Wednesday, February 23, 2011

Rahsia tulisan jiwa 11


Lepas sahaja masukkan kereta dalam garaj, Leesya berehat sekejap dekat ruang tamu. Penat dengan kerja dan penat fikir pasal Qee. Mungkin Qee marah-marah semalam sebab dia nampak Zakuan tarik tangan. Nak explain macam mana dekat Qee. Qee pun tak balik dari kerja lagi. Selalunya dia yang akan sampai dulu.

“awak.” Panggil Leesya sambil lipat kain telekung. Leesya solat isya’ berimamkan suaminya, Qee.

“ermm.” Menyahut Qee yang dah baringkan badan atas katil. Tadi lepas solat magrib turun bawah makan dulu sebab isya’ tak masuk lagi. Esok hari sabtu, mama dan papa dah balik dari australia, so kena pergi jemput dekat KLIA.

“saya minta maaf pasal semalam.” Lembut je Leesya cakap sambil peluk poohnya. Kantoi masih ada bear even dah besar panjang.

“minta maaf sebab apa?” tanya Qee, tapi mata dah pejam.

“sebab tak bagi tahu awak nak pergi lunch dengan Nia dan Ain.”jawab Leesya pula.

“owhh, it’s oke. Lain kali jangan buat macam tu.”

“saya tahu. Awak tak nampak saya dengan Ain dan Nia semalam?” tanya Leesya pula.

“tak, nampak awak dengan lelaki mana tah.” Qee jawab nak tak nak.

“tu kawan lama saya, dia datang cari saya balik.” Cerita Leesya hal sebenar.

“owhh.”

“saya tahu saya isteri awak dan tak patut biarkan orang lain pegang saya. Saya minta maaf, awak.” Leesya minta maaf sebab biarkan lelaki lain pegang dia. Tapi dia tak sedar yang Qee dah terlelap. Leesya masih bercerita.

“saya janji tak akan bagi sesiapa sentuh saya.”

“lelaki tu nama dia Zakuan. Dulu dia tu orang yang bahagiakan saya, tapi sekarang tak dah awak. Awak yang berhak dalam hidup saya sekarang.” Leesya pusing belakang nak tengok wajah Qee dan ternyata dia hanya bercerita seorang diri.

“awak, kenapa awak tak dengar cerita saya sampai habis. Saya minta maaf sebab tak dapat hidupkan rasa cinta untuk awak buat masa ni.” Leesya bercakap seorang diri sambil pandang wajah Qee. Dia tahu Qee dah lena tidur dan air matanya perlahan-lahan menuruni pipinya.

Leesya menunaikan solat sunat untuk minta ketenangan dan itulah yang sering dia lakukan. Pintanya agar dilupakan orang yang dia cintai sebelum ini. Mungkin payah sebab dulu Zakuanlah segala-galanya. Zakuanlah sahabat,Zakuanlah kekasih, Zakuanlah tempat dia mengadu dan bercerita tapi semua itu dah hilang. Dia sudah serik untuk beri perasaannya, tapi bagaimana dengan suaminya ini?



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“Leesya, bangun dah masuk waktu subuh ni.” Asal dia tak kejut aku bangun solat subuh. Selalunya Leesya yang kejut aku. Tak pernah lagi aku yang kejut dia.

“Leesya.” Panggil Qee lagi sekali sambil menuruni katil dan pergi ke sebelah sana sebab Leesya tidur mengiring sebelah sana.

“ya Allah Leesya kenapa ni?” Qee ternyata terkejut sebab tengok wajah pucat Leesya dan ada darah mengalir dari hidungnya. Qee jamah dahi Leesya.

“panasnya.”terkejut Qee lepas jamah dahi Leesya. Itulah keadaan Leesya. Kalau semalaman dia menangis dan terlalu memikirkan masalah Leesya akan demam dan hidungnya akan berdarah kerana terlalu panas.

Qee dah kelam kabut, sebab tak tahu nak buat apa. Selalunya kalau dia demam mama akan ambil kain, letak air batu dan letak atas dahi.

“Qee jangan panik, cari kain, pergi dapur ambil air batu dan panadol.” Qee dah cakap sorang-sorang sambil menuruni tangga untuk ke dapur.

“awakk..” Leesya dah sedar mungkin sebab ada rasa sejuk atas dahinya.

“sayang, telan ubat ni.” Qee dah angkatkan sedikit kepala Leesya dan hulur sebiji panadol kepada Leesya.

“tak nak.” Qee tak tahu Leesya tak boleh telan panadol. Bagi Leesya panadol tu macam raksasa yang boleh buat tekaknya menderita.

“awak kena telan juga. Cepat telan.”

“saya cakap tak nak, tak naklah.”

“tak boleh. Leesya kena telan juga. Macam mana Leesya nak sihat kalau macam tu. Petang nanti nak pergi KLIA, hari tu cakap nak ikut pergi ambil mama dan papa.” Pujuk Qee dengan harapan Leesya akan telan panadol.

“ermm, tak nak.” Mata Leesya dah berair. Dah nak menangis. Dia tak boleh dipaksa untuk telan ubat.

“laaa, kenapa pula ni. Janganlah menangis, saya tak marah pun.”

“pening, nak tidur.” Qee tengok Leesya memang dah tak larat. Tak berjemaahlah kali ni, sebab tengok keadaan Leesya yang memang macam mayat hidup. Pucat je. Kena call mama ni.

Tutt.tutt

“hello.” Qee yang memulakan bicara.

“assalamualaikum.” Aduhh lupa lagi nak bagi salam. Kau ni Qee, apa mak mentua cakap nanti.

“waalaikumsalam, ma. Qee ni.” Jawab Qee sambil memberitahu bahawa dia yang call.

“owhh Qee. Ada apa kamu call?.” Peliklah pula menantu dia yang call.

“ma, Leesya demam” bagi tahu Qee kepada Puan Roselee.

“hah? Leesya demam?” Puan Roselee terkejut. Leesya kalau demam memang susah. Nak telan ubat memang payah. Kadang sampai kena hancurkan pil. Leesya lagi sanggup minum air pahit dari telan panadol  yang kecil je tu.

“haah, Leesya demam. Qee suruh dia telan panadol, tapi dia tak nak telan.” Cerita Qee dan memang betul Leesya tak nak telan.

“Leesya memang tak telan panadol. Tunggulah seminggu pun dia memang tak akan telan.” Cerita Puan Roselee perihal anak perempuannya yang seorang itu.

“hah? Laaa. Habis tu macam mana dia nak sembuh, mama?” tanya Qee. Pelik pula bini aku sorang ni. Memang bini kau sorang pun Qee. Ada niat nak tambah ke?Hishh ke situ pula.

“kamu kena beli panadol soluble tak pun kamu hancurkan panadol dan bancuh dengan air manis. Tak kisahlah air apa janji sejuk.” See betapa peliknya cara Leesya telan ubat.

 “haa, owhh oke. Qee pergi beli panadol solublelah kalau macam tu. Kat rumah mana pernah ada panadol soluble.” Memang dalam rumah ni tak ada orang yang guna panadol soluble. Semua jenis tekak luas boleh telan ubat biji.

“baguslah kalau macam tu jangan lupa letak kain basah atas dahi dan suruh Leesya mandi supaya sejuk sedikit badan dia.” Pesan Puan Roselee.

“oke, Qee minta diri dululah, ma. Assalamualaikum.” Qee minta diri dan bagi salam. Nasib baik ingat.

“waalaikumsalam.” Jawab Puan Roselee.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Masuk tengahari Leesya makin kebah sebab dah telan panadol soluble. Tapi bila demam macam-macam yang Leesya nak. Mengidam itulah inilah. Baru demam belum pregnant. Kalau pregnant tah apalah yang Leesya mengidam.

“saya nak aiskrim Haagen Dazs.” Jawab Leesya bila Qee tengok Leesya dah buat muncung.

“saya nak cari dekat mana? Mana ada dekat kedai runcit?aiskrim batang nak?” pujuk Qee dengan aiskrim batang.

“aiskrim batang? Tak nak. Nak Haagen Dazs juga.” Kenapa cepat tacing sekarang ni. Leesya kalau demam memang cepat berair mata. Mungkin sebab keadaan badan yang buat dia penat.

“Leesya, nanti kita pergi KLCC ke, Mid ke mana-mana shopping complex, kita makan oke.”pujuk Qee lagi.

“hurmmm, tak apalah, nak bubur MCD.” Ya tuhan, cepatnya dia berubah choices. Nak bubur pula. Oke nasib MCD dekat.

“Oke, saya pergi MCD kejap, awak tunggu dekat rumah.” Qee dah bangun dari katil.

“tak nak, nak makan dekat sana.”hah makan dekat sana pula. Mandi tak nak makan sana.

“awak kan tak larat, nanti buatnya tumbang siapa nak angkat?” cetss kau suami dia, kaulah angkat. Boleh tanya siapa nak angkat.

“tak apa biarkan je atas lantai MCD tu kalau saya pengsan. Huh.” Jawab Leesya dan bangun untuk masuk ke bilik air.

“awak nak ke mana tu?” Qee turut bangun bila tengok Leesya jalan macam orang minum todi, terhuyung-hayang.

“nak mandilah. Boleh tanya.”

“saya temankan. Takut awak jatuh dalam bilik air.” Qee tak sedar apa yang dia cakap.

“hah?” Leesya dah terkejut. Kunk tak mandilah aku kalau dia masuk sekali.

“ehh. Tak. Saya tunggu luar je.” Qee dah tergagap. Baru sedar apa yang baru dia cakapkan. Qee, kau ni.Kalau ye pun agak-agaklah.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Lepas makan dekat MCD, Leesya dan Qee terus ke lapangan terbang sebab papa dan mama punya kapal terbang mendarat petang tapi tak tahulah delay ke tak. Even Leesya demam tapi dia tu gagahkan juga badan sebab nak ikut punya pasal. Qee tak bagi ikut boleh menangis dia.

“awak boleh berjalan ke tak ni?” risau Qee tengok Leesya jalan lemah semacam je.

“boleh.” Jawab Leesya pendek.

“ke nak saya ambil troli beg tu? Awak duduk atas tu, saya tolak.” Qee sempat-sempat buat lawak. Cuba bagi cadangan yang munasabah sikit.

“heee, buat malu je duduk atas tu. Ingat saya ni budak darjah satu ke?” dulu bolehlah aku duduk atas tu, then abang tolak. Sekarang jangan haraplah. Buat malu kaum je.

“yelah, mana tahu awak tak larat jalan. Duduk jelah atas troli tu.” Qee dah tarik tangan Leesya sebab nak pimpin. Takut jatuh tersembam menyembah bumi KLIA ni pula.

“eeee, lepaslah tangan.” Leesya dah tarik tangan dia dari genggaman tangan Qee.

“saya tak nak awak jatuh. Harap maklum.”

“eee tak jatuhnya.” Leesya dah menyirap.

“mama, papa dekat depan tu. Eh abang ada sekali.” Aikk dia tak uruskan syarikat papa dekat sana ke. Leesya tak jadi tarik tangan sebab tengok mama dan papa dah tersenyum tengok kemesraan mereka berdua.

“rindunya mama dekat anak mama ni.” Jerit mama sambil nak peluk anaknya.

“Qee pun sama rindu dekat mama.” Qee dah lajukan langkahnya nak peluk mamanya. Tapi orang lain yang ada dalam pelukan tu.

“rindu dekat menantu mama ni. Leesya sihat?” tanya mama dan Leesya menyalami papa selepas meleraikan pelukan.

“ingatkan nak peluk orang. Huh. Sian anak mama ni.” Qee dah buat nada merajuk.

“hee, dah besar panjang pun nak merajuk. Dah ada bini pula tu. Alaa mama pun rindu anak mama ni.” Datin Jane dah dakap anak bongsunya itu. Baru perasan Leesya dengan Qee sama-sama anak bongsu.

“kenapa papa tengok muka Leesya pucat je ni? Bersweater pula tu.” Tanya papa.

“Leesya demam, pa.” Qee yang tolong jawabkan sambil rangkul pinggang Leesya. Tengok Leesya dah tak larat. Kerusi pula penuh dekat ruangan menunggu tu.

“owhh, patutlah. Kenapa bawa juga Leesya ambil kitorang.” Tanya abangnya, Syed Ilyasa’.

“ni haa. Leesya yang mengada nak ikut. Padahal jalan tu dah macam orang minum todi.” Jawab Qee sambil tengok wajah Leesya yang dah letak kepala atas bahunya. Comel je tengok gelagat diaorang.

“kita singgah makan dululah sebelum balik rumah.” Cadang papanya sambil tolak troli yang  berisi bagasi mereka.

“nak makan mana?” soal Qee dan memulakan langkah tapi agak perlahan sebab Leesya tak angkat lagi kepala dia atas bahunya. Alahai manjalah pula.

“ermm, kita makan Pizza Hutlah” cadang Syed Ilyasa’.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“kamu berdua bila nak bagi mama dan papa cucu?” tanya Datin Jane sambil hirup porridge.

”alaaa, ma. Belum ada rezeki lagi.” Jawab Qee. Tapi perasan mata Leesya yang dah jegil terhadapnya. Huh suka hatilah nak jawab apa. Dia tu diam je dari tadi. Duduk diam-diam. Sakit buat cara orang sakit.

Leesya kalau demam tak sah kalau tak muntah. Then bantai makan cheese makan itulah. Padahal dia suka je makan pizza.

“awak.” Panggil Leesya perlahan. Rasa nak keluarkan dah semua yang dia masukkan tadi.

“ye.” Jawab Qee sebab dia tengah khusyuk makan large huts platter.

“nak muntah.” Leesya dan sehabis daya tahan.

“hah?” terkejut Qee. Dannn

“uwekkk. Blueekk.” Perghhh hanyut. Qee yang muntah. Bukan aku. Ni dah lawan tokey ni. Qee memang tak boleh dengar orang nak muntah sebab nanti dia yang akan muntah dulu. Dia alergic dengar orang nak muntah.

“aikk kamu pula yang muntah kenapa ni, Qee?” tanya Datin Jane. Nasib tak banyak muntah. Dia sempat lari ke sinki yang berdekatan. Lepas kembalinya dia ke meja makan, macam-macam mama merepek.

“Qee, orang dulu-dulu cakap kalau isteri mengandung kadang-kadang suami yang morning sicklah, muntahlah, mengidamlah dan macam-macam.” Datin Jane dah senyum-senyum dekat anak menantunya. Leesya dah diam tak berkutik dekat kerusi. Nak muntah tak jadi hanya sandar dekat kerusi je. Haru sungguh suami aku ni. Aku sakit ke dia yang sakit.

“mama ni, ke situ pula menyimpang. Dah lah, Qee nak bayar. Tiba-tiba rasa tak larat pula.” Qee dah nak lambai ke arah waiter untuk buat pembayaran.

“biar aku bayar. Kau duduk diam-diam.” Arah Syed Ilyasa’ dan abang dia pula yang lambai tangan.

Syed Ilyasa’ yang drive balik rumah. Qee dah tersandar dekat belakang dengan Leesya dah terlentok. Mamanya dah risau tengok anak menantunya. Orang yang baru sampai Malaysia yang drive kereta. Terbalik sungguh. Lepas mandi semua Qee dah segar. Dah oke. Tadi je dia allergic dengar Leesya nak muntah. Kesian dekat Leesya tak jadi nak muntah.

“Leesya sayang.” Kejut Qee, nak suruh isterinya mandi semua. Balik tadi dia terus tidur di sofa yang terletak dalam biliknya. Lawanya dia. Even muka tu pucat lesi.

“awwak.” Leesya makin tak larat. Mungkin sebab berjalan tadi. Qee jamah dahi Leesya.

“panasnya.” Qee dah risau sebab suhu badan Leesya makin panas. Ingatkan makin kebah dan sejuk. Qee terus keluar dari bilik untuk panggil mamanya.


Di ruang tamu.

“mama.” Jerit Qee. Hish anak aku ni. Aku tak pekak lagilah.

“kenapa kamu ni? Terjerit-jerit.”

“badan Leesya makin panaslah mama.” Qee dah risau tahap tak tahu nak cakap apa.

“hah? Dah kamu pergi naik atas, mama nak buat air asam jawa. Tukarkan baju dia semua. Basahkan badan dia dengan tuala basah.” Datin Jane dah ke dapur untuk buat air asam jawa.

Lepas Datin Jane bagi bekas yang berisi asam jawa. Qee dah kehulu-hilir jalan dalam bilik. Macam ada masalah besar je tengok.

“nak buka ke tanak.” Qee dah tanya dekat dia sendiri. Ya dia yang kena buka baju Leesya, basahkan badan Leesya dengan kain tuala basah dan tukar baju Leesya.

“buat bodo je Qee, buat-buat tak nampak dan kontrol nafsu.” Dan akhirnya Qee tukarkan baju Leesya.

“tuhan control nafsu aku.” Qee kau ni lawak tahu tak. Bini tengah sakit tu. Qee dah basahkan badan Leesya dengan tuala basah dan dah tukar kepada baju tidur. Qee terlentok di sisi Leesya sambil tangan kanan genggam tangan Leesya dan tangan kiri pegang tuala basah. Qee, kau gentle malam ni.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“aku tak paham sungguh. Sejak kau kahwin kan Qee, asal aku masuk je bilik kau, kau punya fikiran melayang. Rindu bini kaa?” Rizal dapat tengok perubahan Qee, macam dah angau dengan bini ja. Oke lah tu angau dengan bini sendiri.

“tak adalah, aku penat sikit hari ni.” Yelah tidur sambil duduk di birai katil sampai pagi. Nasib baik pergi office tadi Leesya masih mamai. Buatnya dia tengking marah aku sebab tukar baju dia macam mana. Leesya MC hari ni. Kalau dia tak kebah juga ke hospital tak pun klinik lah dia.

“penat? Aikk lain macam je bunyinya?”

“Lain macam apa pula? Aku sebut perkataan ‘penat’ kan tadi bukannya aku sebut perkataan lain.” Jap-jap aku macam baru dapat tangkap apa Rizal cakap.

“yelah,kau cakap penatkan. Kau buat apa semalam haa?”

“cetss, fikiran kotor sungguh. Kau ni patot kahwin dulu dari aku.” Baru sedar apa yang dimaksudkan oleh Rizal. Qee baru je balik dari meeting. Ada masalahlah pula dengan syarikat Langkawi tu. Syarikat baru susah sedikit nak cepatkan kerja perasmian kapal semua.

“tak ada orang nak dekat aku nak buat macam mana. Kau tolong carikan untuk akulah Qee. Kau buat apa sampai penat ni?”

“cetss merendah dirilah pula kawan aku ni. Aku jaga Leesya, dia demam semalam tak kebah-kebah lagi.” jawab Qee sambil sign kontrak yang baru dapat dari Rizal.

“owhh. Ingatkan apa. Okelah bro, aku nak selesaikan kerja aku pula.” Rizal dah keluar dari bilik Qee sambil bawa file yang dah ditandatangani oleh Qee.


Di rumah kediaman family.

Leesya gagahkan diri juga nak ke dapur. Mulut pahit, nak minum air sejuk yang manis. Leesya jalan pun dah pegang dinding bagai. Nasib tak jatuh time turun tangga tadi.

“Leesya, kenapa nak turun tak bagi tahu ni.” Datin Jane dah risau tengok keadaan Leesya. Dia tengah masakkan bubur untuk Leesya.

“Leesya nak minum air. Kering tekaklah pula.” Jap, baru aku perasan aku pakai baju tidur. Baju semalam yang aku pakai dah terbang ke mana.

“Kenapa tak cakap dekat mama. Biar mama yang bawa naik atas.” Ucap Datin Jane sambil rasa bubur yang dititikkan atas tapak tangan.

“ma, siapa yang tukarkan baju Leesya semalam? Mama yang tukarkan ke?” tanya Leesya. Sedapnya jus oren sejuk ni.

“Qee yang salinkan baju untuk kamu dan mama yang suruh dia basahkan badan kamu dengan tuala basah.” Terang Datin Jane lalu mencedokkan bubur ke dalam mangkuk untuk Leesya makan.

“burrrr!” haa tersedak-terkejut-sakit hidung-rasa-nak-demam-balik.

6 comments:

Qwerty said...

HAHA.

opss. rizal ni memanglah.
advance terlebih. pakai roket ke?

next2.

zura asyfar addy rifqhiey said...

bestt :D

PENULISJIWA said...

Qwerty
haha
kadang orang tak kahwin lagi cepat
haha

zura asyfar
hehe.tengs

farah manaf said...

nk leesya ngn qeee....

Anor said...

best.. nak lagi.

PENULISJIWA said...

farah manaf
hehe
kita tunggu dan lihat

Anor
haha