Monday, February 14, 2011

Rahsia tulisan jiwa 2


‘Setitik kopi sudah rasa
pahitnya
begitu juga kehidupan
seperti angin meragut
‘bahagia

Leesya.Kau bahagia dengan Zakuan? Kenapa aku baca puisi kau semuanya mendayu sedih.Kau tak apa-apa kan?Teringat pertanyaan Nia,kawan aku dari bangku sekolah sampai habis belajar.Aku tak dapat nak bagi tahu jawapannya Nia.Maafkan aku.Mungkin aku periang suka gelak tak ingat dunia.Tapi dalaman aku sakit Nia.

Would you dance if I asked you to dance?
Would you run and never look back
Would you cry if you saw me crying...

“adoii. Siapa pula call aku time aku tengah hanyut ni.Memang nak makan selipar jamban cap kipas udang aku juga”kan aku dah membebel.Cuba cari waktu yang sesuai bila nak call aku.Main redah je call.Nanti aku buat jadual time bila boleh call aku baru tahu.

“Leesya.Better you pick up your call.before your phone..” sorang lagi start dah angin bebel dia.Siapa yang bebel kalau bukan Nia Arisya. Aku ada rumah sewa sendiri. Impian aku, Nia dan ain.Tercapai juga ingin duduk serumah.

“Aku angkatlah ni, cuba jangan bebel time aku tidur.Bukan nak tolong angkat. Bebel je kerja.aku patahkan sim phone ni confirm bahagia” 

“Hai sayang” suara dari sana terlontar dahulu memulakan bicara antara kami. Zakuan mungkin ramai dah tahu dia kekasih aku dan mungkin juga tak tahu. Zakuan, dia yang aku sayang tapi bahagia ke aku?Cerita yang terjadi di dunia blog mungkin dia tak tahu.Tapi aku tahu rahsia yang jadi antara dia dan bekas kekasihnya.

“Waalaikummussalam sayang”

“opss.hehe. Assalamualaikum Leesya sayang”

“Tak kerja hari ni?”

“Kerja. On the way lah nie. Hari ni saya ada meeting dekat PJ dan kena turun side tengok perkembangan projek Heights Condominium” Zakuan arkitek di syarikat ayahnya. Kenapa dia macam tak nak bagi tahu apa-apa dekat aku.Aku ni siapa di hati dia?Tak penting ke aku? Kenapa aku tahu dari orang lain? Kenapa masih berhubung lagi dengan orang lama? Kenapa perlakuan sebegitu terjadi antara korang?

“Eh. Awak bawalah kereta dulu. Saya tak suka sayang call sambil drive”

“Oke sweetheart.I miss you.Bye”

Tutt.. tiada lagi perkataan ‘take care’ ‘i love you’ seperti dulu. Perubahan yang ketara dalam hubungan aku.Tidak sempat aku berkata  panggilan sudah mati.

“Leesya. Boleh aku tanya kau something?” tanya Nia sambil melabuhkan punggung di birai katilku.

“tanyalah. Sejak bila pula kau pandai minta izin bila nak tanya soalan dekat aku?”

“ermm.. Zakuan dengan ex dia tu berhubung lagi ke?

“Kenapa kau tanya macam tu Nia?” tiba-tiba hati aku memikirkan hal yang tidak menyenangkan.

“Aku cakap kau jangan marah atau sedih tao. Aku nak kau sabar”

“eh cakap jelah.Aku tak kisah pun. Kau nak cakap apa?”

“ Semalam aku nampak Zakuan dengan ex dia Melor dekat One Utama. Aku tengok Zakuan macam tengah tenangkan Melor sambil usap kepala Melor dekat food court” teringat peristiwa di One utama.

“owh.. entahlah. Aku rasa dorang dah berbaik kot” terhenti degupan jantung untuk seketika tetapi Leesya pandai menutupi semua itu.

“Kau tu siapa bagi dia Leesya? Kau tu bukan kekasih hati dia ke Leesya?” sambil menarik Leesya ke dalam pelukan, apabila terlihat mata Leesya sudah mula berkaca.

“Nia.. kkennapaa..” tidak terluah apa yang ingin dikatakan oleh Leesya kerana sendunya yang menebal.

“Leesya. Shhhh.. nangislah dan keluarkan semua. Jangan simpan sorang-sorang. Aku sentiasa ada untuk kau. Mungkin ada hikmah disebali semua ni. Kalau boleh aku tak nak menderita lagi. Cukuplah Zakuan selalu memarahi kau. Bukan menambah lagi rasa itu.”

“hmmm.Nia bahagia ke aku dengan Zakuan?” sambil mengelap air matanya dan melihat ke dalam mata Nia untuk jawapan kepada persoalannya.

“Leesya. Kalau aku minta kau akhirkan hubungan kau dengan Zakuan. Boleh tak kau lepaskan Zakuan?” tanya Nia dan ternyata Leesya terkejut dengan apa yang diminta oleh Nia.

“Niaaa.hurmmm aku nak rehat. Izinkan aku rehat boleh? Dan tutup lampu bila kau keluar nanti” walaupun hari dah siang Leesya tetap ingin tidur.Itulah caranya untuk tabah dan lupakan apa yang berlaku.

1 comment:

Anonymous said...

penulis baru ke?
good job
keep it up
^-^