Tuesday, November 6, 2012

Rahsia tulisan jiwa 33


“suami Leesya mano? Dari tadi mek tok napok pong.” Yelah orang lain semua nampak, si Qee ni dari tadi tak nampak batang hidung.

“ado kak keto kot, duk angkat bare.” Leesya masih reti bercakap dalam loghat Kelantan.

“pah-pah ni boleh angkat, suh gak berehat dulu.” Mek bergerak ke pintu masuk.

“Qee, masuk gak dulu, pah-pah ni pong bole angkat bare.” Qee dah terpinga-pinga.

“apa mek?” aku rasa mek panggil nama aku tadi, tapi dia cakap apa tadi. Bare? Apa tu? Sayang tolonglah abang, Qee dah garu kepalanya padahal tak gatal pon.

“masuk gak dulu.” Mek dah turun beberapa anak tangga, yelah first time mek dapat orang luar excited kejap, maksudnya menantu dia cucu dia yang lain, semuanya kahwin dengan orang Kelantan juga.

“masuk?” haa tu faham.

“holah, masuk dulu.”

“ye mek, Qee masuk ni.” Qee berjalan ke arah tangga rumah sambil tarik dua buah luggage. Riuh je rumah, ada orang datang beraya ke?

“Qee g lah berehak nuh, g masuk bilik.”

“abang angkat beg kenapa?kejap lagi kan nak balik rumah mama kat alik hilir.” Leesya buat muka pelik.

“alik hilir?” mane pula tu.

“rumah mamalah.” Habis tetamu tengok mereka berdrama dekat pintu.

“owhh, memang panggil alik hilir eh?” Qee perasan ada seorang tetamu yang dari tadi duk perhatikan dia.

“masuklah, letak dulu luggage kat dalam bilik tetamu.” Anak dara siapa pula tu duk tengok suami orang macam nak terkam.

“tunjukkan, abang tak tahu.” Qee saja kuatkan perkataan abang tu.

“apa cakap kuat-kuat ni.” Leesya jalan beriringan dengan Qee melalui ruang tamu yang separuh sudah penuh tetamu.

“biarlah, semua tu siapa?” Qee tanya sambil pusing ke belakang tengok tetamu di ruang tamu yang sedang rancak borak.

“saudara nenek, adik beradik, anak saudara semua adalah.” Balas Leesya.

“bila nak pergi rumah mama?”

“malam nantilah, abang dah tidur dalam bilik tu, penat sangat kot.” Leesya buka pintu bilik yang selalu mama dan abah tidur, tapi kali ini untuk mereka berdua.

“ni bilik siapa?” aku rasa macam banyak pula aku tanya.

“bilik mama dengan abah sayangku, tapi rehatlah dulu sementara tunggu malam, saya nak pergi buat air untuk tetamu.”

“tak apalah, nak kenal juga dengan tetamu.” Qee letak luggage dalam bilik then teros pergi ke ruang tamu.

“rehatlah dulu, malam nanti mama cakap nak pergi beraya rumah mak saudara dulu baru balik rumah.”

“tak apalah, kejap je.”

“kang awak tak faham diorang borak apa macam mana?”

“sengih jelah.” Qee tayang giginya.

“eee, macam tu pula.” Leesya berlalu ke dapur.

Sampai je ruang tamu, Qee bersalaman dengan tetamu lelaki. Tak kan nak bersalam dengan perempuan pula. Abah dengan mama rancak berborak. Aku sengih jelah mampu. Eh asal dengan sorang ni, duk tengok je kat aku dari tadi. Tahulah aku handsome, ya Allah perasannya aku. Qee duduk dekat kerusi berangkai tiga, sebelah abah.

“hok ni lah natu sayo, mok ngoh.” Mama introduce menantunya.

“hok ni koo? Semark sungguh, berutong Leesya, mok ngoh tok dapak gi maso sanding, mok ngoh gi umroh maso tu.”

“mok ngoh ni adik nenek.” Terang abah dekat Qee, Qee mengangguk je mampu.

“owh, mak ngah duk mana?” tanya Qee, tetamu lain pakat pandang dia, yelah orang luar dah bersuara, mana orang lain tak pandang.

“oghe luar sunggoh, mok ngoh nok panggil gapo ni?” tanya Mak Ngah.

“panggil Qee je mak ngah.” Perempuan tu anak mak ngah.

“owhh Qee, pelik sunggoh namo, ni anok bongsu mok ngoh.” Bersungguh Mak ngah perkenalkan anak perempuannya.

“hai, Tia.” Tersengih-sengih macam kerang sembelit pon ada aku rasa.

“jemput minom semua.” Leesya sampai ruang tamu dengan dulang berisi air satu jag, makanan memang sudah dihidang, mek buat nasi dagang raya tahun ni.

“sapa doh, pengantin baru.” Pak ngah menyakat.

“pengantin basi doh pok ngoh.” Leesya sengih sambil melabuhkan punggung sebelah Qee, sebelum sampai kota Bharu sempat singgah RnR tukar baju kurung dan baju Melayu, yelah masih hari raya kan.

“tahu doh, bilo nyo nok berisi?” tanya mak ngah, lalu teguk air dari gelas.

“belom ado rezeki mok ngoh.” Macam anak mak ngah yang dekat sebelah tu, kenapa dia pandang aku macam nak telan, aku pakai kain dekat badan ke.

“esok luso adolah tu.”

“amin, hehe, mok ngoh dari mano?” Leesya kerling Qee dekat sebelah yang diam-beku-tak-faham-lah-tu. Baju kurung moden Leesya biru turquoise, Qee pula berbaju melayu cekak musang warna yang sama, mesti orang ingat mereka belum kahwin tengok gelagat yang tak macam suami isteri.

“mok long mari sini teruh, holah mari hok dekat dulu pah tu baru gi hok jauh sikit.” Kalau Qee ni menantu aku lagi sesuai rasanya. Inilah mak long punya perangai yang sebenarnya.

“assalamualaikum, eh mok ngoh pon ado sekali?” haa orang baru bangun tidur dah mai, kejap pula abang tidur. Selalunya tak sah kalau tak berjam.

“aik, baru napok bate hidong.” 

“hehe, rehat meta tadi, sakit urat mok ngoh.” Abang senyum tak ikhlas, dia mana gemar sangat dengan mak ngah ni.

“padelah mok ngoh kelih dari tadi tok napok.”

“Leesya jum ambil gambar dekat luar kejap.” Abang dah start nak larilah tu.

“apa abang ni, tunggu orang baliklah.” Leesya tahu abangnya tak berapa suka dengan mak ngah dan anak bongsunya itu.

“sekaranglah, cuaca tengah lawa ni.” Zaki dah siap sedia dengan kamera hitamnya itu, Qee memang join sekaki masuk bilik nak pergi ambil juga yang dia punya sebab nenek yang izinkan tu dia join sekaki.



,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


Lepas beraya dekat rumah mek dan rumah saudara barulah balik rumah mama. Actually dekat je rumah mama dengan rumah mek. Arwah ayah tok beli tanah untuk bagi dekat anak-anak, arwah beli dekat dengan rumah mek je. Leesya rindu dengan ayah tok, sebab cucu paling rapat dengan arwah ialah Leesya. Abang dia rapat dengan mek sejak lahir. Setiap kali balik kampung mesti arwah akan bawa Leesya jalan-jalan pusing kampung. Tapi semua tu dah tak akan berulang lagi.

“cupp!”

“opocot.” Tulah termenung lagi Leesya.

“eh melatah rupanya.”

“terkejut saya, suka-suka je cium pipi orang.”

“memanglah kena suka, tak kan tak suka baru cium.” Qee dah golek-golekkan badannya atas katil, Leesya masih dengan tualanya untuk keringkan rambutnya.

“eee, ada je menjawab abang nak pergi mana?”

“pergi mana apa?” tanya Qee dengan kering terangkat sebelah.

“pakai handsome-handsome ni.”

“abang handsome eh?”

“perasan.”

“laa tadi dia yang cakap, abang baru je korek teling tak pekak lagi.” Qee dah mengengsot dekatkan badan dengan Leesya.

“abang salah dengar kot, nak pergi mana?” dah kenapa makin dekat ni.

“salah dengar? Yeke?” Qee dah betul-betul dekat belakang Leesya.

“abang nak pergi mana?

“cium dulu, baru abang bagi tahu.” Qee tunjuk ke arah pipinya.

“eeee, tak kuasa.”

“yelah dengan abang je tak kuasa.” Qee dah mula melingkarkan tangannya dekat pinggang Leesya.

“saya tanya tak nak jawab.” Leesya nak bangun dari katil, tiba dia rasa berdebar, lama Qee tak layan dia macam tu.

“sayang nak pergi mana?”

“nak pergi sidai tuala.”

“sidai kejap lagilah.”

“nak sidai sekarang.” Leesya dah terkunci dalam lingkaran lengan Qee.
“jum keluar.”

“nak pergi mana?”

“saja jalan-jalan.”

“malaslah.” Asal dup-dap-dup-dap ni Leesya.

“abang pon dah malas sebenarnya.” Wanginya dia, Qee rindu belaian dari isterinya.

“pula dah.”

“nak sayang boleh?”

“hah?nak saya? Nak buat apa?” Leesya dah makin berdebar.

“sayang rasa abang nak buat apa dengan Leesya.” Qee dah cium bahu Leesya yang terdedah, Leesya dengan baju tidurnya yang agak luas bahagian leher.

“mana lah saya tahu.” Leesya terbuai dengan sentuhan lembut dari Qee.

“nak tutup lampu boleh?” dia rindu bau Leesya.

“abang nak buat apa tutup lampu?” Leesya terlepas dari dakapan Qee, dia bangun untuk larikan diri.

“biarlah nak buat apa pun, nak ke mana pula tu?” Qee ikut je Leesya ke tempat sidai tuala.

“yang abang ikut Leesya ni kenapa?” Leesya dah terkunci dengan Qee dekat depan, dekat belakang dinding.

“biarlah nak ikut je pon.”

“dari tadi biarlah, tah kenapa dengan abang.” Leesya cuba gerakkan sedikit badannya, berharap dapat lepas dari Qee.

“nak goda abang eh?”

“bila masa tah.”

“habis tu pakai baju macam ni.” Lama Qee tengok bibir Leesya.

“kenapa dengan baju saya?”

“luas sangat leher dia.” Qee dah rapatkan badannya dengan badan Leesya.

“nak buat macam mana, dah orang tu design macam ni.” Leesya terbuai dengan bau wangian datang dari badan Qee.

“sayang.”

“hmm.”

“apa hmm?”

“biarlah.”

“cupp.”

Dari dahi Qee cium Leesya, kemudian turun ke hidung dan seterusnya turun ke bibir Leesya, lama. Leesya perlahan-lahan merangkul pinggang Qee. Akhirnya terlerai rindu terhadap masing-masing. Layanan dari seorang isteri yang Qee rindukan.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


 Kenapa leher Qee ada kesan merah? Aduh aku ke yang buat tu. Bapak segala malu aku rasa dah ni. Leesya buat malu muka, tapi tak adalah merah mana pon. Pakai baju melayu confirm tak nampak punya. Leesya tak payah nak gelabah sangat.

“sayang buat eh?” Qee sakat Leesya sambil belek lehernya.

“mana ada.”

“dah tu siapa yang buat? Hantu? Ganas juga isteri abang ni.” Qee sarung baju melayu teluk belanganya.

“mana ada.” Sumpah rasa macam hangat-hangat je muka ni.

“elehh, malulah tu, sini tutup muka sini.” Qee tarik muka Leesya ke arah dadanya.

“eeee, saya dah pakai tudung elok-elok, habis penyek tudung.”

“alahh penyek-penyek pon lawa je isteri abang ni.” Sungguh bahagia tu rasa sampai tak terungkap.

“eee, dahlah tu tapi mesti orang nampak kan nanti, malunya.”

“orang tanya abang cakaplah Leesya yang buat, tak pon abang cakap tanya isteri saye dia buat apa dekat saya, jawapan real habis kan.” Qee dah nak gelak tengok muka Leesya yang merah semacam.

“eee, janganlah cakap macam tu, malulah saya.”

“laaa dah orang tanya, abang jawablah tak kan nak menipu.”

“eee, malas cakap.” Leesya ke meja make up untuk ambil hand bagnya.

“nak ke mana tu?”

“sibuk je.”

“sibuk dengan isteri tersayang je.” Qee tersenyum, masih malu juga Leesya ni.

4 comments:

itu_aku +_^zue said...

SAMBUNG LG..SWEETNYER QEEE

einaz lynna said...

lama xbace... baru update ye...heheheheh i likee

amirah zainal said...

best la cerita ni.. bila nak sambung??

Hawa Husnaa said...

Dh 2015 dh..masih x smbung lg?hmm :'(