Wednesday, April 27, 2011

Rahsia tulisan jiwa 24


Semakin hari Leesya dan Qee sibuk dengan kerja masing-masing. Kerisauan Datin Jane makin bertambah apabila hubungan Qee dan Leesya bukan makin bahagia tapi maintain je. Pernah diusulkan kepada Puan Roselee, mamanya Leesya juga khabarkan benda sama. Risau kedua-dua wanita itu.

“Qee, Leesya mama nak cakap dengan kamu berdua tapi jangan buat mama kamu semakin lemah.” Datuk Musa tutup perlahan pintu wad. Datin Jane jatuh dalam bilik air dan dikejarkan ke hospital kerana ada pendarahan di bahagian kepala.

“baik papa.” Serentak jawab. Qee dan Leesya masing-masing dari pejabat dan terus bergegas ke hospital.

“Qee.” Panggil Datin Jane.

“ya mama, mama janganlah cakap.” Qee dah nak bergenang air di mata tengok keadaan mamanya.

“Leesya menantu mama.” Datin Jane dah terketar-ketar hendak mencapai tangan menantunya.

“mama rehatlah dulu.” Leesya memang dah menangis sejak on the way ke hospital, terkejut dapat panggilan dari ayah mentuanya yang Datin Jane masuk hospital.

“mama rasa mama nak rehat lepas ni, mama minta maaf kalau ada salah dan silap.” Datin Jane ucap dalam keadaannya yang masih guna bantuan pernafasan.

“apa mama cakap ni?” Qee dah terkejut bila mamanya cakap bukan-bukan.

“mamaa.” Dada Datin Jane dah naik turun.

“mama janganlah tinggalkan Leesya, mama tak sayang Leesya ke? Leesya tahu Leesya menantu yang tak baik.” Leesya dah peluk Datin Jane.

“sebelum mama tutup mata mama nak sangat tengok kamu berdua bahagia seperti pasangan yang lain, ada anak sendiri.”

“mama, siapa cakap kami tak bahagia? Qee sayang dan cinta Leesya, siapa cakap Qee tak cinta isteri Qee sendiri?” terluah semua apa yang disimpannya selama ini, tentang hati dan perasaanya semua terluah bersaksikan mamanya. Leesya terdiam mendengar apa yang dicakapkan oleh suaminya.

“Leesya, mama minta maaf kalau Leesya tak bahagia bersama dengan anak mama.” Datin Jane juga teresak-esak.

“tak mama, Leesya bahagia dengan anak mama, dia yang hidupkan perasaan cinta Leesya yang selama ini beku, mama tak perlu minta maaf.”

“izinkan mama tengok cucu mama sebelum mama tutup mata.”

“mama janganlah cakap macam tu, mama tak sayang Qee ke?” Qee dah seram sejuk bila mendengar apa yang dihajatkan oleh mamanya.

“Encik dan puan boleh keluar dulu, Datin perlu berehat.” Nurse yang bertugaas pada waktu itu sudah menyuruh Qee dan Leesya keluar, mungkin waktu melawat sudah habis.

Selepas sahaja Qee dan Leesya keluar, Datin Jane dah grab handphonenya yang terletak di meja sisi.

“Rose, misi aku dah berjaya.” Ni macam lakonan dari televisyen je aku tengok haa.

“sayang baliklah dulu, ke nak saye hantarkan?” Even sedih Qee masih ambil berat tentang Leesya.

“saya bawa kereta datang sini.” Leesya rasa nak tersembam ke lantai je, rasa lemah semacam. Terkejut dapat berita yang mak mentuanya dimasukkan ke hospital.

“baliklah dulu, saya nak borak dengan papa kejap.”

“Leesya jaga mama tak boleh?”

“tak payahlah, biar saya jaga.”

“dah-dah kamu berdua balik, biar papa yang teman mama dekat sini.” Datuk Musa dah berada antara Qee dan Leesya.

“ermm, ok.”

“Leesya drive kereta elok-elok.” Pesan Datuk Musa.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Qee rasa pelik actually, cakap ada pendarahan tapi lepas 3 hari mama dah boleh keluar dari hospital. Pendarahan dekat mana sebenarnya ni? Qee jangan fikir bukan-bukan boleh tak? Qee actually tak tahu nak ajak Leesya macam mana. Ada malam gala di officenya. Aku ni bukannya jenis awek keliling pinggang yang ayat bunga boleh keluar bila-bila masa je.

“awak ni kenapa? Dari tadi ke hulu hilir.” Leesya yang baru sahaja lipat telekung pelik tengok suaminya. Kepala aku pula yang pening.

“tak ada apa-apa.”

“dah tu ke hulu hilir macam ayam jantan nak bertelur tu kenapa?”

“ayam jantan bertelur ke?”

“kalau awak semua ada.”

“ada apa pula ni?”

“awak kenapa sebenarnya ni?”

“cuba panggil saya abang, kan mama dah suruh tukar.”

“ermm, boleh tergeliat urat lidah saya.” Haishh sumpah boleh tergeliat urat aku. Kang mati keras aku sebab tergeliat urat.

“amboii sampai tergeliat urat.”

“haah, kenapa tak percaya?”

“ermm, esok malam ada gala dinner, sayang ikut boleh?”

“hah?”

“haah.”

“tak maolah.”

“no reason, please?”Qee dah buat muka budak minta penampar apa? Silap-silap melayang juga tapak tangan ni.

“ermm, oke.”

“yes!” Qee dah gembira tahap kerbau baru jumpa air.

“tapi.”

“ada tapi pula?” Qee tak jadi nak sambung bersorak.

“dah lama tak berteka-teki, jum main teka-teki, kalau saya kalah saya pergi kalau menang faham-faham jelah.” Leesya tak ada siapa boleh challenge, memang pakar menjawab dan menyoal.

“elehh setakat teka-teki time tidur boleh jawab.” Qee jangan besaq kepala sangat boleh tak? Kau kalah haru tahu tak.

“soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa?” Leesya dah bangga dengan soalannya.

“soalan lain tak ada ke?”

“kenapa?”

“senang sangat.” Qee dah buat gaya menguap riak ah tu.

“jangan riak boleh tak?” Leesya rasa nak sekeh kepala Qee.

“1lah, tu pun boleh jadi teka-teki.”

“salah, 1-0, awak pula.” Leesya dah mula nampak gigi.

“heyy betullah.” Qee dah mula bersila dah mula ltarik lengan baju sampai ke bahu.

“2 apek tolak 1 nyonya jatuhlah nyonya tu.” Leesya dah angkat kening.

“erk?oke saya pula.” Qee sabar oke, lelaki tak boleh kalah.

Memang dah tahu dari awal yang Leesya akan menang, Qee yang mula riak tak terkata boleh nangis tak berlagu, tapi tulah sebab kesian punya pasal Leesya ikut juga teman Qee malam gala.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Malam Gala ni pelik sikit sampai berkaraoke haa, aduhh Qee ni reti nyanyi ke? Kang ke laut segan bini kau ni? Leesya yang berpakaian night dress black in colour memang nampak lawa, rambutnya yang beralun itu dilepaskan sahaja. Sungguh Qee tiba-tiba rasa bangga sekejap. Cetss sempat lagi.

“saya tujukan lagu ni untuk orang tersayang.”

“Puan Leesya!” amboii sakan jerit nama aku, siapa tu? Dah ada insuran mulut belum.

Would you dance if I asked you to dance?
Would you run and never look back
Would you cry if you saw me crying
Would you save my soul tonight?

Would you tremble if I touched your lips?
Would you laugh oh please tell me these
Now would you die for the one you love?
Hold me in your arms tonight?

I can be you hero baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away

Would you swear that you'll always be mine?
Would you lie would you run away
Am I in to deep?
Have I lost my mind?
I don't care you're here tonight

I just want to hold you
Am I in too deep?
Have I lost my mind?
Well I don't care you're here tonight

 You can take my breath my breath away
I can be your hero

Leesya macam terkejut macam nak demam macam tak percaya semua ada sebab Qee nyanyi lagu kesukaannya dan ditujukan kepadanya. Asal rasa macam terharu sebak bagai. Dah lah muka Qee dah macam artis tu. Leesya kau kenapa dah ni? Macam nak minta penampar kesedaran pun ada. Reti pula laki aku nyanyi. Ingat tak reti.

“puan Leesya nak nyanyi lagu apa?” setiausaha Qee dah mula dah nak buat aku segan tahap nak balik rumah terus.

“eh saya tak reti nyanyilah.” Leesya dah bagi excuse.

“alaaa, nyanyi je lagu apa-apa, ke nak berduet dengan Encik Qee?” haishh sesuai benorlah jadi setiausaha suami aku, mulut berani.

“eh taklah, saya sakit tekak actually.” Leesya muka dah merah sebab takut kena nyanyi, weyh suara aku sumpah boleh ajak hujan dengan kilat bertekak.

“alaa nyanyilah cik Leesya.”

“puan Leesya.” Sampuk Qee, laa bersuara juga laki aku ni. Asal aku rasa malam Gala ni tak ramai orang.

“eh silap Puan Leesya.”

“hello, hah? Maaf ada panggilan.” Leesya minta keluar dari bilik yang agak besar jugalah muat untuk 20 orang.

“bila pula dengar bunyi lagu ada panggilan masuk?” semua dalam bilik tu pelik.

Di luar bilik.

“fuhhh, Leesya tak rugi kau ambil sampingan bidang teater.” Leesya dah nak gelak sebab actually mana ada panggilan masuk.

“mengelat ke?”

“opocot mak kau senget.”

“amboii kemain melatah.” Qee dah nak tersungging bibir tahan senyum.

“kemain buat orang terkejut, islam lagi tak?”

“sejak azali.”

“dah tu tak reti bagi salam?” Leesya dah geram tak terkata, kantoi aku kadang melatah. Burok rupanya.

“balik jum?” Qee dah rasa ngantok tak terkata, aku rasa tilam tu jampi aku sampai terbayang tilam depan mata.

“eh, bukan tak habis lagi ke?”

“belum, ngantoklah sayang.”



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“petua malam pertama yang indah...” Awat tiba-tiba penceramah ni cakap pasal malam pertama, dan-dan aku dalam kereta dengan Qee on the way balik ada ceramah pasal ni. Leesya tekan siaran lain.

“si suami hendaklah bagi salam minta izin isteri.” Aikk malam pertama juga sinar ni.

“suami perlu sabar...” radio ni buat pakatan apa.

“suasana malam yang indah, dengan wangian lavender..” haaa siapa pula yang bayar buat siaran sama je ni.

Tutt. Senang habis cerita terus.

“dah kenapa ni?” Qee terkejut tiba-tiba sunyi terus.

“tak ada lagu best.” Jawab Leesya sarkastik.

“laaa biar jelah, sayang saya ngantok ni kalau sunyi.” Qee tekan balik punat radio on.

“suami tidak boleh tergopoh-gapah dan perlu lembut, malam pertama tidak semestinya..”

“erk.” Haa tahu pun nak erk-erk, aku dah tutup tadi ngada nak buka balik. Qee tak tertutup balik radio.

Qee dan Leesya dama-sama terdiam. Sama-sama terkaku tak bercakap sampailah tiba di halaman rumah. Masing-masing diam dan dengar sahaja apa yang dikatakan oleh penceramah bertauliah itu. Dari a-z semua dengar. Dan-dan malam ni pasal malam pertama, sebelum-sebelum ni tak ada pula pasal ni.

“saya naik dulu.” Leesya terus keluar dari kereta. Menonong je Leesya jalan.

“mak aihh asal malam ni pasal ni dengan aku diam tak berkutik haaa.” Qee nak tarik senyum tak jadi nak terus ikut Leesya naik pun segan. Aduhh lemah pale lutut den ha.

Di bilik tidur.

“alaaa asal zip belakang ni buat hal.” Leesya dah nak nangis sebab zip gaunnya tersangkut.

“maa, macam mana ni.” Tersangkut rambut sekali, tulah Leesya yang kau terus buka tu kenapa. Tahulah nak cepat tukar baju tidur dan terus tidur. Kalau dah tertarik dengan rambut memang perit ya rabbi. Qee hangan kau masuk sudah.

“sayang kenapa ni?” Qee tertanya sebab tengok muka Leesya macam tengah perit je.

“erk.” Aduhh nak suruh ke tak ni? Kalau tak suruh kau nak suruh siapa lagi?

“sayang kenapa ni?” tanya Qee lagi sekali sambil mendekati Leesya.

“tak ada pape, maa.” Tulah tipu lagi kan dah makin tertarik zip tu.

“memang tak ada pape.”

“zip tak boleh buka.” Leesya rasa perit mungkin sebab jari tersepit sekali. Zip kena dekat jari? Mak aihh perit tu.

“sini saya tengok.” Gulpp dahlah nampak separuh bahagian belakang. Leesya redha jelah, nak makin luka jari tu?

“jari saya.”

“saya tarik perlahan-lahan.” Qee tarik perlahan zip bahagian belakang sambil tiup untuk kurangkan kesakitan.

“sakit.” Leesya cengengnya, aku pang kunk.

“maaf tersentuh.” Qee tersentuh bahagian belakang Leesya. Kalau tak tergoda bukan lelakilah namanya kan. Qee cium bahu Leesya.

Kriukk. See kan aku dah kata time macam ni memang ada gangguan yang tak ada insurans. Bunyi handphone Qee yang Leesya dah tukar bunyi tone. Sumpah boleh terbantut semua yang rasa. Leesya terus bergegas ke toilet.

“asal?” Qee actually memang nak hentak kepala siapa yang ganggu time ni.

“waalaikumsalam.” Rizal perli.

“aku tak bagi salam pun.”

“yang kau ni angin macam orang datang period ni kenapa?”

“yang kau ni tahu tak sekarang pukul berapa?”

“nak dekat pukul 12.”

“dah tu aku sebagai lelaki dan suami orang akan buat apa time ni?”

“ish kau ni segan aku nak menjawab.”

“tahu pun, asal call?” Qee dah serabaikan rambutnya akibat serabut.

“saje rindu.” Rizal kau boleh nak tambah petrol dekat api.

“kau nak rasa terlempang tak?”

“eh tak, ni aku nak bagi tahu tahun ni ulangtahun syarikat perkapalan yang ke-20 so nextweek ada percutian ke bali, kau tahu kan?”

“kau call aku semata-mata nak cakap pasal ni, kau nak gaji ke tak bulan ni?” Qee dah start mengugut anak orang.

“amboii jangan ah mengugut time ni, kang..”

“apa kang-kang? Esok tak boleh cakap ke?” Qee rasa geram ya amat dekat kawannya yang seorang itu.

“aku nak cakap benda lain actually.”

“boleh tak kau straight to the point dari tadi? Kalau aku tertolak gaji kau bulan ni jangan marah naa.”

“kau ni asyik petik gaji je dari tadi, tak tadi aku lalu depan rumah kau kebetulan hantar kawan aku dekat kawasan rumah kau.”

“then?” tanya Qee lalu melabuhkan punggung di sisi katil.

“aku nampak ada orang duk teropong dari kawasan semak depan rumah kau, kau pasang guard dalam semak ke?” tanya Rizal.

“guard dalam semak? Bila pula aku upah guard dalam semak?” Qee dah rasa tak sedap hati.

“kau kan pelik sikit, manalah aku tahu tu aku tanya.” Rizal pula semakin pelik dengan Qee.

Perbualan antara Qee dan Rizal berakhir dengan tanda tanya. Siapa pula dalam semak tu? Tak kan Qee tak perasan selama ni? Kenapa orang tu nak terporong sampai dalam rumah aku? Teropong rumah aku dapat duit ke? Memanglah kalau ada orang upah. Hah?



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“awak saya nak ajak dorang sekali boleh pergi bali?” amboi suara nak goda aku apa ni.

“tak boleh.”

“alaa bolehlah, awak masukkanlah nama dorang sekali.” Leesya tiba dah terfikir nak bercuti lagi sekali. Bali tempat yang mereka idamkan selama ini.

“tp dorang mana kerja situ, mana boleh sesuka hati nak ikut.” Actually aku pun tak tahu dorang boleh ikut ke tak, suka je bagi keputusan terus.

“alaa.”

“titik tak boleh.”

“kalau tak boleh saya tak nak ikut.”

“amboi, mengugut apa?”

“eh sukalah, awak tu bos buatlah nama dorang boleh pergi.” Leesya pandai juga kau kan, strategik banyak juga dalam kepala, owh nak main tarik tali dengan aku kan.

“ingat saya bos boleh sesuka hati bagi orang luar join?”

“dorang bukan orang luar tapi kawan saya, macam adik beradik dah.”

“ermm tengoklah dulu.”

“oke, tengoklah dulu nak ikut ke tak.”

“hee, pandai eh sekarang mengugut balik.” Qee dah geram tengok muka Leesya yang innocent sungguh tu.

“see the leglah.”

“dah see dah.”

“erk.”

“apa erk-erk?”

“suka hatilah, huh.” Leesya buat muka.

“ermm kalau tengoklah dulu nak ikut ke tak tengoklah dulu nak masukkan nama dorang ke tak.” Ingat dia je pandai ugut aku pun pandailah.

“oke-oke saya ikut awak pergi.” Haishh ingat tak pandai mengugut, 2x5 je.

“oke esok saya tanya Rizal boleh tak orang luar join.”

“berapa kali saya nak cakap dorang bukan orang luar.”

“heeee yelah, salah sikit pun tak boleh.”

“tak boleh.”

Lepas je bincang pasal pergi Bali semua Leesya turun bawah untuk masak makan malam. Even sibuk dengan kes baru Leesya masih ingat tanggungjawab sebagai seorang isteri. Duk berangan pergi Bali time masak.

“maaaa abenda berbulu ni?” Leesya usha ke bawah dan terlihat..

“kucing?”

“heeeee, siapa punya ni.” Sumpah Leesya takut dengan kucing. Leesya dah duduk bersila atas kabinet, nasib dah angkat lauk dari kuali, tak? Hangus.

“ya tuhan, yang sayang bersila atas tu kenapa?” Qee dah tergelak tengok Leesya comel je bersila.

“siapa punya kucing ni?” Leesya dah tunjuk ke arah kucing di bawah.

“sayalah.” Qee dah dukung kucing parsi, mak aihh gemuknya.

“bila pula awak bela kucing?”

“tadi.”

“siapa bagi awak bela kucing?”

“eh rumah saya sukalah nak bela kucing ke rimau.” Qee dah belai kucing di dukungannya.

“tak boleh ke bela binatang yang tak berbulu?” Leesya geli takut semua ada, jumpa kucing dekat restoran pernah melayang meja akibat terkejut dan takut punya pasal.

“semua binatang berbulu.”

“ada je tak berbulu, ular.”

“nak bela ular ke?” Qee dah dekatkan kucing ke arah Leesya.

“dekatlah kalau berani, hilang bulu kucing tu saya cukur.”

“amboi macam diktaktor dah ha.”

“memang, pergi jauh-jauh dengan kucing tu.” Leesya dah suruh Qee keluar dari dapur.

“alaa tolong pegang sekejap je.” Qee dah nak letak atas riba Leesya.

Meowww. Perghh garang kucing ni.

“maaa.” Mata Leesya dah berkaca, Leesya trauma dengan kucing actually.

“dengan kucing pun takut, dia tak makan oranglah.” Qee dah tersengih.

“memang! Tapi dia cakar orang.” Memang comel kucing tu macam garfield tapi kalau dah takut tu jadi raja memang harapanlah nak memuji kucing.

“dia? Nama kucing ni elbok.” Sumpah berat juga kucing Linda ni, makan nasi apa.

“papelah, dahlah bawa keluar kucing tu nanti bertengkar juga dengan saya.” Jangan main-main aku pernah bertengkar dengan kucing macam aku bertengkar dengan manusia pula.

Kalau lelaki suka bela kucing tandanya dia seorang yang penyayang. Tak kisahlah penyayang ke apa. Abah pun sayang family tak ada pun bela kucing. Kalau ada kaitan dengan kucing memang boleh haru life aku. Elbok kau buat baik dengan aku aku pun buat baik dengan kau. Leesya cakap sorang-sorang dekat dapur. Kucing? Ya tuhan.

6 comments:

Qwerty said...

hahaa.
rizal ni kacau daun sungguh.
sian qee.
ekekee.

PENULISJIWA said...

Qwerty

tahu xpe
haha

PENULISJIWA said...

aku_dia

:D

yAyA said...

adess..lwk btul la..
thibur gla..hlg jap tension..hahaha

PENULISJIWA said...

cAhAyA

hehe
tengs datang baca

sinichies_girl88 said...

ermmm bilakah akan tiba saat qee dan Lesya leh terima antara satu sama lain huhuhu
heheh nak lagi heheh