Monday, February 21, 2011

Rahsia tulisan jiwa 9


“dahagalah pula.” Monolog Leesya. Bangun diam-diam turun bawah bancuh hot chocolate minum air oren sejuk. Oke kecur air liur. Minta-mintalah Qee dah tidur mati, sebab aku akan buka lampu tidur.

Yes, keluar juga akhirnya dari bilik tidur. Punyalah aku tahan nafas terjengket kaki nak keluar diam-diam.

“eh, abanglah” Leesya nampak abangnya tengah minum air dekat pantri dapur. Ni nak sergah dia ni.

1,2,3 dan

“gahhhh!” Leesya dah jerit tahap saja nak buat orang terkejut-beruk-luruh-jantung.

Burrr. Lepas je tuan punya badan pusing ke belakang akibat terkejut dan rasa nak marah orang.

“maaaa!!” oke Leesya yang terkejut sebab sangkaanya meleset. Orang yang tengah minum air  menghadap arah bertentangan adalah Baihaqee.Tadi dalam comforter tu siapa? Mesti dia susun bantal dalam tu.

Padan muka, nak sergah aku dia yang terkejut balik. Sakit dada weyh sebab tersembur-tersedak-bagai.

“hishhh, diamlah. Jangan jerit boleh tak. Dahlah main sergah je orang then dia pula terkejut.”

“maaf, orang ingatkan abang tadi sebab awak pakai baju abang. Saya tak ingat yang awak pakai baju abang.” Suara Leesya dah mengendur sebab Baihaqee macam marah dia. Leesya stop tacing-nak-meleleh-bagai.

“dahlah, saya nak naik atas. Nanti tutup lampu semua. Lain kali jangan main sergah orang. Buatnya ada penyakit jantung cepat layu. Mati anak orang nanti.” Qee cakap tak pandang Leesya dah, dan berlalu macam tu je.

“maaf.” Leesya dah tunduk pandang kaki. Mata dah berkaca.

“ni kenapa pula ni?” tanya Baihaqee, tak jadi nak naik atas sebab tengok Leesya dah pandang bawah dan tak pandang pun dia.

“leave me alone.” Jawab Leesya perlahan. Oke dah tak boleh tahan sebab rasa nak hambur je semua.

“Leesya, look at me please. Ok I’m sorry. Saya tak marah awak pun. Saya cakap je jangan sergah orang.” Pujuk Baihaqee sambil tarik dagu Leesya supaya dia pandang atas. Oke dan betul dia menangis untuk pertama kalinya. Kenapa rasa bersalah sangat dan rasa berdebar bila tengok dia macam ni. Baihaqee tahan oke. Dia tengah menangis tu dan pujuk cepat.

“maaf, ooraanng tak bbuat lagi.” Dengan sendu Leesya jawab perlahan. Baihaqee dah tarik Leesya ke dalam pelukan. Comel je dia malam ni pakai baby tee, seluar belang-belang biru-putih dengan pooh slippers dekat kaki.

“saya pun minta maaf. Saya tahu awak ingat saya abang. Tapi lain kali jangan buat macam tu dah kat sesiapa pun. Bahaya tahu tak.” Qee rasa gerakan kepala Leesya di dadanya tanda anggukan darinya.

Kenapa rasa tenang je dalam pelukan dia dan ada debaran. Leesya itu suami kau. Dia yang melindungi kau dan kau sepatutnya cintakan dia bukan Zakuan lagi.

“ermm, saya nak minum air.”Leesya tolak dada Qee perlahan dan berlalu ke kabinet untuk ambil cawan.

“erkk, oke saya naik atas dulu.” Qee baru sedar dan terus naik tangga untuk sambung tidur.

Sekarang baru pukul 2 pagi. Qee dah tidur. Update blog dululah before tidur. Uihh banyaknya comment bila aku updated aku dah kahwin, dan ternyata semua orang suruh letak gambar husband aku dan tertanya-tanya siapa husband aku. Even Qee anak Datuk tapi dia tak jemput wartawan atau majalah untuk ambil gambar mereka. Just personal photography je jemput.

Blog – tulisan jiwa

 

Sunday, February 20, 2011

Candle buatmu

 I
andai tuhan mengubah takdir
andai tuhan mengubah rasa
biarlah rasa itu
untuk dia yang halal disisiku

II
andai memori boleh
hilang seperti kaset rosak
hilangkanlah memori lama
itu

Betul cakap Nia, susah nak melupakan orang yang dah kita sayang dan cinta, sakit sangat bila orang yang kita sayang hancurkan kepercayaan kita terhadap dia. Rasa hirisan pisau di jari tak sesakit rasa kita dikecewakan. Mungkin ini suratan takdir bila jodoh aku dengan pilihan mama. Ain, Nia bahagia ke aku sekarang ni? Tuhan, berdosanya aku kerana masih cintakan orang lain, padahal aku sudah punya suami. Abang cakap, dialah orang yang akan bahagiakan aku.

“awak, maafkan saya. Berilah saya masa untuk melupakan orang lama.” Sambil lihat raut wajah Qee yang tenang itu dan air suci itu mengalir dari kelopak matanya.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“awakk, bangunlah dah pagi ni. Bangunlah, nanti terlepas solat subuh.” Leesya dah tolak-tolak Baihaqee guna bantal. Nak kejut suami macam tu, jangan harap aku nak bangun. Cuba try test dengan cara yang lagi elok. Qee saja buat-buat tidur mati lagi.

Eeeee, liatnya dia ni nak bangun. Makan chewing gum setiap hari ke? Macam tak ada kena-mengena je? Leesya nampak kotak tisu di atas meja sisi tepi katil. Owhh liat ye nak bangun. Tisu, berguna juga kau kali ni.

“aduhh, geli boleh terkencing aku kalau macam ni. Ingat ke dia nak bagi morning kiss ke apa. Dia boleh gulung tisu dan main dekat leher aku. Oke itu tempat sensitif aku.” Monolog Qee sambil tahan kegeliannya.

“awakkk. Bangunlah.” Sambil kejut sambil tu dia mainkan tisu dekat leher Qee.

“erghh, bangunlah ni.” Haa tahu mengalah. Ingatkan nak tahan lagi. Ingat aku tak tahu dia buat-buat tidur.

“susah sangat nak bangun. Huh.” Leesya terus keluar dari bilik lepas kejutkan Qee. Nak tolong mama sediakan sarapan pagi. Ingat nak pergi shoppinglah hari ni.

“eeee, urghh.” Geram Qee dengan gelagat Leesya yang boleh buat slumber dan blah macam tu je.
 


Di ruang makan.


“maaa, jum pergi KLCC tak pun mana-manalah. Kita pergi shopping nak tak ma?” tanya Leesya sambil meniup hot chocolatenya yang masih panas.

 “boleh juga, hari minggu kan. Mama pun dah lama tak shopping. Ajak abang kamu dengan Baihaqee sekali.” Mama nak diaorang ikut sekali. Baru je nak dating dengan mama.

“alaa, mama lecehlah ajak lelaki. Nanti merungut sebab lama shopping.” Leesya tahu sangat dengan perangai abang dia, kalau ikut pergi shopping tak pernahnya tak merungut.

“haa, turun pun menantu mama ni, Jap lagi kita pergi shopping. Mama tak bagi lagi hadiah present untuk kamu berdua. Boleh mama cari sekali.” Mama dah rancang nak bagi apa dekat mereka berdua. Cuma tak terbeli lagi.

“Qee oke je ma, Qee pun dah lama tak shopping. Ingat nak cari kasut dengan baju.” Qee setuju dengan cadangan mak mentuanya dan duduk sebelah isterinya, Leesya.

“Abah mama tak ajak sekali? Alang-alang kan. Ajaklah satu rumah ma.” Perli Leesya.

“Abah kamu apa lagi, pergi main golf dengan rakan sekolahnya. Ingatkan cikgu tak main golf, tapi dia pergi menebas juga.” Puan Roselee pelik dengan suaminya. Ingatkan jadi GPK Hem sekolah, tak adalah pergi main golf tapi masuk juga minat dia dengan golf.

“Zaki mana ma?” tanya Baihaqee, saja nak tambah topik.

“Zaki, kalau tak pergi gegar pintu bilik dia, tak adanya dia nak bangun.” Tu lah anak terunanya, nak bangun punyalah liat.

Sama juga dengan aku rupanya. Aku ni bangun awal sebab dah jadi suami orang. Tak baik bangun lambat, nanti mak mentua kejar dengan parang. Tersengih Qee, lalu menyuap sandwich ke dalam mulutnya.


Level 1, KLCC

“Leesya dengan Qee pergilah shopping dan cari barang yang kamu berdua nak cari. Mama dengan abang nak pergi cari hadiah untuk kamu. Hishh Baihaqee pegang tangan Leesya ni, dia kalau terpisah nanti boleh hilang nyawa duk call orang.” Eeee mama ni, baik aku pergi dating dengan Qee je dari awal. Tak payah ajak shopping tadi, tak pun duduk rumah lagi bagus. Aduhh see Qee dah pegang tangan.

“haah, Qee. Kau pergilah dengan adik. Aku nak teman mama cari hadiah apa entah.” Zaki dah berjalan mengekori mamanya.

“erkk, awak nak cari apa tadi?” tanya Leesya sambil berjalan perlahan-lahan. Mama dah blah tu, lepaskanlah tangan.

“ermmm, nak cari  baju dan kasut. Kita pergi Lacoste. Jum.” Qee suka je dapat pegang tangan Leesya sambil tarik tangan Leesya dan menuju ke escalator untuk naik tingkat atas.

“awak, lepaslah tangan kita.” Leesya dah regangkan tangan dari tangan Qee.

“kalau terserempak dengan mama macam mana? Awak jawabkan saya tak kisah. Tak pun saya cakap yang awak tak nak saya pegang tangan awak.” Pandai pula Qee mengugut sebab dia tak nak lepaskan tangan Leesya.

“erk, oke peganglah-pegang.” Menonong je Leesya jalan ke depan.

Lama pula dia ni cari baju dan kasut. Perghh, cerewet bab cari baju dan kasut. Kalah aku ni. Tak nak warna ni, nak warna tu. Pergi turun Zara. Tak ada naik balik Lacoste nak beli balik baju yang try tadi. Barang aku? Satu pun tak beli lagi. Oke fine sabar Leesya.

“nah! Pergi try baju ni.” Uihh, terkejut aku. Salam tak ada terus nak suruh aku try baju. Try jelah Leesya. Dia yang bayarkan. Lawa warna biru walaupun plain. Simple.

“tak payahlah try. Size berapa ni?” aku malas bab-bab try sebab angin aku untuk try baju tak ada.

“Size M for ladies.”jawab Qee dan dia nak dekatkan baju tu kat badan aku.

“haaa, oke-oke saya memang pakai size M.” Leesya grab kepala hanger sambil letak dekat badannya.

“oke, jum bayar. Barang saya dah beli semua.” Haah dah beli, naik turun escalator. Masuk butik sama. Kalau aku dah keluar dari butik tu, tak masuk dah untuk kali kedua.

“ermm, oke” Leesya ikut je Qee dari belakang dan sampai kaunter dia terus blah keluar dari butik Lacoste tu.

Lepas beli barang Qee, terus aku cakap turn aku pula untuk beli kasut bagai. Sampai membebel dia penat. Tahu pun, tadi aku lagi teruk naik turun nak ikut seleera dia punya pasal. Akhirnya dua kasut Nose dan Kemeja Zara sahaja aku beli, lari budget aku nanti. Padahal Qee yang bayar semua.



 '''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''



 “perghh, boleh lari urat pinggang aku. Teman mama cari hadiah koranglah ni. Nasib aku dapat beli juga.” Kalau tak jangan harap aku pilih hadiah yang baik. Aku dengan mama je yang tahu apa hadiah yang dibelikan untuk adik dan Qee.

“mama beli hadiah apa?” tanya Leesya tak sabar sambil terintai-intai paper bag disebelah sofa.

“ishh,sabarlah. Nanti masuk bilik kamu bukalah dengan Qee. Alaa mama beli hadiah biasa je pun. Nanti untuk honeymoon mama yang support semua.” Mama ni, excited aku. Alan-alang orang nak supportkan.

“Maaa, saya naik dululah. Nak mandi dan solat.” Dia tahu Leesya tak boleh solat sebab tak solat jemaah sekali subuh tadi. Qee dah bangun dari sofa dan berlalu untuk naik ke tingkat atas sambil bawa paper bag barangnya dan barang Leesya. Haah sepanjang jalan aku yang pegang. Nasib tak berat barang-barang Leesya beli.

“oke, naiklah. Leesya, ni hadiah dari mama untuk kamu berdua. Hadiah Qee, abang yang pilihkan. Hadiah untuk Leesya mama yang pilih, kan abang.” Puan Roselee dah hulur paper bag kepada Leesya.

“haah, abang yang pilih hadiah untuk Qee.” Jawan Zaki lalu bangun untuk ke dapur. Dahaga weyh.

“hehe, terima kasih mama. Ticket tu Leesya ingat. Mama jangan buat tak ingat.” Leesya suka je dapat hadiah.

“yaa, Mama ingat. Dahlah Mama nak mandi dan solat. Nanti dah mandi semua turun bawah tolong mama masak.” Arah Puan Roselee sambil berlalu.

Mama bagi hadiah apalah agaknya. Mama ni saja nak suruh aku tertanya-tanya. Eloklah Qee pun dah siap mandi. Nak buka hadiah. Paper bag comel ada gambar ‘love-love’.

“mama bagi hadiah apa?” tanya Qee sambil mengeringkan rambutnya dengan kain tuala dan lihat ke arah Leesya yang tengah terhendap-hendap tengok isi dalam paper bag tu.

“entah. Orang tak buka lagi, tunggu awaklah.” Qee dah duduk di sebelah Leesya di birai katil.

“bukalah. Nak tengok juga hadiah mama bagi.”

Asal berdebar pula nak buka hadiah dari mama ni. Aduh kau menggelabah pula Leesya. Mama ni, bukan nak ajak aku sekali biar aku pilih sendiri hadiah apa. Akhirnya dah buka paper bag. Tapi ada dua kotak. Hishh mencabar sungguh nak tahu hadiah.

1,2,3 dann..

“dapat set perfume Polo. Oke juga.” Perfume aku pun dah habis dan rezeki dapat set perfume Polo.

“hahhhh?” oke sungguh aku rasa nak terkeluar biji mata-terkejut-nak luruh jantung.

“awak dapat apa? Saya dapat set perfume.” Qee dah tanya sambil nak tengok isi dalam kotak di tangan Leesya.

“hah? Tak ada pape.” Leesya dah bangun sambil tutup cepat-cepat kotak di tangannya.
“eee, saya tanya awak dapat hadiah apa. Bak sini bagi saya tengok.” Qee turut sekali bangun dan tadah tangan nak minta kotak di tangan Leesya.

“saya mandi dulu.” Leesya dah gelabah ayam sambil bawa kotak.

“tak kan nak bawa kotak tu sekali pergi mandi sayangku?” tanya Qee dan memulakan langkah untuk mendekati Leesya.

“Eee.. tak ada papelah. Saya dapat hadiah biasa je.” Leesya dah nak lari dari Qee. Aduh masalah sungguh Qee ni tutup jalan aku nak pergi toilet. Agak-agak berapa kelajuan yang diperlukan untuk lalu ruang dan melepasi Qee.

“give me that box.” Ingat aku tak tahu, kau nak lari masuk toilet kan. Ini Syed Baihaqee lah. Pandai baca pemikiran orang.

Akhirnya acara kejar-mengejar berlaku dalam bilik itu semata-mata sebab Qee nak tengok isi kandungan dalam kotak hadiah tu. Tiba-tiba..

“yes! Dapat juga.” Qee dapat sebab dia dah sekat Leesya dan ternyata senang je nak dapatkan hadiah tu. Ugut nak peluk terus dia lepaskan kotak tu.

“hah! Tengoklah tengok. Tengok sampai puas. Nak tengok sangat kan.” Leesya dah geram. Senang sangat aku kena ugut. Kau pun satu Leesya penakut.

“erkkk.” Dan Qee terkejut lepas keluarkan isi dalam kotak tu. Nak tahu apa? Lingerie triumph red in colour. Jarang nak mati. Buat malu aku je. Aku pun tak pernah ada niat nak beli. Mama ni saja nak kenakan aku lah tu.

“haa, peganglah. Tengok sampai lebam baju tu. Pakai pun tak apa.” Leesya dah berlalu masuk ke dalam toilet. Ternyata Qee segan sebab pegang baju tidur perempuan yang jarang itu dan terus campak ke atas katil. Perghh malu aku.



 ‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


  Alhamdulilllah kes kali ini berpihak kepada aku. Mungkin ada bahan bukti yang kukuh dan dapat prove melalui CCTV dekat lapangan terbang. Banyak kerja juga kena buat ulang-alik pergi lapangan terbang. Walaupun penat tapi dapat tolong orang tak bersalah dapat pahala tau Leesya. Perut dah start daulat dengan aku, aku tahu dah lapar.

“assalamualaikum, Ainnn.” Ok rindu tak terkata, sumpah lama tak lepak sama-sama dengan Ain dan Nia.

“weyh, kau. Rindu kot. Baru niat nak call kau. Kau apa khabar? Sihat?” tanya Ain dan ternyata terkejut dapat panggilan daripada Leesya.

“alhamdulillah sihat, nak cerita panjang jum kita jumpa. Lunch jum?” tanya Leesya dengan harapan Ain setuju.

“aku oke je, nanti aku call Nia. Warghh dapat juga lepaskan rindu.”

“oke, kita jumpa dekat restoran yang biasa kita lepak tu, now”

“oke, nanti aku nak pick up Nia sekali.” Tutt


Restoran Pak Tam Kopitiam.

“perghhh, Leesyaaaa.” Erk, oke Nia dah start buat drama. Dia menjerit satu restoran. Agak gebang, tak adalah satu restoran tapi boleh buat orang berhenti minum dan letak sudu garpu bagai dan tengok siapa-yang-memekak-cari-publisiti-ni.

“mencapub.”  see aku dah dengar orang cakap macam tu.

“rindu kau weyh, sumpah tak terkata rindu aku. Sampai mimpi kau tahu.” Nia dah peluk aku kuat-kuat-macam-tak-nak-lepas.

“aku tahu, sebab aku pun rindu dekat korang semua. Habis semua pandang, kau ah ni, buat drama king sungguh.” Masing-masing dah melabuhkan punggung di kerusi.

“macam tak tahu si Nia ni, dia tak dapat jadi pelakon tu dia buat free show tu.” Slumber Ain balas sambil tengok menu yanag ada atas meja.

“elehhh, suka aku lah. Untung tahu dapat kawan macam aku ni, tak cover langsung.”

“haah, tak cover langsung sebab aku dengan Leesya yang tukang covernya.” Jawab  Ain sarkastik.

“orderlah cepat, aku punya perut dah meragam ni.” Leesya dah lapar tahap tak tahu nak cakap apa. Leesya kalau lambat makan tangan automatik vibrate.

“hah? Dah berisi ke weyh?” tanya  Ain dan Nia serentak.

“berisi apa pula ni?” aku punya perut kosong boleh tanya dah berisi ke belum.

“dah ada baby ke dalam tu? Cepat sungguh kawan aku ni.” Serkap jarang Ain.

“weyhh, agak-agaklah. Aku cakap lain korang faham lain. Aku lapar tahu tak. Bukan baby meragam.” Jawab Leesya. Pelik sungguh aku, bila pula aku.. arghh dah-dah. Aku lapar ni bukan nak borak pasal lain.

“owhh, nak berahsia dengan kitorang kau kan. Sampai hati, yelah semenjak dah ada suami dengan suami jelah kongsi rahsia.” Nia saja buat ayat merajuk.

“eeee, apa ni. Ada juga kena telan dengan aku. Aku lapar tahu tak. Dari pagi tak makan, keluar rumah tanpa breakfast tahu.” Leesya kau jangan jadi gebang sampai nak telan orang.

6 comments:

zura asyfar addy rifqhiey said...

best222...smbung2..

Anor said...

lucu betullah...cpt sambung.

PENULISJIWA said...

zura asyfar
haha.otw

PENULISJIWA said...

Anor
haha
gelagat dorang
otw cont
:D

farah manaf said...

nk lg...nk lg!!!

PENULISJIWA said...

farah manaf
haha
dah sambung yang