Wednesday, February 16, 2011

Rahsia tulisan jiwa 5


“ Qee.. duduk sini kejap. Mama ada benda nak cakap dengan kamu.”

“alaa mama malam nantilah.Qee penat dan baru je balik dari kerja. Bagilah anak kesayangan mama ni wangikan badan dulu” rengek Qee sambil mendekati mamanya di ruang rehat banglo kediaman.

“alaa. Kejap je sayang. Mama ada benda nak cakap dengan kamu.” Panggil Datin Jane sambil tepuk sofa disebelahnya supaya Qee duduk di situ.

“ok sekejap je dan mama nak cakap apa.” sambil bareng disebelah mamanya lalu meletakkan kepala di atas riba mamanya.

“ermm umur Qee tahun ni dah 27 tahun. Mama teringin nak tengok anak mama kawen sebelum mama tutup mata sayang”

“hishh apa mama merepek ni. Cuba jangan cakap macam tu. Qee tak sukalah. Alaa abang ada suruhlah dia kawen dulu.”

“ nak harapkan abang kamu. Dia tu sibuk duk uruskan syarikat papa dekat australia dan bila masanya dia nak bawa balik menantu untuk mama? Qee dah ada steady girlfriend?"

“amboii steady girlfriend tak tahan. Pandai juga mama kan. Alaa muka macam ni sapelah nak mamaku sayang. Kesian dekat anak mama ni kan. Muka macam Enrique Iglesias tapi tak ada girlfriend kan mama?"

“amboii angkat bakul sendiri nampak? Haah tak kan lah anak mama nie tak ada orang yang nak? Jangan minat yang sama jenis dahlah.” yea anaknya yang sorang seperti campuran sedikit mukanya.Tidak seperti abangnya yang banyak wajah melayu.

“mama ni. Ada ke situ pula, simpang malaikat 44. Entahlah mama, kenapalah tak ada awex sampai sekarang. Nak kata memilih tak ada kot.”

“haa Melor Ameelyn tu bukan awex Qee ke?” tanya Datin Jane sambil belai rambut anak lelakinya.

“Melor Ameelyn tu? Mana boleh buat bini. Nanti Qee yang jadi bini duk rumah masak mengemas. Die tu pandai tampal make up dekat muka je kot.”

Melor Ameelyn nak jadi bini aku? Uishh harapanlah. Aku tak minat perempuan macam tu. Dah lah make up je reti. Nanti makan malam aku makan hidangan make up je kot. Tetiba aku teringin nak cari siapa pemilik dan penulis blog ‘tulisan jiwa’ itu.

“ya tuhan sempat dia berangan. Teringat dekat buah hati ke? Kenalkanlah dekat mama.”

“mana adalah mama. Ke situ pula. Nak berangan naik pelamin kejap pun tak boleh.”

“calon pun tak ada berangan nak naik pelamin. Nak naik pelamin tanpa ada pengantin perempuan ke Qee ooii.”

Teringat perjanjian yang pernah dibuat bersama Yusri dan Roselee. Bukan perjanjian hitam putih tapi itulah yang diberangankan oleh mereka masa dahulu.Ingin jodohkan anak mereka sekiranya diizin tuhan.Kalau itu yang dilakukan bahagia ke anak terunanya? Kebahagiaan puteranya adalah segala-galanya.Pertemuan dengan Yusri dan Roselee seminggu lalu yang menyebabkan dia bertanyakan adakah anaknya sudah mempunyai kekasih hati.

“Alaa mama ni. Berangan je pon. Bukannya betol-betol pun. Qee nak kumpul duitlah mama dan barulah kawen.”

“Syed Baihaqee Syed Musa. Harta mama dan papa kamu pun tak habis diguna sehingga anak keturunan kamu tahu. Mama tak kisah kalau anak mama tak ada duit untuk kawen.Mama dan papa boleh uruskan semuanya.Ermm kalau mama nak kamu kawen dengan anak kawan mama, kamu nak tak Qee?” harapan anaknya akan setuju apa yang diinginkan.

“Kawen dengan anak kawan mama?” aku teringin nak cari sendiri kekasih hati dan kawen dengan pilihan sendiri tapi kalau itu yang buat mama dan papa bahagia aku tak kisah.

“Iye sayang.Kamu nak tak?”

“ermm tengoklah dulu nanti Qee fikirkan”

Kalau aku ejen penyiasatan aku akan cari siapa pemilik blog ‘tulisan jiwa’ itu dan aku ingin jadikan dia isteriku. Tidak kira macam mana pun rupa dia. Aku tidak tahu apa yang menghasut fikiran aku untuk jadikan dia isteriku mungkin kerana aku dapat rasa apa yang dirasakan olehnya melalui tulisannya. Mungkin aku dah jatuh cinta dengan tulisannya. Tapi kalau sudah begini ceritanya hancurlah harapan aku nak peristerikan penulis blog ‘tulisan jiwa’ itu.Tak mengapa janji itu semua memberi kebahagiaan kepada mama dan papa.


‘''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


“papp! Haaa tepat juga balingan aku.Kan aku dah pesan time aku cakap jangan duk berangan memang kenalah. Aku cakap dengan kau boleh berangan. Berbuih air liur aku duk cakap panjang lebar, kau sedap angin je berangan naik planet mana hah.” Aku duk cakap panjang lebar nak pergi naik bot dia boleh tengok siling letak tangan atas dahi.

“nak berangan sikit pun tak boleh. Nak baling bantal tu agak-agaklah, nasib aku tak ada penyakit jantung cepat layu, kalau tak aku rasa susah kau nak cari lubang kubur kat tengah alam ni.”

“qee, kau berangan apa time bercuti kat tempat best-best ni, kau berangan malam pertama dengan bini kau 
ke?”

“huihh, bini pun tak ada. Berangan malam pertama, cuba bagi cadangan benda lain malam pertama juga kau petik.”

“haha..tak delah aku tengok berangan kau tu pelik sikit. Kau berangan apa? Cer citer sikit kat aku.” See dah macam dialog dalam cerita ‘hantu kak limah balik rumah’ dah. Sambil mengambil gelas dan meletakkan jus oren untuk cuci perut.Yelah nak jadi macam orang puteh katakan.

“mama aku suruh kawen..” sambil betulkan posisi ke arah lebih selesa dan melihat Rizal yang sedang hendak meneguk jus oren di hadapannya.

“burrr.uhukk uhhkk.” Tersedak-tersembur-terkejut beruk-sakit dada sebab dengar pernyataan yang baru disebut oleh Baihaqee.

“perggghh. Agak-agaklah derr nak terkejut pun. Nak sembur pun tempat lainlah. Habis muka aku, tahulah terkejut janganlah perli sampai nak sembur.” Sambil mengelap mukanya yang basah dengan jus oren. Rizal dah tergelak sambil minta maaf tak sudah.

“haha. Sorrylah derr. Aku terkejut sebab dengar pernyataan kau tu. Mama kau suruh kawen? Kau nak kawen? Girlfriend pun tak ada.” Sambil gelak dan menyambung tegukannya untuk kali kedua.

“aku cakap kali ni, kau pergi masuk toilet sembur kat situ pula.”

“haha. Janganlah perli, ok k..aku dah tak sembur kau dah, apa dia?”

“Mama aku suh aku kawen dengan anak kawan dia.”

“Jap aku nak pergi toilet.”sambil mengacah untuk bangun dari kerusi yang disediakan khas dalam bilik mereka.

“agak-agaklah, kawal sikit terkejut kau tu, nanti bini kau nak terberanak kunk, kalau terkejut pengsan pula nanti.”

“elehh, aku acah je Qee.kawen dengan anak kawan mama kau? So apa keputusan kau? Muka macam kau kawen dengan pilihan mak? Mana aku tak terkejut derr.” Rizal bukan main terkejut, sebab muka punya handsome macam Qee ni kawen dengan pilihan mak. Kalau korang tengok pun muka dia confirm cair.

“hmmm..entahlah Zal. Aku datang sini pun nak fikirkan hal tu juga. Kau cakap nak pergi naik bot. Jumlah, tapi aku rasa kita pergi petanglah redup sikit dan sekarang aku nak pergi isi perut, kau tak lapar ke Zal?” sambil bangun untuk ke bilik air sebab memang pelik bin ajaib kalau aku mandi awal time cuti.

“sedar pun lapar. Ingatkan kau puasa hari ni. Perut aku dah nyanyi lagu cradle dah ni, tunggu kau je. Cepatlah bersiap, kau tu kalau bersiap kalah anak dara sunti yang duk kat kampung tu.” Rizal dah kenal benar dengan Qee ni, kalau bersiap mengalahkan anak dara, semuanya kena perfect even simple je pemakaiannya dan bangun untuk ke balkoni resort sambil membawa kamera. Aku rasa aku macam kenal perempuan yang rempuh Qee semalam. Bukan ke dia tuu..


''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''' 


“Leesyaaaaa. Weyh bangunlah anak dara dah pukul berapa ni.” Aku memang tahu dah kalau nak kejut sorang ni memang payah. Pernah aku call sebab nak hangout then boleh tidur balik lepas tu. Bukan setakat aku, Nia pun dah faham sangat perangai si Leesya ni.

Sambil menggeliat dan menarik balik comforter yang dah ke bawah. Sedap pula tidur kali ni. Aku rasa macam ada orang panggil aku.

woii Leesya.”

Kan betul ada orang panggil aku. Siapa lagi kalau bukan Ain ‘Izzetie yang tak boleh tengok aku senang tidur. Dengkilah tu aku suka tidur. Elehh time dalam kelas dulu waktu masih di bangku sekolah. Aku lagi jeles sebab dia boleh sedap tidur time ‘bad time story a.k.a sejarah’ sebab tempat duduk dia strategik punya tapi tempat duduk aku straight depan batang hidung cikgu so aku kena celik mata luas-luas. Tidur dalam kelas tapi law juga bidang dia.

“ aku bangunlah ni. Tu Nia kau tak kejut pula, cuba kau kejut dia dulu then baru kejut aku.” Sambil ambil bantal nak baling dekat Nia yang sedap berdengkur bawah comforter.

“Jap, kau jangan baling biar aku kejut dia dengan cara paling mujarab.” Mendekati Nia yang elok tengah baring.

Allahu akbar Allahu akbar. Azan subuh. Aku tak solat lagi ni. Nia liatnnya nak bangun. Tapi aku rasa macam cuti hari ni.

“Aku tak solat lagi. Asal korang tak kejut aku.” sambil terkocoh-kocoh bangun nak masuk ke bilik air. Bangun dari katil-tarik tuala di tempat sidai dan tak tengok ada kaki meja coffee seterusnya...

Bukk

“maaaa. Meja coffe ni pun satu time ni juga nak duduk kat sini. Aku sekeh sampai botak kunk. Habis tersungkur aku.” Ni lah Nia kalau dia jatuh benda tak hidup pun dia salahkan belum benda hidup lagi.

“woii, Nia subuh dah lama habis. Kau tu sedap berdengkur, aku azan baru nak bangunlah. Aku tahu dah cara macam tu je kau senang bangun.” Ain dah masak benar dengan si Nia ni. Azan je senang buat dia bangun. Si Leesya ni dah gelak terguling atas katil sebab tegok aksi terbaik dari ladang.

“Aku rasa aku cutilah hari ni. Kenapa kau azan kat telinga aku Ain?” sambil gosok ibu jari yang dah tersepak kaki meja coffe yang menyebabkan dia cium lantai.

“dah cara tu je paling senang nak suruh kau sedar di alam nyata. Aku azanlah kat telinga kau.”

“huh. Tah pape. Cubalah guna cara lain. Sakit kaki aku tahu, sian bibir aku. Tak pasal-pasal si lantai ni dapat first kiss dari aku. Teringat aku time kita ambil gambar melompat-lompat tu jatuh juga menyembah bumi. Memang malang sungguh. “ Nia-nia banyak sangat aksi jatuh dia dari terbang. Ada je lawak dia.

“ha ha. Dah-dah bangun semua dan bersiap. Kita pergi breakfast dulu sebelum pergi cuci mata dan shopping.” Ain mengarahkan semua bersiap dan dia slow-slow menjatuhkan kepalanya di atas bantal.

papp papp.”

“Kau kejut kitorang, kau nak landing balik. Banyak cantik, kau pergi mandi dulu ye.”

“Sampai hati. Dua bantal pula tu. Yelah aku nak mandilah ni.huh.” sambil berlalu masuk ke dalam toilet.

“mandi tu jangan buat macam mandi jakuzi ye cik Ain.” Aku tahu Ain kalau mandi berjam-jam.

3 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

hahahaha..
tak menahan betul.
betul2 kau buat macam kehidupan sebenar eh.
bagus2.
next2.

PENULISJIWA said...

haha
aku redah je
tengs

Anonymous said...

haha. klaka doe. saket perut aku.