haiqal sign thumb up menandakan good-boy.

Lepas sahaja dah penat berlari semua, Qee, Leesya dan Haiqal dah terduduk atas lantai akibat kepenatan. Haru sungguh dah macam sebaya Haiqal ja Qee dengan Leesya. Bahagia sangat rasa. Rasa macam nak berhentikan masa. Tiba-tiba Leesya baru sedar yang dia pakai baju warna putih.

“Haiqal jum.” Leesya dah tarik Haiqal untuk di peluk seterusnya dukung.

“ishh, terkejut dia.” Qee dah pelik tengok Leesya.

“jum naik atas mandi.” Leesya dah bangun sambil dukung Haiqal.

“Untie Eesya kan dah mandi ni.”

“alaa kena mandi semula, tadi mana mandi dengan sabun, nanti bau busuklah sayang.” Leesya dah mereka alasan, actually dia nak tutup bahagian depan baju dengan Haiqal, tak adalah ketara sangatkan.

“dah jum mandi dengan papa.” Qee dah hulur tangan ke arah Haiqal.

“mandi dengan untielah.”

“mana boleh Aiqalkan lelaki.” Tulah Leesya tadi bukan kau sendiri ke yang cakap macam tu.

“jum dengan papa.” Haiqal dah nak pergi ke arah huluran tangan Qee.

“naiklah dulu nanti mandilah dengan papa.” Leesya dah gabra habis.

“sayang ni kenapa?” Qee cuba fikir kenapa Leesya pelik semacam.

“naik dulu.” Leesya dah berlari bila Haiqal dah ada dalam dukungan Qee.

“kenapa dengan untie Eesya?” tanya Haiqal.

“entah, papa pun tak tahu.” Qee punyalah fikir sambil tengok Leesya yang dah berlari macam anak itik sebab nak cover takut terjatuh dan dia terperasan ada line warna merah belakang baju Leesya. Tu bukan tali? Nothing.

“papa jadi macam patung kenapa?” Haiqal dah pegang kedua-dua belah pipi Qee. Qee dah berjalan masuk ke dalam rumah untuk naik ke bilik mereka.

“laa sayang tak masuk lagi kenapa?” Qee dah nak gelak actually sebab Leesya terkejut punya pasal dan terus peluk dinding, dam macam cicak man pun ada.

“pintu tak boleh buka, tangan licin.” Leesya jawab tapi pandang ke arah lain. Nasib tak buka lampu laluan depan bilik tidur.

“dah buka haa, masuklah.” Qee dah bukakan pintu.

“erkk, masuklah dulu.”

“masuk jelah.”

“awaklah masuk.”

“yang papa dengan untie Eesya tak nak masuk ni kenapa?” amboii sekali budak kecik ni yang sound.

“masuk jelah.” Leesya dah buat mata masuklah-dulu-later-saya-masuk.

“alaa, saya dah tengok semua.” Qee cakap slumber lalu masuk dalam bilik.

“erkkk.”

12 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

hahah.
lawokkk

korro suffian said...

bila agaknya mereka nak beromantik ni ye??

zaquan tu pulak penyibookk...

itu_aku +_^zue said...

ahahhaaa,...
xkn malu lg ngan Qee

WITHOUT A SOUND said...

hahahha
diorng semakin-semakin comelll

erk..tp yg pasti bkn Zakuan kan yg dok mengendap dlm semak tur kan???

Ema Emaharuka said...

Hehehe lawaklah diorang ne;)
kapan leesya pnya baby ye?he;)

itu_aku +_^zue said...

kekalkan la esya pgl qee "abang"

PENULISJIWA said...

@ keSENGALan teserlah..

haha

PENULISJIWA said...

@ korro suffian

tu lah bila dorang nak beromantik
haha

PENULISJIWA said...

@ itu_aku +_^zue

hehe
still malu lagilah tu

PENULISJIWA said...

@ WITHOUT A SOUND

tu lah curious juga
siapa dalam semak tu
hehe

PENULISJIWA said...

@ Ema Emaharuka

kapan Leesya punya baby?
tunggu dorang dah beromantiklah
hehe

PENULISJIWA said...

@ itu_aku +_^zue

hehe
Leesya terpanggil tu
sebab dia dah ada perasaan kot
haha