Sunday, April 17, 2011

Rahsia tulisan jiwa 23


Mak aihh berat juga bini aku ni. Asal aku rasa rumah ni banyak anak tangga ni. Sebelum ni aku rasa tak banyaklah pula. Tadi aku rasa Leesya macam bendera Jepun datang melawat, sebab tu ke dia pengsan? Qee dah letak Leesya atas katil.

“aduhh macam mana ni.” Qee dah garu kepala padahal tak ada kutu bagai, muka dah serabut tahap bini empat. Aku rasa dia pengsan terus tidur kot.

“tak kan aku nak salin..” Hishh ke situ pula, aku kan suami dia memang boleh.

“Qee kau nak buat apa ni?” Qee dah macam meroyan sebab tak tahu nak buat apa, nak salin pakaian dia memang boleh tapi bukan ke dia perioodd.

“give me idea!” haa amik kau kan aku dah jerit, tapi dia tak sedar juga. Tidur mati apa?

“ermmm, patut ke?”

“tak.”

“patutlah!”

“tak.” Qee dah pergi wardrobe ambil sehelai kain tuala dan letak bawah badan Leesya. Itu je otak dia mampu berfikir.

Keesokan harinya.

Arghhhhhhhhhhh. See aku dah agak dah memang akan dengar ada orang menjerit. Betol jangkaan aku, sebab jangkaan aku tak pernah meleset. Qee dah tutup telinga guna kedua belah tangannya. Terkejut punya pasal sebab Leesya jerit kat sebelah dia. Aku agak dah asal aku tak letak cotton buds awal-awal ni. Qee dah berkerut dahi.

“sayang jangan jerit boleh tak?” nasib aku sayang dia, Qee terkejut. Jap aku ke yang cakap tadi?

“awak buat apa dekat saya semalam haha?” Leesya tarik comforter sampai paras dada.

“alaa sayang tak ingat ke?” Qee sengaja buat gaya manja+menggoda+minta+penampar.

“sampai hati awak.” Leesya tiba-tiba rasa sebak.

“laa, saya ada hak ke atas diri awak.” Qee rasa hak dia sebagai seorang suami tak pernah Leesya ambil tahu.

“sukalah awak.” Leesya dah menangis.

“kenapa? Tak boleh? Saya ni siapa? Suami awak, bukan Zakuan.” Qee tiba-tiba naik angin tak tentu pasal.

“sanggup awak..” tak sempat Leesya nak habiskan ayatnya Qee dah menyampuk.

“awak tak payah risaulah, saya tak sentuh awak pun malam tadi, darah tu bukan dari perbuatan saya tapi malam tadi awak period kan? Ke awak dah hilang ingatan.” Qee berlalu macam tu sahaja, ya dia memang terasa hati. Siapa dia di hati Leesya.

“awakk.” Leesya dah buntu, terdiam dan salah dia main tuduh. Leesya asal kau main tuduh je? Qee tu kan suka main-main. Ya Allah Leesya dia tu suami kau.

Leesya ambil cuti hari ini dan pergi ke rumah keluarganya. Dah lama dia tak datang rumah keluarganya. Leesya sedih, asal kau sedih? Leesya terasa hati bila Qee naik suara dengan dia. Leesya asal kau ada perasaan macam tu? Ke kau dah ada perasaan dekat dia? Asal tak admit dari awal?



''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


“maa.” Leesya kalau dengan Puan Roselee budak 5 tahun boleh menyampah tengok. Manja sakan. Yelah anak bongsu dah tu selalu dimanjakan abang dan keluarganya. Tak padan dengan status isteri orang.

“kenapa pula dah ni?” Puan Roselee pelik tengok anak daranya eh salah anak perempuannya.

“salah Leesya ke?” tanpa tajuk tanpa isi tanpa penutup terus tanya soalan macam tu.

“ermmm, Leesya ingat tak apa yang mama pernah pesan dulu?” tanpa cerita atau tajuk atau semua itu Puan Roselee dapat rasa apa yang anak dia tengah hadapi, hati seorang ibu tiada siapa yang boleh tanding.

“hmmm.”

“Leesya tahu apa hukum tidak layan seorang suami?apa hukum membelakangi suami? Syurga seorang isteri terletak di telapak kaki suami, mama tahu perkahwinan antara kamu berdua bukan atas dasar percintaan tapi percayalah bercinta selepas kahwin lagi indah dari semuanya sayang, percayalah cakap mama.” Puan Roselee cium dahi anaknya lalu bangun dari sofa.


Mamanyalah antara mama yang terbaik dalam dunia, Leesya termenung di beranda rumah teringatkan apa yang dipesan oleh Puan Roselee. Apa perasaan kau dekat Qee Leesya? Tapi bila Qee rapat dengan perempuan lain tahu pula kau nak naik angin. Eh aku tak naik angin, dah tu? Shut up!

“mana tie saya?” tanpa salam tanpa muqadimah terus disergahnya isteri.

“huh, jangan bagi orang terkejut boleh tak?” Leesya dah masuk dalam bilik.

“saya tanya mana tie saya?” suara dah naik satu level.

“yang awak nak marah-marah ni kenapa?” Leesya dah kenapa pula ni? Asal rasa kabur mata ni, asal rasa berbahang muka?

“saya tanya mana tie saya, tak dengar ke?” Qee tak baik cakap dengan bini macam tu.

“japlah, period apa?” Leesya tak nak mengalah juga.

“saya dah lambat ni, cepatlah sikit.” Qee dah capai briefcasenya.

“nah!” Leesya bagi dekat dada Qee.

“pakaikanlah.”

“hmm.” Leesya rapat kearah Qee sambil ikatkan tie, mata Leesya dah berkaca.

“dah kenapa pula ni?” Qee nampak tubir mata Leesya penuh dengan air mata. Yang kau nak naik suara tu kenapa? Tak ke sentap bini kau ni? Aku naik suara ke? Nak kena lempang?

“habuk masuk dalam mata.” Leesya dengan egonya.

“owhh, tak kerja hari ni?”

“tak, MC.”

Ruang makan.

“saya nak scramble egg.”

“nah.”

“letakkanlah.”

“tak naklah, nak roti bakar.”

“oke.”

“ermm, tak payah bakarlah.”

“oke jap.”

“nak jem strawberi.” Qee suka jem strawberi, lelaki minat strawberi ke?

“ermm.”

“Qee, yang kamu ni dah tak ada tangan ke?” kan dah kena, saja nak menggedik kan dah kena sound dengan mama.

“awak nah roti jem strawberi.” Leesya hulurkan roti dalam piring.

“berawak saya lagi?” Datin Jane tegur.

“errr.”

“dah, mama tak nak lagi panggilan macam tu, tukar dan mulai sekarang Leesya kena panggil Qee ‘abang’.” Arahan mandatori dari inspektor Jane dah keluar. Mak aihh buat pakatan dengan Qee ke ni?

“dan Leesya kena bahasakan  diri ‘sayang’ kan mama?” mama ni memang mama paling mantoplah dalam dunia, tahu-tahu je aku nak Leesya panggil aku abang.

“tak kisahlah, tapi Leesya kena guna panggilan ‘abang.” Arah Datin Jane, dan Leesya jelir sebab tak berjaya pancing mama.




 ''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


Leesya bangun je pagi ada tangan yang suka-suki peluk pinggang. Dah bayar insuran belum kang ada tersepak dekat sini. Ya tuhan tak baik, dia suami aku. Tapi Leesya tak pula nak naik angin. Leesya nak capai handphonenya yang tadi ada mesej masuk.

Huuh.

“dapat pun.”

“sayang.” Aduhh asal tegak je bulu kat tengkuk ni, Qee dah pusingkan badan Leesya.

“apa.” Leesya saja buat pakatan merajuk-marah semua ada sebab kena panggil Qee dengan panggilan abang.

“sayang lawalah.” Qee saja nak test Leesya, padahal iman dah gugur satu-satu sebab tengok Leesya baru bangun dari tidur memang rasa lain macam. Haishh tak boleh jadi.

“erk.” Asal jantung aku macam nak tergelincir dari landasan ni. Kepantasan yang lebih dari tahap maksimum, Leesya berdebar.

Prutttt.

“heee.” Qee terkejut bunyi kentut.

“hehe ada mesej masuk.” Leesya dah sengih, mak aihh bunyi mesej masuk memang antik sungguh, macam bunyi kentut dalam air dah.

“lari terus mood.” Qee terus keluar dari comforter, dia ada shot gambar hari ni, rindu pula nak jadi model. Nasib baik hari ni hari minggu. Leesya dah godek handphonenya. Muka serius nak mati.

“yes!” Leesya tiba-tiba jerit.

“dah kenapa pula ni?”

“tak ada papa, huh.” Leesya terus grab tuala.

“aikk, nak mandi sekali ke?” Leesya dah luar kawalan tu sampai nak masuk juga dalam bilik air walaupun dah nampak Qee tengah belek muka depan cermin dalam bilik air.

“hah?”

“abang oke je.” Qee dah nak tarik tuala di pinggangnya.

“maaa.” Leesya terus lari keluar semula.

“bhahaha.” Qee dah gelak.

Studio ZULight.

“nyahh, mak rindu kat kau.” Sumpah rindu gila dekat mak make up aku ni, rindu nak sergah dia sampai melatah seminit. Even mulut bergerak tangan pun bergerak.

“nyah pun sama nok.” Leesya turut melenggokkan bahasa.

“macam mana kau boleh ada dekat sini nyah?”

“Zul panggil nak shot gambar, aku apa lagi setujulah kebetulan aku free dan hari minggu kan? Dan aku pun lama tak duduk depan sportlight alang-alang buat sunburn, bhahah.”

“nyah mana suami kau? Tak datang sekali ke?”

“dia ada hal, asal?”

“yelah aku nak try ngorat manalah tahu dia jatuh hati kat aku ke nyahh, tak tidur malamlah mak dengan dia nyah.” Mak aihhh tak padan dengan suami aku pun nak rembat.

“Leesya! Ready.” Jerit pekerja bawahan Zul.

“oke.”

Perghhh sengal tulang aku dah ni, akibat lama tak posing memang boleh tergeliat urat tulang aku ni. Bakat aku dah tumpul kot, haha hampeh kau Leesya. Muka pun aku rasa ketak semacam dah haa.

“oke Leesya stay situ kejap, model lelaki nak masuk.” Hye Zul ni tak ngomong pun dekat aku ada model lain nak bergambar dengan aku. Leesya berpakaian seperti seorang peguam bela dan Leesya memang nampak lawa mungkin sebab dah lama tak make up macam artis.

“oke ready.” Makkk suka-suki je laki ni pegang pinggang aku, memang pantang nenek moyang belah biras nenek aku ni.

“oke cantik, still still Leesya rapat lagi bahagian bahu.” Zul dah bagi arahan  di sebalik kameranya.

“agaklah nak pegang, buat biasa dahlah.” Leesya sengih sambil keluar suara.

“suka hatilah.”

“haishh, memang pantang aku.”

“amboii bahasa dengan suami macam tu ke?”

“hah??”

“apa hah hah?” Qee buat gaya pandang Leesya memang nampak romantik sangat, Leesya masih kaku sebab terkejut punya pasal. Qee nampak kacak sangat dengan pakaian formalnya, mereka berdua gayakan baju dari brand A|X formal punya.

“Qee turunkan tangan sikit.” Haishh Zul ni memang nak kena ni. Dahlah tangan tu bahagian pinggang aku yang sensitif.

“oke.” Qee lagi menjadi-jadi, perfume dia memang menambat hati Leesya.

Selepas berhempas pula sengih macam nak tercabut mulut, krem pipi barulah habis sesi penggambaran. Agak seganlah juga sebab model lelaki suami sendiri dan untuk pertama kali shooting sama. Qee macam dah biasa dengan semua ni, yelah Qee pun model pakaian dulu.

“done, fuhh puas hati aku dan memang serasi.” Zul dah regangkan uratnya selepas habis sesi.

“haha, kali ni tajuk apa pula kau buat?” Qee tahu Zul memang jurugambar yang memang pro.

“dapatkah peguam bela jatuhkan suami dalam kamar beradu, gempakkan tittle?” Zul dah buat tangan di awangan.

“mak aihh tajuk tak menahan.”

“asal tajuk tu pula?” Leesya tiba-tiba menyampuk.

“yelah selalunya kau jatuhkan musuh dalam court sekarang dalam kamar beradu pula.” Zul cerita panjang lebar sambil terbayang cover depan majalahnya.

“Bos!” pekerjanya jerit.

“kenapa?” pekerja tersebut bisik sesuatu di telinga Zul dan beberapa minit berlalu.

“asal?” tanya Qee.

“Qee kau kena tolong aku.”

“asal?”

“shoot sekali lagi tapi ambil bahagian belakang je.” Zul dah buat gaya memohon.

“oke tara hal.”

“tapi kena buka baju hanya pakai seluar jeans.”

“tak apa, aku dah biasa, shoot untuk apa?” Qee dah bangun dari kerusi.

“pakaian dalam wanita, ada model perempuan lain peluk bahagian belakang je.” Jawab Zul pendek.

“oke.”

“huh.” Leesya terus blah. Leesya kau jeles ke?tak ada masa. Sekarang free kan? huh.

“dah kenapa pula ni?” Qee tak jadi nak berlalu.

“tak ada apa-apa, dah lah saya balik dulu.” Leesya buka kot yang ikut bentuk tubuh badannya.

“jap!” Qee dekat ke arah Leesya.

“kenapa?” terkejut Leesya tengok Qee cepat-cepat butangkan butang kemejanya bahagian dada.

“nampak, oke bawa kereta elok-elok.” Qee cium dahi Leesya dan berlalu ke ruang tukar baju. Leesya baru sedar yang Qee tak nak orang lain nampak bahagian dadanya.



''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


Leesya teringat dekat studio pagi tadi. Time Qee butangkan kemejanya. Dia suami kau Leesya dan dia sahaja yang berhak. Yang panasnya model pakaian dalam wanita tu. Tak menahan posing dengan belakang Qee. Memang menggoda habis, nasib bahagian belakang je ambil. Memang dah biasa sebab Zul ambil gambar dari semua jenis.

“sayang tolong urutkan.” Qee dah mula stock mengadanya.

“tak kuasa.” Leesya lipat baju yang baru kering jemur petang tadi.

“tak baik tak layan seorang suami.”

“erkk.”

“kang saya minta lebih dari tu.”

“huh.”

“sayangggg.”

“heeee geli.” Leesya dah urut bahagian leher terasa naik bulu roma.

“amboii geli habis nampak?”

“memang.”

“nak muntah rasa.”

“aikk belom start dah muntah?”

“heeee.”

“advance sungguh.” Qee dah gelak.

Papp

“kan dah kena.” Leesya baling bantal kusyen atas kerusi jati bahagian depan katil.

“hmmm, yelah siapalah kitakan.” Qee dah buat gaya merajuk.

“siapa?”

“entahlah.”

“alolololo, sadisnya mak tengok.”

“dahlah nak tidur.”

“tak nak urut?”

“tak apalah.”

“betul ni?” Leesya dah nak start sengih.

“cepatlah.”

“tapi saya tak reti urutlah.”

“urut je, sengal tulang belakang.”

Siapa yang urut siapa entah. Tak reti punya pasal then Qee ajarkan cara ururt. Sampai ke sudah Qee urut Leesya sehingga dua-dua terlena. Leesya yang dah baring meniarap, Qee pula tangan masih di bahagian belakang dan tertidur atas bantal yang sama. Sampai ke pagi tak berubah cara tidur. Penat punya pasal. Mereka tak perasan ada dua pasang mata tengah mengendap di bahagian pintu dan ada senyuman di bibir mereka. Mereka tak tahu ketika sesi penggambaran ada sepasang mata semakin bertambah api dendam.

2 comments:

Anor said...

lagi-lagi..bilalah agaknya leesya
ni nak jadi seorg isteri yg
sebenarnya. cian dgn Qee dn siapa
pula yg masih berdendam kpd mrk
berdua tu ye...sambung lagi.

Anonymous said...

bila Qee dengan Leesya nak ada anak sendiri ni?
sambung2