Monday, March 14, 2011

Rahsia tulisan jiwa 19

Kali ini update panjang sedikit sebab dah lama tak update. Akhirnya siap juga kerjakaku. Dah boleh regangkan urat dan tumpu sini pula. Hehe :D


______________________________________________________________________



Sampai sahaja di KLIA Leesya dan Qee masing-masing salam mentua masing-masing. Leesya tiba-tiba rasa tak nak pergi ke Australia sebab fikir bukan-bukan apa yang akan jadi antara dia dengan Qee. Leesya stop thinking about that!

“sayang.” Qee dah lambai tangan depan muka Leesya.

“heee. Terkejut saya.” Leesya dah tepis tangan Qee.

“tu, bye-bye dekat diaorang kita dah nak check in dah ni.” Qee dah nak hulur passportnya dan tiket kapal terbang.

“alaaa, awak pergi lah.” Leesya tiba-tiba berundur.

“buatlah perangai, nanti tak kan bawa dah pergi oversea.” Qee saja mengugut Leesya.

“hmmm.” Leesya dah lambai ke arah familynya dan family Qee.

“alaaa, seminggu je kita pergi.” Qee dah merangkul pinggang Leesya.

“awak, tak malu ke?” Leesya nak tepis tangan Qee di pinggangnya.

“tepislah. Nanti mama dan papa nampak baru tahu.” Qee bisik dekat telinga Leesya.

“erk.” Leesya dah geli tapi terpaksa tahan.

“tahu takut. Huh.” Qee dah tiup telinga Leesya.

“heeee, geli tahu tak?”

“tak tahu.”

“saja kan?”

“haah. Saja.” Qee pikul beg packnya dan Leesya pula hanya pikul leather bag red in colour dan pakai boot paras betis.

Lepas dah check in dah masuk dalam perut pesawat pramugari tu membebel apa aku memang dah masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Leesya dah nak keluarkan ipod touchnya untuk dengar lagu. Qee pula dah usha pramugari tu macam nak telan. Aku sekeh nak?

“hye, dah jatuh cinta dengan pramugari tu ke? “ agak seksi jugalah, pakai je kebaya tapi kain tu terbelah mak aihh, lelaki mengantuk pun boleh celik seluas-luasnya.

“agaklah.” Qee baru sedar sambil tarik seat belt.

“korek biji mata tu baru tahu.” Leesya dah geram. Leesya dah cemburu ka?

“amboii, ganasnya isteri saya ni.” Qee dah cubit pipi Leesya.

“heee, jangan suka menyentuh boleh tak?” Leesya dah tarik tangan Qee untuk gigit.

“haaa, putus juga jari suami sayang ni.” Qee terkejut tengok reaksi Leesya.

“tahu taku. Ingat saya tak berani ke?”

“amboii, sabarlah sayang. Nanti sampai Australia check in hotel bolehlah.” Qee lagi sakat Leesya.

“heeeee, fikiran tu asyik menyimpang. Tak ada masa langsung.” Muka Leesya dah merah macam beg dia kot. Gebang semata-mata.

“alaa. Sayang saya lagi lawa.”

“ni bodek apa?”

“agaklah. Upahnya?” Qee dah tunjuk ke arah pipinya.

“tak kuasa mak.” Leesya teringat juru make up dia dulu.

“mak pun sama.” Qee dah buat gaya pondan.

“hee, geli tengok.”

“tahu tak apa.” Qee dah gelak sebab buat gaya pondan.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Sampai sahaja di lapangan terbang Australia Leesya dah macam rusa masuk kampung. Entah nama apa airport ni. Disebabkan Australia banyak airport so aku tak tahu nama apa pula airport ni.

“dah jum.” Qee dah tolak troli yang berisi beg mereka. Mungkin tadi Qee pergi ambil beg yang baru keluar dari cargo.

“pergi mana?” tanya Leesya sambil berjalan di sebelah Qee.

“nak pergi cari hotel yang mama dah tempah.” Qee tengok balik book yang ada tulis nama hotel siap ada map lagi tu. Book apa pun dia tak tahu.

“owhh, ok.” Leesya dah cabut ipod touchnya dan masukkan dalam begnya.

“excuse me sir, you know where is this place and can you send us?” tanya Qee.

“sure.” Pemandu teksi tersebut dah masukkan beg ke dalam bonet kereta.

“naik teksi ke?” Leesya tanya.

“taklah naik bus.” Qee saja jawab macam tu.

“tah pape.”

“dah nampak teksi boleh tanya.”

“saja tanya tak boleh?” tanya Leesya sambil buat mulut.

“buatlah macam tu, tarik kang.” Qee dah ura-ura nak tarik.

“huh.”


Crown Metropol Hotel, Melbourne.

“ni hotel ke bangunan syarikat?”

“sekolah.” Jawab Qee pendek.

“hee, asal dari tadi jawab macam tu. Ada juga kena sekeh kang.” Leesya dah geram tahap tera+giga semua ada.

“dah tahu boleh tanya.” Qee dah pergi ke arah kaunter untuk check in.

“huh.” Leesya hanya tunggu 5 minit Qee dah lambai tangan ke arahnya untuk naik tingkat atas.

“jum naik.” Ajak Qee lalu masukkan HTCnya ke dalam beg yang tergantung di tali pinggangnya

“beg mana?” Leesya pelik sebab beg tak ada di sisi Qee.

“ada orang hantarkan.” Jawab Qee sambil mengekori pekerja hotel yang akan tunjukkan bilik mereka.

Sampai sahaja bilik mereka, Leesya dah terkejut sebab tengok atas katil ada kelopak bunga yang disusun bentuk love ada baju tidur lelaki dan perempuan. Sumpah malu aku kalau macam ni. Qee pun dah segan tahap tak tahu nak cakap apa.

“Sir, are you sure this is our room?” tanya Qee.

“yes sir, this is your room.” Pekerja tersebut dah hulurkan kad yang hanya perlu disentuh dan pintu akan terbuka selepas di sentuh.

“thank you.” Bilang Qee lalu memberi tips dan menutup pintu.

“erk.” Leesya tak tahu nak cakap apa sebab atas katil tu ada baju pyjama lelaki dan baju perempuan yang aku rasa macam lut sinar je. Ini semua mesti plan mama ni. Lawanya bilik, bilik ni black,white and grey in colour.

“apa erkk?” Qee mungkin tak perasan baju tu, sebab tadi dia hanya perasan kelopak bunga yang disusun bentuk love.

“beg mana?” tanya Leesya sebab nak larikan diri actually.

“dekat wardrobe.” Hotel ni berapa bintang aku pun tak tahu sebab sampai ada wardrobe sekali.

“oke.” Leesya dah berlalu dan dengar Qee jerit bila dia dah sampai dekat wardrobe.

“what?” see Qee baru perasan. Amboi seksinya baju tidur tu. Qee dah mula naik tanduk sebelah.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Sampai sahaja dah tengahari, petang Qee dan Leesya jalan sekeliling hotel untuk tengok suasana hotel itu. Confirm 5 stars tengok dari gaya dia punya servis memang terbaik dari ladang punya.

“Saya mandi dulu.” Leesya dah cop toilet sebab badan tak selesa dari Malaysia tak mandi lagi. Melekat-lekit badan ni.

“oke,” Qee dah buka bajunya dan hanya pakai seluar jeansnya. Lepas Leesya masuk toilet tiba-tiba rasa perut ni memulas tahap tak ingat dunia.

“Leesya boleh tak sayang cepat sikit mandi?” Qee dah ketuk pintu toilet. Aduh pintu ni tak berbunyi bila ketuk, buat dari apa aku tak tahu. Buat sakit tangan aku je.

“Hah?” Leesya dah jerit dari dalam toilet yang tengah lumur rambut dengan shampoo, alaa shampoo ni dan-dan time ni juga nak masuk mata. Jap, tadi aku kunci tak pintu? Jangan cakap aku tak kunci.

“sayang, cepatlah.” Maaa hujung dah ni. Qee pengotor. Qee dah pulas tombol, aikk tak kunci.

“haaaa?” Leesya dah raba mana letak pula button ni, dahlah guna button bila nak buka air. Ya tuhan pedihnya mata alahai.

“sorry sayang abang terpaksa masuk sebelum tercirit dalam boxer ni.” Qee dah masuk dan terus ke arah mangkuk tandas.

“maaaaaaaaaaaaaaa!.” Leesya dah jerit sebab tengok Qee dah duduk dekat mangkuk tandas. Leesya baru sahaja basuh muka dan buka pintu kaca.

“erkk?” Qee lagilah tergamam tengok Leesya dan tengok keadaan dirinya. Yang kau nak terkejut asal? Bukan kau main redah je tadi?

Lepas sahaja sesi terkejut-beruk-jerit-boleh-buat-orang-bangun masing-masing diam tak berkutik dekat katil. Leesya dah siap mandi lepas halau Qee keluar dari toilet. Agaklah macam tu, Leesya masuk balik sebenarnya dalam ruang mandi. Biarkan Qee selesaikan apa yang patut dan terus jerit suruh keluar. Memang sakitlah telinga dengar Leesya jerit tak sudah.

“saya nak mandi.” Qee segan sebenarnya dan nak lari pergi mandi, yelah tadi sempat buang air besar then kena halau. Nasib dia halau aku time tengah meneran tu, tak ke dah-dah pengotor.

“nak larilah tu?” Leesya dah nak marah.

“mana ada. Saya tak mandi lagilah.” Qee dah grab tuala yang bergulung bentuk love atas katil.

“kenapa awak main masuk je?” tanya Leesya.

“alaaa, sayang maaflah. Saya dah tak tahan sangat tadi.”

“tahan je lah.” Jerit Leesya.

“tak boleh, dah dekat hujung pangkal dah.”

“tak kisahlah dah hujung pangkal ke dunia ke, peduli apa saya dan awak tu suka-suki masuk time saya mandi.” Leesya geram tengok muka Qee yang tak bersalah tu.

"pintu tak kunci saya masuklah.” Qee dah tersengih.

“apa sengih-sengih?” jerkah Leesya.

“amboii garangnya. Sayang jum mandi sekali.” Qee dah mendekati Leesya.

“heeee, pergilah mandi. Huh.”

“jumlah.”

“dont touch me. Batal air sembahyang nanti.”

“alaa, macam tak boleh ambil lagi sekali. Huh.” Qee dah berlalu dan masuk ke dalam toilet untuk mandi. Seganlah tu. Tapi aku segan juga. Agak-agak dia nampak tak? Tak kot.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Hari pertama di Australia nak pergi tengok kangaroo dan koala. Nama apa entah tempat ni park-park, haa Caversham Wildlife Park agak jauh juga perjalanan nak pergi tempat ni. Tapi disebabkan nak sangat tengok binatang yang 24jam tidur tu nak juga pergi sini. 24 jam ke? Taklah. Agak-agaklah 24jam tak makan apa koala tu.


“apa tu?” tanya Leesya dekat Qee.

“nama binatang tu ‘wombat’.”

“gapo?”

“wombat. Macam hamster tapi saiz agak besar. Kerja dia makan dan tidur sahaja. Dah makan tidur dan bangun hanya untuk makan. Macam sayang.” Cerita Qee, Qee semua tahu mungkin dia pernah datang sini.

“ overlah tu macam saya. Alaa comelnya koala.” Leesya dah geram tengok koala yang tengah tidur atas pokok.

“nak pegang?” tanya Qee.

“nak-nak.” Sumpah excited gila aku, jakun yelah dah namanya first time.

Qee kehulu-hilir dengan kamera hitamnya itu. Orang sebut apa entah. SLR apa tu? Entah aku pun tak tahu. Dari tadi picit butang kamera tu. Leesya tak tahu Qee dari tadi ambil gambarnya. Qee suka tengok Leesya yang senyum dan happy macam nak rabak dah mulut tu.

“jum beli souvenir.” Qee dah tarik tangan Leesya.

“nak tengok burung hantu tu.” Leesya dah macam budak.

“this is you wife?” asal mat salleh ni tiba-tiba tanya.

“yes.”

“she’s beautiful.”

“err, thank you.” Qee hanya senyum dan Leesya dah over senyum.

“dahlah tu, nanti koyak pula mulut tu.” Qee saja buat muka menyampah.

“wek, huh.” Leesya dah jelir lidah.

Sampai sahaja hotel masing-masing dah terlentang atas katil. Jam dah menunjukkan pukul 9 malam. Perut dah berbunyi sebab last mereka makan time dekat park tadi.

“sayang dinner jum.” Qee tiba-tiba peluk Leesya.

“haaa?”  sejak bila entah hubungan mereka tengok dah macam pasangan bahagia, sampai ada pasangan veteren tadi tersenyum dekat mereka berdua.

“pergi mandi, then kita keluar dinner.”

“nak keluar? Sejuklah.” Sekarang suhu dalam 19 darjah celcius.

“alaa, jumlah, takkan nak biarkan perut lapar macam ni.” Qee dah tarik tangan Leesya.


“alaa, malasnya.”

“jum mandi sekali.”

“heee tak hingin.” Loghat apa entah keluar dari mulut Leesya.

“elehh, cakaplah nak.” Qee dah mula menyakat Leesya.

“drop the subject.”

“tak nak.”

“dah, nak pergi mandi, huh.” Leesya dah berlalu ke toilet dengan buat mulut muncungnya.

“buatlah mulut macam tu, nanti dah tak boleh betulkan huduhlah.” Qee dah belek kameranya untuk tengok gambar yang dia ambil sekitar hari ini.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Masa dinner Leesya tak perasan yang Qee dah berlalu ke pentas yang disediakan di cafe tersebut. Leesya hanya perasan bila Qee sebut nama penuh dia, lagu yang dia tujukan adalah untuk isterinya ‘ Ku Aina Aleesya Ku Yusri ‘ tapi dalam bahasa Inggeris dia cakap, ramai beri tepukan dan sport light di halakan ke arah Leesya.

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

Qee mixkan lagu. Mula-mula dia nyanyi lagu Maher Zain kali kedua dia nyanyi lagu No promises. Tiba-tiba Leesya rasa sebak bila Qee buat macam ni. Leesya rasa dia dihargai dan betul-betul disayangi.

Hey baby, when we are together, doing things that we love.
Every time you're near I feel like I’m in heaven, feeling high
I don’t want to let go, girl.
I just need you to know girl.

I don’t wanna run away, baby you’re the one I need tonight,
No promises.
Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms

Here tonight.

“awak malu saya.” Muka Leesya dah merah.

“just for you sayang.” Qee cium dahi Leesya bila dah duduk dan ramai yang beri tepukan. Malam tu Leesya pakai dress warna hitam dan disertakan dengan mafla. Simple sangat tapi menarik perhatian.

“thank you.” Mata Leesya dah berkaca sebab terharu sangat Qee baut macam tu.

“dah jum makan.”

“miss, this is special for you.” Waiter tersebut bawa sejambak bunga hidup untuk Leesya dan dua bar coklat.

“thank you.” Leesya dah sambut bunga tersebut.

“untuk sayang.” Qee dah senyum tengok muka Leesya.

“nah, saya ambil coklat je.” Leesya bagi bunga hidup tu.

“amboii, coklat je dia ambil.” Qee dah cubit pipi Leesya.

“sakitlah.” Leesya dah tepis tangan Qee.

Lepas sahaja makan malam, Qee dan Leesya berpegang tangan jalan. Semua tersenyum ke arah mereka berdua dan ada yang cakap mereka pasangan yang sesuai dan sepadan. Leesya dah segan tahap tak tahu nak cakap apa, Qee buat slumber badak je.

“segan saya tahu.” Masuk sahaja bilik Leesya cakap dekat Qee.

“nak segan apa pula.” Qee dah baringkan badan atas katil.

“eee, seganlah sebab semua orang pakat tengok saya time awak menyanyi tu.”

“elehh, tu pun nak segan.” Cakap Qee, Leesya dah berlalu ke toilet untuk tukar baju tidur.

Amboii lamanya Leesya ni bertapa dalam toilet. Masak maggi apa dalam toilet tu. Aku dah menguap ni. Dah mengantuk. Baju tak tukar lagi. Tukar baju dekat sini je lah. Leesya yang dalam toilet tu dah kehulu-hilir dalam toilet.

“asal aku boleh tertukar baju ni? Tadi aku rasa aku ambil baju tidur seluar.” Dan-dan baju ni nak jatuh basah habis. Asal time darurat semua ada masalah. Baju yang dia pakai tadi jatuh dekat lantai.

“Leesya kau pakai je, dia dah tidur tu. Keluar toilet terus masuk dalam selimut.” Leesya dah cakap sorang-sorang dalam toilet sambil pegang baju tidur yang aku rasa baik tak payah pakai baju.

Keluar dari toilet tengok bilik dah gelap. Alhamdulillah Qee dah tidur. Leesya jangan jalan sampai Qee bangun kalau tak aku rasa dia boleh pengsan tengok aku dan lekas masuk dalam comforter. Semenjak tidur dekat hotel ni dah tak ada kubu sebab tak ada bantal yang banyak untuk buat kubu pertahanan. Bangun sahaja esok pagi.

aku rasa Qee tengah tidur ni.” Leesya bermonolog sambil bangun untuk masuk ke dalam toilet.

“asal aku baru perasan yang bilik ni tak pakai langsir? Mak aihh, buatnya ada orang teropong? Tak ke haru? Tapi ada pemidanglah.” Leesya gebang lalu dah terjengket-jengket berjalan. Pusing sahaja ke arah laluan nak masuk toilet, Leesya nampak bayang-bayang. Siapa pula tu? Dekat sini pun ada hantu juga ke?

“awal bangun?” Qee dah soal, Qee baru sahaja keluar dari toilet dan nak buka lampu.

“hah?maaaa.” Leesya dah jerit. Apabila lampu menyala.

“erk?” Qee dah telan air liur tengok Leesya yang agak macam nak dekat lut sinar dah.

“haaa?” Leesya dah tak tahu nak buat apa.

“erk.” Qee tergamam. Qee, kau baru sahaja ambil wudu’ nanti batal juga.

“tepilah.” Leesya dah jerit.

“haa, oke.” Dan aksi ke kiri dan ke kanan sama-sama. Macam poco-poco pon ada.

“eeeee, stop. Saya lalu.” Leesya punya muka dah merah dan ditambah dengan aksi ke kiri dan ke kanan yang sama. Leesya tolak Qee.

“ya tuhan, kan betul. Batal juga air sembahyang.” Qee dah geram sebab wudu’ dah batal dan tergamam bila bersentuhan kulit. Mak datuk, kalau macam ni hari-hari boleh hanyut.

“huh. Apa tengok-tengok? Korek juga biji mata tu.” Apabila berselisih Leesya dah jegilkan biji mata ke arah Qee.

“dah nak buat macam mana, pakai lagi macam tu. Confirm tak tidur lain kali. Sumpah rugi tidur awal semalam.” Qee dah jawab slumber badak.

“huh. Menyakitkan hati.” Leesya dah hempas pintu.

“hempas kuat lagi.” Qee dah duduk di birai katil dan teringat Leesya. Qee asal kau macam dah angau air ni?

dah bini aku pakai baju macam tu. Sekarang tak main dah tergugat iman. Memang dah runtuh iman aku.”  Qee bermonolog sambil meraup rambutnya yang masih basah.

asal kau tak ikat je bini kau tu?” suara lagi satu menghasut.

ikat guna apa?” Kau ni buat-buat tak faham or apa?

aku memang tak fahamlah!” Qee bangun dari birai katil untuk pergi ke toilet. Leesya dah keluar dari toilet.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’



KLIA.

Mendarat sahaja pesawat MAS di lapangan terbang KLIA, Leesya dah mula rindu balik detik dia dan Qee di Australia. Bagi dia waktu di Australia, Qee sangat romantik. Dan rasa dan stop sahaja waktu mereka berbulan madu. Macam-macam yang dibeli. Souvenir penuh satu luggage, katanya nak bagi pada kawan-kawan dan family. Driver Datuk Musa yang ambil mereka berdua di KLIA.

“dah sampai anak mama.?” Tanya Datin Jane sambil mendepangkan tangan untuk peluk menantu kesayangannya.

“eh, taklah mama baru nak pergi.” Qee dah buka kasut hush puppiesnya.

“elehh, nak bergurau konon. Mama tak nak peluk?” tanya Datin Jane sebab Qee baru sahaja meleraikan pelukannya dengan Datuk Musa.

“naklah, boleh tanya lagi.” Qee dah peluk mamanya.

“dah kamu berdua pergi naik atas, pergi berehat nanti turun makan malam." arah Datin Jane.

“oke ma, Leesya naik dulu.” Leesya dah bawa paper bag yang berisi coklat yang dibeli di lapangan terbang Australia.

“beg ni siapa nak bawa?” tanya Qee.

“suami saya.” Jawab Leesya sarkastik.

“owhh, suruhlah dia.”

“tak apa suami saya dah nampak, nanti dia angkatkanlah tu.” Leesya dah menonong naik tangga.

“heee, bukan nak tolong ke apa.” Qee dah melagakan gigi atas dan bawah geram dengan Leesya.

“apa heee-hee? Huh.


Ruang makan.

Datin Jane masak makanan kegemaran Leesya dan anaknya. Kepulangan yang dinantikan oleh Datin Jane. Pelbagai rancangan yang dia rancang untuk anak menantunya. Datin Jane tersengih tengok Leesya dan anaknya. Tiba-tiba Leesya rasa kepala dia pening, ni mesti sebab makan lambat. Kalau makan lambat mesti tangan vibrate dan rasa nak keluarkan angin.

“aduhh, dan-dan aku rasa nak muntah. Anginlah ni menolak.” Leesya bermonolog sambil ambil gelas yang berisi air jus oren untuk minum dan melegakan tekak.

“Qee, Leesya best tak berbulan mandu dekat Australia?” tanya Datuk Musa.

“haah macam man...” belum sempat Datin Jane nak habiskan ayatnya Leesya dah mengeluarkan angin macam nak muntah.

Uwekk..

“Leesya mengandung ke?” tanya Datin Jane terus-terusan apabila tengok menantunya dah mual macam tu dan Qee yang tengah minum air jus oren pula tersembur akibat persoalan mama.

Burrr.

“hah? Leesya mengandung?” Qee dah terjerit.

“alaahh, nak buat terkejut pula kamu.” Datin Jane dah tersengih.Qee dah garu kepala.

“tak adalah mama, Leesya angin je ni, lambat makan macam ni lah.” Leesya hanya rasa nak muntah tapi tak muntah pun.

“yelah tu, mama tak percayalah.”

“kuat juga anak papa.” Datuk Musa dah menyakat.

“hishh, papa ke situ pula.” Qee dah segan tahap apa entah.

10 comments:

Qwerty said...

heh papa ni.
qee dahlah da runtuh iman tu.

jap2, dorang tak 'tu' lagi kan?
confuse sat.
=D

aFaiSh said...

ikihkihkih...
panjang tp x puas!~ :) cpt2 sambung lg hahahha

zura asyfar addy rifqhiey said...

pjg tp tak puas..hehe

Anonymous said...

Penulis.....
next entry cpt ckit yer..
x sbr nk bc citer sterusnyer...
:P

PENULISJIWA said...

Qwerty

hehe
yeap dorang masih belum
'tu' haha
lawak je

PENULISJIWA said...

aFaiSh

haha
otw sambung

PENULISJIWA said...

zura asyfar

haha
tengs

PENULISJIWA said...

Anonymous

hehe
otw sambung

Anor said...

nak lagi bestlah.....

PENULISJIWA said...

Anor

dah sambung dah
huhu