Wednesday, March 2, 2011

Rahsia tulisan jiwa 15


“Leesya, esok minta cuti.”

“suka-suka je nak suruh saya ambil cuti.” Leesya dah buat mulut sebab Qee suka-suka suruh dia ambil cuti.

“oke, saya call Qaiser sendiri.” Qee dah ura-ura nak ambil HTC dia.

“biar saya sendiri cakap. Jap kenapa nak minta cuti pula? Nak pergi mana?” Tanya Leesya.

“saya nak awak ikut pergi Langkawi, saya ada kerja sedikit dekat sana.” Qee dah bangun dari katil nak ke wardrobe.

“awak je lah yang pergi.” Leesya nak ditinggalkan lagi ke? Erkk.

“betul ni?” Qee saja nak uji Leesya, dia sebenarnya tak nak tinggalkan Leesya, takut ada apa-apa berlaku dekat Leesya. Sejak kejadian hari itu Qee yang hantar Leesya pergi kerja then baru dia pergi kerja sendiri. Cuma yang susah kalau Leesya ada kes dan kena cari bahan bukti.

“berapa hari awak pergi?” kalau sehari baik tak payah. Buat apa ambil cuti.

“4 hari. Betul ni tak nak follow saya?” tanya Qee sekali lagi.

“kalau saya tarik balik ayat tadi boleh?” Leesya asal tiba-tiba dah jadi manja ni.

“tak boleh.” Qee saja nak main.

“tak pun awak cakap balik ‘Leesya,esok minta cuti’.” Leesya tiru balik ayat yang Qee cakap tadi.

“oke, Leesya, esok minta cuti.” Qee dah ulang balik ayat yang dia cakapkan tadi.

“oke, jap saya nak call encik Qaiser.” Leesya pergi ambik handphone dia dan mambuat panggilan.

“eeee, tah pape.” Qee layankan je perangai Leesya ni.

“wekk.” Leesya dah jelirkan lidah ke arah Qee dan Qee gerakkan mulut tah-pape.

“kemaskan baju. Huh.” Qee memang malas nak kemas baju sebab nanti dia akan masukkan sekali dengan hanger. Itulah cara paling cepat. Ambil baju yang gantung dan masukkan je. Tapi kalau Leesya yang kemas confirm teratur sahaja.

“ambilkan beg lagi satu atas tu.” Arah Leesya.

“nak buat apa?” tanya Qee.

“nak campak dalam bilik air.”

“owhh. Jap kenapa nak bawa dua beg pula?”

“satu beg awak encik Syed Baihaqee dan satu lagi beg saya.” Jawab Leesya panjang lebar.

 “hah? Kenapa tak kongsi je?” kongsi?what?haishh bahaya. Lelaki bolehlah boxer je untuk pakaian dalam. Aku ni? Faham-faham je lah.

“tak muat.” Leesya saja bagi alasan. Padahal muat je kot.

“tak nak, bawa satu beg je. Beg ni besarlah. Pakaian awak sebelah dan pakaian saya sebelah. Saya tak nak ambilkan.” Qee saja tak nak ambilkan dan dia nak kongsi sahaja beg. Dia tahu Leesya memang tak sampai untuk ambil beg bahagian atas tu.

“eee, ambilkanlah.”

“nak ikut ke tak nak?” Qee dah pandai mengugut sekarang kan.

“hishhh, huh.” Leesya pun kemaskan je.

“cepat, nanti nak turun makan malam pula.”

“heeee, banyak bunyi pula. Bukan nak tolong kemaskan. Kunk saya tak masukkan baju awak baru tahu.”

“pot pet pot pet. Membebel je puan Leesya ni kan.” Qee dah gelak sambil berlalu ke arah katil untuk tonton cerita. Yelah screen tv tergantung je dekat dinding depan katil tu.

“heeee,”Leesya dah grab boxer Qee yang ada dalam luggage untuk campak ke arah Qee. Tapi..

“apa ni Leesya.” Qee dah ambil pakaian yang ada dekat muka Qee.

“padan muka.” Leesya tak perasan apa yang dia baling ke arah Qee.

“thats yours.” Qee jalan ke arah Leesya sambil pulangkan pakaian dalam kepunyaan Leesya. Sumpah merah muka Qee dan Leesya pula?

“hah? Erkk.” Leesya padan muka tu lah nak kenakan orang, see kau pergi baling pakaian dalam kau tu asal? Leesya terus grab pakaian dalamnya dekat tangan Qee lalu selit bawah pehanya.

“tu lah, nak kenakan orang lagi.” Qee tahu Leesya dah segan tahap dewa.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Perjalanan pergi ke Langkawi agak lamalah juga. Nak kena berhenti dekat jeti sebab kena naik feri. Aku dahlah macam boleh nak keluarkan semua sahaja isi dalam perut kalau naik benda alah tu. Aduh Leesya tahan oke.

 “sayang oke tak ni?” tanya Qee sebab dia tengok Leesya macam diam je dari tadi lepas turun dari feri. Leesya dah buat gaya jari o.k .

“jum, ada orang datang ambil kita.” Dekat Langkawi dah ada orang tunggu mereka, driver tapi lepas tu kereta itu Qee yang drive sendiri kereta itu.

“ok.” Leesya dah pegang tiang yang ada dekat situ. Aku rasa dah sampai tekak dah ni.

“sayang, cepat masuk dalam kereta. Thank you, nanti jadual saya untuk dekat sini tolong email kan saya.”

“baik bos.” Jawab driver itu merangkap setiausaha Qee dekat Langkawi. Qee dah masuk di bahagian pemandu.

“sayang, oke tak ni? Muka tu pucat je. Pandang sini.” Qee dah tarik muka Leesya dengan lembut. Dah keluar air mata, sebab memang nak muntah dan tak tahan.

“blurrr uwekk.” See, kan aku dah cakap jangan suruh aku pandang, ada ke aku cakap?

“kenapa tak bagi tahu nak muntah?” habis baju Qee, Leesya hamburkan semua isi perut ke dada Qee, nasib Qee tak marah.

“maaf.” Leesya dah berair mata sebab bagi dia muntah itu sangat perit.

“dah keluarkan semua belum?” Qee tanya sambil urut belakang Leesya. Nasib atas badan dia, kalau kena kereta? Ni kereta syarikat.

“nak muntah lagi.” Cakap Leesy perlahan lalu dengan cepat buka pintu kereta dan muntah di tepi kereta toyota Yaris itu. Qee dah lap baju dia guna tisu. Agak berbaulah juga, dia pun rasa nak muntah.

“kumur cepat, then kita check in hotel. Then rehat.” Qee dah hulur botol mineral ke arah Leesya.

“dah.” Leesya hulurkan balik botol itu.


Rebak Island Resort Langkawi – A Taj Hotel

“larat tak jalan ni?” tanya Qee sebab diaorang dah ada dekat lobby hotel.

“laratlah.” Leesya jawab dalam nada penat.

“tunggu sini kejap. Saya nak check in.” Qee dah berlalu ke kaunter.

“dah jum.” Aikk cepatnya dia ni check in.

“beg ni?” tanya Leesya.

“ada orang hantar.”

“ada minyak angin?” tanya Leesya.

“ada dalam beg.” Qee dah tarik tangan Leesya dengan perlahan.

“eee, orang boleh jalanlah.”Leesya bangun dan eh jap gempa bumi ke ni?

“haaa, bolehlah sangat.” Qee tahu Leesya tu mabuk laut. Kalau dah macam ni gaya.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“sayang bangunnnn. Lamanya tidur.” Haru sungguh bini aku ni. Aku yang kejut bukan dia kejut aku.

“ermmm.” Aduhhh asal rasa tak selesa ni. Pinggang macam dah lari dari kedudukan asal je rasa. Leesya dah gebang.

“Bangunlah awak. Dah malam ni. Baru sampai tadi tidur sampai sekarang. Jumlah nak pergi makan luar.” Qee dah baring sebelah Leesya.

“aduhhh.” Leesya dah mengeluh.

“aduh pula apa ni. Saya suruh bangun. Cepatlah nak solat jemaah sekali ni.” Qee baru je siap mandi dan masih bertuala. Tengok life dorang macam kahwin sama suka tapi padahal tak.

“bangunalah ni.” Leesya dah nak terpegang tangan Qee.

“aikk, jangan batal wuduk.” Qee dah larikan tangan.

“alaaa, macam tak boleh nak ambil lagi sekali.” Leesya dah bangun dari katil.

“seluar awak memang ada warna merah dekat bahagian belakang ke?” tanya Qee sebab tak tahulah pula trend sekarang yang lain warna biasa dan dekat belakang warna merah.

“huh?” Leesya dah pelik, sebab setahu dia seluar dia hanya warna putih je.

“saya tak pernah nampak pun orang pakai seluar macam awak ni.” Qee tengah pelik. Leesya dah tengok ke arah katil yang cadar warna putih dann.

“alamak.” Leesya dah berlari masuk dalam bilik air. Qee pun pandang ke arah katil tempat Leesya baring tadi.

“darahhh? Period. Bulan datang melawat? Samakah?” Qee pula yang macam kena histeria. Nasib baik dia jenis yang bukan tak boleh tengok darah, kalau tak dah pengsan.


Ruang makan.

“ingatkan seluar awak memang macam tu.”

“eee, dah lah tu.” Sumpah malu aku. Nasib baik time tidur kalau time aku tengah berjalan luar hotel. Tak ke jatuh saham aku.

“bawa spare part tak? Jangan suruh saya beli dahlah. Jangan jadi macam cerita dalam novel dahlah, suami yang kena turun pergi beli.”

“berkira.”

“tak lah, cerita kita lain cerita dalam novel lain. Ingat kita ni watak dalam novel ke?” Qee dah tersengih-sengih.

“tah pape” Leesya comel malam ni, pakai baju t-shirt warna putih, seluar pantai warna merah dan rambut dia hanya sanggul. Simple je, tak perlu nak pakai lawa-lawa.

“esok pagi saya ada kerja kena selesaikan. Awak nak ikut atau nak duduk dekat bilik je?” tanya Qee sambil minum air jus apple.

“ermm, duduk bilik je lah, kalau bosan saya turunlah jalan-jalan.”

“oke, jaga diri. Jangan menggatal.”

“heee, tah pape. Saya tahulah siapa saya.”

“siapa awak?”

“bini Syed Baihaqee Syed Musa.”

“siapa tu?”

“entah. Orang Utan mana entah.”

“sampai hati cakap saya orang Utan.”

“laaaa, awak ke Syed Baihaqee tu?”

“huh. Tah pape.”

“awak dulu pernah bercinta?” tanya Leesya. Tiba-tiba dia nak tahu kisah silam Qee.

“ermm, tak pernah.” Jawab Qee pendek.

“tipulah.” Leesya tak percaya sebab muka macam Qee tak pernah bercinta macam pelik je.

“laa, nak tipu apa pula. Betullah. Kenapa?” Bagi dia, dia mula rasa apa itu cinta bila dia mula melafazkan akad nikah dan bercinta lepas kahwin lagi indah.

“tak adalah, muka macam awak tak pernah bercinta. Tu saya tak percaya.”

“kenapa? Muka saya handsome kan. Saya dah lama tahu.” Qee saja nak megahkan dengan paras rupanya. Tak adalah dia tak bangga pun tapi bersyukur seadanya.

“heee, riaknya.” Memang muka Qee handsome, macam iras Enrique artis yang dia minat tu pun ada juga. Tapi Qee lebih cerah sedikit kulit.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Aduhh bosannya. Leesya baru mandi pagi pakai singlet dan short pant paras peha. Wahhh seksi gitu. Aku tak berani pakai depan Qee. Boleh naik bulu roma bila dia pandang aku. Qee ada kerja pagi ni, mungkin petang baru boleh pergi jalan tak pun pergi shopping tak pun pergi pantai. Banyak pula tak pun kau Leesya. Agak-agak aku sambung tidur haru tak?

“Leesya.” Qee dah cucuk kad dekat pintu sambil tolak pintu hotel itu dan panggil isterinya.

“asal sunyi je?” Qee dah rasa macam cakap sorang-sorang.

“aduh, asal dia pakai baju macam tu. Boleh tergugat iman aku ni.” Qee dah monolog sambil tengok Leesya yang sedang lena atas katil dan dah terselak comforter, Leesya kalau tidur memang haru.

“Qee behave yourself.” Qee dah buka baju kemejanya dan baring di sebelah Leesya. Dahlah lupakan niat kau dan tidur. Petang nanti nak pergi jalan. Kalau Leesya selalu pakai baju macam ni, macam mana aku nak control, aku rasa kereta control pun boleh jahanam sebab selalu control. Qee dah baring sambil peluk pinggang Leesya.

Asal aku rasa macam ada something dekat pinggang aku ni? Tolong jawab soalan aku, siapa yang suka-suki sentuh pinggang aku ni. Jangan cakap tangan ni adalah tangan kepunyaan Qee. Dann

“hah?” Leesya dah terbangun dan tengok Qee dah lena tidur. Maaa asal dia saja nak keraskan tangan ni. Sumpah tak boleh nak tolak tangan dia ni.

“eeee, bangunlah.” Leesya dah tarik comforter tutup badan dia dan tolak lengan Qee.

“Baihaqeeee.” Kan aku dah jerit.

“boleh tak jangan jerit. Boleh pekak telinga saya.” Qee dah mula menggeliat dan masih kemaskan pelukannya.

“kalau tak alih tangan ni, saya jerit lagi sekali.”

“jeritlah, saya tak lepaskan tangan.” Qee dah sengih-sengih sambil tengok bibir Leesya.

“apa tengok-tengok? Lepaslah.” Leesya dah tutup muka Qee dengan tapak tangan dia. Mata tu bergerak je tahu.

“suka hatilah, saya guna mata saya.” Qee saja nak menguji Leesya.

“cepatlah, cakap nak pergi jalan.” Leesya dah mula gerak-gerak supaya terlepas dari pelukan Qee.

“pergilah, huh.” Qee dah lepaskan Leesya.

“huh heh huh heh.” Leesya dah membebel.

“aikk, nak masuk bilik air dengan comforter sekali ke?” Qee dah gelak tengok Leesya dah berbungkus dengan comforter, dia tahu Leesya tak nak dia tengok. Padahal dah tengok puas tadi.

“suka hatilah, tak ganggu awak pun.” Leesya dah terkial-kial jalan.

“ganggu penglihatan saya, and give me that comforter. Sejuklah sayangg.” Qee dah bangun nak pergi ke arah Leesya. Saja nak suruh Leesya cuak.

“jangan dekat.” Leesya dah undurkan diri.

“saya nak comforter tu.” Qee sengajakan, time ni juga kau nak comforter.

“kalau dekat, saya tak bagi.” Leesya dah bersandar ke dinding.

“kalau tak bagi saya dekat.”

“asal basah atas katil tu?” Leesya dah tunjuk ke arah katil.

“mana?” Qee dah pusing nak tengok ke arah katil.

“nah!.” Leesya dah baling comforter dan terus lari masuk toilet.

“heee, tipu.” Qee kau dah kena kelentong.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Qee dengan seluar pendek dan tshirt polo dah santai dekat kerusi yang terletak dekat tepi pantai. Leesya pula sedap ambil gambar sana-sini. Gembiranya dia. Dari tadi dia perasan ada orang teropong mereka berdua dari jauh. Cuma dia buat tak tahu, mungkin Leesya tak perasan.

“ambilkan gambar.” Leesya dah hulur kamera kepunyaan Qee ke arah Qee.

“heee, rosaklah kamera saya sebab penuh dengan gambar dia.” Qee dah pegang kamera.

“huh, sukalah. Cepatlah.” Leesya dah buat gaya macam orang tengah buat yoga dan jelirkan lidah.

“perlu ke?”

“perlu!.”

“dah.”

“cepatnya.” Leesya ambil balik kamera sebab nak tengok gambar.

“jum, kita pergi bandar. Belikan cendera hati.” Qee dah bangun sambil tarik tangan Leesya. Kalau orang tengok mesti orang cakap macam pasangan bahagia tengah bercinta. Tapi sebaliknya betul ke? Dia memang dah mula sayangkan Leesya, tapi Leesya adakah sama atau tidak?

“hehe, jom-jom.” Leesya kalau bab shopping memang tak boleh diajak.

“heee, cepat aje.” Qee dah geleng tengok Leesya.


Beras Terbakar.

Lepas melawat tempat beras terbakar tu semua, mulalah bergerak dan berjalan tengok apa yang menarik. Biasalah kain batik itu semua dan Leesya mencari baju tulis I love Langkawi macam baju I love NY semua. Even baju itu simple Leesya suka kumpul baju macam tu.

“haaaa, jumpa pun. Nak baju ni.” Leesya dah pegang baju warna putih tulis I love Langkawi tapi love tu simbol lovelah.

“baju macam ni pun nak. Tak payahlah, carilah yang lain.” Qee dah tengok keychain dan macam-macam lagi.

“nak juga, belikanlah.”

“pakailah duit sendiri.” owner kedai tu dah senyum tengok gelagat mereka berdua.

“hmmm, tak payahlah.” Leesya dah jalan menonong. Sedihnya tak dapat beli, bukan dia tak nak beli pakai duit sendiri masalahnya purse dia tertinggal dekat hotel.

“tumpang tanya, berapa harga?” Qee dah tanya tokey kedai tu. Leesya dah berjalan ke kedai mana tah.

“RM30 nak. Isteri ke tu?” amboi mak cik ni.

“haah, wife saya. Kalau beli dua helai dapat berapa?” tanya Qee sambil cari size untuk badan dia, tadi Leesya dah pegang baju yang memang size dia.

“mak cik bagi RM50 je. Lawa isteri anak, sesuailah kamu berdua mak cik tengok.” Mak cik tu dah senyum.

“saya ambil dua helailah. Terima kasih.” Qee dah hulurkan not 50 ringgit.

“jagalah isteri kamu elok-elok, dalam dunia ni ramai yang tak puas hati atas kebahagiaan orang lain. Mak cik jual.” Mak cik tu dah hulurkan plastic beg berisi baju tadi.

“insyaallah, terima kasih.” Qee dah berlalu dari kedai tersebut dan terfikir mak cik tu macam ahli nujum. Macam ada petanda buruk akan berlaku. Ya Allah minta dijauhkan semua itu.


Haji Ismail Group, Langkawi.

Lepas pergi Beras Terbakar, terus pergi kedai Haji Ismail Group dekat Pekan Kuah. Nak beli chocolate banyak-banyak. Tadi dah beli souvenir untuk Nia dan Ain. Untuk Ain beli baju, kain pakai dekat pantai tu dan magnet letak dekat peti ais. Nia pula beli selendang orang pakai tepi pantai dan kain juga. Then beli chocolate juga untuk mereka. Lepas tu nak pergi Kedai Idaman Suri, beli pinggan mangkuk untuk mama dengan mak mentua. Mama dahlah minat kumpul semua tu.

“amboii, asal tak beli kedai ni je?” Qee dah terkejut tengok bakul yang Leesya pegang dah nak penuh muatan dah. Coklat toblerone, kinder bueno, daim, Hershey’s, ferreror rocher, M&M, choclair, kit kat dan macam-macam ada. Rongaklah gigi. Tangan dia hanya ada kinder bueno sebab Qee memang minat kinder bueno.

“kalau boleh memang nak beli sekali dengan tokey kedai ni. Huh.” Leesya dah berlalu ke kaunter.

“siapa nak bayar?” tanya Qee.

“awaklah.”

“amboiiiii. Dia ambil kita pula bayar. Banyak cantik.” Qee dah keluarkan wallet.

“terima kasih puji.”

“heeee,”

“jap lagi kita pergi beli pinggan magkuk untuk mama saya dan mama awak.” Leesya dah berlalu ke pintu keluar.

“amboii, sedap berjoli.”

“ermmm, ruginya tak beli baju tadi.” Leesya teringat baju yang dia nak beli tadi.

4 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

haha.
melepas qee.
dan2 bendera jeponngg.
=D

PENULISJIWA said...

keSENGALan teserlah
tu lah pasal
bendera jeponggg
haha

yang said...

best.....
jgn lelama post n3 baru!

PENULISJIWA said...

yang
hehe sorry
before ni everyday