Saturday, December 31, 2011

Rahsia tulisan jiwa 31

Takbir raya sudah berkumandang, Leesya pagi-pagi lagi sudah bangkit. Raya pertamanya bersama suami. Raya pertama di rumah suami dan raya pertama di rumah mentua. Pengalaman pertamanya. Leesya nak karang cerita baru yang lagi indah, mungkin apa yang jadi sebelum ini ada hikmah disebaliknya. Baju kurungnya serta baju melayu Qee sempat di basuh malam tadi. Yelah tak kan tak basuh pula.
Blog-tulisan jiwa

Wednesday, NOVEMBER 16, 2011
LUAR AJA KENTAl
Sungguh raka mikir
Luar aja kental
Dalamnya rapuh

Sudah
Ini semua hikmah
Ada lagi pelangi jika hujan
Ada

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Siapa tukar lagu phone aku ni?Ni mesti kerja Qee ni. Nasib sekarang time raya. Leesya yang tengah iron baju Melayu suaminya terus berlalu ke meja sisi katil. Siapa lagi yang call kalau bukan teman sejatinya.

“weyh Leesya.”

“assalamualaikum warahmatullah.”

“oke-oke waalaikumsalam.” Ain dah gelak di hujung sana, tahu sangat kena perli. Bukan tak nak bagi salam tapi excited haa.

“tahu, pun. Weyh Selamat Hari Raya dan aku minta maaf kalau aku ada buat salah dekat kau, Nia mana?” tanya Leesya sambil berlalu semula ke tempat wardrobe untuk sambung gosok baju, suaminya tengah mandi.

“aku pun, sayulah pula aku raa. Dah-dah aku tak nak sedih-sedih, jemput datang rumah keluarga aku tao tak datang siaplah. Nia dekat rumah dialah, nanti aku dengan Nia datang rumah kau.”

“oke, babe sorry tau anythings yang buat kau terasa sangat-sangat.” Bilang Leesya.

“dahlah tu, janganlah buat drama air mata syawal. “ Ain dah rasa hangat di tubir mata.

“manalah tahu aku tak sempat nak minta maaf ke, kita tak tahu kan..”Leesya tak habis cakap lagi Ain dah menyampuk.

“kau jangan nak cakap bukan-bukan, kang aku nangis kat sini juga.”

“sayang ambilkan tuala abang.” Jerit Qee dari dalam toilet, ya rabbi, confirm-confirmlah si Ain dengar. Dah kenapa dia jerit pula dah.

“amboi, aku dengar naa.” Ain dah gelak sakan.

“kau jangan fikir pape boleh tak?” Leesya dah rasa nak letak phone time tu juga, sumpah malu weyh.

“eh, aku tak sempat fikir pape pon lagi, kau yang dah start fikirkan? Tuduh aku pula.”

“okelah, got to go, si suami dah memanggil.”

“alahaii, jelesnya.”

“dah tu tak reti nak kahwin?”

“memang nak cari suami tu macam cari t-shirt pon.”

“haha, k lah, nanti datang kita sambung cerita naa.”

“oke, bye.”

“bye, assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.”

“nah.”

“lambatnya.” Tapi lain ditariknya, apa lagi kalau tangan Leesya.

“abangg.”

“jum mandi sekali.”



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Leesya sudah siap dengan selendangnya di kepala, tunggu yang lain balik dari masjid. Leesya sudah hidang makanan. Hidangan untuk hari raya adalah laksa johor, nasi ayam, satay (tempah),puding caramel, kek chocolate dan kuih raya. Puding caramel dan kek chocolate Leesya sendiri yang buat. Mama nak sangat rasa puding yang dibuat olehnya, kata mamalah.

“mama.”


“assalamualikum sayang.” Puan Roselee di hujung talian tersenyum bila mendengar suara anaknya.

“hehe mama, kejap lagi Leesya dengan Qee datang rumah, mama masak ape je?maaf semalam tak sempat nak call mama, Leesya tolong buat kek.” Bilang Leesya sambil lipat tisu menjadi bentuk yang lebih cantik.

“mama masak nasi dagang, lontong, kuah kacang nasi impit, kuih seri muka.”

“sedapnya mama, ni tak sabar nak datang ni.”

“abang nak bawa bakal menantu untuk mama.”

“are you serious?” terjerit Leesya.

“sangat-sangat.”

Assalamualaikum, terdengar salam diberi. Leesya minta izin dari mamanya untuk letak panggilan. Tisu yang sudah dilipat diletak dalam bekas tisu berbentuk separuh bulat itu. Dihalakan langkah ke gerbang pintu.

“balik dah mama, papa dengan abang mana?” tangan itu dicium, lalu menjengah kepala di luar.

“papa dengan abang tengah borak, katanya nak ajak jiran tetangga datang rumah.” Datin Jane berlalu untuk ke kamarnya, mahu bersiap katanya. Sebentar lagi datanglah tu rakan-rakan persatuannya, malam pula ada makan untuk saudara terdekat.

Semua sudah berkumpul di ruang tamu, Qee sudah letak dslrnya di retort stand. Sebentar lagi sudah semestinya ada sesi bergambar keluarga. Leesya bahagia saat ini, beraya dengan suami.

“mama, Leesya nak minta maaf kalau Leesya ada buat mama terasa hati, kalau Leesya terkasar dengan mama dan Leesya tak bermaksud pun.” Terasa hangat di tubir mata, Leesya mudah sangat mengeluarkan air mata.

“tak sayang, Leesya tak perlu pun minta maaf, Leesya cukup sempurna di mata mama dan mama patut berterima kasih dekat Leesya sebab ceriakan rumah ini.” Sudah ditarik Leesya ke dalam pelukannya.

“maaf sebab Leesya tak dapat bagi mama cucu.” Dan Leesya sudah teresak-esak.

“tak Leesya, itu semua rezeki dari tuhan kan sayang, mama tak nak Leesya cakap macam tu.” Datin jane juga sudah mengalirkan air mata.

Selepas bersalam dengan mertuanya, Leesya pergi ke arah Qee yang sedang duduk di sofa berangkai dua itu. Leesya duduk bersebelahan dengan Qee. Mereka sedondon. Qee yang berbaju melayu cekak musang warna hitam dan Leesya pula berbaju fesyen kembang paras bawah pingangg dan kain berbentuk A layer. Lawa dan pandai pula dia belikan.

“abang.” Panggil Leesya dalam nada yang perlahan sangat dan menarik perlahan tangan Qee.

“ye sayang.”

“Leesya nak minta maaf dekat abang if Leesya ada terkasar bahasa, buat abang terasa hati. Leesya minta maaf dengan apa yang dah jadi sebelum ini. Leesya betul-betul tak tahu yang Leesya mengandung.” Tubir Leesya mula hangat.

“Leesya, abang maafkan Leesya.”

“Leesya tak berniat pun nak berahsia dengan abang, kalau Leesya tahu Leesya berbadan dua, abanglah orang pertama yang Leesya bagi tahu.”

“Leesya, abang pun nak minta maaf, sebab tuduh Leesya bukan-bukan. Bukan salah Leesya pun. Abang yang terburu-buru tuduh tanpa tanya Leesya perkara yang betul.” Qee tersentuh tengok Leesya yang bersungguh meminta maaf., ditariknya Leesya ke dalam pelukan.

Sungguh tak terkata dugaan untuk anak dan menantunya, mungkin mereka belum ditakdirkan untuk jadi seorang ibu dan bapa kepada anak-anak. Mungkin ada rezeki akan datang. Selepas sesi ambil gambar, tetamu mula datang. Antaranya rakan kenalan Datin Jane dan Datuk Musa.

“eh Datuk Ghazali, jemputlah masuk.” Ramah Qee menjemput rakan kenalan bapanya masuk.

“apa panggil datuk ni, panggil uncle dahlah.” Datuk Ghazali dan sekeluarga datang, dan anak daranya yang seorang tu apa lagi terus diterjah Datin Jane dan peluk cium dan apabila terlihat Leesya di belakang Datin Jane, terus ditariknya muka dan nak tak nak salam.

“selamat hari raya maaf zahir dan batin.” Ucap Leesya sambil melemparkan senyuman ke arah Melor dan isteri Datuk Ghazali.

“selamat hari raya.” Balas Melor nak tak nak.

“jemputlah masuk.” Rupanya mereka masih di gerbang pintu.

“hai Qee.” Leesya mendekati Qee yang duduk di sebelah Datuk Ghazali.

“eh hai, selamat hari raya.” Qee ucap selamat hari raya lalu sambung perbualannya bersama Datuk Ghazali dan papanya.

“papa, ni lah CEO yang menarik perhatian ramai orang, kalau jadi suami Amelyn tak keluar rumahlah Lyn kan papa.” Amelyn yang berbaju kebaya jarang dan sendat itu saja menempel di sebelah Qee.

“macam tu pula, Qee ni kan dah ada isteri yang tercantik, sesuailah dengan Leesya tu.” Datuk Ghazali menyampuk.

Datin Jane dan isteri Datuk Ghazali rancak berbual di meja makan, Leesya pula hidang makanan. Leesya nampak lawa sangat dengan tudung bawal ala norjuma habib itu. Gayanya sebiji macam Norjuma. Mata Qee dari tadi tidak lepas pandang memandang isterinya yang ligat menyusun pinggan. Bila mata mereka bertembung, dikenyitkan mata ke arah Leesya, Leesya apa lagi besarkan matalah. Melor Amelyn yang nampak drama sebabak itu, makin panas hatinya.

“abangnya ajaklah Datuk makan.” Datin Jane menyuruh Datuk Musa mengajak teman perniagaanya makan.

“abang, apa ni tak malu ke?” Lepas sahaja Datuk Ghazali dan Amelyn berlalu, Qee menarik Leesya sampai terduduk Leesya di atas riba Qee.

“buat apa nak malu? Bukan abang tak pakai baju pun.”

“eee, dah jum makan.” Leesya cuba untuk bangun.

“kenapa lawa sangat isteri abang hari ni?”

“mana ada.” Leesya beralih duduk di sebelah Qee.

“muahh.” Qee geram lalu cium pipi Leesya.

“abanggg.”

“ehemm, Qee untie panggil makan.” Amelyn yang terlihat akan adegan tersebut terus berdehem dan berlalu dari ruang tamu itu.

“tengok, tak malu ke Amelyn nampak?” Leesya biasa sahaja, walaupun Amelyn dah buat macam-macam dekat dia. Zakuan? Ya nama itu masih lagi ada dalam ingatannya.




‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“mamaa.” Akhirnya Leesya jejak ke rumah keluarga, dah lama dia tak datang situ sejak kejadian hari itu.

“ya Allah anak mama ni.” Puan Roselee geleng kepala tengok gelagat Leesya yang berlari ke arahnya, dah lah ada tetamu.

“abang Leesya tak nak peluk?” Zaki yang berada di belakang Puan Roselee menyakat adiknya.

“eh, abang?”

“ye abanglah, siapa lagi?”

“bro, selamat hari raya.” Qee bersalam dengan abang iparnya.

“selamat hari raya juga, kau sihat?” tanya Zaki pada adik iparnya yang seorang itu.

“abang bila sampai?” tanya Leesya sambil hulur tangan untuk bersalam.

“malam tadi.” Yelah Zaki dari oversea, kerja di sana.

“abah mana ma?” tanya Qee pada mak mertuanya perihal bapa mertuanya yang tidak kelihatan.

“abah tengah melayan tetamu, masuklah.” Puan Roselee mengorak langkah lalu diikuti oleh anak dan menantunya.

“abah ni anaknya sampai.” Puan Roselee tersenyum ke arah tetamunya sekeluarga, Puan Rohaya dan sekeluarga datang beraya.

“bila Qee dan Leesya sampai?” tanya Encik Yusri.

“baru je tadi, selamat hari raya abah.” Ucap Qee sambil memeluk tubuh bapa mertuanya itu.

“selamat hari raya juga.” Dibalas pelukan menantunya itu.

Puas makan berbual dengan keluarga mertua, Qee berlalu ke bilik Leesya untuk rehatkan badannya sebentar, malam nanti nak pergi beraya rumah sahabatnya pula. Beraya malam ada ke? Ada je siapa cakap tak ada. Qee terdengar perbualan Leesya dengan abang iparnya.

“Leesya bahagia?” tanya Zaki sambil melihat ke dalam anak mata Leesya.

“bahagia je, kenapa abang tanya macam tu?” Leesya pelik.

“Leesya sayang Qee?”

“sayang, kenapa pula tak sayang, dia kan suami Leesya.”

“jujur dengan abang, Leesya paksa untuk cintakan dia atau apa.”

“Leesya sayang dia abang, ikhlas dari hati Leesya, dia buat Leesya rasa semula apa itu cinta dan sayang.” Tubir matanya sudah hangat, mungkin sebab itu semua tulus dari hatinya tiba-tiba dia rasa sebak takut jadi apa-apa antara dia dengan Qee.

“abang nak adik abang bahagia, kalau Qee buat apa-apa dekat Leesya bagitahu abang.” Ditarik Leesya ke dalam pelukannya.

“Leesya tak layak jadi ibu ke?” dia dengan Zaki sangat rapat, semua dicerita dan tiada rahsia antara mereka.

“apa Leesya cakap macam tu?”

“kalau Leesya dah tak boleh mengandung?”

“apa Leesya merepek ni?” mamanya sudah cerita semuanya, perihal keguguran yang Leesya alami, dia memang nak balik Malaysia malam tu juga, tapi ditegah oleh Puan Roselee.

“perut Leesya dah tak ada baby.” Leesya mengogoi di bahu Zaki.

“Leesya, look at me.” Ditarik muka adiknya itu.

“Leesya nak jadi ibu.”

“Leesya, tuhan lebih sayangkan baby Leesya tu, dan tak semestinya Leesya dah tak boleh mengandung itu semua rezeki dariNya.”

“tapi kenapa Dia ambil baby Leesya?”

“mungkin Leesya belum bersedia atau tidak cukup ilmu lagi untuk menjadi seorang ibu.” Dipujuk adiknya yang seorang itu, dialah bunga yang tercantik dalam keluarganya.
Puas menangis, puas luahkan semuanya. Leesya sudah boleh bergelak ketawa. Qee yang berada di sebalik dinding mula mengorak langkah ke bilik. Mungkin Leesya lebih senang bercerita dengan abangya, dan dia berharap cinta antara mereka tak pernah berkurang. Itu doanya. Dia tahu Leesya masih dalam keadaan sedih.



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


Malam raya, Qee dan Leesya pergi beraya ke rumah Datuk Ghazali, selalunya Datuk Ghazali akan adakan rumah terbuka malam raya pertama, dan kebanyakan rakan niaga yang hadir dan disebabkan Qee pun rakan niaga Datuk Ghazali, Qee dijemput.

“eh Qee, jemput masuk.” Datuk Ghazali yang rancak berbual dengan rakan niaganya di halaman rumah menjemput Qee masuk.

“terima kasih datuk.”

“apa datuk-datuk, panggil uncle dahlah kan ni dekat rumah.” Qee tersengih sambil matanya melilau mencari isteri kesayangan.

“cari Amelyn ke? Dia ada dekat dalam.” Datuk Ghazali terlalu ingin bermenantukan Qee, anak rakannya sampai tak ingat yang Qee sudah beristeri.

“eh taklah, beloved wife Qeelah uncle, mana entah dia.” Dari ekor matanya terlihat Leesya sedang berbual dengan seorang wanita.

“owh, anak dara uncle tu dari tadi duk tanya mana Qee, tak sampai lagi ke, tak datang ke.” Datuk Ghazali bercerita perihal anaknya.

“uncle, Qee pergi ke sana kejap, nanti Qee ke dalam.” Qee minta diri untuk ke tempat Leesya berdiri dengan seorang wanita.

“oke, nanti masuk, panggillah isteri Qee masuk sekali.” datuk Ghazali memerhati langkah Qee.

Leesya rancak berborak dengan seorang wanita yang lebih kurang umur mamanya dan seorang lagi mungkin sebaya dengannya. Mungkin kelihatan Leesya sudah lama kenal hakikatnya tidak. Leesya cepat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Leesya masuk ke dalam banglo kediaman Datu Ghazali bersama Qee.

“Untie dengar Leesya baru lepas gugur.” Isteri kesayangan Datuk Ghazali sudah bersuara.

“haah.” Mungkin agak kasar pertanyaan itu tapi Leesya tetap jawab, Qee meramas tangan Leesya untuk bagi kekuatan.

“boleh mengandung lagi ke?”

“mama, apa cakap macam tu.” Terkejut Datuk Ghazali dengan pertanyaan isterinya, tapi Melor Amelyn di sisinya hanya menjeling Leesya.

“maaflah, untie Cuma tanya je. Kalau tak boleh bolehlah Qee kahwin dengan Melor. Keturunan untie semuanya subur.”

“isteri Qee mestilah boleh mengandung lagi Datin, gugur tak semestinya tak boleh mengandung dah.” Qee tahu Leesya terasa dengan apa yang dicakapkan oleh isteri Datuk Ghazali.

“tak adalah, untie bagi cadangan je.”

“hati Qee untuk Aina Aleesya je, tak untuk orang lain.” Qee bangun sambil menarik perlahan tangan Leesya untuk bangun sekali.

“eh, Qee nak ke mana ni?” tanyan Datuk Ghazali, terkejut dengan tindakan Qee yang bangun secara mendadak.

“Saya minta diri dululah Datuk, maaf dengan kelakuan saya.”

“saya minta diri dulu Datin, Amelyn.” Leesya hulur tangan untuk bersalam tetapi huluran Leesya tidak bersambut.

“what are you doing ma?” tanya Datuk Ghazali selepas Qee dan Leesya berlalu.

“mama buat apa? Benda betulkan dan tak salah pun menanya.”

Mata Leesya sudah hangat sejak dalam perjalanan untuk ke kereta. Ya Leesya terasa, siapa yang tak terasa bila hal keguguran yang dialaminya dibangkitkan. Qee hanya mampu diam dan dia tahu Leesya perlukan ruang.

“sayang.” Qee cuba untuk berbual dengan Leesya.

“shayang.” Allah, dah kenapa lidah aku boleh pelat ni dan Qee terdengar suara halus gelak.

“oke, abang tak pelat tao.” Aku harus tegakkan kebenaran, memang aku tak pelat.

“Leesya tak cakap pape pon kan.” Oke Leesya dah tak sedih, barangkali.

“memang Leesya tak cakap pape, dalam hati tu tah-tah dah mengumpat macam-macam pasal abangkan, ingat abang tak tahu.” Qee ramas tangan Leesya, sambil tangan kanan mengawal stereng kereta.

“tak baik fitnah, baik abang bunuh je Leesya.”

“apa bunuh-bunuh?”

“dah dia tu tuduh orang.”

“ada abang cakap abang tuduh Leesya?” saja nak memutar belit ayat.

“pot pet pot pet.”

“apa tu?”

“macam mak nenek.” Leesya dah gelak tengok muka Qee yang berkerut.

“pot pet tu apa sayang?”

“macam awaklah.”

“apa awak-awak?”

“burung wak-wak.”


‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


“sayang.” Panggil Qee yang tengah baring di atas katil.

“saya.” Leesya yang tengah menyisir rambut menyahut sambil tengok Qee dalam cermin solek.

“abang minta maaf.”

“minta maaf untuk apa?” tanya Leesya sambil dahinya dah berkerut seratus.

“bawa Leesya ke rumah datuk Ghazali.”

“eh, kenapa nak minta maaf pula sebab bawa Leesya ke rumah datuk Ghazali, abang buat lawak ke?”

“abang tak kira, nak minta maaf juga.”

“oke Leesya maafkan, tapi..”

“tapi apa?” Qee terus ubah posisi, dari baring ke duduk.

“duit raya.” Leesya dah angkat kening.

“duit raya? Mengigau? Besar panjang nak duit raya?”

“ah, tak kira, nak juga.”

“mana boleh, budak kecik je dapat duit raya.” Qee nak mengelat sebenarnya.

“sapa cakap?”

“laa tadi abang baru je cakap, sayang tak dengar ke?”

“eee, nak duit raya.”