Sunday, February 20, 2011

Rahsia tulisan jiwa 8


Sejak majlis kahwin dah lama tak updated blog. Aku perlu updated blog juga walau macam mana pun. Sempat tak agak-agaknya, sebelum si suami masuk bilik. Kalau blog yang lagi satu tu tak apa nak tulis depan dia pun, sebab dia tahu aku pemiliknya tapi blog ‘tulisan jiwa’ ini dia tak tahu.

Blog-tulisan jiwa

 

Saturday, February 19, 2011

ukiran kekuatan

dugaanMu mengajarku
mengukir kekuatan
satu-satu dingin hari

ukiran kekuatan
terlalu payah
hari-hari
hasilnya semakin cantik
dalamnya sungguh penuh kedukaan

Sungguh, even dah kahwin tapi kenapa Zakuan tu tetap ada dalam ingatan. Ya Allah bagilah hambaMu ini kekuatan untuk melupakannya dan menganyam rasa cinta untuk sang suami, aku tak mahu derhaka kepada suamiku sendiri. Tiba-tiba matanya berair, mungkin sebab dengar instrumental selamat pagi cinta violin version.

“awak buat apa tu?” huh terkejut aku, nasib sempat sign out.

“awak boleh tak bagi salam nak masuk tak pun ketuk pintu?”

“oke, jap nak keluar balik, kita rewind balik.” Berlalu Qee sebab nak flashback.

“eee, perlu ke? dah lah dah masuk dah pun.”

“awak buat apa tu?” tanya Qee sekali lagi sambil duduk di birai katil dan terhendap-hendap dari belakang Leesya yang tengah duduk atas katil sambil ribakan laptopnya.

“nak updated blog, tulis yang saya dah jadi bini orang dan letak gambar kahwin dan cakap maaf tak dapat jemput semua orang sebab tak tahu alamat pembaca.” Jawab Leesya malas sambil cari gambar kahwin tapi dia sorang, sebab dia nak buat pembaca tertanya siapa husbandnya.

“nak join sekali boleh?” tanya Qee sambil duduk di sebelah Leesya.

“boleh, tapi tengok sahaja.”

Selepas updated blog ‘Jiwa Ku Leesya’

“awak, kenapa tak letak gambar saya? Mana boleh letak gambar awak seorang je, mana boleh, cepat buka balik dan edit balik entry tu.” Pelik Qee, mana boleh dia letak gambar dia je, gambar aku suami dia ni dia tak letak pula.

“ehh, suka hati sayalah nak letak ke tak, blog saya bukan blog awak pun. Tah pape.”

“letak juga, saya tak kira awak kena letak juga.” Qee dah buat perangai ala-ala mengada dia.

“yang awak mengada ni kenapa?” sumpah pelik pula perangai Qee hari ni.

“ya saya mengada.” Qee dah terasa hati.

“tahu tak apa. Huh.” Eeee, ya Allah bini aku ni, bukan nak pujuk aku ke apa. Boleh dia lagi setuju.

“awak dah solat magrib belum?” tanya Leesya sambil berlalu ke toilet untuk ambil wudu’. Hari ini hari kedua mereka hidup sebagai suami isteri.

“Hmm, tunggu awaklah.” Even Leesya tak bertudung tapi dia tak pernah lupa solat, dia pernah cakap dekat mamanya yang dia akan berubah ke arah lebih baik dengan berhijab di kepala. Insyaallah.


‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’

“mana tie ni, baju tak gosok lagi ke?” Qee dan-dan kau bangun lambat hari ni. Ya tak cuti lama even ada lagi gelaran pengantin baru, sebab malas nak cuti lama.

“eee, boleh tak jangan melalak macam orang hilang bini, cuba cari dengan mata bukan cari dengan mulut. Eh baju awak saya dah gosok ada dalam almari tu.” Leesya dah nak marah sebab dia pun tengah cari scarf yang dia selalu lilit dekat leher.

“cari dengan matalah ni, elehh tengah cari barang juga ke? Cari dengan mata ye sayangku jangan cari guna mulut.”

“hishh, orang tahulah sibuk je.”

“saya turun bawah dululah ye, jangan lambat.” Pesan Qee sambil bawa tienya turun ke bawah sebab dia akan suruh mamanya pakaikan before keluar dari rumah. Qee memang tak reti melilit tie di lehernya even dia seorang lelaki.


Di ruang makan.

“Leesya mana Qee?” tanya datin Jane kepada anaknya yang tengah hirup hot chocolate sambil menyapu jam atas roti untuk suaminya, Datuk Musa.

“haah Qee, mana isteri kamu?kenapa tak turun sekali?” tanya papanya pula.

“alaaa, dia tengah bersiap lagi tu. Tadi Qee turun pun tak pakai lagi baju kerja.” Jawab Qee.

“Owhh, jap lagi turunlah tu, kenapa kamu berdua tak pergi honeymoon dulu Qee?” mamanya dah pelik dengan anak dan menantunya. Baru kahwin dah sambung kerja semula. Orang kahwin selalunya terus pergi honeymoon dulu baru sambung kerja.

“alaaa, maa. Tak ke mananya honeymoon tu. Dalam bilik pun boleh honeymoon, kan pa?”

“haah, alaaa mama kita kan selalu honeymoon dalam bilik. Sama je.” Cerita papanya sambil tersengih.

“hisshh, papa ni, tak malu ke. Ada diceritanya dekat anak.” Kan dah kena cubit dengan isterinya.

“ouchh! Mama ni main ketam lagi kan sekarang. Abang ingat dulu je.” Sakit dengan cubitan isterinya di paha.

“assalamualikum ma, pa.” Leesya dah turun ke ruang makan lalu bagi salam.

“haa turun pun anak mama ni, kenapa kamu dah start kerja balik Leesy? Mama rasa baik kamu berehat pergi honeymoon.” Tersenyum Datin Jane sambil tengok Leesya. Lawa menantunya berseluar slack dan kemeja belang pink putih ikut badan dan sanggul rambutnya.

“Leesya ada keslah mama kali ini dan kena selesaikan juga dalam waktu terdekat. Kes dituduh membawa ganja dan dadah heroin, Kesian dia mama padahal dia tertukar beg dekat lapangan terbang.” Jawab Leesya sambil menuang hot chocolate ke dalam cawan.

“owhh, lepas tu kamu bolehlah pergi bercuti. Nanti mama yang arrangekan semua sebab mama dah selalu tempah tiket ni. Eh macam berjanji je kamu berdua ni. Nak pergi kerja pun pakai baju warna sama?” Qee dan Leesya pakai baju warna sama. Aku rasa tadi aku gosok baju dia warna putih asal boleh jadi putih dan pink pula.

Burr. Oke Qee tersedak, nasib tak ada orang dekat depannya dan mengambil tisu untuk mengelap mulutnya.

“Kamu ni kenapa Qee, tersedak pula dia. Elehh seganlah tu dengan mama sebab kamu berdua rancang nak pakai baju sama kan.” Serkap jarang mamanya, padahal tak terlintas langsung dan aku rasa tak sempat nak masuk dalam fikiran pun cadangan tu tau.

“maa, ikatkan tie seperti biasa. Qee dah lambat ni.” Qee dah bangun dari kerusi dan nak hulur tie dekat mamanya. Leesya sedap tengah suap roti bakar ke dalam mulut. Laki aku ni tak reti ikat tie ke? Aku perempuan pun reti tahu, yelah sebab dulu time budak sekolah aku dengan si Ain belajar cara ikat tali leher sampai tercekik kawan lelaki aku tu.

“mama pula, sekarang kamu dah ada isteri. Suruhlah isteri kamu.” Mama dah buat tak tahu dan menyambung perbualannya dengan Datuk Musa.

“erkk.” Nak minta macam mana ni. Aduhh depan mama dan papa. Mak aihh segan seyh. Bini aku pun boleh buat tak tahu. Nak suruh aku cakap kuat-kuat ke? Padahal aku tahu dia dengar apa mama cakap dekat aku. Saja ah tu kan, ingat aku tak tahu.

“mama , papa. Leesya pergi kerja dulu.” Leesya dah bangun dari kerusi dan salam dengan bapa dan mak mentuanya.

“eh, biar Qee yang hantar kamu pergi kerja. Mama tak nak Leesya yang drive.” Pesan Datin Jane sambil tengok anak terunanya.

“oke mama.”

“yang kamu duk tercegat dekat situ tu kenapa, Qee?” Datin Jane pelik tengok anaknya yang elok berdiri sambil pegang tie.

“mamalah tak pakaikan Qee tie. Tak kesian ke dekat anak mama ni?” Qee saja nak suruh mamanya yang cakapkan dekat isterinya. Aku cakap malu seyh. Maknanya lepas ni, aku memang kena belajar cara ikat tie. Wajib!

“Alorrr, kesiannya anak mama ni. Leesya kamu tolong ikatkan Qee tie. Dia tu tak pernah nak reti macam mana cara ikat tie.” Datin Jane dah suruh menantunya ikatkan tie dekat anaknya.

Yes, mama yang cakapkan. Mudah kerja aku. Leesya tu saja nak suruh aku yang cakap sendiri. Wek, tak jadi rancangan kau. Muahahah.

“sinilah tie tu.” Minta Leesya tie yang dipegang oleh Qee.

“nah”. Bagi Qee tie yang dipegangnya.

Dalam masa 5 minit, tie dah tersimpul kemas di leher Qee dan langkah terakhir kena kemaskan di leher sambil tarik tali belakang tie.

“erkk.” Hah?aku terover tarik ke? Maa tolong mati juga anak orang ni.

“maaf-maaf.” Leesya dah gelabah nak betulkan tie, tapi dia lagi tarik tie makin ketat dan akibatnya..

“erkk erkk.” Qee dah buat tangan di awangan sambil buat gaya ‘tolong-longgarkan-tie-sebelum-aku-mati-tercekik.

Disebabkan Leesya dah gelabah ayam. Leesya makin dekatkan diri dengan Qee untuk longgarkan tali leher.Wanginya dia. Leesya sempat bau perfume yang dipakai oleh Qee.

“huhh, oxygen please. CPR-CPR.” Akhirnya longgar juga. Bini aku ni nak bunuh aku apa.

“maaf-maaf, Leesya tak sengaja.” Comelnya dia bahasakan diri dengan nama. Tak jadi aku nak marah.

“dahlah, saya dah boleh nafas ni. Awak nak bunuh saya apa?”

“mana ada, saya tak sengaja tertarik. Nak ketatkan sikit je.” Leesya dah tunduk dan pandang ke kakinya. Tahu dia bersalah.

“dahlah, jum saya hantar awak ke pejabat.” Qee dah berlalu ke bilik kasut, untuk memilih kasut yang sesuai dengan pakaiannya hari ini.

Leesya asal ni. Asal kau nak tacing ni. Dah kau buat salah.Leesya dah berlalu ke pintu untuk memakai heelsnya. Tak banyak kasut yang dia bawa ke rumah ini. Nasib warna hitam, boleh dipadankan dengan semua warna. Barangnya semua di rumah keluarganya. Tak sempat nak punggah habis dan ada lagi barang di rumah sewanya.



''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


“awak masuk lorong kiri sini. Nak sampai dah office saya.” Arah leesya sambil tunjuk lorong ke arah pejabatnya.

“haaahhh, tunjuklah lagi macam tu. Dah sampai lorong baru nak cakap masuk lorong tu. Ingat ni jalan awak ke tak perlu signal-signal.” Kan dah terlepas lorong. Boleh dia tunjuk arah macam tu. Ingat pakai boleh redah je masuk tanpa bagi signal. Nak berhenti macam tu je.

“eee, tengok dah terlepas.” Leesya dah buat muka cemberutnya.

“siapa suruh tunjuk jalan macam tu, sebelum sampai lorong tu, bagilah tahu nak masuk lorong kiri ke kanan, ni dah sampai kat lorong baru nak cakap. Tah pape.” See makin lambat aku nak masuk office.

“huh, reverse je lah.”

“ya Allah, ingat ni jalan kampung ke boleh pakai reverse, ni jalan Kuala Lumpur kena u-turn dekat traffic light depan tu ha.” Pelik betul, aku rasa dia bawa kereta main redah je. Orang hon sebab dia salah aku rasa dia hon balik kat orang tu.

“hahh, sampai pun. Baik saya bawa kereta sendiri. Huh.”

“eeee, bukan nak berterima kasih ke apa.” Nasib aku rajin hantar kau pergi office. Dah lah kena tukar kereta. Dulu lawa je aku bawa kereta orang muda sekarang bawa kereta toyota Altis ni. Mamalah suruh tukar kereta ni. Macam dah ada anak ramai je.

“ya terima kasih banyak-banyak tak terhingga.” Leesya dah nak buka pintu tetapi tangannya dah ditarik oleh Baihaqee.

“salam dulu tangan suami sayangku.”

“erkk, oke.” Leesya dah hulur tangan dan nak sambut tangan Qee untuk cium.

Qee dah hulur tangan dan...

cupp..

“hahh” aduhh dan Leesya blah macam tu aja. Segan-terkejut-suka hati kau je cium pipi aku.

“seganlah tu. Dapat juga cium pipi kau.” Qee dah cakap sorang-sorang dalam kereta. Sejak bilalah dah pandai cakap sorang-sorang ni.

“woii!” erkk hah, bila pula aku ada dalam office ni.

“huh?Kau Rizal. Terkejut aku, nasib tak sakit jantung. Asal tak ketuk pintu dulu? Main redah je kau masuk kan” sambil mengurut dada dan bila pula aku start berangan dan teringat Leesya ni.

“dah-dah jangan nak salahkan aku. Aku rasa aku dah ketuk pintu kau sampai naik bengkak jari aku ni dan dah bermacam lagu aku nyanyi bagi salam.”

“bila masa pula. Aku tak dengar pun.”

“kau ni asal? Teringat bini ke? Amboi ke teringat malam pertama kau?” Serkap jarang Rizal.

“uihh, mana ada. Kau asal masuk bilik aku ni?” tanya Qee sambil sibuk belek fail yang perlu ditandatangan olehnya.

“aku nak bagi proposal, nak suruh kau tengok proposal dari syarikat Cruise, Langkawi. Mereka nak jadi anak syarikat bawah syarikat kita. Syarikat baru tak silap aku dan perlukan tunjuk ajar tentang perkapalan.” Terang Rizal satu-persatu sambil buka file untuk Qee tengok.

“owhh, kau letaklah situ dulu. Nanti aku baca. Jum pergi lunch dekat one cafe, aku dah lapar ni.” Qee mengajak Rizal untuk pergi lunch sebab sekarang adalah lunch hour.

“kau belanja? Aku on je.” Rizal kalau orang belanja sentiasa on. Bak kata dia ‘rezeki jangan ditolak kelaparan jangan dicari’ peribahasa tunggang terbalik. Habis rosak peribahasa melayu.

“yelah-yelah aku belanja. Puas?” sebab aku yang ajakkan dan akulah kena belanja. Macam tu?

“sayang kau lebih derr.” Rizal dah buat gaya nak pergi peluk Baihaqee.

“dah-dah, tak payah nak meggatal, naik bulu roma aku.”

“yelah, sekarang dah tak boleh peluk, kau dah ada bini kan. Bini kau jelah boleh peluk.” Rizal dah bergerak ke arah pintu untuk keluar dari bilik Qee.

“uihh, selama ni aku ada peluk kau ke? Nak buat cerita ah tu. Dah tak payah nak buat cerita macam dalam internet. Tak laku langsung.”



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Lepas sahaja Qee ambil aku kat office, terus pergi rumah mama malam ni tidur rumah mama sebab esok hari sabtu dan cuti. Rindunya dekat mama, abah dan abang. Lama tak perang dengan abang.

“assalamualaikum.” Leesya yang masuk dulu so dia yang bagi salam, si Qee ni mengekor je aku dari belakang. First time tidur rumah mak mentua. Before ni tak pernah lagi sebab lepas kahwin terus tidur rumah dia.

“owhh adikkk.” Haa abanglah tu, siapa lagi duk menjerit.

“abanggku.” Leesya dah depangkan tangan sebab abang dah tunjuk gaya nak peluk.

“owhh adik iparku.” Perghhh malu siot. Dia pergi peluk adik ipar dia. Kurang asam. Malu aku duk depang tangan tapi bukan peluk aku.

“haha, sihat bro?” tanya Qee ramah, dia orang sebaya so percakapan dah macam kawan. Pelik aku macam dah lama kenal.

“sihat je, kau sihat? Dia ada terajang kau time tidur?” abang ipar aku ni, segan aku nak menjawab. Buatnya aku cakap ‘haah adik kau terajang aku time tidur’ malu  dia.

“eeee, abang ni. Leesya tidur baik punya tahu.” Tapi bila aku bangun dari tidur asal kubu yang selalu aku buat dah hancur macam kena rempuh garuda.

“yelah tu. Abang kenal adik abang siapa.” Zaki dah mula nak menyakat adiknya.

“Eh Leesya, Baihaqee. Bila kamu berdua sampai?” Terkejut Puan Roselee tengok anak menantunya ada dekat ruang tamu. Leesya tak cakap pun dia nak datang.

“Kami baru je sampai, ma.” Jawab Qee ramah sambil cium tangan Puan Roselee seterusnya bapa mentuanya yang ada dibelakang Puan Roselee.

“Kamu berdua dari office ke?” tanya abah dan melabuhkan punggung di sebelah menantunya.

“haah, dari office dan terus datang sini, ingat nak tidur sini dua-tiga malam.” Qee cepat ramah dengan family Leesya.

“tidur sini?baguslah dapat mama lepaskan rindu dekat anak menantu mama ni.” Suka Puan Roselee sebab anak menantunya bermalam di situ.

“sampai hari ahad kami duduk sini. Rindu masakan mama. Hehe.” Sengih Leesya sambil letak kepala di bahu mamanya.

“Leesya pergilah tunjuk bilik tidur kamu dekat Baihaqee, dia penat tu.” Puan Roselee menyuruh Leesya tunjukkan bilik kepada Baihaqee. Kesian tengok menantunya yang dah penat tu.

“oke,jap tao ma nanti kita sambung ngobrol ya buk.” Keluar dah loghat indonesia.

Lepas tunjukkan bilik dia dekat Baihqee, dia turun semula ke bawah. Dia tahu Baihaqee nak landing, solat dan mandi. Leesya dah sediakan tuala dan pinjam baju abang. Buat masa ni dia pakai baju abang, sebab tak tahu pun akan singgah rumah mama dan tidur sini. Lama juga ngobrol dengan mama.

“mama, lama tak rasa urutan dari mama, hehe. Urutkan leher Leesya, ma.” Leesya selalu suruh mamanya urut leher. Mamanya pandai bab-bab mengurut ni even mama bukan anak melayu tulen.

“hishh, ada suami tak nak suruh suami kamu.” Mama dah bangun dari sofa satu untuk ke sofa berangkai tiga. Kebetulan Baihaqee lalu dan...

“ma.. mama masak apa malam ni?” Leesya tanya tapi tak ada jawapan dari mamanya. Mama ni orang tanya tak nak jawab. Lama tak rasa urutan dari mama.

“Leesya, pergi mandi solat nanti turun bawah tolong mama masak, mama ingat malam ni nak masak kari kepala ikan.” Aikk mama kat depan aku, siapa yang urut aku ni? Ohh tidak, jangan cakap yang Baihaqee tengah urut aku ni. Leesya dah bersedia nak pusing belakang.

“Mama masak kari kepala ikan? Lama Qee tak makan.” Oke dan memang betul yang belakang aku ni Baihaqee. Cepatnya mamat ni solat dan mandi semua, ke aku yang borak tak ingat dunia.

“erkk, ma. Leesya naik atas dulu dan mandi.” Muka Leesya tak terkata merah sebab segan. Yelah ingatkan mama yang urut. Rupanya orang lain. Sedap je aku pergi tanya itu ini, tapi padahal bukan mama. Asal aku tak boleh rasa yang tu bukan tangan mama. Sedap juga dia urut. Dah mula menggatal Leesya.

2 comments:

zura asyfar addy rifqhiey said...

haha..kelakar betul leesya ngn qee ni..part yg tak leh ingat, yg ikat tie tuh :D

farah manaf said...

bes...hehe smbun3333