Thursday, June 7, 2012

Rahsia tulisan jiwa 32



Bab 32
Raya pertama tulah rasa gembira tak terkata, lagi-lagi kali pertama beraya bersama isteri dan keluarga mertua. Sebelum ni bangun je raya pergi solat raya, balik then pergi rumah kawan balik tidur. Tapi tahun ni Qee rasa kelainannya. Puan Roselee mencadangkan Qee dan Leesya ikut mereka pulang ke kampung halaman yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Selepas sahaja beraya di rumah Dato’ Ghazali Qee dan Leesya pulang ke rumah mentuanya.

“Qee pernah beraya di Kelantan?” tanya Puan Roselee pada menantunya.

“hah?Kelantan? tak pernah ma, Qee beraya dekat KL je selama ni.” Jawab Qee sambil mengunyah biskut raya, Qee suka biskut Almond London yang dibuat oleh mak mentuanya.

“apa kata esok Qee beraya dekat kampung Leesya, dua tiga hari dekat sana, rasalah beraya di Kelantan pula.” Cadang Puan Roselee.

“boleh juga, Qee tak pernah lagi pergi Kelantan, mama asal Kelantan ke?”

“Leesya tak cerita? Mama Qee pun?” tanya Puan rosele lalu dikerling anak perempuannya yang sedang khusyuk menguyah biskut tart nanas.

“tak pun.”

“Mama asal Kelantan, samalah dengan abah kamu.”

“Kelantan dekat mana?” kenapa sedap sangatlah pula biskut ni, kang habis satu balang jangan tanya aku kenapa.

“Mama asal Pasir Mas tapi duduk dekat Kota Bharu.”

Teringat perbualannya dengan Rizal. Rizal cakap orang Pasir Mas ni lawa-lawa dan kacak. Patutlah isterinya boleh tahan. Amboi kemain kau Qee. Qee kerling isterinya yang khusyuk borak dengan Zaki.

“Tak silap mama, Qee bukan ada kampung dekat Johor ke?”

“ada, tapi mama dah lama tak balik kampung, sebab mama cakap dah tak ada saudara dekat sana, balik pun sebab nak ziarah kubur arwah.” Qee dah tak ingat macam mana kampungnya di Johor. Mungkin sebab dah terlalu lama tak balik kampung.

“dah, pergi naik tidur semua, esok pagi lepas subuh kita semua kena bertolak dah sebab nak elak dari sesak.” Puan Roselee sudah bangkit dari sofa berangkai tiga

“hah? Esok balik kampung maa?” Leesya terkejut dan terus dipandang Puan Roselee.

“iye, setiap tahun kan kita balik kampung tak kan tahun ni tiba-tiba tak balik.”

“mama tak cakap pun.” Mak aihh banyaknya aku makan biskut tart ni, ketagih seyh, mama letak apa dalam biskut ni.

“laa tadi mama baru je cakap.”

“owhh.”

“bolehlah Qee kenal dengan saudara-mara kita dekat sana kan abang.” Abahnya dah tidur ke, dikerling suaminya di sebelah.

“awak pernah pergi Kelantan?” tanya Leesya.

“nope.”

“sekali pun tak pernah?”

“tak nope never ever.”

“kesiannya, ish ish.”

“abang, mama cakap abang nak bawa calon menantu untuk mama, siapakah gerangannya?” tanya Leesya excited.

“huh?” Zaki rewind balik apa yang dicakapkan oleh adiknya dalam kepala. Menantu?

“huh pula, betul-betullah siapa gerangan bakal kakak ipar Leesya tu?”

“bila pula abang nak bawa balik kakak ipar Leesya?”

“tak tahu, sebab tulah Leesya tanay.”

“siapa cakap?”

“mamalah.”

“maa, bila pula abang cakap nak balik menantu untuk mama?” tanya Zaki pada Puan Roselee yang sedang kemaskan balang biskut yang hendak di bawa ke kampung esok.

“sayang ngantok.” Qee bisik dekat telinga Leesya.

“laa hari tu abang cakap dengan mama, kejut abah kamu masuk tidur dalam bilik.”

“abang cakap kawan abang nak datang beraya mana ada abang cakap nak bawa balik bakal menantu untuk mama.”

“sayang ngantok.” Dibisiknya sekali lagi, sampai hati tak layan aku, kepala Qee sudah makin menyenget dan akhirnya jatuh di bahu Leesya.

“yelah, nanti bawa balik jangan lupa bagi tahu Leesya.” Leesya bangun dari sofa dan tidak sedar kepala Qee dibahunya.

“sayang ngantok. Huh?” akibat terkejut habis kuat suaranya.




‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’



“meriah dia borak.” Qee dah nguap kali ke berapa entah, rasa nak koyak rabak dah mulutnya.

“tak meriah pun.” Leesya dah lipat separuh baju untuk bawa ke kampung esok.

“abang cakap ngantok pun dia tak dengar.” Qee betulkan letak bantal.

“bila masa abang cakap?”

“see, sebab tulah abang cakap meriah, sebab abang cakap dia tak dengar.” Awal awal sangat aku dah nguap ni, apa aku buat hari ni.

“maaf tak dengar.”  Leesya bergerak ke katil.

“tak apa.”

“awak dah gosok gigi belum? Tadi semangat makan biskut.” Asallah perkataan abang tu susah nak melekat dekat bibir ni,hehh.

“hmmm.”

“abang?”

“hmmm.”

“Syed Baihaqee.” Haa kan dah keluar nama penuhnya.

“esok saya sain, letak je dekat situ.” Kalau dah tahap mengigau kan, tahu-tahu jelah sebab apa.

“sain guna berus gigi?”

“yea berus gigi, hah?” oke aku rasa aku mengigau sekejap, nak sengih ke tak.

“apa sengih-sengih?”

“abang ngigau, comelkan?” Qee bangun untuk ke toilet.

“jangan nak masuk bakul angkat sendiri boleh?”  aku pun tak gosok gigi lagi rasanya.

“elehh.” Qee lap mulutnya guna tuala kecil.

“abang tolong Leesya kemas baju.” Leesya dah keluarkan sedikit baju suaminya.

“alaa, Leesya kemaskanlah.” Qee dah mendekati katil.

“abang nak balik ke tak nak?”

“mestilah nak.”

“dah tu tolonglah kemas, tolong ambilkan beg lagi satu dekat atas almari tu.” Leesya tunjuk ke arah atas almari.

“abang ngantoklah.”

“oke Leesya ambil semdiri.” Leesya pergi ke meja mak up untuk ambil kerusi, belum sempat sampai di wardrobe, Qee sudah turunkan beg tersebut.

“boleh pon nak tolong.”

“bisa ajaa dong.” Saja nak usha Leesya ni ngemas, agak-agak segan lagi tak dengan aku.

“masukkan dalam beg tu.” Leesya tak perasan dia terbagi pakaian dalamnya sekali. Dia tak tahu kenapa perasaan segan tu tak hilang lagi.

“oke dah.” Qee susun cantik-cantik, dan semuanya di bahagian atas. Leesya pandang je ke arah Qee..

“erk.” Oke dah berbahang je aku rasa.

“sayang kenapa?” tanya Qee.

“tak ada pape, dahlah pergilah tidur esok awak kan nak kena drive, bukannya dekat Kelantan tu.” Leesya dah menghalau Qee, kan makin masak aku duk sini.

“aik tadi suruh abang kemas, then suruh tidur pula mana satu ni sayang.” Qee tahu Leesya dah malu, tak hilang lagi malu dia rupanya.

Nak dekat sejam jugalah Leesya ngemas. Qee dah lama hanyut ke dunia mimpi. Tak apalah esok bukan aku pun yang drive. Macam manalah nak teman encik suami kalau masuk je kereta terus tidur. Tak boleh harap langsung nak jadi peneman. Leesya dah nguap, maknanya mata suruh tidurlah apa lagi.

“Leesya Qee, bangun.” Puan Roselee dah ketuk pintu bilik tidur anak menantunya.

“Leesya we have to make a move right now.” Tambah lagi satu.

“Bangun anak-anakku, nanti jem dekat karak.”

“hmm.” Qee lagi makin melingkar dalam comforter, Leesya pula makin merapatkan badannya dekat badan Qee.

“awak bukalah pintu tu.”

“siapa pula ketuk malam-malam ni.”

“buka jelah.”

“hmm.” Dengan seluar pendeknya tak berrbaju, rambut serabai, mata masih tertutup Qee melangkah ke arah pintu.

“ye ada apa?” Qee menyoal tanpa membuka mata.

“Ya Allah ya tuhanku, tak bangun lagi?” dengan suara tinggi-terkejut-geram Puan Roselee menggeleng lalu masuk ke bilik tersebut.

“hah?” Qee dah terkejut lalu kedua-dua tangannya menyilang menutup bahagian dadanya, malu weyh, siapa tak malu cuba cakap dekat aku. Even dah jadi mak mentua tapi aurat babe.

“ya tuhan, Leesya!” Puan Roselee jerit.

“oh mak kau.” K siapa cakap Leesya tak melatah, boleh terbelit urat jantung aku pagi-pagi ni.

“pukul berapa dah ni, tak bersiap lagi?” memang baru je lepas subuh, sebab itulah yang dirancang nak bertolak lepas subuh.

“pukul berapa dah ma?” tanya Leesya kelam kabut, yang Qee masih terkejut dekat pintu tak bersuara.

“pukul 6 lebih, cepat bersiap abah dan abang dah siap letak beg dalam kereta dah.”

“oke, yang awak kenapa berdiri dekat situ?” Leesya dah pelik tengok suaminya berdiri tak bergerak dekat pintu.




‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’



“ada lagi beg nak letak?” Qee dengan kemeja dan seluar jeans dengan speck matanya dah siap letakkan semua beg dalam bonet.

“tak ada.” Leesya pun berkemeja, eh janji apa?

“betul tak ada yang tertinggal dah?” tanya Qee ingin kepastian, comel dia eh dia lipat seluar dengan kasut sebago. Kenapa comel pula aku tengok dia hari ni.

“betullah.” Leesya ambil handbagnya, abang dah tunggu dalam kereta tapi sibuk tengah jawab call, agaknya dari siapa yea.

“Qee, kamu ikut dari belakang, Leesya temankan suami kamu jangan bagi dia ngantok.” Pesan Ku Yusri.

“ya abah.” Sambil sengih, sebab aku ni memang pantang masuk kereta.

“dah jum bang.” Puan Roselee dah siap dengan bakul bekal makanan, pergi mana-mana mesti bawa makanan, hari ni nasi lemak.

“jum.” Sambil sarung kasut lalu kunci pintu rumah.

Start perjalanan Leesya masih segar bugar percayalah. Cuba tengok lepas sejam perjalanan confirm dah lentok habis. Leesya cuba celik matanya seluas yang mungkin supaya dapat teman Qee drive.

“sayang dah kenapa celik mata luas-luas?kang terkeluar juga biji mata tu.” Qee dah kerut dahi, pelik sebab tengok Leesya yang dari tadi celik mata luas-luas.

“nak tidur tu celik mata luas-luas.”

“nak tidur tutup mata bukan celik mata.”

“dah tahu lagi tanya, nak hilangkan ngantoklah.” Leesya cuba cari gula-gula dalam handbagnya.

“sayang cari apa pula tu?” tanya Qee, ada je yang dia nak buat.

“cari kucing.”

“eee, main-main.”

“bila pula saya main?saya dalam kereta ni kan tengah duduk.” Asal ngantok aku dah makin menebal ni.

“oke carilah kucing sampai dapat.”

“haaa dah dapat.” Jumpalah juga sebiji gula-gula kopiko ni.

“cari apa?”

“ni haa.” Leesya tunjuk dekat Qee hasil yang diperolehinya.

“nak satu, abang ngantoklah.” Qee pon dah nguap sekali.

“hah?” dia ngantok aku pon ngantok, aku ke patot makan atau dia? Mestilah dia bolah tanya lagi.

“nah.” Leesya hulur dan lepas tu terus nguap.

“bukakan, abang tengah drive ni.” Mana petronas ni.

“mengada.”

“apa?”

“mengada.”

“yelah abang mengada.”

“memang pon.”

“ngantoklah pula.” Qee nguap kali ke berapa entah.

“ngantok?” Leesya terus urut bahagian leher Qee.

“sayang, jangan.” Oke, jangan tanya kenapa kalau lelaki sensitif bahagian leher, dahlah tangan Leesya ni lembut.

“kenapa pula?” Leesya urut perlahan, tangan Qee dari tadi duk halang tangan Leesya dari teruskan mengurut.

“abang cakap jangan janganlah.” Oke suara Qee dah berubah.

“urut leher boleh hilangkan ngantoklah.”

“tapi abang bukan hilang ngantok.”aku dahlah sensitif bahagian leher, fakta mengatakan leher tu boleh menyebabkan lelaki, oke dah aku tak nak sambung.

“eee, saye nak hilangkan ngantok dia tak bagi.”

“abang nak berhenti ke tu?” Qee tengok kereta yang dibawa Zaki masuk Petronas.

“yelah tu, nak berhenti rehat dulu kot.” Lega aku bolehlah juga lelapkan mata.

“teman abang pergi beli air dengan makanan.” Qee membelok ke arah perhentian Petronas, ramai seyh. Yelah musim raya.

“abang pergilah.”

“nak sayang ikut.”

“tu abang nak pergi beli juga tu, awak ikutlah abang.” Leesya tengok abangnya dah keluar dari kereta.

“malasnya dia nak temankan abang.”

“bukan malas, tapi ngantok bagilah saya lelapkan mata sekejap.”

“oke, nak apa-apa tak?”

“ermm, nak chocolate biskut yang sneakers tu picnic lagi toblerone.”

“abang beli je, salah tak tahu.”

“alaa cari jelah, ada tulis namakan.”

“salah tak tahu.” Qee dah buka pintu kereta.

“yelah-yelah saya ikut.” Lama tak makan toblerone,mengidamlah pula.

“haaa, nak juga ikut.”

“biarlah.” Leesya betulkan kemejanya yang dah terlipat bahagian bawah akibat duduk.

“jum.” Qee tarik perlahan tangan Leesya.

“eee, apa pegang orang ramailah.”

“peduli apa abang." Qee pegang sebab nak orang tahu yang perempuan cantik ni isteri tercinta dia.

Macam-macam dibeli oleh Leesya.  Nak pergi picnic apa. Twistieslah , jackerlah, mr. Potato, crunchie, sneakers, picnic dan macam-macamlah.




‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’



Lepas 4 jam perjalanan baru sampai Gua Musang, berhenti kawasan rehat sebab abah whatsapp nak berhenti makan nasi lemak mama buat. Oke memang lapar sangat. Tak nak makan dari rumah sebab takut driver ni semua ngantok. Memang nasi lemak mengantukkan pon.

“awak ambilkan ikan bilis tu.” Leesya tunjuk ke arah tupperware yang ada ikan bilis.

“nah.”

“lapar sangat ke?” Semangat Qee ni makan.

“mestilah.” Jawab Qee sambil meneruskan suapannya.

“dah baca bismillah belom?”

“dah, maa sedaplah mama masak, lama tak makan nasi lemak.” Mama pun selalu juga buat nasi lemak tapi dah lama tak buat sejak kebelakangan ni.

Leesya terperasan ada pasangan muda yang sedang bergurau dengan anaknya yang masih kecil. Mungkin dia rasa sedih, tapi dia tak boleh tunjuk. Dia perlu kuat.

“sayang dah habis makan ke? Sikitnya makan.” Qee perasan Leesya termenung.

“hah? Dah-dah.” Leesya tutup tupperware yang masih ada lauk, semua orang dah siap makan.

“ada siapa nak pergi toilet tak?” tanya Puan Roselee.

“Leesya nak pergi.”

“Qee temankan Leesya, mama papa semua tunggu dekat kereta.” Puan Roselee sudah masukkan bekal makanan dalam bakul.

“oke, sayang jum.”

“jum.”

“abang nak pergi toilet juga.” Zaki follow adik iparnya sekali. Zaki perasan Leesya termenung dari tadi, dia tahu apa adiknya sedang fikirkan.

“sayang tunggu abang tao.” Qee hantar pandangan ke arah Leesya.

Kenapa pergi mana-mana nampak anak kecil. Ya Allah kuatkanlah hambaMu ini. Leesya kau mesti kena face semua ni. Mungkin sekarang bukan rezeki kau dengan Qee. Awak maafkan saya. Leesya basuh mukanya untuk hapuskan air matanya.

“sayang kenapa ni?”

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

“hello assalamualaikum.” Leesya jawab panggilan dari Ain. Tak sempat jawab soalan Qee.

“waalaikumsalam, kau kat mana?” tanya Ain, beraya bersama itulah yang sering dilakukan mereka bertiga.

“aku on the way balik kelantan.”

“laaa, ingat kau dekat sini.” Berubah nada suara Ain, ingatkan Leesya dekat KL.

“tak pon, aku setiap tahun kan mesti beraya dekat Kelantan.” Leesya mengikut Qee dan abangnya dari belakang untuk ke kereta.

“bila kau balik KL semula?” tanya Ain yang sedang belek dirinya depan cermin besar.

“tak sure lagi, selalunya aku balik Kelantan seminggu, tak pon 5 hari je sebab bos aku bagi cuti seminggu je.” Leesya duk menghitung hari, kalau balik Kelantan seminggu macam mana nak beraya dengan diorang, balik 5 hari jelah.

“baliklah awal sikit, kitorang cadang nak pergi beraya dekat rumah-rumah member lama, diorang buat reunion.”

“oke, aku akan usahakan untuk balik cepat.”

“mana hubby kau?”

“ada dekat depan.”

“hah?kau jadi mem apa sampai die jadi driver?” kemain kawan aku sorang ni.

“tak adalah, aku tengah jalan ni, nak pergi ke kereta tak habis cakap lagi kau dah menyampuk.” Kelihatan Qee khusyuk berborak dengan abangnya.

“owhh yeke, haha.” Ain tergelak di hujung talian.

“k lah nanti aku call kau balik bila dah sampai.” Leesya mahu mempercepatkan langkahnya.

“ok, kirim salam dekat semua.”

“oke, assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.”

“siapa call?” tanya Qee sambil buka pintu pemandu.

“kekasih hati saya.” Jawab Leesya sambil buka pintu juga.

“hah?”oke lari sekejap landasan degupan.

“kekasih hati saya.”

“siapa?” tanya Qee mendatar.

“Ainlah.” Asal kau nakal ni Leesya.

“owh.”

“apa owh-owh?”

“biarlah nak owh ke ahh.” Qee, kau ni suka fikir bukan-bukan.

Selepas 3 jam sampailah di Kota Bharu, lama juga perjalanan nak ke timur. Dekat 7 jam lebih juga. First time wa pergi timur, wa tak pernah pergi sini, Pahang pernahlah wa pergi. Apa wa-wa ni.




note: benda ni dah tersimpan lama. Maaf semua ya. Sekarang dah boleh focus semula. insyaallah.

4 comments:

Anonymous said...

yeaaaaaaaaaa

akhirnya ada jugakkkk

jgn lelama sgt tau..next n3

Anonymous said...

Pls I want mooreeeee. Boleh? Jgn menghampa kan pembaca heheh

Lieynaim mohd noor said...

ahah betul2..dah terlalu lama sgt xkuar nie

Anonymous said...

lama menanti, akhirnya ada gak n3 bru..tq cik writer.