Thursday, September 10, 2015

Rahsia tulisan jiwa 34

Sudah sebulan raya puasa berlalu, Qee dan Leesya masing-masing sibuk dengan kerja. Leesya dengan kes yang perlu dihadap dan Qee pula sibuk dengan projek baru. Masing-masing balik kerja dah lewat malam, tak sempat nak luangkan masa bersama. Namun ada sesuatu yang Leesya perasan sejak dua menjak ini. Leesya rasa perubahan sikap Qee. Qee dah tak macam sebulan yang lalu, mungkin Leesya yang terlebih stress memikirkan kerja.

"Abang, lama kita tak keluar dating, hujung minggu ni kita pergi dating sambil shopping barang dapur nak?." Tanya Leesya sambil keringkan rambut lalu bersimpuh di atas katil sebelah Qee yang sedang menaip sesuatu di komputer ribanya.

"Dating?." Segera Qee memangkah laman sesawang yang dibukanya.

"Aah, dating."

"Abang hujung minggu ni kena pergi site lah sayang."

"Tak pernah-pernah abang kena pergi site hujung minggu, kenapa tetiba kena pergi site ?." Leesya dengan dahinya berkerut sambil jeling apa yang Qee tengah tengok di komputer riba.

"Abang pon tak dapat elak, memang pihak perkapalan Penang tu nak jumpa abang hujung minggu ni." Qee sudah shutt down komputer ribanya.

"Okelah macam tu, Leesya pergi dengan Ain tak pun Nialah beli barang dapur." Leesya dah jauh hati.

"Hah, oke juga tu, minta tolong diorang temankan, sayang tolong tutupkan lampu abang dah ngantuk. Suruh Qee lalu diletak komputer ribanya di meja sisi katil.

"Oke." Leesya berlalu lalu buka pintu bilik untuk turun ke bawah.

"Sayang nak ke mana tu? Tak nak tidur ke?" Qee tak jadi baring.

"Nak turun bawah, minum air kejap saya rasa dahaga pula." Jawab Leesya bersahaja.

"Owhh oke." Qee terus baringkan badan dan tarik comforter sampai ke dada.

Leesya turun ke bawah, dia makin pelik dengan Qee. Kalau dulu nak turun bawah mesti temankan. Tak sanggup berenggang tak pun turun bawah ambilkan air untuk Leesya.

"Kenapa tak sedap badan ni." Leesya bercakap seorang diri di dapur.

"Rasa nak muntah lah pula." Berlari terus ke singki habis keluar semua makanan yang dimakan Leesya tadi.

"Kenapa ni? Janganlah demam. Please badan." Leesya tak sanggup nak demam dengan Qee yang buat tak endah pasal Leesya sejak dua menjak ni.

"Uwekkk." Lagi sekali dan untuk yang ke berapa kali Leesya muntah.


,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,



Hujung minggu tu, Leesya hanya keluar seorang diri beli barang dapur. Ain dengan Nia balik rumah 
keluarga masing-masing. Selepas masukkan barang yang dibeli dalam kereta, Leesya terus ke klinik yang selalu keluarga Leesya dapatkan rawatan. Dia yakin dia dah mengandung sebab semalam dah cek dengan pregnancy test yang dibelinya. Sampai sahaja di parking klinik, Leesya terus park keretanya dan berjalan agak jauh sedikit. Lalu sahaja di depan cafe The Only Love berdekatan dengan klinik yang ingin dituju, Leesya ternampak Qee lepak dengan kawan-kawan satu Universitinya, Rizal sudah semestinya ada dan seorang perempuan. Leesya kenal perempuan tu. Qee pernah menyebutnya. Kata Qee tu kawan rapatnya semasa di Universiti.

"Siap bertepuk tampar, gelak dengan gembiranya." Sebaknya ya Allah, saya ajak abang pergi beli barang macam-macam alasan abang bagi, Leesya rasa macam nak pitam dia macam nak capai
seseorang dihadapannya.

"Abang isteri abang nak pengsan tu." Tegur seorang perempuan.

"Hah?" Qaiser yang tengah sibuk cari kunci kereta dalam clutch begnya terkejut di tegur perempuan yang lalu di sebelahnya, lalu toleh ke belakang.

"Eh Leesya, awak oke tak ni?" Nasib baik Qaiser sempat begang bahu Leesya kalau tak dah jatuh ke lantai rasanya.

"Abang?" Leesya dah start merapu.

"Hah abang? Leesya ni saya ni." Qaiser goyangkan sedikit bahu Leesya sambil perhati kawasan sekeliling.

"Hantu punya Qee, bini kau macam ni kau sedap bergelak dalam cafe." Qaiser cempung Leesya lalu
segera ke klinik yang berdekatan. Dah tak ambil tahu pasal Qee.

Sampai sahaja di klinik.

"Nurse, nurse! Tolong saya ambilkan wheelchair." Qaiser terus menjerit lepas ditolaknya pintu klinik.

"Encik-encik terus bawa ke bilik kecemasan." Nurse tersebut tunjukkan arah bilik kecemasan.

"Encik tunggu diluar ya." Arah nurse yang bernama Atikah itu selepas Qaiser meletakkan Leesya di
atas katil rawatan.

"Tapi..."

"Encik tunggu diluar sambil isi borang pesakit." Arah nurse tersebut sekali lagi sambil hulurkan borang kepada Qaiser.

15 minit berlalu..

"Suami puan Aleesya sila masuk ke bilik rawatan 3." Panggil nurse yang bernama Atikah itu.

"Hah?" Qaiser terkejut dan terbangun dari kerusi yang diduduknya.

"Encik, boleh jumpa isteri encik dalam bilik rawatan dan doktor ada pesanan untuk encik." Tersenyum nurse tersebut.

"Erk, saya.." Qaiser masuk ke bilik rawatan tersebut.

"Sila duduk, encik??" Tanya doktor perempuan dalam linkungan 40 an umurnya itu.

"Qaiser..qaiser." Hentam jelah qaiser.

"Ya encik Qaiser sila duduk, isteri awak tak ada apa-apa cuma.." Doktor yang baru sahaja selak kain pemidang yang menutupi katil itu sambung bicara sambil menarik stetoskop di telinganya. Leesya baru sahaja butang baju. Qaiser terkejut lalu alihkan pandangannya ke arah lain.

"Ermm saya sebenarnya."

"Ya saya tahu awak sebenarnya tak tahu yang isteri awak dah mengandung 4 minggu kan?" Tanya doktor tersebut lalu duduk di kerusinya.

"Hah?" Qaiser lagi terkejut. Leesya yang masa tu nak turun dari katil sambil sarungkan tudung cepat-cepat sebab ada encik Qaiser terpijak kasutnya yang dibuka tadi, terus disambut oleh Qaiser.

"Puan Leesya awak kena hati-hati, kandungan awak tu baru lagi." Doktor tu pun terbangun dari kerusinya sebab tengok Leesya yang hampir terjatuh.

"Leesya slow-slow, jangan jalan laju saya ada je ni." Ucap Qaiser lalu dipapahnya Leesya dan Qaiser nampak mata Leesya berkaca.

"Encik Qaiser, dalam usia kandungan puan Leesya yang baru 4 minggu ni awak kena betul-betul ada di samping isteri awak sepanjang masa, jangan bagi dia buat kerja berat, pastikan dia makan dengan
cukup, beli susu untuk isteri awak nanti saya senaraikan nama susu yang awak perlu beli." Ucap doktor tersebut panjang lebar sambil menulis.

"Baik doktor, saya akan selalu ada disamping isteri saya." Berlakon Qaiser.

"Puan Leesya, pastikan dalam handbag awak ada coklat saya tengok muka awak pucat sangat."

"Baik doktor." Ucap Leesya perlahan, sambil lap air matanya. Doktor ni tak tahu Leesya pernah gugur sekali sebab waktu keguguran sebelum ni Leesya terus dihantar ke hospital besar.

"Dah-dah jangan nangis, happy sangatlah tu tahu berita ni." Menyampuk doktor tersebut.

"Ada apa-apa lagi doktor?. Tanya Qaiser, qaiser tahu air mata Leesya tu tanda apa dan dia nampak semuanya di cafe tadi.

"Tak ada apa-apa, nanti ambil ubat dan senarai susu dekat kaunter farmasi."

"Oke, saya keluar dulu." Qaiser bangun lalu dipapahnya Leesya.

"Encik Qaiser." Ucap Leesya perlahan yang hanya didengari antara Leesya dan Qaiser. Leesya tak mahu encik Qaiser pegang bahunya.

"Oh sebelum saya terlupa, encik qaiser ambil sekali buku rawatan ibu mengandung di kaunter ya." Arah doktor tersebut.

"Baik doktor, terima kasih." Dipapah juga Leesya.

"Terima kasih doktor." Ucap Leesya perlahan, dibiarkan encik Qaiser papahnya, dia tahu dia mungkin akan jatuh sebab pening dikepalanya belum hilang.


,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


"Leesya, biar saya hantar awak guna kereta awak." Qaiser dah pegangkan handbag dan plastik yang berisi ubat di tangan kirinya, tangan kanannya tolak wheelchair yang diduduki Leesya ke arah tempat parking kerete Leesya. Mungkin wheelchair ni akan dihantarnya kembali di klinik.

"Saya boleh balik sendiri encik Qaiser." Leesya dah ura-ura nak bangun dari wheelchair bila wheelchair yang ditolak Qaiser sudah berada di tepi kereta Leesya.

"Aleesya! Boleh tak dengar cakap saya sekali je." Pinta Qaiser.

"Huh." Tubir mata Leesya dah dipenuhi air mata semula, kenapa bukan abang yang buat semua ni dekat Leesya.

"Aleesya sorry sorry, saya tak bermaksud pon nak marah." Qaiser dah gelabah tengok mata Leesya dah berkaca balik.

"Dont call me that name." Nama tu suami saya je boleh panggil, sambung Leesya dalam hati.

"Oke..oke sorry again." Qaiser dah ura-ura nak cempung Leesya.

"Saya boleh bangun sendiri." Leesya bangun lalu duduk di bahagian penumpang sebelah tempat pemandu.

"Oke, awak tunggu kejap saya nak hantar wheelchair ni balik." Qaiser dah pusing untuk kembali ke klinik.

"Handbag saya." Terjerit Leesya.

"Nope, saya bagi nanti awak akan cari kunci kereta dan drive sendiri kan? Ingat saya tak boleh baca fikiran awak?" Qaiser letak handbag Leesya di bahu dia dan plastik ubat diletak bahagian seat belakang.

"Huh." Dengus Leesya.

"Apa huh-huh? Ingat comel lah tu." Qaiser terus tolak wheelchair ke arah klinik tadi.

Selepas dipulangkan wheelchair klinik, Qaiser memandu kereta Leesya. Keretanya ditinggalkan nanti datang balik dengan teksi. Leesya termenung, apa yang ditanya Qaiser tak didengarinya. Mungkin sebak dan terfikir kenapa perlakuan Qaiser mengingatkan suaminya yang dulu. Abang, Leesya rindu abang yang dulu, yang selalu ambil hati Leesya. Kenapa abang tipu Leesya.


"Leesya saya tanya ni." Qaiser dah naikkan suaranya, dia tahu Leesya termenung.

"Hah?"

"Saya tanya Qee tahu tak yang awak mengandung ni."

"Tak." Balas Leesya sepatah.

"Hah? Qee tak tahu? Awak tak bagi tahu ke?." Qaiser dah terkejut.

"Tolong rahsiakan tentang semua yang berlaku hari ni." Lain yang ditanya lain yang dijawab oleh Leesya.

"Mana boleh, Qee patut tahu."

"Kalau encik Qaiser bagi tahu, saya berhenti kerja."

"Ugut saya? Please stop call me encik Qaiser, kita dekat luar dari pejabat kan."

"I will stop and please jangan bagi tahu Qee tentang saya mengandung."




15 comments:

Anonymous said...

plez sambung!
dh nk dkt 2 bulan tggu smbgn.

PENULISJIWA said...

Maaf.
Saya igt dah tiada pembaca.
Insyaallah saya akan sambung dalam masa terdekat. Thank you for reading. Ahaa

Anonymous said...

Please smbung cerita nie smpai habis . Nak tau ending dia . Please sgt2

Unknown said...

Sambung please !!!!

Unknown said...

Akak...sambung pls....

Unknown said...

Alarh,smbung larh lgi....suka crita ne sngat

Unknown said...

Alarh,smbung larh lgi....suka crita ne sngat

PENULISJIWA said...
This comment has been removed by the author.
PENULISJIWA said...

Maaf readers,
Saya tak dapat janji bila boleh sambung,
Saya akan sambung. Agak2 Leesya sudah berjauh hati dengan Qee?
Tq 😘

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Unknown said...

X ada sambungan ka? Tlongla buat sambungan cerita ni. Best sangat2.

Unknown said...

SmbngN crte nim please..

Unknown said...

Mana sambungannya ? Lama dah tunggu hmmm

Unknown said...

Knpa x de smbngn?

Unknown said...

Knpa x de smbngn?