Monday, March 21, 2011

Rahsia tulisan jiwa 20


Lepas sahaja balik dari bilik Encik Qaiser, Leesya dah berehat di dalam officenya. Last week baru sahaja balik dari bulan madu minggu ni dah dapat kes baru. Masaklah kau Leesya. Leesya ini lah namanya lawyer, bila-bila kes sahaja akan kita dapat tidak kira waktu, tapi doktor lagi naya sebab bila-bila masa boleh dapat on call. Kadang time melabur pun boleh dapat tahu.

Tuttt tutt.

“siapa pula mesej ni?” Leesya dah belek handphonenya. Qee rupanya.

+balik nanti kita pergi jj.

-buat apa?

+pergi bakor Jaya Jusco tu.

-petrol dah ada?

+heee, mama suruh beli barang dapurlah.

-laaa, tadi ckp nak pergi bakor.

+dah, habis kerja tunggu bawah. Nanti sy pick up.

-ok

“nak bakor konon, ni mesti terpengaruh cerita ‘hantu kak limah balik rumah ni’.” Leesya teringat tengok wayang dengan Ain dan Nia. Nia boleh tertidur dalam wayang, orang lain gelak nak pecah perut dia boleh layan tidur, mungkin dia penat sangat.

“haishhh, nasib badan hari ini penat.” Leesya dari tadi membebel sorang-sorang dalam officenya.

“kak Jun, saya pulang dulu.” Leesya dah lambai ke arah kak Jun, pekerja di bahagian pentadbiran urusan masuk.

“oke, hati-hati.”

Sampai sahaja di lobby bangunan, Qee dah ada depan bangunan dengan keretanya. Ingatkan lambat, nasib cepat kalau tak memang aku membebel. Keluar sahaja dari kereta lepas parking, Qee terus grab tangan Leesya.

“eeee, apa ni pegang-pegang?” Leesya dah segan sebab ramai yang tengok.

“suka hatilah, nak pegang tangan isteri saya ke tak.” Qee makin kuatkan genggaman tangannya.

“janganlah, malu orang tengok.” Leesya dah nak bukakan jari-jari Qee.

“biarlah diorang tengok pon, peduli apa saya.” Qee dah menonong berjalan.

“heee, menyakitkan hati sungguh.” Leesya dah geram dengan suaminya yang seorang itu.

“apa heee-heee? Elehhh cakaplah memang nak pegang tangan pun.” Qee lagi nak mengusik. Qee dengan masih berkemeja white plain yang ikut badan dan seluar khaki warna kelabu, Leesya pula dengan baju kemeja plain white juga dan seluar slack belang-belang hitam putih. Mana semua tak pandang sebab masih berpakaian kerja lagi then pegang tangan.

“kenapa semua pandang kita?” tanya Leesya sambil tengok ke arah badannya dan belek pakaiannya.

“biarlah, ehh asal awak pakai baju sama dengan kita?awak tiru kita ek?” Qee baru perasan yang dia dan Leesya pakai baju warna sama dan plain. Mereka tak perasan yang setiap hari warna baju kadang-kadang sama dan seakan-akan.

“buang masa nak tiru, ke awak yang tiru?” Leesya pun baru perasan.

“saya tak gosok pun baju, sayang yang gosokkan mana saya tahu.”

“manalah saya tahu, dah awak yang selalu pilih baju kemeja warna apa yang awak nak pakai, saya gosokkan sahaja. Huh.”

“Dah jum masuk cold storage.” Qee dah ambil troli, sebalah tangan tolak troli sebelah tangan masih genggam tangan Leesya.

Lepas sahaja habis beli barang dapur, Qee masuk ke toilet dan Leesya hanya tunggu di luar. Leesya bergerak ke butik poney yang jual pakaian baby. Leesya suka tengok pakaian baby, terutama pakaian baby boy dan baby girl juga. Tiba-tiba Leesya teringin nak ada baby sendiri.

“tengok apa tu?” tanya Qee sambil pegang tangan Leesya semula.

“heee, tangan tu dah basuh belum?” Leesya dah nak tarik balik.

“dah lah.” Qee dah buat muka geram.

“yelah tu.”

“tak caya baulah, sayang tengok apa?”  tanya Qee lagi sekali.

“tak ada apa-apa.” Leesya dah nak mulakan langkah, dia tak tahu yang Qee dari tadi perhatikan dia dari jauh.

“jum masuk.” Qee dah tarik tangan Leesya untuk masuk ke dalam butik Poney yang jual pakaian baby tu.

“hah? Eh awak nak buat apa masuk sini.” Leesya dah gelabah, pekerja butik poney tu dah tersenyum ke arah mereka berdua.

“ermm, sayang nak baju baby warna apa?” Qee dah pegang baju baby warna pink.

“awakkk.” Leesya dah panggil Qee perlahan sambil buat muka lebih-baik-kita-keluar-sekarang. Qee balas buat reaksi muka tak-nak-keluar.

“berapa umur anak encik dan puan?” tanya pekerja butik poney tersebut. Qee sengaja buat macam tu sebab nak naikkan keinginan Leesya untuk memiliki anak.

“dalam perut lagi.” Jawab Qee selamba sambil nak pegang perut Leesya.

“erk?” Leesya dah tarik tangan Qee untuk keluar dari butik tersebut.

“amboii, pandai dah tarik tangan abang sekarang.” Qee dah nak gelak.

“heee, dah jum balik.” Leesya dah buat muka marah.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Selesai solat berjemaah Qee dah terlena. Sebelum naik atas mandi, Leesya dah tolong Datin Jane masak makanan untuk makan malam. Leesya termenung dekat balkoni rumah. Leesya tak perasan ada orang teropong dia dari jauh bawah pokok depan banglo kediaman. Leesya tiba-tiba teringat pesan mama, Puan Roselee ‘Leesya kena layan suami dengan baik, jaga nama baik suami jaga perasaan suami. Nak kekalkan kebahagiaan waktu bersama dalam bilik adalah kuncinya’. Leesya dah telan air liurnya dan terasa payau-pahit-keras semua ada.

“esya jum turun makan.” Qee dah merangkul pinggang Leesya.

“heee, gelilah. Siapa bagi awak panggil saya nama esya?”

“saya! Suka hati sayalah nak panggil apa pun.” Qee suka tengok muka isterinya yang nak naik marah tu.

“tak boleh!”

“boleh juga!”

“oke, saya panggil awak ‘aqee’.” Leesya dah angkat kening.

“tak nak.”

“kenapa pula?”

“macam budak-budak.”

“aqeee, jum turun makan.” Leesya dah buat nada yang boleh buat lelaki tergoda.

“hee, dont call me ‘aqee’.” Qee dah tarik Leesya yang dah nak keluar dari biliktidur mereka. Mereka nampak bahagia sangat.


Ruang makan.

“aqee cukup tak ni?” tanya Leesya sambil sendukkan nasi ke dalam pinggan. Qee yang time tu tengah minum air kosong untuk basahkan tekak terus tersedak.

Burrr

“siapa ‘aqee’?” tanya Datin Jane.

“haa siapa aqee?” tanya Qee, saja nak sembunyi malu dia yang tak tahu tahap apa dah.

“aqee anak mama ni lah.” Jawab Leesya.

“sejak bila Leesya panggil Qee dengan nama ‘aqee’?” tanya Datuk Musa.

“sejak dalam bilik tadi.” Leesya dah tersengih tanda kemenangan di pihak dia. Qee dah buat bahasa mata siaplah-salam-bilik-nanti.

“mama nak panggil aqee jugalah.”

“mama, janganlah panggil Qee macam tu, macam budak-budaklah mama.” Qee dah geram dengan Leesya dan takut satu family dia panggil dia dengan nama ‘aqee’.

“aqee cukup tak nasi ni?” Leesya dah senak perut sebab tahan gelak.

“esya, Qee nak lauk tu.” Kau ingat kau sorang boleh main-main. See the leglah. Dia pernah tengok kaki aku ke? Pernahlah, tipu ah tu tak pernah.

“siapa pula esya?” tanya Datuk Musa.

“isteri tercinta Qeelah.” Qee dah senyum dan angkat kening sebelah ke arah Leesya.

Lepas sahaja habis makan malam keluarga, masing-masing lepak di ruang menonton televisyen. Asal sejuk sangat ruang ni? Papa buka suhu berapa pula. Boleh beku aku rasa kalau lama-lama duduk sini. Leesya dah sangap, lalu Qee yang tutup mulut Leesya guna tangannya.

“bilalah mama nak rasa bermain dengan cucu, lambat lagilah kot. Mama rasa maa tutup mata dulu kalau tengok gaya macam ni.” Datin Jane dah buat drama menyentuh sanubari.

“apa mama cakap macam tu?” Qee dah pelik dengar mamanya cakap bukan-bukan. Haishh asal rasa sejuk semacam je ni. Qee dah dekatkan diri dengan badan Leesya lalu merangkul pinggang Leesya.

“betullah apa mama cakap, papa pun rasa macam tu.” Datuk Musa dah masuk pakakatan jum-kita-berdrama.

“belum ada rezekilah mama papa.” Cakap Qee, Leesya dah bagi jelingan maut sebab cakap macam tu dan bagi arahan sila-alihkan-tangan-sebelum-kaki-naik.

“tak mencuba manalah dapat.” Sakat Datuk Musa.

“malam ni Qee cuba lagi.”

“erk.” Terkejut Leesya lalu mencubit pinggang Qee.

“ouchh!sakitlah sayang.” Qee dah menyeringai akibat geli dan sakit.

“tahu pun.”

“alaa, tunggu dalam biliklah sayang.” Qee dah start nak menyakat Leesya.

“heee, tidur luar malam ni.” Leesya dah bagi arahan mandatorinya.

“memebelakangi suami pun dapat dosa, ni kan nak suruh suami tidur luar bergandalah dosa.” Qee dah start ceramah tazkirah yang boleh buat Leesya diam.

“hah.”



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Hari ini penat sangat, cari bahan bukti nak di tayang masa sidang bela. Kepala pusing bagai nak rak. Manusia kalau dah buat salah nak juga cari peguam bela, kesian orang yang tak bersalah. Leesya kalau berdebat time dalam mahkamah jangan harap ada senyuman, muka macam nak telan orang hidup-hidup dengan spek mata bingkai agak tebal rambut disanggulkan pakai kot dan seluar slack warna hitam.

“rindunya dekat mama.” Leesya tengah drive kereta cakap sorang-sorang sambil menyanyi lagu yang dipusing oleh DJ hitzFM.

“tu bukan Qee ke?” Leesya tengok kereta di sebelahnya tengah borak dengan someone. Perempuan tu siap bertepuk tampar lagi.

“perghh.” Leesya kau cemburu ke?

“Leesya think positive.” Jeles?cemburu? apa tu? Masalah sekarang lelaki itu ada bini dan bini dia adalah aku.

“macam mana aku nak think positive?” Leesya dah macam kena histeria dalam kereta. Nasib lampu isyarat tengah merah. Tiba-tiba Leesya rasa Qee curang dan ada perempuan lain.

Sampai sahaja rumah Qee tidak kelihatan di ruang tamu. Nampak sahaja Qee dengan perempuan lain dalam kereta Leesya terus tukar arah perjalanan. Leesya pergi ke taman KLCC, sempat juga dia singgah Pizza hut dan makan seorang diri.


Sunday, March 20, 2011
                                       
Kadang angin bertiup kencang

Kalau dilahirkan tanpa perasaan
Kalau tidak rasa erti cinta
Jiwa mesti tengan bukan

Kenapa mesti kalau
Kalau itu raja segala duri

“Leesya, baru sampai?” tegur Datin Jane apabila lihat Leesya sedang meletakkan heelsnya di dalam bilik kasut.

“haah maa.” Leesya terus menyalami ibu mertuanya.

“Leesya pergi mandi semua nanti turun bawah panggil Qee sekali, sekejap lagi ada orang nak datang.”

“baik mama.” Owhh dia dah sampai rumah.

Masuk sahaja dalam bilik tidur mereka, Leesya terus berlalu ke wardrobe untuk cari pakaian tidurnya. Leesya terus moody, Leesya tak baik tak salam suami. Leesya teringat peristiwa petang tadi. Kenapa aku rasa macam ni? Asal ni? Buang tebiat apa?

“lambat sayang balik hari ini?” tanya Qee yang sedang bersandar di katil sambil membaca majalah business.

“lambat ke? Macam biasa je.” Jawab Leesya acuh tak acuh.

“selalunya petang sayang dah sampai rumah.” Asal bini aku ni? Bendera jepun tengah berkibar apa?

“yeke? Tak perasanlah pula.” Leesya dah buka kotnya lalu diletakkan di dalam bakul kain kotor.

“sayang ni kenapa? Abang tanya elok-elok jawab acuh tak acuh.”

“abang? Sejak bila berubah?”

“cuba cerita dekat saya apa masalah awak?”

“tak ada apa-apa.” Leesya dah buka sanggulnya lalu menyikat rambutnya supaya kembali kepada asal.

“saya tanya elok-elok Leesya.”
“laa saya cakap tak elok ke?” Leesya dah berlalu ke dalam toilet.

apa masalah pula ni? Aku ada buat salah ke? Qee sabar oke.” Qee bermonolog lalu menyambung semula pembacaanya.

Turun sahaja bawah tetamu sudah pun sampai. Leesya tak kenal siapa, tapi. Macamku pernah tengok perempuan itu. Eh tu bukan ke perempuan yang bertepuk-tampar-macam-nak-minta-pelempang dengan Qee dalam kereta tadi ke? Leesya cam perempuan tu. Siapa perempuan tu?

“haa turun pun mereka berdua.” Datin Jane dah tersenyum ke arah tetamu mereka.

“owhh, ni lah isteri Qee untie.” Perempuan tu senyum dekat aku ke or ada orang belakang aku? Leesya dah pusing ke belakang untuk lihat ada sesiapa tak di belakang dia.

“Qee kenalkan Leesya dekat Linda.”

“Qee dah kenalkan dah dekat kak Linda cuma kak Linda tak tengok je lagi.” Qee dah duduk di sofa tanpa menhiraukan Leesya. Dia terasa sebenarnya dengan Leesya.

“Linda ni Leesya, Leesya ni kak Linda, anak kakak mama.” Datin Jane memperkenalkan mereka berdua. Leesya dah hulurkan tangan untuk bersalam.

“Leesya.” Leesya menyebut namanya sambil senyum, Leesya kau dah salah sangka. Ya Allah tak baik tahu. Dia tu cousin Qee.

“padanlah sayang bini, isteri dia cantik rupanya.” Linda dah menyakat Qee.

“Linda nak pergi outstation berapa lama?” tanya Datin Jane.

“Linda rasa 1-2 minggu kot. Linda pun tak pasti sangat sebab suami Linda pun outstation juga.” Cakap Linda sambil membetulkan rambutnya yang jatuh di dahi.

“Kaer pun outstation juga?” tanya Datin Jane.

“haah untie kebetulan sama tempat. Tak apa ke Linda tinggalkan Haiqal dekat sini untie? Linda takut menyusahkan untie je. Linda punya orang gaji balik indon.” Linda dah risau takut tak ada siapa nak jaga Haiqal dalam masa dia pergi oversea untuk outstation. Haiqal satu-satunya anak dia dengan Kaer tak merancang untuk tambah lagi satu sebab Haiqal baru berusia 2 tahun.

“tak apa, untie dah jarang pergi kelab dan persatuan. Untie pon bosan dekat rumah ini, dah lama teringin nak main dengan cucu sendiri.” Datin Jane saja kuatkan perkataan cucu.

“haha, alaa untie ni tu semua rezeki tuhan, muka Leesya dah merah tu. Kesian dia.” Linda dah gelak sebab Qee dah buat tak tahu Leesya pula dah merah muka.

“haa bagus juga Haiqal tinggal sini. Qee dengan Leesya boleh jagakan.”

“hah?” serentak Qee dengan Leesya terkejut.

“yelah, takut tiba-tiba papa kamu nak pergi holiday kamu berdualah ambil alih jagakan Haiqal.” Datin Jane dah memasang rancangan di dalam kepalanya.

“Haiqal tu senang rapat dengan orang dan tak banyak kerenah.”

“mummy.” Jerit Haiqal lalu pergi ke arah Linda. Haiqal baru sahaja masuk dalam rumah bersama daddynya dan Datum Musa.

“dah besar Haiqal.” Qee suka sangat dekat budak-budak.

“pergi salam uncle Qee dengan Untie Leesya.” Linda dah menyuruh Haiqal pergi ke arah Qee dan Leesya.

“mama papa.”

“hah?” lagi sekali mereka terkejut sebab Haiqal panggil Qee dan Leesya panggilan mama dan papa.

“haha, Haiqal dah terbiasa panggil untie dengan uncle dia macam tu.” Cerita Linda.

“okelah tu.” Datin Jane dah tersengih. Cuma Linda dah suruh Haiqal panggil Leesya dengan panggilan untie Eesya manakala Qee memang panggil papa.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Mama dan papa dan-dan nak bercuti hujung minggu. Pergi bukit Tinggi pula tu. Maknanya aku dengan Leesya kena jaga Haiqal. Mama mesti dah plan macam-macam ni.

“untie Eesya.” Qee dah nak gelak sebab Haiqal tak perlu diajar tapi dah panggil Leesya dengan nama Eesya, mula-mula panjang juga muncung Leesya tapi nak buat macam mana, Haiqal baru 2 tahun biarkan sahaja.

“ye sayang.” Leesya dah menghadapkan tubuhnya ke arah Haiqal yang berdiri di depannya.

“Aiqal nak eskem.” Dengan pelatnya Haiqal bercakap. Haiqal comel sangat bila besar confirm handsome.

“sayang nak eskem?” tanya Leesya, amboi dengan Haiqal boleh bersayang dengan aku jangan haraplah. Aku rasa tunggu aku beranak sendiri baru dia panggil kot. Qee gebang semata-mata.

“haah.” Haiqal dah buat muka manja sambil merangkut leher Leesya.

“pergi tanya uncle boleh tak Haiqal makan aiskrim.” Leesya dah cium pipi gebu Haiqal.

“papa, Aiqal nak makan eskem.”

“Aiqal nak makan eskem?” Haiqal yang dah ada dalam dukungan Qee dah angguk.

“haah.”

“kalau Aiqal nak makan eskem Aiqal kena suruh untie Eesya cium papa dulu.” Qee dah keluar idea mengarut yang rasa bila-bila boleh buat Leesya naik angin.

“untie Eesya epatlah cium papa.” Haiqal dah jerit.

“hah?” Leesya dah tergamam.

“selagi Untie Eesya tak cium papa, Aiqal tak boleh makan eskem.”

“cepatlah untie.” Mata Haiqal dah berkaca sebab nak sangat makan aiskrim baskin robbins.

“erkk.” Leesya dah tak tahu nak buat apa. Qee pula dah main mata bagi bahasa isyarat cepat-cium-sebelum-lagi-menjadi-jadi-nangisnya.

Cuppp

“oke bersiap semua nanti kita keluar pergi makan aiskrim.” Qee dah tersengih-sengih, Haiqal dah melompat kegirangan, Leesya pula rasa nak humban papa Haiqal tu masuk longkang.
KLCC

Disebabkan pergi KLCC, Qee bawa sekali kamera hitamnya. Nak bergambar katanya. Qee singgah beli aiskrim Haagen-Dazs sebelum mereka pergi ke taman. Tak jadi nak makan aiskrim baskin robbins. Nasib baik Haiqal tak kisah kalau tak memang haru.

“papa omot.” Haiqal dah gelak tengok bibir Qee yang dah comot.

“sayang tolong lapkan.” Qee tak tahu nak lap macam mana sebab dia tengah dukung Haiqal.

“lap sendiri.” Leesya masih protis pasal cium pagi tadi.

“untie Eesya tak aik buat papa macam tu.”Qee rasa sayang sangat dekat Haiqal. Huhu.

“heee, papa memang tak reti makan aiskrim kan Aiqal.” Leesya dah geram dengan gelagat Qee.

“haah.” Haiqal mengiakan juga.

Comelkan keluarga tu. Suami handsome isteri lawa baby comel. Leesya dan Qee terdiam bila ada yang berbisik itu dan ini bila lihat gelagat mereka. Bila tengok, mesti ramai ingat mereka satu keluarga. Ada suami yang tengah dukung bayi sambil sebelah tangan lagi pegang tangan isteri.

“kenapa Aiqal nangis ni?” Leesya dah cuak sebab tiba-tiba sahaja Haiqal menangis.

“dia nak susu kot.” Qee tambah gelabah ayam.

“tak, saya dah bagi dia tak nak. Sayang kenapa ni? Mama takut.” Leesya bahasakan diri dia ‘mama’?

“Aiqal kenapa ni?shhhh. Dia nak susu ibu kot. Sayang susukanlah” Qee dah ambil Haiqal untuk didukung.

“hah? Heeee.” Muka Leesya dah merah macam kena rebus-bakar-jemur semua ada.

“hehe.” Qee dah sengih.

“awak, lagi kuat dia nangis. Kak Linda cakap kalau Haiqal nangis dia tak selesa dengan pampers.” Leesya dah cek pampers Haiqal.

“then?”

“patutlah, dia iyak.” Leesya dah pelat.

“iyak?”

“beraklah.”

“nah, sayang basuhkan saya tak reti.” Qee dah hulur Haiqal ke arah Leesya.

“hee, Haiqal lelaki awaklah yang buat.”

“ke situ pula, habis kalau nanti kita dapat baby boy sayalah yang kena jaga?”

“haah. Huarghhh.” Makin kuat Haiqal menangis.

Lepas dah penat cari tempat yang sesuai untuk salin pampers Haiqal, Qee dah baringkan Haiqal Leesya pula dah buka beg baby yang macam-macam ada dalam tu. Leesya dah tak tahu nak cakap apa sebab for the frst time dia jadi seorang ibu dan tukar lampin semua.

“see, dia dah diam.” Qee lega sebab Haiqal dah tak menangis malah siap senyum. Leesya tukarkan baju takut berbau.

“awak pergi buang pampers ni.” Leesya dah hulur pampers yang telah dipakai.

“oke.” Qee dah berlalu untuk cari tong sampah.


‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’

Penat berjalan seharian dekat KLCC. Sebelum balik mereka singgah makan di Mc Donalds yang berdekatan. Qee tahu Leesya penat sebab tu mereka makan di luar. Haiqal dah lena di pangkuan Leesya. Leesya pun tertidur sekali. Qee tersenyum lalu cium tangan Leesya yang ada dalam genggamannya.

“awak angkatkan Haiqal.” Leesya dah suruh Qee angkatkan Haiqal yang ada atas pangkuannya. Qee dah buka pintu kereta sebelah Leesya.

“oke jap.” Qee angkat Haiqal lalu masuk ke dalam banglo kediaman. Qee pelik sebab Leesya tak masuk lagi.

“erhh.” Alaa kaki ni dan-dan nak kebas time ni. Aku rasa macam tak ada kakilah pula.

“sayang kenapa tak masuk lagi?”

“hah? Nak masuklah ni.”

“ke nak saya angkatkan juga?”

“tak ada masa.” Leesya dah bangun dari tempat duduk dannn.

“haaaa, tak ada kaki!” Leesya dah jerit.

“tak ada kaki apa pula ni?” Qee dah pelik.

“tak ada kakilah.”

“kaki oke tak ni?” Qee dah ura-ura nak sentuh kaki Leesya.

“jangan sentuh! Geli.” Pantang kalau kaki aku kebas ada orang nak pegang, memang makan penampor akulah jawabnya.

“kaki sayang kenapa?”

“kebaslah.” Dan tiba-tiba Leesya rasa badannya dah melayang. Qee dah angkat Leesya masuk ke dalam banglo kediaman. Dia sebenarnya ternampak ada lembaga dalam semak depan banglo kediaman. Cuma tak pasti sama ada betul ke tidak sebab pagar rumah besar dan disusun dengan papan ukir menyebabkan tidak kelihatan dengan jelas.

“jalan macam mak nenek.” Qee dah letak Leesya atas sofa.

“kalah mak nenekkan.” Leesya lagi menambah. Bukan nak terasa atau apa.

“dah jum naik.” Qee dah selesai kunci pintu dan cek semua tingkap lalu dukung Haiqal.

Malam itu mereka tidur awal, mungkin kerana penat berjalan dan shopping sekali. Haiqal tidur antara Leesya dan Qee. Tiada lagi kubu pertahanan untuk sementara waktu tetapi diganti dengan Haiqal. Leesya dah tertidur dengan tangan peluk Haiqal. Qee cium pipi Haiqal lalu cium dahi isterinya yang semakin hari semakin dia sayang lalu dia turut memeluk Haiqal.

10 comments:

zura asyfar addy rifqhiey said...

bestt..

WITHOUT A SOUND said...

merek semakin comel >.<
erk...tp siapa ek, lembaga kat semak tur???

Hafia Hana said...

nk lg...
bila diorang ni nk bl2 fall in love?

Anor said...

siapa ye yg selalu mengekori
esya dn qee? mereka berdua tak
perasan ke ada org mengekori?
jgnlah ada ape-ape yg berlaku
keatas mereka berdua dn hndaknya
cepatlh mereka dpt anak kerana
dah senang sbb dh ada practice
dh dgn haikal.
best2 nk lagi cepatlah sambung.

ihaaz said...

wahhh~
best nye
sweet je diorang

PENULISJIWA said...

zura asyfar

hehe
tq

PENULISJIWA said...

WITHOUT A SOUND

siapa lembaga dekat semak tu?
tanda tanya semuanya
hehe

PENULISJIWA said...

itua_aku +_^

hehe
tulah bila dorang ni
betul2 jatuh cinta
otw

PENULISJIWA said...

Anor

mereka tak sedar pun siapa ikut
mungkin kerana bahagia sedang dikecapi
tulah ada haiqal dah macam praktikal je dorang kan.
kebetulan

PENULISJIWA said...

ihaaz

haha
otw sambung