Sunday, March 6, 2011

Rahsia tulisan jiwa 17

Maaf lambat update new entry, sebab buat manuskrip cerpen untuk letak dalam assmgnt bahasa dan sastera. Kalau ada masa akan edit cerpen itu jadi novel dan letak dalam blog penulisjiwa ini. Maaf sekali lagi. Hehe


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku pakai seluar mandi yang selalu aku pakai pun tak boleh. Memang nak kena sekeh. Leesya aurat tu, hanya untuk suami. Leesya terus istighfar. Hari tu pakai selendang pergi kerja tapi hanya letak sahaja, dan ramai cakap lawa bertudung. Insyaallah akan pakai hijab di kepala satu hari nanti.

“Leesya, come to my office right now.” Encik Qaiser ni buat terkejut aku je. Buatnya aku ada penyakit jantung cepat layu bahaya tau.

“ada apa encik Qaiser panggil saya?” tanya Leesya sambil melabuhkan punggung di kerusi depan encik Qaiser.

“esok awak kena wakil dari syarikat kita untuk hadir seminar di Port Dickson.” Cakap encik Qaiser sambil bagi envelop.

“hah? Kat mana?” asal kau nak terkejut lebih ni?

“dekat Residence Desa Lagoon Resort Port Dickson.” Jawab encik Qaiser.

“owhh,saya sorang je?” tanya Leesya balik.

“pergi dengan saya, sebab setiap syarikat wakil manager dan pekerja.”

“oke.”


Rumah banglo kediaman.

“awak.” Leeesy panggil suaminya.

“saya.” Qee penat sangat hari ini sebab meeting.

“saya kena pergi PD esok.” Leesya cakap perlahan takut Qee marah.

“buat apa pula pergi PD?bila masa saya nak pergi bercuti ke sana?” tanya Qee.

“bukanlah, saya pergi seminar wakil syarikat.” Jawab Leesya sambil berjalan ke wardrobe.

“pergi dengan siapa?”

“dengan encik Qaiser.”

“kenapa pergi dengan dia pula? Tak ada pekerja lelaki ke sampai awak kena pergi?” asal pergi dengan mamat tu pula.

“wakil dari setiap syarikat kena manager dan seorang pekerja.” Cerita Leesya.

“tak pergi tak boleh ke?”

“mana boleh. Awak ingat tu syarikat saya boleh suka-suka tak pergi.” Leesya dah terjengket-jengket nak ambil beg dekat tingkat atas tu.

“tak apa saya call Qaiser cakap awak tak boleh pergi tak sihat.” Qee saja nak reka alasan. Weyh pergi dengan isteri aku tu.

“hee, mana boleh macam tu. Saya pergi dengan dia je. Tak kan tidur sebilik. Awak ni.” Leesya dah geram dengan Qee.

“hmmm, yelah.” Aduhh suka aja dia dapat pergi bercuti.

“awak tolong ambilkan beg dekat atas tu. Warna pink tu.” Leesya dah minta tolong dengan Qee yang sedang baring atas katil.

“ambillah sendiri.” Qee jahatnya kau. Bini minta tolong tu.

“awak, kalau saya tinggi sama wardrobe ni tak adanya nak minta tolong dengan awak.” Leesya dah sangat geram.

“tu lah rendah sangat.”

“kalau rendah tak jadi model, wardrobe ni over tinggi.”

“memang!” Qee dah gerak ke arah wardrobe.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Leesya dah siap pakai seluar slack dan kemeja plain pink dan masukkan dalam seluar tali pinggang kecil. Bergaya dan nampak seorang peguam. Qee dah muncungkan mulut sebab Leesya pergi dengan Qaiser. Tak bersiap lagi. Baju kemeja dia pun tak dibutang lagi.

“awak tak pergi kerja ke? Yang mulut muncung macam itik tu kenapa?” Leesya dah nak tergelak tengok bibir Qee yang muncung boleh sangkut hanger tu.

“apa macam itik?”

“mulut tu haa.”

“huh, tah pape. Biarlah.” Qee dah bangun dan buka zip seluar.

“heeee, asal buka seluar zip?” Leesya dah tutup muka guna tangan.

“orang nak masukkan bajulah. Suka fikir bukan-bukan.” Qee dah masukkan kemejanya dalam seluar.

“owhh.” Buat malu je Leesya. Kau ni cuba jangan fikir bukan-bukan. Otak tu kuning biru semua ada.

“apa owhh-owhh.” Qee dah semburkan perfume ke bajunya.

“saya turun dulu.” Leesya dah tarik beg dan pikul beg laptopnya.

“oke.”

“Leesya nak pergi dah?” sampai je bawah Datin Jane dah bangun dari sofa dan jalan ke arah pintu gerbang banglo.

“haah ma.” Jawab Leesya sambil cari heelsnya.

“Leesya pergi berapa lama?” tanya Datin Jane.

“3 hari 2 malam je mama.”

“hmm.” Qee pun dah sampai bawah. Ye 3 hari 2 malam je. Aku ni haa tidur sorang-sorang.

“jaga diri Leesya.”

“baiklah maa. Leesya pergi dulu. Encik Qaiser dah sampai tu.” Leesya dah salam tangan Datin Jane. Datuk Musa awal-awal dah pergi meeting. Qee je lambat pergi kerja.

“assalamualikum.” Qaiser bagi salam, Datin Jane dah kenal dengan Qaiser sebab pernah juga datang.

“yaww.” Qee bukan jawab salam tapi cakap ‘yawww’.

“Untie sihat?” tanya Qaiser ramah.

“sihat alhamdulillah.” Datin Jane senyum ke arah Qaiser.

“bro kau sihat.” Qaiser tanya pula dekat Qee.

“tak.” Qee jawab pendek.

“laa. Kau demam ke? Tak nampak macam tak sihat pun.”

“Leesya nak pergi PD dia terus tak sehat Qai.” Datin Jane nak berseloroh dengan Qaiser.

“haha, relaxlah bro berapa hari je. Ermm kami berangkat dululah, untie.” Qaiser dah tarikkan beg Leesya untuk letak ke dalam bonet kereta toyota camrynya.

“jaga bini aku.” Qee dah salam dengan Qaiser.

“baik tuan, haha.” Qaiser dah gelak.

“awak, saya pergi dulu.” Leesya hulur tangannya ke arah Qee untuk salam.

“oke. Jaga diri. Jangan menggatal.”

“heee, ke situ pula.” Qee tarik Leesya dekat ke arahnya dan cium dahi Leesya.

“eee, awak malulah.” Leesya dah tolak perlahan badan Qee.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Residence Desa Lagoon Resort Port Dickson.

Encik Qaiser cakap aku kongsi bilik dengan orang lain. Pekerja macam aku juga tapi soranglah. Siapalah agaknya. Aku bukan biasa sangat dengan orang asing ni. Leesya dah campak beg atas katil bersaiz queen. Aku sampai dulu so akulah dapat katil queen.

“assalamualaikum” bagi salam suara itu.

“waalaikumsalam.” Leesya jawab salam tapi tak tengok muka lagi.

“laaa, kau ke? Hampeh jumpa juga kau.” Ain dah terkejut rupanya Leesya yang sebilik dengannya.

“laaa kau ke? Aku ingat siapalah yang kongsi bilik dengan aku.” Leesya dah suka sangat sebab Ain roomatenya.

“Nia tak join pula seminar ni?” Ain tanya.

“tak tahulah aku. Tak silap aku dia tengah urus kes sekarang ni.” Cerita Leesya, sebab baru kelmarin dia call.

“owhh. Kau datang dengan siapa?” tanya Ain.

“dengan bos akulah, encik Qaiser tu.”

“bos kau yang handsome tu?” Amboi Ain sempat lagi.

“amboii, sempat lagi. Rizal kau nak campak mana?” Leesya dah buka laptopnya.

“hehe, Rizal aku campak dalam hati ni.” Rizal lagi handsome kot. Haha, yelah puji boyfriend sendiri. Angkat bakul sendiri nampak.

“malam ni kita punya jadual apa? Aku tak ambillah pula schedule dekat kaunter pendaftaran tadi.” Leesya tanya Ain. Nak update bloglah.

“malam ni, makam malam dekat dewan je kot. Esok baru start seminar kita.” Ain dah rebahkan diri atas katil queen itu. Kalau Ain bolehlah kongsi katil.

“owhh, bolehlah landing-landing betulkan urat dulu.”


Sunday, March 6, 2011

Ukiran perasaan

Gelandangan perasaan
menyentuh sukma
andai rasa itu
mula bertapak
semailah cinta yang subur


Lepas dah tertidur aku dengan Ain mulalah kelam kabut bangun bersiap nak pergi dinner. Bersiap ala kadar sebab dinner je pon. Tapi janganlah sempoi sangat sampai pakai baju tidur. Ain masih lawa dengan t-shirt plain dan skirt bunga paras lutut. Tak pernah lagi tengok Ain pakai singlet. Ain masih jaga pemakaiannya. Leesya hanya sarung t-shirt plain juga dan seluar slack stripes.

“asal kau tak kejut aku?” serentak tanya benda sama. Tu lah dah tergopoh-gapah masing-masing saling menyuruh.

“dah-dah, tu lah tidur tak ingat dunia, macam ni lah jadinya.” Ain dah bawa laptopnya takut ada benda kena taip time dinner. Nama je dinner nanti ada juga seminar.

“asal semua pandang kita?” Leesya dah tanya sambil tengok ke arah dirinya dan Ain.

“aku pakai baju terbalik ke?” Aind dah tanya sambil belek tepi bajunya takut ada jahitan belah luar.

“tu lah, aku pun rasa macam aku pakai baju terbalik.” Leesya dah melabuhkan punggung di kerusi yang terletak di bahagian depan.

“depannya kita duduk. Dahlah lambat.” Ni lah masalah orang melayu, datang awal bukan nak penuhkan ruang depan tapi penuhkan ruang belakang.

“tahu tak apa.” Diaorang sama-sama berbisik dan terdengar bisikan dari belakang. ‘lawa kot dua awex tu’ ‘gediknya la hai, dahlah lambat.’ Tahu-tahu je lah mana satu dari suara lelaki dan perempuan.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Lepas je balik dari Port Dickson Leesya terus dapat kes baru yang perlu dikendalikan. Agak penat minggu ni. Qee pun busy memanjang. Dah jarang berbual. Sekarang waktu lunch malasnya nak turun drive kereta cari restoran atau cafe.


Syarikat Marine Gold.

Tukk tukk.

“masuk.” Qee bagi arahan.

“bos, ini ada envelop untuk bos tapi saya tak pasti dari siapa.” Ucap setiausahanya.

“letak sahaja dekat situ.” Qee bagi arahan sampai tak angkat kepala.

“baik bos, saya keluar dulu.”

“ok.” Siapa pula yang hantar envelop dekat aku ni.

“pelik semacam je, main ada surat lagi tapi tampal-tampal huruf.” Qee buka envelop tersebut dan terjatuh beberapa gambar. Ada gambar Leesya dekat Port Dickson, tapi yang buat Qee naik darah gambar Leesya separuh bogel tidur di sebelah seorang lelaki.

“kurang ajar! Kau pergi sana main dengan lelaki apa?” Qee dan marah sambil campak envelop di atas mejanya.


Banglo kediaman

“awak dah balik?” Leesya tanya sambil berjalan ke arah Qee untuk bukakan tali leher. Leesya dah jadi isteri mithali. Tahniah! Cetsss kenalah.

“tepilah!” Qee tolak tangan Leesya sambil berlalu ke wardrobe untuk buka baju dan letak tempat kain kotor.

“awak banyak kerja ke hari ni?” Leesya masih berlembut.

“Diam boleh tak? Dari tadi bising.” Qee dah tengking Leesya.

“Maaf, saya cuma tanya je.” Leesya dah ambilkan baju kemeja milik Qee.

“kau pergi PD tidur dengan siapa? Lelaki mana yang tidur sebilik dengan kau?” Qee dah tolak Leesya ke katil.

“awak janganlah macam ni. Saya tidur sebilik dengan Ain.” Leesya dah terkejut bila ditolak dengan kuat oleh Qee.

“tak payah nak tipulah! Kau tidur dengan lelakikan?” Qee dah tolak balik badan Leesya sampai terbaring.

“awak, saya tak tipu. Betul saya tidur sebilik dengan Ain.” Mata Leesya dah berkaca. Kenapa Qee buat dia macam ni. Leesya dah tolak badan Qee yang dah tindih badan dia.

“owhh, bila aku buat macam ni, kau tak nak. Kau buat dengan lelaki lain boleh pula?.” Qee dah cium leher Leesya dengan rakus.

“awakk, saya mohon jangan buat saya mcam ni.”

“diam! Jangan sampai aku tampar kau.” Leesya takut sangat dengan sikap Qee malam itu. Selalunya Qee seorang yang bersabar, lembut bila cakap dan tak ganas. Qee! Apa kau buat ni. Sedarlah! Jangan buat bini kau macam binatang.

Qee terus sedar dan berlalu ke bilik air. Dia dengar suara Leesya yang menangis. Apa kau dah buat ni Qee? Dia tu isteri kau.Nasib Qee hanya cium dan tidak buat lebih dari itu. Ya Allah apa aku dah buat ni.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Qee termenung dalam pejabatnya. Teringat peristiwa malam tadi. Dia menyesal dengan perbuatannya. Asal kau tak tanya elok-elok dan dengar penjelasannya. Itu bukan cara penyelesaiannya. Qee dah meraup tangan ke mukanya dan beristighfar.

“kau ni asal?” tanya Rizal sebab tengok keadaan Qee yang macam ada masalah dunia je.

“Entahlah weyh” Qee rasa bersalah sangat.

“entah pula. Aku tengok kau macam ada masalah je.” Rizal betulkan duduknya.

“semalam aku marah Leesya.” Cerita Qee perkar sebenar.

“asal kau marah Leesya pula?”

“aku dapat satu envelop, tengok gambar dia dengan lelaki lain.”

“hah? Siapa yang hantar envelop tu dekat kau?” ternyata Rizal terkejut.

“entah, aku tak tahu. Serabut kepala aku. Nasib aku tak buat benda bukan-bukan dekat Leesya.” Qee asal kau ni gopoh sangat ha?

“ya  Allah, kau tak tanya Leesya dulu ke? Kau ni itu bukan cara penyelesaiannya. Agak-agaklah nak marah pun, janganlah ngapp isteri kau, kau ni gelojoh sangat. Berdosa weyh buat tanpa kerelaan isteri.” Rizal dah geleng kepala.

“itu yang aku rasa bersalah sangat. Nasib aku tak buat bukan-bukan.”

“kau yakin ke itu Leesya?” tanya Rizal.

“dah dalam tu gambar Leesya. Aku kenallah Leesya.” Qee dah start marah.

“kau ni, relaxlah. Jangan dengan aku sekali nak marah. Kau tahu kan sekarang gambar boleh super impose. Edit sana sini. Letak gambar muka orang lain.” Rizal dah tenangkan Qee.

“ya Allah, asal aku tak tengok gambar tu dengan teliti.”

“kau ni, cuba jangan terus serang tanpa selidik. Sekarang dunia teknologi. Macam-macam orang boleh buat untuk hancurkan rumah tangga orang.”

“siapa pula nak hancurkan rumah tangga aku?” tanya Qee sambil tarik laci meja.

“Qee, manusia dekat sekeliling kita ramai dan kita tak tahu siapa yang tak suka dan musuh kita.” Rizal dah nasihat Qee.

“siapa pula musuh aku, Zal?”

“Qee, aku tak tahu siapa musuh kau, aku nak kau jaga Leesya elok-elok. Kau pernah cerita dekat aku apa yang berlaku dekat Leesya sebelum ni kan? Better jaga dia elok-elok dan jaga rumah tangga kau.” Rizal tak nak apa-apa berlaku dekat rumah tangga kawannya. Bagi dia Qee dengan Leesya pasangan yang serasi dan mereka berhak mengecapi bahagia.

“hurmm, aku rasa orang yang sama. Aku dah pergi report dekat balai dan bagi tahu nombor pendaftaran kereta tu, polis siasat kereta tu kereta curi. Siapa yang tak puas hati dengan kitorang? Aku tak pernah buat or cari musuh.” Qee dah meraup tangan ke muka.

“aku nak kau bersabar, mungkin ini ujian dalam rumah tangga kau. Aku keluar dulu. Ada meeting jap lagi.” Rizal dah bangun dari kerusi.

“oke.” Qee buka envelop yang diterima semalam dan tengok balik gambar tersebut.

“asal dekat dada dia ada tahi lalat. Setahu aku Leesya tak ada satu mole pun dekat badan dia.” Qee tahu sebab dia pernah salinkan pakaian untuk Leesya. Sah ni bukan badan Leesya dan ada perbezaan warna kulit.

“Ya Allah, siapa yang sanggup buat semua ni. Leesya tak bersalah langsung dalam hal ni.”


Sampai sahaja rumah, Qee terus berlari naik ke tingkat atas. Qee rasa bersalah sangat dengan Leesya. Qee kau kena minta maaf dengan Leesya. Isteri kau dianiaya. Itu bukan gambar isteri kau. Gambar lain tu memang gambar isteri kau tapi tak ada pun yang menunjukkan ada lelaki dalam gambar tu.

“Qee, apa berlari tu. Balik kerja berlari naik tangga dengan tak salam mama.” Datin Jane terkejut tengok Qee yang dah berlari naik atas.

“sorry,ma. Qee ada hal jap.” Qee dah melaung sambil naik tangga.

“sayangg.” Qee dah pusing tombol pintu sambil panggil isterinya. Bila masuk je dalam bilik, Qee tengok Leesya baru habis solat dan tengah berdoa. Qee dengar dengan jelas doa dari bibir itu. Sebak tengok Leesya berdoa sambil menangis. Ya Allah berdosanya hambaMu ini.

“awak dah balik?” tanya Leesya dengan suara seraknya. Mungkin sebab baru lepas nangis. Leesya lipat telekungnya sambil hapuskan air matanya.

“dah baru je.” Qee datang dekat ke arah Leesya dan terus peluk isterinya yang seorang itu.

“awak kenapa ni? Tak mandi lagi suka-suka je peluk saya.” Leesya saja bergurau dan dia tidak selesa bila Qee tiba-tiba peluk dia. Leesya teringat peristiwa semalam.

“sayangg, abang minta maaf pasal semalam. Abang tahu itu bukan Leesya. Maafkan abang sayang.” Dan buat pertama kalinya Qee mengeluarkan air mata untuk Leesya dan Leesya hanya diam dalam pelukan Qee tapi di pipinya mengalir air mata tanpa henti. Andai itu semua ujian dari Tuhan bagi mereka, Leesya terima.

3 comments:

Anonymous said...

tabik spring btol dengan qee ni..sentiase boleh kontrol nafsu die...kalo laki len kompen leesya da kene ngapp..
sabar betol qee ni..bagos..jgn pakse2..

Zass said...

hrrmm.. ciri-ciri lelaki soleh tu ada kat Qee... Leesya sebagai isteri kenalah buat macam isteri... barulah rumahtangga aman damai dan bahagia...

Qwerty said...

sabar qee sabar.
=D