Thursday, February 24, 2011

Rahsia tulisan jiwa 12


Sumpah aku tak tahu nak letak muka dekat mana dah. Aduhh tu lah Leesya kalau dah demam lembik ya amat kan orang dah tukarkan baju kau. Leesya he is you husband oke! Bukan orang lain. Memanglah tapi.. apa tapi-tapi?Leesya dah kehulu-hilir dalam bilik tidur dengan rambut dah kusut sebab garu kepala punya pasal even tak gatal.

“awak dah sihat?” tanya Qee sambil lonnggarkan tali lehernya. Dah pukul berapa ni? Awalnya dia balik.

“erkk, haa dah eh belum. Entah.” Kan dah tergagap. Leesya dah tutup badan guna kain tuala even dia still pakai baju tidur.

“laaa gagap pula. Nak mandi ke?” tanya Qee sebab tengok Leesya dah pegang tuala tutup badan tapi baju tidur tak buka.

“haaa, tak. Haah eh tak.” Qee baru faham sebab apa Leesya dah gagap bagai, ni mesti mama dah bagi tahu.

“awak ni kenapa? Dah gagap, effect demam ke?” Qee dah nak tergelak sebab tengok gelagat Leesya tu.

“tak.” Leesya dah undurkan diri sebab lagi sedikit nak masuk toilet.

“pula, yang pergi tutup badan dengan tuala tu kenapa?” Qee saja lagi dekatkan diri dengan Leesya.

“saya nak mandi.” Leesya terus masuk dalam toilet dan tutup cepat-cepat pintu.

“elehh, malu konon!” jerit Qee dari luar sambil gelak.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Lepas je Zakuan tahu Leesya dah kahwin dia rasa tercabar. Mungkin salah dia juga sebab curang. Tapi dia tetap tak suka orang lain memiliki Leesya. Bila dikaji baru dia tahu siapa suami Leesya itu. Syed Baihaqee Syed Musa. CEO syarikat perkapalan yang terkenal dan sering kali masuk dalam majalah kerana Syarikat Marine Gold memang terkenal.

“yang you ni kenapa muka masam. Jumpa I pun nak marah-marah.” Tanya Melor Amelyn sambil mendekatkan tubuhnya dengan badan Zakuan. Padahal depan orang ramai. Diaorang tengah lunch dekat Old Town White Cofee dengan pakaian Melor yang agak terdedah.

“you diam boleh tak!.” Bentak Zakuan sambil jauhkan diri dari Melor.

“yang you ni kenapa haahh?” teriak Melor pula.

“You boleh tak jangan serabutkan kepala I, nak sendeng-sendeng badan dekat I, rimas tahu tak?” marah Zakuan sambil sedut air coke dengan straw.

“aik, bukan you suka ke ha? You kan suka macam tu. I banyak berubah sebab you tahu semata-mata nak tarik perhatian you.” Terkejut Melor dengan apa yang dikatakan oleh Zakuan. Ya dia banyak berubah. Dah pandai make up dan macam-macam lagi.

“dahlah, I rimas tahu tak.”

“you ni kenapa? You tengah fikir pasal apa?” tanya Melor. Nama Melor tak tahan.

“I baru tahu Leesya dah kahwin.”

“wow!” ternyata Melor terkejut dan dia lagi suka sebab dapat memiliki Zakuan dengan mudah.

“Dia kahwin dengan CEO syarikat Marine Gold, Syed Baihqee Syed” tak sempat Zakuan nak sebut nama penuh Baihaqee, Melor dah teriak.

“nonsense! Jangan cakap dekat I yang Leesya kahwin dengan anak Datuk Musa tu.”

“dah masalahnya siapa lagi Syed Baihaqee Syed Musa dan memang betul Leesya kahwin dengan lelaki tu.” Sumpah Zakuan rasa tercabar sebab Leesya kahwin dengan lelaki yang memang tampan itu, dan lelaki itu selalu ditawarkan untuk jadi model baju berjenama walaupun CEO syarikat.

Kau kan Leesya, semua yang kau nak kau dapat. Dulu bukan main susah aku nak dapatkan anak datuk tu, tapi kau dengan mudahnya dapat Baihaqee tu. Kau selalu buat aku rasa nak bunuh dan lenyapkan kau dari bumi ni. Sekarang kau dah dapat, even aku senang hancurkan hubungan kau dengan Zakuan tak semestinya aku nak si Zakuan tu. Ini Melor Amelyn Dato’ Ghazalilah, pantang dicabar dan kau memang hipokrit Leesya sebab berlakon tabah.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’



“Aina, ni ada kes baru untuk awak.” Aikk asal en. Qaiser ni panggil aku Aina. Lepas je MC dari demam dah dapat kes baru. Nasib kaulah Leesya.

“baik encik Qaiser.” Leesya dah ambil file berkenaan kes yang perlu dia selesaikan.

“tak perlu panggil saya encik, panggil Qaiser je.” Qaiser dah tertarik tengok Leesya. Tapi dia tak tahu yang Leesya sudah berkahwin sebab abang Leesya tak pernah bagi tahu.

“encik Qaiser bos saya, dan saya tak biasa hanya panggil nama encik Qaiser sahaja. Saya minta diri dulu.” Leesya terus keluar dari pejabat encik Qaiser.

Would you dance if I asked you to dance?
Would you run and never look back
Would you cry if you saw me crying
Would you save my soul tonight?

Would you tremble if I touched your lips?
Would you laugh oh please tell me these
Now would you die for the one you love?
Hold me in your arms tonight?

Siapa pula call ni, nasib sekarang waktu lunch dan Leesya hanya lunch di pantri pejabat sahaja, malas nak drive kereta cari tempat makan. Ohh, Qee call. Tak pernah-pernah dia call aku waktu aku dekat pejabat.

“hello.” Jawab suara sebelah sana.

“waalaikumsalam.”

“erkk,” kau ni Qee asal asyik lupa nak bagi salam. Kan dah kena perli.

“assalamualaikum.”

“waalaikumsalam, ada apa awak call saya?” ish kau ni Leesya, belum apa-apa dah tanya macam tu. Tak baik tahu, suami kau yang call tu, bukan orang lain.

“nak call bini saya, tak boleh ke? Dia ada?” Qee saja nak berlawak lagi dengan Leesya.

“dia tak ada!” lagi main tarik tali

“amboii, garangnya dia.” Qee dah tergelak di sebelah sana.

“huh, kenapa awak call?” Leesya tanya lagi sekali.

“awak boleh balik awal? Malam ni ada dinner dekat syarikat, perasmian dengan anak syarikat baru dan kapal baru, sambil tu saya nak kenalkan awak dengan orang ramai.” Cerita Qee apa tujuan dia call Leesya.

“erkk, hah?” Leesya dah terkejut. Siapa tak terkejut sebab ada dinner. Aku mana biasa dengan dinner bagai ni.

“alaa janganlah over sangat terkejut.”

“masalahnya saya terkejut nak buat macam mana. Kalau saya tak pergi tak boleh ke? Alaaa awak seorang je pergi tak boleh?” Leesya dah reka banyak alasan.

“nope! Tak boleh. Saya tahu saya balik awak dah siap. Oke bye.”

“awawkk.tuutt tutt” hishh tengok tu, belum habis cakap dia dah letak, saja tak bagi aku reka banyak alasan. Time aku punya kepala keluar banyak idea time tu lah dia cepat aja lari.


Di banglo kediaman.

Aku nak pakai baju apa ni? Macam tak ada baju je aku tengok. Time ni lah kepala aku jam sebab tak tahu nak pakai baju apa. Pakai baju ni lah. Leesya dah grab night dress yang dia dah lama tak pakai.

“awak dah siap belum?” Qee masuk bilik sebab dia just balik untuk tukar baju dan ambil Leesya.

“dah” jawab Leesya perlahan sambil bangun dari meja solek. Ternyata Qee terkejut tengok penampilan Leesya malam tu. Lawa sangat, sampai ternganga mulut Qee, tapi tak adalah luas sangat. Leesya memakai night dress warna hitam yang labuh, lengan panjang ada labuci dekat bahagian leher dan sulam bahagian lengan yang menampakkan kulitnya. Betul-betul ikut badan dia. Lehernya yang jinjang itu dihias dengan manik mutiara( ambil dari hantaran kahwin ) rambut hanya dilepaskan. Leesya memang lawa.

“erkk, haa saya nak makan dulu.” Qee tak sedar apa yang dia cakap.

“haa makan?” Leesya dah terkejut.

“eh, nak mandi.”

“mandi pula. Mana satu ni?” Leesya saja nak kenakan Qee.

“eee, saya nak salin baju. Tolong ambilkan kemeja warna hitam dan set kot warna kelabu.” Simple tapi Qee kelihatan segak sekali malam itu.

“oke.” Leesya pergi ke wardrobe dan mengambil baju yang Qee cakapkan. Mereka berdua tak perasan yang mereka sepadan sekali malam tu, sama-sama black in colour.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“Leesya?” soal Qaiser inginkan kepastian, dari jauh dia perasan itu Leesya.

“eh Encik Qaiser.” Laa bos aku ada juga dekat sini, dia buat apa pula dekat sini.

“saya perasan kamu dari jauh.” Lawanya dia malam ni, makk esok kita pergi pinang dia tahu.

“encik Qaiser buat apa dekat sini?” soal Leesya sambil berjalan ke arah meja dan membawa desert aiskrim.

“saya peguam bela untuk syarikat Marine gold ni, dan kalau ada apa-apa masalah saya yang akan uruskan kes. Malam ni, Syed Baihaqee dan Datuk Musa jemput saya dan suruh saya datang sekali.” Jawab Qaiser dan melabuhkan punggung di sisi Leesya. Dari jauh Qee dah panasss je tengok kemesraan mereka berdua, amboi senyum bagai haa.

“owhh, saya tak tahulah pula.” Aku dah tak ada topik.

“Leesya buat apa pula dekat sini?” soal Qaiser.

Dipersilakan Encik Baihaqee untuk naik ke pentas bersama isteri. Bicara tuan pengerusi majlis sambil diriuhkan dengan tepukan gemuruh, sebab semua ternanti siapa isteri Syed Baihaqee yang selama ini dirahsiakan. Tadi mereka masuk berasingan sebab Qee masuk dulu, Leesya pula masuk dengan Datin Jane dan Datu Musa.

“Leesya, come.” Qee datang secara tiba-tiba dan grab tangan Leesya. Time tu ruang menjadi gelap dan lampu disuluhkan kepada mereka berdua, tapi para pekerja tak nampak lagi siapa gerangan isteri Baihaqee.

“erkk, hah.” Leesya dah terkejut dan hanya mengikuti langakah. Sampai sahaja di atas pentas.

“Malam ini, sebelum majlis perasmian untuk kapal baru bagi syarikat Marine Gold dan kerjasama dengan anak syarikat baru, saya ingin perkenalkan isteri saya, Ku Aina Aleesya Ku Yusri.” Ucap Qee di atas pentas sambil menggenggam jari runcing isterinya, Leesya.

Lampu hanya disuluhkan kepada mereka berdua di atas pentas. Banyak flash kamera memancar ke arah mereka berdua, ramai wartawan yang tertunggu malam itu untuk tahu siapa gerangan isteri Syed Baihaqee Syed Musa. Tepukan gemuruh dari para pekerja dan ada yang bercakap itu dan ini, ada yang bersiul dan macam-macam lagi. Leesya hanya kaku sebab rasa nak pengsan-terkejut-silau flash-boleh tak buat-buat pengsan?

“senyumlah sedikit.” Bisik Qee di telinga Leesya.

“erkk,” Leesya hanya turuti apa dicakapkan oleh Qee. Tanpa senyuman pun Leesya memang lawa. Bila senyum makin nampak wajah ayunya. Apabila turun sahaja dari pentas.

Mereka berdua jalan menuruni pentas untuk ke meja makan dan semestinya akan ada temu ramah dengan wartawan. Tapi semua itu akan berlaku selepas majlis.

“dah berapa lama encik Baihaqee mengenali isteri?” tanya wartawan.

“3 months.” Jawab Qee ringkas. Ya 3 bulan usia perkahwinan mereka. Sekejap sahaja masa berlalu. Macam-macam soalan yang ditanya sambil flash kamera memancar-mancar. Akhir soalan yang ditanya oleh wartawan.

“apakah perasaan encik Baihaqee sekarang dan bagaimana kehidupan Encik Baihaqee setelah bergelar suami?” Lama Qee ambil masa, tapi tak adalah sampai 5 minit.

“saya cintakan isteri saya, saya bahagia dengan dia, dan saya janji akan bahagiakan dia seumur hidup saya walau banyak halangan yang ingin memisahkan kami berdua, terima kasih.” Jawab Qee dan Qee dah bangun sambil memimpin tangan Leesya untuk pergi ruang lobby.

Tiba-tiba Leesya rasa sebak sangat bila itu yang didengarinya dari bibir Qee. Bahagiakah Qee dengan aku? Cintakah dia terhadap aku sebagaimana yang diucapkan sebentar tadi? Kenapa bukan Zakuan yang cakap seperti itu. Leesya! Stop mention that name. Leesya tak tahu yang Qee memang dah sayang dan jatuh cinta dengan dia, Leesya hanya beranggapan itu semua hanya lakonan di depan wartawan.

“Qee.” Panggil Qaiser yang tengah duduk di sofa ruang lobby.

“eh, Qai. Sorry tak dapat  nak borak panjang dengan kau tadi.” Qee minta maaf sebab tak dapat nak borak dengan Qaiser, Qaiser juga dah macam sahabat dia.

“tak apa, aku faham. Aku tak tahulah pula si Leesya ni isteri kau.” Leesya dah kahwin rupanya dan suaminya itu adalah kawannya sendiri.

“kau kenal Leesya?” tanya Qee sambil pandang wajah isterinya yang dari tadi diam.

“laa, asal tak kenal pula? Dia bekerja dalam syarikat aku. Peguam bawah syarikat aku.” Jawab Qaiser sambil pandang Leesya yang hanya senyum dari tadi.

“owhh, aku tak tahulah pula dia kerja situ, aku pun tak perasan hari tu hantar dia pergi office, aku hantar dekat syarikat kau.” Gelak Qee.

“haha, kecilnya dunia kan. Untung kau dapat Leesya. Ingatkan dia single lagi, baru nak suruh mak aku hantar rombongan meminang.” Qaiser dah melawak dengan Qee.

“haha, dia dah jadi bini aku, batalkan je niat murni kau tu.” Qee turut gelak tapi Leesya hanya senyum sahaja dengar perbualan mereka berdua.

“aku minta diri dululah Qee, Leesya.” Ucap Qaiser

“haa, nak balik dah? Oke-oke. Bye.” Qee dan Qaiser shake hand seperti kebiasaan mereka buat dan hanya bagi senyuman untuk Leesya, tak kan nak salam bini orang pula kan.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“aduhh penatnya, sakit pipi senyum banyak sangat. Boleh terkoyaklah mulut lepas ni.” Leesya dah urut pipinya sambil urut pangkal leher.

“haa? Terkoyak mulut? Over ah tu.” Ingatkan Qee tak dengar.

“huh, pergilah mandi depat, saya nak mandi pula.” Suruh Leesya sambil duduk depan meja solek untuk tanggalkan rantai dan remove make up. Lamanya tak pergi shot rindu dengan nyah.

“jumlah mandi sekali.” Oke Qee punya urat dah terbelit sikit.

“jum.” Leesya tak dengar sebenarnya apa yang Qee cakap.

“betul ni? Cepatlah.” Qee dah nak bersorak, gataii naaa.

“cepat apa pula ni?” soal Leesya

“laa, tadi setuju nak mandi sekali dengan saya.”

“hah? Mana ada. Hishh tak hingin tahu.” Leesya dah terkejut. Tu lah tak buka telinga luas-luas.

“elehh.” Qee dah tanggal baju dan nak tanggal seluar.

“Qee! Pergi masuk toilet, now!” Leesya dah tutup muka dengan tapak tangan.

“oke, saya masuk toilet.” Qee lagi dekatkan dengan Leesya Cuma dia tak perasan.

“awak.” Panggil Qee, ada agenda sebenarnya Qee ni.

“ya.” Jawab Leesya sambil pandang ke arah Qee.

“oppss!” Qee saja lepaskan seluarnya ke bawah depan Leesya.

“Baihaqeeee!” Leesya dah menjerit sambil tutup muka dengan tangan.

“iyeeeee.” Qee saja lagi nak kenakan Leesya.

“awak ni tak tahu malu ke hah?”

“elehhh, cakaplah tak nak tengok, saya pakai boxerlah. Huh. Tah pape.” Qee dah masuk ke dalam bilik air. Tahu takut.

“heeee.” Leesya dah geram dengan Qee, saja nak kenakan aku.

Lamanya tak updated blog. Sejak kebelakangan ni, perasaan tenang sangat. Tak pernah rasa sebelum ni. Dah lama tak updated dua-dua blog. Nanti aku updated, Cuma tak tahu nak cakap pasal apa, sebab perasaan sekarang tengah macam angin lembut je. Lepas je Leesya selesai mandi dan solat, Qee saja nak ajak borak dengan Leesya.

“Leesya, come here.” Panggil Qee sambil tepuk ruang katil sebelahnya. Apasal pula dia ni.

“laaa, kenapa pula? Cakap je lah. Saya nak keringkan rambut ni.” Leesya bila nak pakai tudung ni. Niat dah ada. Ingat nak suruh Nia ajarkanlah sebab Nia memang pakai tudung dan dia tahu macam-macam gaya untuk pakai tudung.

“eee, sini jelah.” Qee dah buat gaya geram dia.

“jap lah, nak pakai lotion baby.” Leesya memang akan pakai lotion sebelum tidur.

“oke.” Qee saja nak berborak dengan Leesya dan nak tahu semua tentang Leesya.

“haaa, dah. Awak nak cakap apa?” tanya Leesya sambil sikat rambut dia.

“cer citer time awak sekolah dulu. Nak dengar juga.” Qee dah sengih sebab buat gaya macam cerita ‘hantu kak limah balik rumah’.

“sekolah dulu? Banyak kot. Saya kenal Ain dan Nia dah lama. Dari sekolah rendah lagi. Time sekolah menengah saya satu kelas dengan Ain, Nia kelas sebelah. Yang saya tak boleh lupalah saya pernah tidur bawah meja dalam Lab kimia. Time tu Cikgu Zahiyan yang ajar saya kimia. Ingat lagi nama dia.” Leesya dah tersenyum bila teringat kisah nakal dia dan kawan-kawan.

“uihhh, gangster habislah.” Qee dah tergelak.

“tu lah pasal, time tu ngantuk ya rabbi. Ain lagilah, time bad time story a.k.a sejarah memang hanyut dah dia.”

“buat pakatan tidur apa?” soal Qee.

“haha, Ain kalau dia tidur baik punya gaya, mentang-mentang dia tak duduk straight depan cikgu sedap je dia tidur. Sayalah kena tidur dalam celik. Time subjek math pun sama. Haha Ain-ain.” Ingat pasal Ain mesti nak gelak.

“haha, lawak je korang ni.”

“awak pula?” tanya Leesya.

“saya? Tak adalah gangster, budak baik je time sekolah dulu. Kalau nama saya tak naik dengan Rizal setiap minggu memang tak sah.”

“cetsss, budak baiklah sangat.”

“pernah saya ambil gambar cikgu tengah smoke then tampal dekat notice board. Yelah cikgu merokok sangat, jeles saya.”

“hah? Ishh tah pape. Awak merokok?” tanya Leesya.

“see the lips lah.” Qee dah tunjuk bibir dia. Ya bibir Qee merah je dan dia memang tak merokok sebab tak pernah nampak pun. Leesya dah betulkan bantalnya tidak lupa kubu pertahanan antara dia dan Qee, tak habis-habis dengan kubu dia.

“awak pernah cinta dekat seseorang?” tanya Qee perlahan tapi Leesya jawab.

“pernah dan susah untuk lupakan dia sampai sekarang.” Leesya jawab dalam mamai dan dia tak sedar apa yang dia ucapkan.

“owhh, siapa?” Qee tiba-tiba rasa sedih.

“zakuan namanya, tapi..” Leesya still jawab dengan mata tertutup.

“tapi kenapa?”

“kenapa dia buat saya sedih, menangis, dia curang dan sakitnya dada sayyy.” Dan akhirnya Leesya dah terlena.

“owhhh, ermmm.” Qee dah termenung sambil merenung jauh ke sudut biliknya.

“sayang, saya dah mula rasa cemburu, saya dah jatuh cinta dekat awak. Saya janji akan bahagiakan awak. Boleh tak hidupkan cinta dalam dada awak untuk saya?” dan Qee hanya bercakap dengan tubuh Leesya. Sebelum tidur dia sempat bagi ciuman yang kudus di dahi isterinya itu.

“Lepas ni, saya nak pergi jauh sayang.” Dan Qee pun lena tidur di sebelah isterinya, Leesya.

3 comments:

zura asyfar addy rifqhiey said...

ape maksug Qee nk pergi jsuh tu? haishh...curious je..

Anor said...

iyelah apa maksud qee nak pergi
jauh pula...jganlah tinggalkn
leesya. kesian dgn leesya kan..
kata cintakan leesya bawalah
sekali...nak lagi

PENULISJIWA said...

zura asyfar
kita tunggu dan lihat
:D

Anor
:)
tengs