Friday, February 18, 2011

Rahsia tulisan jiwa 6


“Weyh, aku pergi dulu. Aku tunggu korang dekat dining room dan kita breakfast kat situ pagi ni. Siap cepat.” Aku nak pergi ruang makan dulu boleh updated puisi tak pun entry untuk blog-blog aku. Lama tak updated. Confirm pembaca tertanya aku bertapa kat mana. Dengan pakai dress labuh sarung cardigan, pakai spec redah je lah Leesya tidak lupa lappy kesayangan.

“oryte, tunggu kitorang kat sana.” Jerit Nia yang tengah berendam dalam tab mandi.

Dining room, Nexus resort Karambunai.

“Qee, aku rasalah kan aku kenal perempuan yang rempuh kau semalam tanpa had laju.” Buka balik topik yang boleh naikkan darah Qee bila-bila masa sahaja.

“Kau boleh tak jangan ingat balik cerita tu? Kunk dengan kau-kau aku naik angin.” Marah Qee sambil tarik kerusi di ruang makan untuk duduk.

“relaxlah derr. Aku Cuma cakap yang aku kenal sape perempuan tu.” Aku cakap nak marah, aku pang kunk ada juga terteleng jap lagi.

“siapa perempuan tu? Aku tak kenal pun, kau kenal macam pelik je.”

“Kau kan top blogger, tak kan tak kenal. Aku tak adalah top dalam dunia blog ni. Perempuan tu tak silap aku Aina Aleesya. Top blogger juga tapi di kalangan perempuan.  Dia kan lawyer yang baru lepas grad hari tu. Aku pernah baca last entry dia before datang sini.”

“Aina Aleesya? Macam pernah dengar. Jap aku nak online, nak tengok. Aku rasa aku tengok muka baru aku cam kot. Semalam dia pakai spec besar aku tak berapa nak cam. Tapi kau cam pula dia, Zal?” Aina Aleesya? Aku rasa macam pernah dengar before ni. Nasib aku bawa laptop ni, berguna juga kau time ni wahai viao.

“eh, Qee tu bukan dia ke?” berjumpa lagi kita wahai Aina Aleesya. Even kau bukan artis tapi sebab kau top dalam dunia blog, sebab tu lah aku kenal. Lawa, aku ingat dalam blog je kau lawa. Simple and natural je muka. Tak pernah nak tinggal spec besar gedabak dia tu.

Qee tengah khusyuk online dan search blog Aina Aleesya yang Rizal cakapkan tadi. Oh, dia ni. Aku kenallah juga. Dia jadi model sambilan dalam dunia fesyen even dia seorang peguam bela.

“mana dia?” sambil terteleng-teleng nak tengok arah yang ditunjukkan oleh Rizal. Oh Aina Aleesya kat sini juga kau rupanya. Kecilnya dunia ni. Lawa, cute and natural. Sejuk hati memandang. Rambut disanggulkan dan tengah  khusyuk hadap laptop dia. Ingat dia akan tampal make up juga seperti dalam dunia model dia. Tapi time dia jadi model pun muka simple je. Mungkin sebab mix blood dia nampak lawa.

“amboii, lama pandang. Jatuh hati dah ke? Janganlah aku baru nak adjust derr. Kau ni nak masuk line juga ke?” sambil halang muka Qee dengan menu yang terletak di atas meja.

“hishh, aku tengok je. Dah kau tunjuk aku tengoklah. Hadaplah dia puas-puas, hadap sampai juling mata tu.” Huh asal aku ni, tengok dah terkantoi usha anak dara orang lama-lama. Buatnya ada parents dia tak ke kena baling dengan pinggan sudu yang ada atas meja tu. Minta-mintalah dia tak perasan yang aku dah usha dia lama.

Meja di sebelah sana.

“Apasal dua orang tu. Dari tadi duk usha aku. Kunk aku korek biji mata tu tak pasal-pasal jadi Kassim selamat.” Monolog Leesya dalam hati sambil buat tak tahu dengan pandangan yang dilemparkan oleh dua orang lelaki itu.Jap tu bukan ke laki yang aku rempuh tanpa had laju semalam ke? Aduh jumpa laagi. Aku baru nak elak dari jumpa.

Would you dance if I asked you to dance?
Would you run and never look back
Would you cry if you saw me crying
Would you save my soul tonight?

Would you tremble if I touched your lips?
Would you laugh oh please tell me these
Now would you die for the one you love?
Hold me in your arms tonight?

Zakuan call. Asal tiba-tiba call aku ni. Dah 3 hari tak call aku dan baru nak call aku. Macam-macam dia buat kat belakang aku tapi tak pernah nak mengaku.Hari tu keluar dengan bekas kekasih dia tapi tak bagi tahu aku. Siap belai manja ingat aku tak tahu.

“Assalamualaikum.” Sabar  Leesya. Tuhan selalu menguji hambaNya dan setiap perbuatan atau rahsia yang disimpin elok-elok sekalipun akan terbongkar walau macam mana pun. Cerita yang  Zakuan nak simpang sangat tu dah terbongkar  juga.

“hye sayang. Awak sihat my dear. Jum keluar, saya on the way datang rumah awak ni.” Nampak sangat dia memang tak ambil tahu pasal aku. Aku dah mesej nak pergi Karambunai pun dia buat tak tahu.

“ saya dekat Karambunai, tak kan awak dah lupa? Bukan saya dah mesej awak ke sebelum saya pergi? Jangan cakap saya tak bagi mesej dekat awak sudahlah.”

“hah. Awak dekat Karambunai? Saya tak tahu pun. Hari apa awak pergi?” Mungkin Leesya hantar mesej time keluar dengan Melor. Zakuan jangan sampai terkantoi.

“Saya dah hantar. Nak saya buka sent items balik ke Zakuan?”

“ehh. Haa baru saya ingat sayang ada hantar mesej. Maaflah sayangku, saya memang tak ingat. Banyak sangat kerja saya.”

“Awak ada apa-apa nak bagi tahu saya, sayang?” dengan harapan Zakuan berterus terang yang dia keluar dengan bekas kekasih hati dia.

“Bagi tahu apa sayang? Tak ada kot. Saya cuma rindu sayang, tu je. Kenapa sayang?”

“Zakuan, awak pernah bagi tahu saya, sekali saya hancurkan kepercayaan awak dekat saya susah untuk awak percayakan saya dah kan.?” Mata Leesya sudah berkaca, mungkin ini waktunya Leesya. Sudah sampai masanya. Jangan jadi seorang yang mudah melepaskan perbuatan mereka begitu sahaja.

“ya sayang. Saya pernah cakap dekat awak macam tu. Kenapa ni?” kenapa dia tanya macam tu, seolah-olah dia tak melakukan kesilapan di belakang aku.

“kalau awak yang hancurkan kepercayaan saya terhadap awak, macam mana, Zakuan?” tahan Leesya, kuatkan diri untuk kali ini.

“kenapa sayang tanya macam tu? Bila pula saya buat macam tu?” ya Allah sabar Leesya.

“sayang, semalam saya ada baca satu blog ni, dia tulis dia baru tahu yang kekasih hati dia pergi jumpa dengan ex-girlfriend dia. Dia baru tahu selepas sebulan kejadian itu berlaku. Kekasih hati dia berpelukan dan macam-macam lagi.”

“sayang  tak tahu apa yang berlaku!” ya Allah dia tengking aku, kenapa dia marah padahal aku bukan cerita mengenai dia, dia dah terasa ke?”

“tak tahu apa awak? Saya cerita mengenai orang lain, kenapa awak nak tengking saya secara melulu?”

“Ingat aku tak tahu kau saja nak berkias kan, kau cakap itu aku kan. Kau nak suruh aku terasa dengan cerita macam tu. Kau tak tahu hal sebenar jangan nak main tuduh je. Ya aku memang pergi jumpa dengan Melor dan aku cuma nak menenangkan dia, itu sahaja. Tak ada apa-apa yang berlaku.” Akhirnya dia cerita juga selepas sebulan berlaku. Kenapa ini yang terjadi?

“Boleh saya cakap sesuatu untuk kali terakhir?” dengan suara dah teresak tapi ditahan juga supaya suaranya jelas di pendengaran Zakuan.

“sayang, saya minta maaf. Saya cuma pergi jumpa dia sahaja. Sayang nak cakap apa sayang? Cakaplah.”bersayang balik lepas dah tengking aku macam-macam. Mungkin selama ni aku boleh bertahan bila kau marah tapi tidak lagi sekarang.

“Zakuan Adam, saya memang sayang awak dari dulu hingga sekarang. Tapi maafkan saya sebab saya dah tak mampu untuk mempertahankan hubungan kita kali ini. Cukuplah kali ini hati saya awak dah lukakan. Bukan untuk kali yang seterusnya. Memang mudah bagi  Zakuan untuk minta maaf tapi bukan mudah bagi saya untuk melupakannya. Saya minta awak lepaskan saya dan izinkan saya bahagia dengan orang lain. Bukan alasan saya ada orang lain tapi saya dah cukup penat bersama dengan awak, Zakuan. Maaf saya ucapkan dan assalamualaikum.”

Tutt. Akhirnya putus juga hubungan aku dengan Zakuan, setelah sekian lama aku pertahankan hubungan ini sejak di bangku sekolah dan akhirnya terputus di tengah jalan. Impian ingin hidup bersama hanya terkubu begitu sahaja. Cukuplah Leesya, sudah masanya kau lepaskan dia. Kau tak bahagia dengan dia. Kalau dia sayangkan kau, dia tak akan lakukan macam tu di belakang kau dan tak akan rahsiakan apa-apa dari kau.

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


“Qee, aku rasa dia tengah menangislah. Lepas je dia letak handphone kat atas meja air mata dia laju je turun. Kau rasa sebab apa?” hah Aina Aleesya menangis, ada apa-apa berlaku ke. Kenapa aku nak sangat datang dekat dia dan lapkan air mata dia. Relax Qee. Mudah-mudahan tak ada apa-apa yang serious.

“Dia menangis? Kenapa kau tanya aku pula. Kau pergilah tanya sendiri dekat dia senang cerita. Tanya aku macam aku tahu je apa yang berlaku.” Buat tak tahu tapi aku macam terpanggil nak tahu kenapa dengan dia. Semalam aku tengok dia macam jiwa keras. Mungkin sebab aku tengking dia dan dia pun marah dengan intonasi yang sama.

Di ruang lagi satu.

“Leesya, kau ok? Kenapa menangis ni? Cuba cerita dekat aku apa yang jadi?” risau tengok keadaan Leesya yang dah teresak-esak. Sampai sahaja di tempat duduk, tengok Leesya dah basah dengan air mata. Apa yang terjadi pun tak tahu.

“Akk kuu dah minta putus denngan Zakuan.” Dengan teresak-esak Leesya menjawab sambil mendakap Nia. Ain terkejut dengan pernyataan yang baru diucap oleh Leesya sambil mengusap belakang Leesya.

“hah? Kau dah putus dengan Zakuan?kenapa?”

“aku dah tak sanggup nak teruskan Ain, Nia. Cukuplah kali ni je. Memang mudah bagi dia untuk minta maaf tapi bukan mudah bagi aku untuk melupakannya. Mungkin jodoh aku bukan dengan dia. Sakitnya dada aku dengan apa yang berlaku.”

“leesya, dah la tu. Aku memang nak kau putus dengan dia. Aku tak suka tengok dia buat macam tu dekat kau. Ingat kau ni apa? Budak 10 tahun yang tak tahu apa-apa dan senang  je nak menipu. Dah ok. Lupakan lelaki tu. Banyak lagi lelaki kat luar sana yang boleh bahagiakan kau.”

Selepas cerita semuanya kepada mereka berdua semalam, ternyata mereka terkejut. Dan bila aku cakap yang aku putus tadi pun mereka tak terkejut sangat.Bagi mereka, Zakuan tak pernah tahu apa itu cinta sejati. Dan bukan itu caranya untuk jaga perasaan perempuan dengan tidak bagi tahu apa yang dia lakukan.

“dah la Leesya, kau lupakan dia. Aku tahu ambil masa untuk lupakan dia. Tapi sekarang aku nak kita semua enjoy dan lupakan masalah buat sementara waktu.” Pujuk Nia sambil melambai tangan ke arah waiter untuk memesan hidangan untuk makan pagi mereka.

 
 '''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


3 hari 2 malam di karambunai, Sabah begitu menggembirakan. Sekejap sangat masa berlalu. Mungkin susah untuk aku melupakan Zakuan. Dulu aku tak pernah terlintas untuk ada hubungan sebagai kekasih antara Zakuan kerana kami memang kawan rapat tapi semua itu takdir, dan apa yang berlaku di Karambunai juga takdir. Takdir hubungan aku dan Zakuan berakhir.

“Leesya, mama panggil tu tak dengar ke. Aku pula yang menyahut padahal mama panggil adik” abang aku ni, tahulah mama panggil. Aku tak pekak lagi semalam aku baru je vacuum telinga ni ha.

“eee abang ni. Leesya dengarlah. Ya ma, mama tanya apa tadi?” mama ada tanya ke? Aku tak dengar actually. Fikiran melayang.

Balik je dari Karambunai, masing-masing balik ke rumah family sendiri. Nak bermanja dengan family pula. Ain balik ke Damansara, Nia pula balik ke Shah Alam dan aku balik ke Bangi. Leesya please delete all about Zakuan in your memory. Cukup!

“mama ada jumpa dengan untie Jane, dan mama setuju nak jodohkan kamu dengan anak dia.” Tersenyum Roselee, dengan harapan rancangan untuk jodohkan anak mereka berdua tercapai kerana itu yang mereka inginkan.

“mama tak baik cakap orang bodoh. Siapa pula bodoh nie.” Mama cakap bodoh ke tadi? Aku rasa ye kot. Ish tak kan mama cakap macam tu.

“Aina Aleesya. Cuba serious dengan apa yang mama nak cakapkan ni. Jangan nak main-main.”

“mama, bila masa pula Leesya main-main.” Tengok abang tu dah sengih. Gelak je lah. Suka ah tu aku kena marah. Kau siaplah Ku Zaki Qusyairi Ku Yusri, ni Ku Aina Aleesya Ku Yusrilah. Aku akan balas balik.

“Mama setuju nak jodohkan kamu dengan anak kawan mama, anak untie Jane tu. Kawan lama mama dan hari tu mama baru saja jumpa dia balik. Dah lama tak ketemu dan hari tu kami berjumpa balik kan bang?.” Terang Roselee sambil tepuk paha suaminya, Ku Yusri menandakan yang mereka baru sahaja berjumpa dengan Jane, kawan lama mereka.

“Ohh abang nak kawen. Oke lah tu. Umur abang tu dah lanjut. Kawan-kawan dia dah ada dua tiga orang anak. Abang tu dah terlajak agaknya.” Abang dah 27 tahun eloklah tu kawen aku baru 25 tahun teenager lagi oke. Oke tolong tampar aku, sedarkan aku dah umur 25 nie.

“hishh, kamu ni tak kan mama nak kawenkan abang dengan anak teruna Untie Jane tu. Kalau anak untie Jane tu perempuan yelah, tapi anak untie Jane tu lelaki dan teruna Leesya oii.”

“tah Leesya ni, ingat abang ni minat sejenis apa? Nabi tak ngaku umat Leesya oii.” Suka Zaki sebab adiknya dijodohkan bukan dia.

“apa mama ni, kenapa Leesya pula. Suka-suka je mama setuju. Bah apa ni, abah tak setujukan rancangan mama dengan kawan dia tu.” Rengek Leesya sambil pergi duduk dekat kaki abahnya yang sedang baca surat khabar.

“I’m just listening to their conservation and sorry my dear. I’m agree with that.”

“bah, mama apa semua ni.” Berair mata Leesya, dah lah baru je putus dengan Zakuan tengok dah kena kawen. Apa semua ni, Ya Allah tabahkanlah hambaMu ini. Leesya dah berlari naik ke tingkat atas dengan mata dah berair.

“sayang, what is going on? Kenapa Leeysa menangis tu?” risau dah kelihatan di raut wajahnya walaupun dia bersetuju dengan rancangan isterinya.

“abah mama, Zaki rasa she is not in good condition. Better Zaki pergi pujuk Leesya dan tanya apa yang terjadi.” Zaki risau tengok adiknya yang dah basah dengan air mata. Even dia suka adiknya kahwin tapi tak semua dapat membahagiakan adiknya yang seorang itu. Zaki abang kandung Leesya dan dia kenal Leesya sejak lahir lagi.

Di bilik tidur Leesya.

“Leesya.. kenapa menangis ni. Meh dekat abang sini.” Pujuk Zaki sambil tarik adiknya yang seorang itu ke dalam pelukan. Zaki dengan Leesya memang rapat sejak kecil lagi dan Leesya sangat manja dan dimanjakan dalam keluarga mereka. Walaupun umur dah semakin meningkat dan dah boleh jadi mak orang tapi manja dia tetap ada dan tak pernah hilang.

“abangg..” Tersedu Leesya memanggil abangnya. Leesya asal kau cengeng sangat ni. Cuba kuatkan semangat tu. Memang aku cengeng sampai demam pun abang aku yang pimpin nak turun tangga.

“ya abang kat sini. Cuba bagi tahu kenapa menangis ni? Dah besar panjang pun nak nangis.”

“ Leesya dah putus dengan Zakuan.” Abangnya memang tahu yang dia berkawan dengan Zakuan dan abangnya seorang sahaja tahu dia couple dengan Zakuan tidak mama dan abahnya.

Leesya, abang memang tak suka kamu ada hubungan dengan Zakuan. Dia bukan seorang lelaki yang layak jadi kekasih dalam hati Leesya dan tak layak jadi adik ipar abang. Abang kenal siapa Zakuan itu, dia lelaki yang senang berubah hati. Bila tengok sahaja perempuan yang sosial yang tobek rambut sebelah minat hardcore dia akan puja perempuan itu. Ya itu cerita waktu dahulu. Ketika mereka masih belasan tahun. Lelaki macam tu tak pernah berubah walau macam mana sekalipun, Leesya.

“Leesya, apa yang jadi itu takdirkan. Opah pernah cakap dekat kita kan apa yang jadi semua ketentuan tuhan. Kadang tuhan tak suka kita dengan lelaki itu, tuhan akan takdirkan lelaki itu bukan untuk kita. Ramai lagi lelaki kat luar sana yang baik dan ada lagi baik dari Zakuan tu.” Pesan Zaki pada adiknya yang satu itu, dengan harapan adiknya melupakan jantan keparat itu. Zakuan, aku tak pernah setuju kau ada hubungan dengan adik aku. Kau ingat aku tak nampak apa yang kau buat belakang adik aku.

“tapii.. Leesya sayan..”

“shhh. Abang tahu Leesya tapi dia bukan lelaki yang baik. Abang kenal anak kawan mama tu dan dia lelaki yang baik. Abang pasti Leesya bahagia dengan dia. Percayalah, jodoh yang direstui ibu bapa akan bagi kebahagiaan kepada kita.” Dan untuk kesekian kalinya Leesya setuju dengan apa yang dirancangkan oleh kedua ibu bapanya.


 '''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


Maaaaa, dan dan hari pertama aku kerja aku bangun lambat. Jam loceng kau daulat dengan aku kan. Kau siaplah balik nanti. Kau merajuk dengan aku ke jam loceng. Aku rasa aku dah set malam tadi pukul 6.30 tapi tak bunyi. Ke aku yang bangun tekan dan tidur balik.

“Ain, asal kau tak kejut aku. Confirm dah lambat gila. Jalannn. Arghhh confirm jam.” Ni lah aku kalau bangun lambat habis tak jadi semua.

“kau boleh tak jangan memekak dan pergi mandi terus.”kan dah kena sedaass. Ain relax duk sapu jam nutella dekat roti. Si Nia pula duk pakai eyeliner depan cermin.Ya mereka semua dah siap. Hari ni semua baru masuk kerja dan hari pertama mereka bekerja. Cuma tempat mereka bekerja sahaja lain. Kali ini mereka terpisah.

“huh. Aku tahulah kau dah siap. Relax duk sapu nutella tu. Aku sorok nutella dengan biskut mery kau baru tahu. Menangislah tak berlagu.” Rancangan dah ada dalam kepala Leesya oii. Si Ain ni favourite dia jam nutella dengan biskut mery tu.

“kau mengugut aku ke ni? Tak heran langsung. Dah pergi mandi nanti makin lambat dan makin bersesak jadi kura-kura sebab jam.”

Selepas semua dah bersiap, mereka sama-sama keluar dari rumah dan sama-sama jerit untuk bagi semangat berjuang.

“Nama saya Ku Aina Aleesya Ku Yusri, saya pelajar course undang-undang dan baru sahaja grad.” Leesya dah gugup depan bos sendiri. Even bukan temu duga or temu ramah tapi dia tetap gugup. Leesya ditawarkan bekerja di bawah naungan Legacy Firm Law. Syarikat guaman yang memang terkenal dan tidak asing lagi di mata orang ramai kerana syarikat ini adalah turun-temurun dikendalikan oleh keluarga Legacy itu sendiri.

“tak perlulah nak formal. Kamu ni Leesya saya dah kenal kamu sebab abang kamu tu kawan saya dan dia yang suruh saya ambil kamu sebagai pekerja saya.” Ramah Qaiser , walaupun muda tetapi dah menduduki takhta sebagai bos dalam syarikat ini. Amboi bertakhta macam dalam sidang wakil raja-raja pula.Zaki, kau tak bagi tahu aku kau ada adik, dan lawa pula tu. Boleh tak concentrate aku buat kerja kalau macam ni. Adam, sedar sekarang adalah waktu bekerja.

“hah, encik Qaiser kawan abang saya ke? Tak tahulah pula.” Amboi abang tak cakap pun ada kawan handsome macam encik Qaiser ni. Leesya asal kau ni. Sejak putus dengan Zakuan dan dijodohkan dengan anak kawan mama. Kepala macam putus fuse warna merah je.

“ya, saya kawan abang kamu si Zaki tu dan kawan rapat lagi. Kamu sekarang bekerja sebagai pekerja tetap di bawah firm Legacy , dan saye tahu kamu pandai menyelesaikan masalah. Mungkin dalam minggu ini kamu akan kendalikan satu kes. Sekarang kerajaan dah tetapkan satu kes hanya perlu diselesaikan dalam beberapa bulan sahaja, bukan seperti sebelum ini kita boleh kendalikan banyak kes dalam satu waktu.” Terang encik Qaiser dengan jelas sambil membelek fail milik Aleesya.

Uihh. Belum apa-apa dah dapat kes. Oke lah tu, aku tak adalah goyang kaki dalam pejabat dan-dan aku dapat office sendiri. Tak sangka dapat duduk dalam bilik sendiri.